Pages

Subscribe:

Jumaat, 9 November 2012

~* Jauhi sifat Keji ~*


♥ Secubit gula.
♥ Sesudu rasa.
♥ Ilmu berguna.
♥ Membaja jiwa.

♥ SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA SIFAT-SIFAT MAZMUMMAH DI DALAM HATI KITA.

Antara mazmummah ( sifat-sifat keji ) utama yang menghilangkan bahagia adalah :

♥ SIFAT PEMARAH. Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. ( sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..Bawak-bawaklah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

♥ PENDENDAM. Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami . Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. ( ini kes dendam kesumat lahh nie..)

♥ HASAD DENGKI . Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. Dia ingin memiliki semua nikmat seorang diri. ( tak elok dengki mendengki nih..)

♥ BAKHIL. Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta kesenangan pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tidak ada bila orang meminta pertolongan daripada nya. Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-sama. Tidak ada kebaikan dalam kekayaan yang tidak ada kemurahan.

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

♥ TAMAK. Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yang di damba tetap tak habis juga . Lagipun orang tamak selalu rugi.

** Ingat ! Yang dikatakan harta atau rezeki kita adalah bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Harta itu hanyalah pasir. Selagi ada dalam simpanan. Barulah jelas nilai di taksir. Setelah lepas dari genggaman.

♥ TIDAK SABAR. Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu tetaplah dalam kesabaran tatkala menghadapi ujian. Sesungguhnya tidak ada ganjaran tanpa kesabaran.

♥ EGO. Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

♥ RIAK. Terseksa sendiri kerana sentiasa mencari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji ia akan menghentikan nya. Allah murka kalau kita riak takabbur dan bangga dengan apa yang kita ada.

♥ CINTA DUNIA . Tidak dapat dunia rasa menderita. Bila dah dapat pun rasa menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta.

** Tidak salah untuk kita kaya.
Tidak salah untuk kita ternama.
Tidak salah untuk kita bergaya.
Tidak salah untuk kita berkuasa.
Tetapi bungkuslah dengan mengingati NYA.
Tidak sombong atas kurnia. (^_^)V♥♥♥~*

0 ulasan:

Catat Ulasan