♥ WASIAT NASEHAT ♥
♥ Hai Ali ! Apabila engkau bersedeqah maka bersedeqahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada engkau.
♥ Bahawasanya sedeqah satu suap daripada yang halal adalah lebih di sukai ALLAH daripada seratus misqal yang haram.
♥ Satu sedeqah yang engkau berikan semasa engkau hidup adalah lebih
utama daripada seratus misqal yang di sedeqahkan oleh keluarga mu
setelah engkau mati.
♥ ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman : Pada
Hari Qiamat manusia akan melihat sendiri segala apa yang di berikan oleh
tangan nya.
♥ Hai Ali ! Bersedeqahlah untuk ahli mu yang telah mati.
♥ Maka sesungguhnya ALLAH telah mewakilkan beberapa Malaikat membawa
segala sedeqah orang-orang yang hidup kepada mereka yang telah mati.
♥ Sungguh gembiranya mereka dengan sedeqah itu melebihi gembiranya
mereka semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhan ku ! Ampunilah
orang-orang yang menerangi kubur kami dan gembirakanlah mereka dengan
balasan Syurga sebagaimana mereka mengembirakan kami dengan sedeqah nya.
♥ Hai Ali ! Beramallah dengan ikhlas kerana ALLAH.
♥ Sesungguhnya ALLAH Taala tidak akan menerima melainkan orang yang benar-benar ikhlas kerana NYA.
♥ Firman ALLAH Taala : Barangsiapa yang berharap menemui ALLAH Tuhan
NYA maka hendaklah beramal dengan baik dan tidak mempersekutukan
beribadat kepada Tuhan NYA. ( Beribadat janganlah kerana mencari nama
dan sanjungan dari manusia ).
Kitab Wasiatul Mushtafha.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan