PERMATA AYAH BONDA
Setiap Mukmin bercita-cita supaya amalan nya yang soleh itu bersambung
kepada zuriatnya agar tenanglah hati nya bahawa di dalam keturunan nya
yang akan datang ada anak cucu nya yang menyembah ALLAH dan memohon
keredhaan NYA.
Bahkan mereka akan di pertemukan di Akhirat dan di tinggikan darjat nya
sebagaimana darjat bapa-bapa mereka serta di kumpulkan bersama-sama di
dalam Syurga : Tafsir surah At-Thur ayat 21.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
bersabda mengingatkan : ALLAH menganugerahkan kerahmatan kepada seorang
ayah yang menolong anak nya di dalam kebajikan - H.R. Syeikh Ibnu
Hibban dari Imam Ali radhiallahu anhu dari Sayyidina Umar radhiallahu
anhu.
Apabila mati seorang hamba maka Malaikat akan bertanya : Apakah amalan yang di bawa oleh nya ?
Apabila mati seorang manusia maka kerabat nya akan bertanya : Apakah harta yang di tinggal oleh nya ?
Justeru zuriat keturunan yang soleh solehah menjadi impian dan
cita-cita setiap hamba. Titisan darah yang soleh itu lebih di utamakan
di sisi nya dari segala perbendaharaan dan kekayaan dunia.Ini adalah
penyejuk mata dan perhiasan dunia seindah-indah nya.
Sekalipun ia hanya sebuah doa dan amalan-amalan kebaikan yang sunat di
lakukan janganlah kita meremehkan demi kesinambungan generasi yang kita
dambakan. Tidakkah anda kini menyediakan payung sebelum hujan ?
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya
ALLAH akan mengangkat darjat seseorang hamba yang soleh di Syurga. Hamba
tadi lalu berkata : Ya Rabb..Bagaimana hamba boleh mendapat darjat
sedemikian rupa ? ALLAH menjawab : Ini adalah kerana istighfar anak mu
untuk mu. - H.R.Imam Ahmad dengan sanad yang shahih.
Maknanya seorang hamba tidak mengetahui kenapa darjat nya di naikkan di
Syurga sehingga ALLAH memberitahu nya bahawa perkara tersebut di
sebabkan doa istighfar anak nya untuk diri nya.
Anak adalah aset segala kekayaan.
Mesjid adalah pasar hari kemudian.
Ilmu adalah sahabat dalam kehidupan.
Amal soleh adalah teman di dalam kuburan.
Akhlaq yang baik adalah mahkota kemuliaan.
Kemurahan adalah perisai keindahan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan