7 AZAB YANG DILIHAT PENGGALI KUBUR
Terdapat seorang pemuda
yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.
Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli
ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat
kepada Allah s.w.t.
Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur
untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang
menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas
perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
1.> Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap
kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam,
aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi
begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
Wahai anak muda,
mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu
hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan
wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada
golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
2.>
Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka
sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam
hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun
bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan
yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya
solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,
maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
3.> Pemuda
itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku
lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila
aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu
gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan
harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
4.> Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi
batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan
guru?”
Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan
manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang
menderhakai ibu bapanya.”
5.> Ku lihat ada pula mayat yang
kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar
segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
Anak muda,
mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa
hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa
lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah
termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
6.> Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu
siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali
semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi
air hitam yang amat busuk baunya,”
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
7.> Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian
halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah
tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu.
Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah
golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik
sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya
daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali.
Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan,
hatta walaupun amalan sebesar zarah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan