♥ SAHABAT SEJATI BAIK PEKERTI ♥
♥ Alqamah radhiallahu anhu telah berpesan kepada anak nya :
♥ Wahai Anak ku ! Sekira nya engkau merasakan perlu bersahabat dengan
seseorang manusia maka hendaklah engkau memilih orang yang memiliki
sifat demikian ia itu antara nya :
♥ Jika engkau berbuat KEBAIKAN kepada nya maka dia akan MELINDUNGI mu.
♥ Jika engkau merapatkan persahabatan dengan nya maka dia akan membalas balik persahabatan mu.
♥ Jika Jika engkau memerlukan pertolongan daripada nya berbentuk bantuan kewangan dan seumpama nya maka dia akan membantu mu.
♥ Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada mu maka dia akan menutup aib mu.
♥ Jika engkau meminta bantuan daripada nya maka dia akan mengusahakan untuk mu.
♥ Jika engkau mendiamkan diri kerana malu menyusahkan nya maka dia akan menanyakan kesusahan mu.
♥ Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepada nya maka dia akan menghargai mu.
♥ Jika dia mendapat bantuan daripada mu maka dia akan menyebut kebaikan mu.
♥ Jika datang sesuatu bencana menimpa mu maka menghilangkan kesusahan mu untuk membantu mu.
♥ Jika engkau berkata kepada nya nescaya dia akan percaya dan membenarkan mu.
♥ Jika engkau merancang melakukan sesuatu maka nescaya dia akan membantu mu.
♥ Jika engkau berselisih faham dengan nya nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan dengan mu.
♥ Sayyidina Ali radhiallahu anhu dalam syair nya telah berkata :
♥ Saudara mu yang sebenar nya adalah orang yang sentiasa berada di samping mu.
♥ Dia sanggup membahayakan diri nya demi kemaslahatan mu.
♥ Dia adalah orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan mu.
♥ Dan dia sanggup mengorbankan segala-gala nya untuk kepentingan diri mu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan