Pages

Subscribe:

Isnin, 29 September 2014

SEPI ITU INDAH


SEPI ITU INDAH

SEPI itu INDAH bersama ALLAH.
HATI itu TENANG bersama DZIKRULLAH.
HIDUP itu MAHABBAH bersama UKHUWAH.
HARTA itu BERKAH bersama SEDEQAH.

SUJUD bukan sekadar MEMBAWAH.
SUJUD tanda meninggi MARUAH.
Semakin RENDAH dahi MENCECAH.
Semakin indah IMAN BERCAMBAH.
INSYAA ALLAH (^_^)v

SUDAH TERBELAH BARU TERGADAH


SUDAH TERBELAH BARU TERGADAH

Para Ulamak telah berkata :
Manusia itu selalu takbur dan tidak akan menundukkan kepala nya
Melainkan kerana TIGA perkara :
Pertama : SAKIT berat mendatangi nya.
Kedua : PAPA menimpa nya.
Ketiga : MAUT menimpa orang kesayangan nya

ORANG YANG KURANG


ORANG YANG KURANG

Orang yang kurang di timpa BALA.
Maka lemahlah JIWA nya.
Orang yang kurang membuat KERJA.
Maka lemahlah BADAN nya.
Orang yang kurang mahu BERTANYA.
Maka lemahlah AKAL nya.
Orang yang kurang merasa CAKNA.
Maka lemahlah KEBAHAGIAAN nya

SKETSA KEHIDUPAN

SKETSA KEHIDUPAN

PERBEDZAAN itu satu KURNIAAN.
Jangan kita BANDING-BANDINGKAN.
KELAINAN itu satu KEISTIMEWAAN.
Jangan kita KESAL-KESALKAN.
KEKURANGAN itu satu KESEMPURNAAN.
Jangan kita merasa BEBANAN.
KELEBIHAN itu satu UJIAN.
Jangan kita BANGGA-BANGGAKAN.
Biar terhimpun di dalam KESUSAHAN.
Asal MENGHARUM di dalam KEHIDUPAN.

Kepada yang BERBAHAGIA.
Semoga kita MENSYUKURI nya.
Kepada yang BERDUKA.
Semoga kita MENGINSAFI nya.
Kepada yang KECEWA.
Semoga kita BERLAPANG DADA.
Kepada yang BERDOSA.
Semoga kita kembali pada NYA.
INSYAA ALLAH. ALLAHUMMA AAMIIN

MENDEKATLAH

MENDEKATLAH

Berkata Imam Malik Rahimahullah.
Barangsiapa yang tidak mampu WUKUF di ARAFAH.
Maka hendaklah wukuf ( BERHENTI ) dari perkara-perkara yang di LARANG ALLAH.
Barangsiapa yang tidak mampu menetap di MUZDALIFAH.
Maka tetaplah dengan keazaman untuk MENDEKATI dan MENTHAATI ALLAH.
Barangsiapa yang tidak mampu untuk BERKORBAN di MINA.
Maka hendaklah MENYEMBELIH hawa nafsu nya untuk sampai ke JANNAH.
Barangsiapa yang tidak mampu sampai ke KAABAH.
Maka BERAZAMLAH untuk sentiasa DEKAT dengan ALLAH.

RESEPI SERI MUKA


RESEPI SERI MUKA

Pertama : Terjaga KESIHATAN nya.
Kedua : Gembira HATI nya.
Ketiga : Berguna ILMU nya.
Keempat : Suci BATIN nya.
Kelima : Kuat IMAN nya.
Keenam : Sedikit DOSA nya.
Ketujuh : Besar HARAPAN nya.
Kelapan : Kental JIWA nya

TIADA GUNA NYA

TIADA GUNA NYA
Tiada guna nya otak yang CERDAS.
Kalau hati nya terlalu KERAS.
Tiada guna nya akal yang WARAS.
Jika hati nya tiada MEMBELAS.
Tiada guna nya otot yang KERAS.
Jika solat terasa MALAS.
Tiada guna nya hidup yang BEBAS.
Jika hanya menghabiskan BERAS.

Rabu, 24 September 2014

IMAN BERCAMBAH

 SEPI ITU INDAH
 SEPI itu INDAH bersama ALLAH.
 HATI itu TENANG bersama DZIKRULLAH.
 HIDUP itu MAHABBAH bersama UKHUWAH.
 HARTA itu BERKAH bersama SEDEQAH.

 SUJUD bukan sekadar MEMBAWAH.
 SUJUD tanda meninggi MARUAH.
 Semakin RENDAH dahi MENCECAH.
 Semakin indah IMAN BERCAMBAH.
 INSYAA ALLAH (^_^)v. 

Isnin, 22 September 2014

TUJUH SUNNAH NABI S.A.W.

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkah kan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan; bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sabtu, 20 September 2014

MUDAH MUDAH INSYAA ALLAH

MUDAH MUDAH INSYAA ALLAH

TEGURLAH jika nampak SALAH.
Jangan MEMBENCI tanpa kata SEPATAH.
BANTULAH jika nampak SUSAH.
Jangan MENGHINA tanpa rasa BERSALAH.
PERBUATAN yang di SERLAH.
Bukti AKAL yang INDAH.
UCAPAN yang MAHABBAH.
Bukti ILMU yang BERFAEDAH.
Buatlah orang lain rasa GEMBIRA.
Maka ALLAH akan mengembirakan kita.
Dengan perkara yang tidak DI SANGKA.
INSYAA ALLAH (^_^)v

Khamis, 18 September 2014

TAHU TAK ??


TAHU TAK ??

Tahu tak ??
BAHAGIA itu bukan kerana.
Kita memiliki SEGALA-GALA NYA.
Tetapi kita merasa BAHAGIA.
Kerana kita BERSYUKUR dengan apa yang kita ADA.
Tahu tak ??
BAHAGIA itu bukan kerana.
Kita memiliki EMAS PERMATA.
Tetapi kita merasa BAHAGIA.
Kerana punya CINTA dan KASIH SAYANG yang TERJAGA.
Tahu tak ??
BAHAGIA itu bukan kerana.
Kita merasa cukup SEMPURNA.
Tetapi kita merasa BAHAGIA.
Kerana dapat menerima KEKURANGAN manusia.
Tau tak ??
Siapa yang beri kita rasa BAHAGIA ???
DIA adalah DZAT yang lebih dekat dengan urat leher kita.
Bukan SIAPA-SIAPA dan bukan APA-APA.
ALLAHU AKBAR.

MASIH ADA HARAPAN

MASIH ADA HARAPAN

Jika anda tidak mampu melihat ke HADAPAN.
Kerana gelap nya JALAN.
Atau jika anda tidak mahu melihat ke BELAKANG.
Kerana ketakutan yang MENYAKITKAN.
Maka teruslah memandang ke atas dengan HARAPAN.
Kerana di dalam nya ada KEKUATAN.
ALLAH memberi CAHAYA di dalam KEGELAPAN.
ALLAH memberi HIDAYAH di dalam KESESATAN.
ALLAH memberi KEMUDAHAN di dalam KESULITAN.
ALLAH memberi PERTOLONGAN di dalam PERPADUAN.
ALLAH memberi KASIH SAYANG di dalam BELAS KASIHAN.
ALLAH memberi GANJARAN di dalam KESABARAN.
ALLAH memberi RAHMAT di dalam KEBAIKAN.
ALLAH memberi JALAN di dalam UJIAN.
INSYAA ALLAH. Masih ada harapan.
Selagi ada HARAPAN. Takkan HILANG segala KEKUATAN.