Pages

Subscribe:

Jumaat, 9 November 2012

~* Bahaya Dusta ~*



♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim maka Allah akan membuka aibnya. Dan barangsiapa yang aibnya di buka oleh Allah. Maka DIA ak
an membukanya sekalipun di dalam rumahnya.
( HR. Imam Muslim Abu Daud dan Imam at-Tirmidzi).

♥ Barangsiapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim. Nescaya Allah Subhanahuwataala menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat.
(H.R Imam at-Tirmidzi).

♥ Barangsiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat.
(H.R. Imam at-Tirmidzi dan di sahihkan oleh Imam Al-Albani ).

♥ Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya. Bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya.
(H.R Imam at-Tirmidzi dan Imam Abu Daud ).

♥ Barangsiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik mencuri dan zina) dan dihukum keranannya. Maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan barangsiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya. Maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.
(H.R. Imam al-Bukhari ).

♥ Wahai Rasulullah ! Apa sebenarnya Ghibah itu ? Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab : Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka. Di tanya lagi : Bagaimana kalau ianya benar ? Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab : Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak benar maka engkau telah melakukan fitnah .

♥ Diriwayatkan dari Imam Abu Hurairah Radhiallahu anhu ia berkata :
Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam maka Baginda bersabda : Kalian pukullah dia . Imam Abu Hurairah berkata :Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya dan ada yang memukul dengan pakaiannya.
Ketika orang itu akan kembali sebahagian orang berkata kepadanya : Mudah-mudahan Allah menghinakanmu.
Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Janganlah kamu berkata yang demikian itu. Jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan nya ).
( H.R. Imam al-Bukhari ).

♥ Wahai golongan yang beriman dengan lisannya tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka. Maka barangsiapa yang mengintip keaiban saudaranya. Nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.
( H.R.Imam At-Tirmidzi ).

♥ Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lainnya. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Barangiapa yang menolong keperluan saudaranya. Maka Allah akan menolong keperluannya pula. Barangiapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim di dunia. Maka Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim. Maka Allah Subhanahuwataala akan menutup keaibannya di hari akhirat.
( H.R.Imam Bukhari ).

♥ Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.
( H.R Imam Ahmad ).

0 ulasan:

Catat Ulasan