♥ WASIAT NASEHAT ♥
♥ Hai Ali ! Kasihanilah terhadap saudara mu sebagaimana engkau kasih terhadap diri mu.
♥ Hai Ali ! Carilah kebaikan pada orang yang jernih muka nya.
♥ Muliakanlah tetamu mu. Bahawasanya tetamu itu apabila datang ia kepada seseorang nescaya datanglah bersama nya rezeki nya ( rezeki tuan rumah ).
♥ Dan apabila dia pergi nescaya pergilah bersama-sama nya dosa ahli
rumah itu lalu di campakkan dosanya ( tuan rumah yang di ziarahi nya )
ke dalam laut.
♥ Hai Ali ! Para Malaikat tidak akan masuk ke
mana-mana rumah yang terdapat di dalam nya gambar-gambar haiwan atau
patung-patung atau orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa nya atau
rumah yang tidak di masuki tetamu di dalam nya.
♥ Hai Ali ! Berbuatlah kebaikan ( sedeqah ) walaupun terhadap orang yang rendah.
♥ Berkata Ali : Siapakah orang yang rendah itu Ya Rasulullah ?
♥ Jawab Nabi : Orang yang rendah adalah orang yang jika di beri
peringatan tidak mahu menerima. Jika di larang tidak mahu tunduk. Dan
dia tidak memperdulikan apa yang dia katakan dan apa yang orang
perkatakan terhadap nya.
♥ Hai Ali ! Sedeqah sembunyi itu dapat
memadamkan kemurkaan ALLAH dan menarik keberkatan rezeki yang banyak.
Dan berpagi-pagilah engkau dengan mengeluarkan sedeqah kerana bala itu
datang nya sebelum pagi maka sedeqah itu akan menolak apa yang bakal
terjadi ( qada di udara ).
Kitab Wasiatul Mushtafha.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan