Pages

Subscribe:

Ahad, 4 November 2012

~* Jangan Aniaya ~*

Imam Abul-Laits Assamarqandi telah berkata :
Tidak ada satu dosa yang lebih besar daripada tindakan aniaya.
Kerana sesungguhnya dosa-dosa itu apabila terjadi antara kamu dengan Allah Taala.
Maka sesungguhnya Allah Taala itu Maha Dermawan akan memberikan keampunan Nya.
Akan tetapi dosa-dosa yang terjadi antara kamu dengan hamba Nya

Maka tidak ada usaha apa pun melainkan meminta keredhaan nya.

Maka sebaiknya orang yang aniaya itu meminta maaf atas tindakan kezaliman nya.
Dan meminta kerelaan nya orang yang telah di aniaya semasa di dunia.
Kalau dia tidak dapat melakukan nya maka sebaiknya dia mengucapkan "Istighfar" memohon ampun untuk diri nya.
Dan berdoa yang baik-baik untuk orang yang di aniayai nya.
Semuga yang demikian dapat di harapkan kerelaan orang yang di zalimi nya.

Maimun bin Mahram telah berkata :
Sesungguhnya seseorang yang menganiaya saudara nya.
Maka apabila ia ingin meminta kerelaan nya.
Akan tetapi sudah tertinggal saat nya ( mungkin kerana telah meninggal dunia )
Sehingga dia tidak dapat lagi meminta kerelaan nya.
Maka dia sepatutnya membaca : Istighfar untuk orang yang di aniayainya selepas usai tiap-tiap solat nya.
Maka dia akan terlepas dari tindakan aniaya yang di lakukan nya. ~*

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Barangsiapa yang di uji lalu bersabar.
Di kurniakan lalu bersyukur.
Di zalimi lalu memaafkan.
Dan menzalimi lalu beristighfar.
Maka bagi mereka keselamatan dan hidayah.
( H.R.Imam Al-Baihaqi ). ~*

0 ulasan:

Catat Ulasan