Rabu, 3 April 2013
~* HALAL MENJADI JIJIK ~*
♥ HALAL MEN
JADI JIJIK ♥
♥ Seorang lelaki bertanya kepada seorang Syeikh :
♥ Wahai Syeikh ! Aku telah lama berkahwin dan mempunyai dua anak. Tetapi semenjak dua menjak ni daku tidak lagi tertarik kepada isteri ku.
♥ Syeikh mula bertanya : Adakah isterimu telah gemuk ??
♥ Lelaki menjawab : Tidak ! Dia cantik sama seperti dulu.
♥ Syeikh bertanya lagi : Adakah dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia cacat ??
♥ Lelaki itu menjawab : Tidak ! Dia masih menawan sama seperti dulu.
♥ Maka Syeikh bertanya lagi : Adakah kamu mempunyai kesukaran menundukkan pandangan mu kepada wanita-wanita yang berjalan di hadapanmu ??
♥ Adakah kamu meminati pornography ??
♥ Lelaki itu menjawab jujur : YA ! bagaimana Syeikh tahu perkara tersebut ??
♥ Syeikh berpesan :
♥ Bila kamu terlibat dengan perkara HARAM.
♥ Suka kepada yang HARAM.
♥ Tidur makan dan bernafas kepada perkara yang HARAM.
♥ Maka yang HALAL akan MENJADI JIJIK bagimu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan