♥ HIDUP MULIA DENGAN AGAMA ♥
♥
Seorang pakar Hadith dan Fiqah pada abad kedua Hijrah di Makkah bernama
Abu Muhammad Sufyan bin 'Uyainah al-Hilali ( Ibnu 'Uyainah ) bercerita :
♥ Daku memiliki tiga orang adik beradik ia itu Muhammad, Imran dan
Ibrahim.Muhammad anak sulung. Imran anak bongsu dan daku anak kedua.
♥ Apabila Muhammad hendak bernikah ia menginginkan KEMULIAAN. Maka ia mencari pasangan daripada keluarga yang lebih tinggi status sosial nya.
♥ Akhir nya ia di perlakukan dengan sangat HINA oleh isteri dan keluarga isteri nya.
♥ Imran menginginkan KEKAYAAN. Maka ia mencari pasangan yang berasal dari keluarga yang sangat kaya.
♥ Akhir nya ia jatuh dalam KEFAKIRAN. Mereka merampas semua harta nya dan tidak meninggalkan sedikit pun untuk diri nya.
♥ Ibnu 'Uyainah bercerita lagi : Beberapa lama kemudian kebetulan
Ma'mar bin Rasyid datang ke negeri kami lalu aku minta nasehat sambil
menceritakan kisah kedua-dua saudara ku.
♥ Lalu beliau menyampaikan
kepada ku hadith Yahya bin Ja'dah. Seorang wanita di nikahi kerana EMPAT
perkara ia itu kerana harta nya. Kerana kemuliaan nya. Kerana
kecantikan nya dan kerana amal soleh nya. Maka carilah wanita yang soleh
nescaya engkau akan beruntung.
♥ Hadith daripada Sayyidatina 'Aisyah radhiallahu anha berkata :
Wanita yang paling besar keberkatan nya adalah wanita yang paling ringan biaya pernikahan nya.
♥ Lalu daku mencari untuk diri ku seorang wanita solehah serta yang
paling ringan biaya pernikahan nya untuk melaksanakan sunnah Nabi
shallallahu alaihi wasallam. Akhirnya ALLAH menghimpunkan bagi ku
kemuliaan kekayaan dan kesolehan.
♥ Ibnu 'Uyainah berkata :
♥ Orang yang menginginkan kemuliaan. Maka akan di berikan kehinaan.
♥ Orang yang menginginkan kekayaan. Maka akan di berikan kefakiran.
♥ Dan orang yang menginginkan kesolehan. Maka ALLAH akan menghimpunkan untuk nya kemuliaan dan kekayaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan