Pages

Subscribe:

Jumaat, 8 November 2013

SAHABAT KU.

SAHABATKU

Andaikan kita tidak mampu melakar kebahagiaan buat seorang teman.
Maka cukuplah kita menjadi penghibur di dalam seiap kesedihan.

Ketulusan , kasih sayang ,keikhlasan dan kerinduan amat mahal sekali.
Tidak dapat di jual beli.
Hanya dapat di rasakan di dalam hati.
Selama ini mungkin tidak kita sedari.
Baru tersedar setelah sahabat tiada lagi.
Dan meninggalkan ruang kosong untuk kita tangisi.
Sahabat sejati. Saling memotivasi.
Bukan saling membenci.
Saling menginspirasi.
Bukan saling mengakali.
Saling menghargai.
Bukan saling menyakiti.
Saling menghormati.
Bukan saling iri hati.
Saling memahami.
Bukan saling pentingkan diri.

Sahabat sejati saudara kita.
Berjalan beriring di samping kita.
Bukan di depan meninggalkan kita.
Bukan pula di belakang membiarkan kita.
Bukan pula entah di mana saja.
Kerana menghindari kita.

Lalu..
Jika ada yang masih ragu.
Apakah sahabat sejati itu ?
Jawab ku..
Kalian hanya akan tahu.
Jika dapat bertemu satu dalam seribu.
(^_^)V

DALAM DERITA ADA BAHAGIA.

DALAM DERITA ADA BAHAGIA

KASIH SAYANG ALLAH tidak akan di rasa.
Tanpa UJIAN menimpa kita.

KEHAMBAAN tidak akan di rasa.
Tanpa BERSYUKUR setiap masa.

KEINSAFAN tidak akan di rasa.
Tanpa MUHASABAH DIRI dan AIRMATA.

ISTIQAMAH tidak akan di rasa.
Tanpa KEYAKINAN diri memenuhi jiwa.

Sebanyak mana ujian menimpa.
Banyak lagi kasih sayang NYA.
Berusaha melangkah mencapai redha.
Yakinlah kita pada janji NYA.

DIA beri kita terima.
Hati terima terus laksana.
Dalam laksana banyak derita.
Dalam derita ada bahagia.
Dalam bahagia rasa redha NYA.

Ya Robbul Alamin Penguasa Semesta.
Kami meminta sepenuh rasa.
Hati Tawadhuk setiap masa.
Rasa bersyukur tak kira apa.
Allahumma aamiin.

WAHAI TUHAN


~* Bismillahirrahmanirrahim...~*
Ya Allah ! Ya Tuhan Kami...
Janganlah Engkau beri kami rasa aman terhadap seksa MU..
Dan jangan pula Engkau beri hati kami lupa akan dzikir terhadap MU..
Dan jangan Engkau singkapkan apa yang telah berlaku..
Dan jangan pula Engkau jadikan kami termasuk dalam kelalaian selalu..
Ya Allah ! Dzat yang membolak balikkan hati yang beku..
Tetapkanlah hati kami terhadap Agama MU..
Ya Allah ! Bantulah kami untuk sentiasa ingat kepada MU..
Sentiasa bersyukur kepada MU dan baik dalam beribadah kepada MU..
Dan jadikanlah pula akhir dari ucapan kami di dunia dengan kalimah :
Laa ilaha illallah Muhammadan Rasulullah.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

INDAH RUPANYA MENUTUP AURAT NYA.

INDAH RUPANYA MENUTUP AURAT NYA

TERTUTUP itu INDAH rupanya.
Biar TERJAGA akan AURAT nya.
Biar TERPELIHARA akan MARUAH nya.
Biar TERSEMBUNYI akan AIB nya.
Biar MULIA akan AGAMA nya.
Biar INDAH akan AKHLAQ nya.
Biar MAHAL akan HARGA nya.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

EMPAT PERKARA MENGHILANGKAN TERTAWA.


EMPAT PERKARA MENGHILANGKAN TERTAWA

Syeikh Yahya bin Muaadz bin Ar-Razi berkata :
EMPAT perkara menghilangkan TERTAWA :
Pertama : Kerana memikirkan AKHIRAT nya.
Kedua : Kerana mencari KEPERLUAN halal nya.
Ketiga : Kerana memikirkan DOSA maksiat nya.
Keempat : Kerana menghadapi UJIAN hidup nya.

MENGHIBURKAN orang adalah IBADAT.
SENYUM KETAWA itu SUNAT.
TERBAHAK-BAHAK takut DI LAKNAT.
Boleh TERSENYUM suatu NIKMAT.
(^_^)v.

Khamis, 7 November 2013

SYURGA DI DUNIA MESJID RUPA NYA.


SYURGA DI DUNIA MESJID RUPA NYA

Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa :
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang DATANG ke Mesjid atau PULANG dari Mesjid.
Maka ALLAH menyediakan untuk nya JAMUAN di dalam SYURGA setiap kali dia pergi dan pulang dari Mesjid.
( H.R. Imam Ahmad Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim ).

Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu selanjutnya berkata :
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang bersuci di rumah nya.
Kemudian berjalan untuk mendatangi salah satu Mesjid ALLAH untuk menunaikan suatu kewajipan yang di tetapkan ALLAH kepada nya.
Maka salah satu dari tiap langkah nya itu akan MENGHAPUSKAN dosa nya.
Dan langkah satu nya lagi akan MENGANGKAT darjat nya.
( H.R. Imam Muslim )

Amirul Mukminin Uthman bin Affan radhiallahu anhu berkata :
SEPULUH MACAM PERKARA YANG SIA-SIA :
Pertama : Orang ALIM yang tidak dapat di jadikan tempat BERTANYA.
Kedua : ILMU yang tidak di AMALkan nya.
Ketiga : PENDAPAT benar yang tidak DI TERIMA.
Keempat : SENJATA yang tidak di GUNA.
Kelima : MESJID yang tiada SOLAT di dalam nya. ( TIADA IMARAHNYA).
Keenam : MUSHAF ( AL-QURAN ) yang tidak di BACA.
Ketujuh : HARTA yang tidak di INFAK kan nya.
Kelapan : KUDA yang tidak di TUNGGANGI nya.
Kesembilan : Ilmu ZUHUD yang ada di dalam hati orang yang MENCINTAI dunia.
Kesepuluh : UMUR panjang yang tidak di guna mencari BEKALAN untuk menuju Akhirat nya.

JIKA ADA

JIKA ADA

Jika ada KESABARAN.
Akan manis KEIMANAN.

Jika ada ILMU PENGETAHUAN.
Akan selamat PERJALANAN.

Jika ada PERHATIAN.
Akan mesra PERHUBUNGAN.

Jika ada BELAS KASIHAN.
Akan indah KEHIDUPAN.

Jika ada KEJUJURAN.
Akan kekal KESETIAAN.

Jika ada KEBAIKAN.
Akan turun rahmat TUHAN.
INSYAA ALLAH (^_^)V