♥ TAKUT ISTERI DAYUS PADA LELAKI ♥
♥ Takut pada isteri sebenarnya ialah TAKUT untuk menegur isteri membuat maksiat. ♥ Itulah yang dimaksudkan TAKUT.
♥ Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus ia adalah seperti berikut :
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman)
terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah 2/147 Lisan
al-Arab 2/150).
♥ Imam Az-Zahabi berkata :
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
♥ Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda)
bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia
mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya maka tiada kebaikan
untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam
dirinya ( Al-Kabair 1/62 ).
♥ Imam Al-‘Aini pula berkata : CEMBURU lawannya DAYUS ( Umdatul Qari, 18/228 )
♥ Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
♥ Ertinya : CEMBURU ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki
itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat
(auratnya) oleh lelaki bukan mahramnya. (Tuhfatul Ahwazi, 9/357).
♥ Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang
dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya.
Adapun jika berlaku secara sulit maka suami tidaklah bertanggungjawab
dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ TIGA golongan yang telah ALLAH haramkan bagi nya Syurga :
♥ Pertama : Orang yang ketagih arak dan mengekali nya.
♥ Kedua : Derhaka kepada ibu bapa.
♥ Ketiga : Si Dayus yang membiarkan maksiat di lakukan oleh ahli keluarga nya.
( H.R.Imam Ahmad ).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan