Pages

Subscribe:

Selasa, 28 Ogos 2012

~* Cinta itu anugerah ~*

 ~* Cinta apabila berputik..
       Sungguh mengasyikkan..
       Sungguh mendamaikan..
       Sungguh menghiburkan..
       Sungguh menceriakan..
~* Cinta apabila berkembang..
      Sungguh mendebarkan..
      Sungguh meresahkan..
      Sungguh mengkhayalkan..

      Sungguh mempersonakan. (^_^)V<3<3<3~*
   

~* Orang yang bahagia membahagiakan ~*

~* Sifat pengasih dan penyayang.
Bukanlah mengasihi dan menyayangi diri nya seorang
Tetapi sifat pengasih dan penyayang.
Adalah berbagi kasih sayang dengan semua orang . (^_^)V♥♥♥~*

Jumaat, 24 Ogos 2012

~* Kehidupan Fana.~*


~* Baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebahagian khutbahnya.
    Wahai sekalian manusia !! Sesungguhnya dunia ini adalah kehidupan yang fana bukan kehidupan permanen. 
   Dunia adalah rumah yang penuh dengan kesedihan bukan rumah kebahagiaan.
     Dan orang yang mengetahuinya ia tidak akan berbahagia di sebabkan kesejahteraan yang di rasakan dan tidak pula akan bersedih di sebabkan kesengsaraannya.
   Kerana ketahuilah sesungguhnya Allah SWT menciptakan dunia ini penuh dengan ujian dan akhirat sebagai kehidupan balasan. 
  IA jadikan ujian dunia sebagai penyebab ganjaran dan balasan akhirat tergantung kepada hasil dari ujian kehidupan dunia.
  IA mengambil untuk diberikan dan menguji untuk ganjaran.
   Hati-hatilah kalian terhadap manis air susunya disebabkan pahit penyapihannya.
Berpindahlah kalian dari kelazatan orang-orang yang disegerakan kepada kesengsaraan yang di tangguhkan.
Janganlah kalian berusaha mencapai kehidupan yang Allah telah tetapkan kehancurannya dan jangan pula berusaha untuk sampai kepadanya kerana sesungguhnya Allah menghendaki kalian untuk menjauhi dunia jangan kemudian kalian menjadi orang yang berpaling dari NYA sehingga akhirnya kalian menjadi orang-orang yang layak untuk di masukkan kepada siksa neraka NYA.~* 
  ( Disalin dari Kitab Syarhul Hikam karangan Ibnu Ujaibah).

~* Jangan sedih. Jangan berdukacita. Allah ada bersama kita. ~*

~* Di riwayatkan dari Baginda Rasulullah s.a.w. :
Bahawa sesungguhnya Baginda ( Muhammad s.a.w.)
pada suatu hari sedang duduk dalam keadaan gelisah.
Maka datanglah Malaikat Jibril kepada nya seraya berkata :
" Ya Muhammad ! Apa erti susah gelisah sedangkan Allah Taala telah mengurniakan kepada ummat mu lima perkara yang belum pernah di berikan kepada salah seorang pun sebelum u
mmat mu ia itu " :
1. Allah berfirman : AKU menuruti persangkaan hamba KU dengan kepastian ( ketetapan ) KU. Dan DIA tidak bertikai ( bersoal jawab) terhadap persangkaan itu.
2. Barangsiapa yang menutupi aib ( keburukan ) orang lain di dunia ini maka keaiban nya tidak akan di buka di akhirat nanti.
3. Selagi belum sakaratul maut maka tidak di tutup pintu taubat untuk ummat Muhammad.
4. Barangsiapa yang datang dengan membawa tanggungan dosa sepenuh bumi maka Allah akan mengampuni nya sesudah ia membaca :
" Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah "
5. Allah akan menghapus azab kubur dari mereka yang telah meninggal akibat dari doa orang-orang yang masih hidup. ~*
( Al-Hadith : Di sahihkan oleh bebeapa perawi hadith lain nya berdasarkan syarat Imam Bukhari dan Muslim).

~* Adilnya Tuhan kita.~*

~* Dalam tawa ada tangis nya..
Dalam suka ada duka nya..
Dalam gelap ada bintang nya..
Dalam suram ada bulan nya..
Dalam sempait ada lapang nya..
Dalam derita ada bahagia nya..
Dalam ujian ada jalan nya..
Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia..
Kerna IA sangat cinta kepada hamba NYA. (^_^)V♥♥♥~*

Isnin, 20 Ogos 2012


~* Zun-Nun Al-Misri bercerita bahwa pada suatu hari dia berjalan-jalan di tepi sungai Nil dan berjumpa seekor kala sedang berjalan terburu-buru. Lalu ia mengambil batu untuk membunuhnya tetapi kala itu berlari dengan lajunya dan terjun ke tepi sungai Nil. Ketika itu juga muncul seekor katak dan kala jengking itu pun naik ke punggung katak lalu di bawanya ke seberang. Zun Nun mengikuti gelagat kedua-dua binatang tersebut.
     Ternyata di sana ada seorang sedang tidur dalam keadaan mabuk dan mulutnya penuh dengan buih arak. Di dekatnya ada seekor ular berbisa dan siap untuk mematuk. Kala tersebut menyengat ular sehingga ular tidak jadi untuk mematuk si pemabuk yang sedang tidur. Sebentar kemudian orang mabuk yang sedang tidur terjaga dan sebaik saja mengetahui bahawa di dekatnya ada ular berbisa dia lari lintang pukang kerana takut.
    " Jangan takut, ular itu sudah tidak merbahaya lagi dan kamu telah selamat dari bahaya " teriak Zun-Nun. Lalu Zun Nun menerangkan apa yang telah terjadi dari awal sehingga akhir. Mendengar keterangan itu lelaki pemabuk itu sangat terharu. Dia menundukkan kepalanya kemudian mengadap ke langit dan berkata :   
   " Wahai Tuhan KU ! Begitu belas kasihan Engkau menjaga orang yang derhaka kepada MU.
Maka bagaimana lagi Engkau berbuat terhadap orang yang taat kepada MU ?
Demi Keagungan dan Kemuliaan MU, aku berjanji tidak akan bermaksiat lagi kepada MU selepas ini buat selama-lamanya."     
   Kemudian orang itu meninggalkan tempat tersebut sambil menangis kerana menyesali perbuatannya. Dia bermadah :   
    Wahai orang yang tidur sedang Tuhan menjaganya.  
     Dari setiap kejahatan yang melata dalam gelita.    
   Bagaimana mata dapat tidur lelap dari Raja.      
Sedang anugerah datang melimpah daripada NYA ~*.

Ahad, 19 Ogos 2012

~* Msa itu emas permata kita~*

~* Pejam celik pejam celik
Semakin bertambah umur kita.
Pejam celik pejam celik
Dulu berhingus dah jadi anak dara.
Pejam celik pejam celik
Dulu bolok dah jadi teruna.
Pejam celik pejam celik
Dulu muda dah jadi tua.
Pejam celik pejam celik
Rupanya banyak dosa dan kesalahan kita
Pejam celik pejam celik
Rupanya dah habis puasa..
Pejam celik pejam celik
Rupanya syawal dah tiba.
Sementara masih celik
Perbanyakkanlah berbuat pahala.
Sebelum pejam tak celik celik
Maafkanlah kesalahan hamba. (^_^)V

Jumaat, 17 Ogos 2012

~* Mengenali Aib diri ~*


~* Abdullah bin Mas'ud r.a. berpesan :
Ramai orang yang terbuai hanyut dengan kenikmatan..
Ramai pula orang yang terpedaya ( termakan fitnah) oleh pujian.
Dan banyak juga orang yang tertipu oleh tertutup nya keaiban.

Ramai orang yang lupa daratan kerana mendapat banyak kenikmatan.
Ramai orang yang terkena fitnah ujian kerana banyak mendapat pujian.
Ramai orang yang terpedaya dan lupa hari kemudian kerana banyak melupakan kesalahan.

Sebahagian Hukama' berkata :
Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hamba Nya
Maka DIA menjadikan hamba itu sebagai orang yang mengerti agama.
Allah menjadikan ia zuhud terhadap dunia.
Dan Allah menjadikan dia menyedari terhadap aib-aib diri nya.

Janganlah berdukacita bila manusia tidak menghargai segala kelebihan yang kita ada.
Tetapi hendalkah berdukacita bila kita tidak menyedari kekurangan-kekurangan kita.
Manusia yang sibuk mencari-cari kesalahan manusia maka dia tidak mempunyai masa membaiki keburukan diri nya.
Ingatlah ! Apabila kita menuding satu jari mencari kesalahan manusia
Maka empat jari lagi akan menunjukkan kesalahan kita. (^_^)V<3<3<3~*.

Rabu, 15 Ogos 2012

~* Luas nya rahmat MU Ya Allah ~*

Daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya : Baginda Rasulullah s.a.w. telah menjenguk kami yang berada di Shuffah serta berucap kepada kami :
Malam tadi saya melihat suatu perkara yang ajaib. Saya melihat seorang lelaki dari umatku di datangi oleh Malakul-maut untuk mengambil nyawa nya.
Maka datanglah ketha'atan nya kepada kedua ibu bapa nya menolak Malakul-maut itu daripadanya.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku telah di ganggu oleh syaithan.
Maka datanglah dzikirnya kepada Allah untuk menghapuskan segala syaithan-syaithan yang mengganggu itu.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku telah di ganggu oleh Malaikat-azab maka datanglah sembahyang nya menyelamatkannnya daripada gangguan itu.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku tercungap-cungap kehausan. Setiap ia menghampiri telaga ia di halang dan di halau.
Maka datanglah puasanya dalam bulan Ramadhan lalu memberi nya minum hingga ia merasa puas.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku dan saya lihat para Nabi duduk berkelompok-berkelompok setiap ia datang dekat ke suatu kelompok ia di halau dan di halang .
Maka datanglah mandi junub nya memimpin nya dan mendudukkan nya di sebelah ku.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku di kelilingi kegelapan dari segenap penjuru dari hadapan belakang kanan kiri dan juga dari atas.Dia bingung di dalam kegelapan itu.Tiba-tiba ia telah di datangi oleh amalan hajji dan umrah nya lalu mengeluarkannya daripada kegelapan itu dan memasukkan nya ke dalam cahaya.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku mencari perlindungan dariipada bahang dan bunga api neraka maka datanglah sedekah nya menjadi dinding antara nya dengan api itu serta menjadi penaungnya.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku bercakap-cakap dengan orang-orang Mu'min tetapi mereka tidak mahu bercakap dengan nya maka datanglah hubungan silatur-rahim nya seraya berkata : Wahai para Mu'min ! Sesungguhnya dia adalah orang yang suka menghubungkannn tali silatur-rahim maka bercakap-cakaplah kamu dengannya. Maka mereka barulah bercakap-cakap dan berjabat tangan dengan dengan nya.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku telah di ganggu oleh malaikat Zabaniah maka datanglah suruhan nya untuk berbuat baik dan larangan nya dari membuat jahat menyelamatkannya dari tangan Malaikat Zabaniah itu serta menyerahkan nya pula kepada Malaikat rahmat.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku duduk berlutut dan di antara nya dengan Allah ada dinding maka datanglah kebaikan akhlaq nya memimpin tangan nya dan membawa nya mengadap Allah Azzawajalla.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku suratan amalan nya telah terlepas ke sebelah kiri nya maka datanglah sifat takut nya kepada Allah Azzawajalla lalu meletakkannya di sebelah kanan.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku telah menjadi ringan timbangan nya maka datanglah anak-anak nya yang mati semasa kecil untuk memberatkan timbangan kebaikan nya.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku berdiri di tepi jurang neraka Jahannam maka datanglah sifat harapannya kepada Allah Azzawajalla untuk menyelamatkannya dari jurang itu.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku telah terjerumus ke dalam neraka maka datanglah air mata nya hasil dari tangisan nya kerana takut kepada Allah untuk menyelamat kannya dari bahaya neraka itu.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku sedang berdiri di atas titian Shirath menggeletar seluruh anggota badan nya seperti pelepah kering yang di goncang oleh angin ribut maka datanglah sangkaannya yang baik terhadap Allah Azzawajalla untuk mententeramkan ketakutannya lalu ia pun terus berjalan tanpa takut-takut lagi.
Saya melihat seorang lelaki dari ummat ku kadang kala bertatih dan kadangkala merangkak   pada berpaut-paut di atas titian Shirath maka datanglah selawat nya ke atas diri ku lalu menegakkannya serta menyelamatkan nya dari bahaya itu.
Akhir sekali saya melihat seornag lelaki dari ummat ku telah tiba di hadapan pintu syurga tiba-tiba semua pintu-pintu syurga itu di tutupkan di hadapan nya maka datanglah syahadah ( penyaksian) bahwa tiada Tuhan melainkan Allah maka dengan serta merta pula semua pintu-pintu syurga itu di buka kan untuk nya serta di jemput ia untuk memasuki nya. (H.R.Abu Musa Al-Madini).

Selasa, 14 Ogos 2012

~* Tanda menghargai dengan mensyukuri ~*

~* Tanda seseorang bijak berakal fikiran.
Hatinya penuh dengan kebaikan.
Lidah yang selalu basah mengingati Tuhan.
Mata yang selalu menangis kerana penyesalan.
Badan yang selalu sabar menghadapi ujian.
Akal yang mengutamakan hari kemudian.
Hargailah kurniaan Tuhan dengan ucapan kesyukuran.
Menghargai kesedihan dengan kesabaran.
Menghargai keindahan dengan mengambil pelajaran.
Menghargai kehidupan dengan ketaqwaan.
Menghargai kematian dengan harapan. (^_^)V♥♥♥~*

~* Tiga Perkara ~*


Sekali peristiwa Baginda Rasulullah s.a.w. duduk bersama-sama dengan para sahabatnya dan Beliau telah bersabda :Di antara dunia mu ada tiga perkara yang menyenangkan hati ku ia itu :1.  Wangi-wangian.2.  Wanita.3.  Solat (penyejuk mata ku)
.Kemudian Sayyidina Abu Bakar r.a. berkata : Betul Engkau Wahai Rasulullah.Daku menghargai tiga benda ia itu :1. Melihat wajah mu Ya Rasulullah.2. Membelanjakan harta kekayaan ku atas mu3. Dan putri ku menjadi isteri mu Ya Rasulullah.
Kemudian Sayyidina Umar bin Khatthab r.a.berkata :Betul engkau wahai Abu Bakar.Dan tiga perkara yang paling daku cintai adalah :1. Menegak kebenaran.2. Mencegah kemungkaran.3. Memakai pakaian yang bertampung.
Kemudian Sayyidina Uthman bin Affan r.a. berkata :Benar engkau wahai Umar.Di antara dunia ada tiga hal yang menyeronokkan daku ia itu :
1. Memberi makan orang yang lapar.2. Memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan3. Membaca Al-Quran.
Kemudian Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. berkata :Benar engkau wahai Uthman.Dan daku paling cinta tiga perkara ini ia itu :1. Melayani tetamu.2. Berpuasa pada hari yang panas terik dan 3. Memancung kepala para musuh dengan pedang ku.
Pada ketika itu Jibril a.s. pun muncul seraya berkata kepada Rasulullah s.a.w.:Allah SWT telah mengutuskan daku supaya memberitahukan pada anda apa yang daku cintai sekiranya daku ini seorang manusia.Sahut Rasulullah s.a.w. : Khabarkanlah kepada kami Ya Jibril.
Jibril a.s. berkata : Sekiranya daku serupa anda daku akan cinta tiga perkara :1. Memimpin orang yang sesat.2. Mengasihi mereka yang shalat dalam keadaan miskin dan papa.3. Membantu kerabat yang sengsara.
Lebih lanjut Jibril menyatakan : Tuhan pemilik Keagungan mencintai tiga perkara dari hamba-hamba NYA ia itu :1. Mengerahkan segala kekuatan untuk berbuat tha'at kepada Allah SWT.2. Menangis pada ketika bertaubat kerana berbuat maksiat.3. Sabar ketika miskin menahan lapar dan dahaga.( Hadith dari Munabihat oleh Syaikh Ibnu Hajar) ~*

~* Senyum ~*

~* SENYUM. ~*
Senyum itu ringan dan tak bersuara tapi penuh makna..
Senyum itu
murah bagi kita tapi tak ternilai dengan emas permata..
Senyum itu tak memerlukan tenaga tetapi sangat besar manfaatnya..
Senyum itu satu hal yang mudah tapi selalu nampak indah..
Senyum itu suatu hal yang biasa tapi bisa jadi istimewa..
Senyum itu ibadah yang paling mudah tapi pahalanya setara dengan sedekah. (^_^)V♥♥♥~*.

Isnin, 13 Ogos 2012

~* Kasih Bonda membawa ke Syurga ~*

~* Hak anak kepada orang tua nya ada sepuluh perkara :
1. Memberi makan bila di perlukan.
2. Memberikan pengabdian bila di harapkan.
3. Mendatangi bila di hajati.
4. Mentaati bila di perintah kebaikan bukan kemaksiatan.
5. Berbicara dengan lemah lembut penuh sopan.
6. Memberikan pakaian apabila di perlukan sedangkan anak berkemampuan.
7. Berjalan di belakang nya tanda menghormati nya.
8. Mengusahan kerelaan nya dengan sesuatu yang dia rela.
9. Menjauhkan sesuatu daripadanya yang dia sendiri pun mengelakkan nya.
10. Berdoa untuk mereka. Meminta ampunan untuk mereka dan bersedekah segala amalan atas nama kedua nya. ~*
( Tanbihul Ghafilin).

~* Membina kekuatan dengan ketaatan ~*

~* Barangsiapa yang menyahut seruan Iblis maka terkeluarlah agamanya...
Barangsiapa yang menyahut seruan nafsu maka terkeluarlah rohnya.. (roh kemanusiaan).
Barangsiapa yang menyahut seruan syahwat maka terkeluarlah akalnya...
Barangsiapa yang menyahut seruan anggotanya dalam berbuat maksiat kepada Tuhan NYA maka terkeluarlah Syurganya...
Barangsiapa yang menyahut seruan Allah..maka terkeluarlah kejahatan nya dan memperoleh kebaikan dalam hidup nya. (^_^)V♥♥♥~*

~* Akhlaq mulia keutamaan utama ~*

~* Imam Anas bin Malik r.a. berkata :Saya telah melayani Baginda Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun. Belum pernah Baginda menegur ku terhadap sesuatu dengan berkata : " Mengapa itu engkau kerjakan ?"
Dan sesuatu yang belum saya kerjakan dengan berkata : " Mengapa itu tidak engkau kerjakan ?"
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Hai Anas ! Aku berwasiat kepada mu maka jagalah wa
siat itu.
1. Perbanyakkanlah solat malam maka engkau akan di cintai oleh para penjaga mu ( Malaikat).
2. Bila engkau masuk ke rumah ahli keluarga mu maka berilah salam kepada mereka.
Nescaya Allah akan menambah berkah kepada mu.
3. Kalau seandai nya engkau dapat maka janganlah engkau masuk ke tempat tidur mu melainkan dalam keadaan suci ( berwudhuk ) maka seandai nya engkau mati nescaya engkau akan mati syahid.
4. Jika engkau keluar rumah dari rumah keluarga mu maka berilah salam kepada siapa saja yang engkau jumpai nescaya Allah menambah kebaikan mu.
5. Muliakanlah orang tua ( lebih tua) yang Muslim serta berbelas kasihanlah kepada anak-anak kecil yang Muslim maka nescaya antara aku dan engkau seperti ini sambil menunjukkan dua jari tangan dan telunjuk sangat rapat.
6. Ketahuilah Hai Anas ! Sesungguhnya Allah itu rela terhadap hamba yang makan sesuap kemudian membaca : " ALHAMDULILLAH " dan seteguk air yang di minum kemudian membaca : " ALHAMDULILLAHI TAALA."
( Al-Hadith). Duratun Nasihin. ~*

~* Kepada MU Ya Allah ~*

* BismillahirRahmaanirRahiim.~*
Wahai Ya Allah Ya Tuhan Kami !
Dengan menyebut nama MU Ya Allah.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Kami mohon restu MU Ya Hayyu Ya Qayyum..
Terimalah subuh kami dalam hidayah MU..
Berkatilah zohor kami dalam berkah MU..
Ampunilah lalai kami dalam Asar MU..
Peliharalah iman kami dalam Maghrib MU..
Dan redhalah Isyak kami dalam Kasih Sayang MU.
Wahai Ya Allah Ya Tuhan Kami !
Kami yang maksiat..
Kembali kepada pintu Rahmat
Dengan penyesalan..
Kembali kepada kebenaran..
Kami yang berdosa..
Kembali memohon redha.
Ampunilah kami dengan Kemurahan MU..
Terimalah kami dengan Karunia MU..
Pandanglah kami dengan pandangan Rahmat MU..
Wahai Ya Allah Ya Tuhan Kami !
Ampunilah dosa-dosa yang telah lalu..
Dan peliharalah sisa hayat yang masih menunggu..
Sesungguhnya kebaikan itu semuanya ada pada MU..
Engkaulah yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani setiap hamba MU..~*

~* Menuju wadah yang lebih indah ~*

~* Rebutlah peluang keemasan..
Sebelum mengucapkan : Selamat tinggal Ramadhan. ~*
Saudara-saudara ku..
Bulan Ramadhan akan berlalu..
Dan telah menyaksikan kejahatan orang-orang yang jahat.
Dan telah menyaksikan kebaikan bagi orang-orang yang baik.
Dan masing-masing menerima bahagiaan nya dari keuntungan dan kerugian.
Maka alangkah menyesal nya orang yang semberono ( melampaui batas)
Kerana ia telah mensia-siakan masa...
Dan alangkah kecewa nya orang yang menunda-nunda..
Kerana seakan-akan ia merasa aman dari bahaya..
Atau meyakini bahawa dia akan hidup hingga Ramadhan akan datang.
Inilah bulan mu menyampaikan selamat tinggal kepada diri mu..
Dan masa telah cepat berlalu..
Maka manakah tangis mu kerana di tinggalkan itu ???
Dan manakah usaha mu untuk mengejar ketinggalan mu ???
Dan di manakah kamu dari tuntunan Nabi mu ???
Alangkah harum nya masa itu oleh puasa dan bangun malam.
Alangkah jernih nya waktu-waktu itu dari berbagai macam kotoran.
Alangkah lazat nya kesibukan masa itu dengan ayat-ayat Al-Quran.
Aduhai ! Siapakah yang masih tetap menegakkan kewajipan.
Dan sunat-sunat yang menyempurnakan..
Dan siapakah yang rajin mengisi waktu-waktu nya..
Dan siapakah yang sungguh-subgguh ikhlas dalam rahsia dan terang nya..
Dan siapakah yang telah selamat dari rosaknya puasanya dan fitnah-fitnah nya.
Semuga Allah mengurnia kita semua untuk dapat menjalankan semua tuntutan utama dan meninggalkan segala kekejian dan memberikan kepada kami dengan penerimaan yang sebaik-baiknya dengan ganjaran pahala yang sebesar-besar nya.
Allahumma Aamiin Ya Arhamarraahimin. ~*

~* Makna Rindu Itu ~*

Dari warna birumu ku tangkap cinta Tuhanmu
Dari lembut alirmu ku tahu kasih sayang itu
Dari suara gemercikmu ku dengar nada dzikirmu
Dari sepoi angin lalu ku fahami makna rindu

Biarkan ku bernyanyi bersama irama lagumu
Biarkan ku ikuti nada-nada cintamu
Biarkan ku tenggelam di telaga kasihmu
Hingga aku fahami ketulusan jiwamu.

~* Ramadhan berlalu. Hati ku sayu ~*.

Dari Jabir r.a. berkata bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang maka menangislah seluruh langit bumi dan para Malaikat kerana musibah yang akan menimpa ummat Muhammad s.a.w.
Baginda Rasulullah s.a.w. di tanya : Musibah apakah Ya Rasulullah ?
Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab : Pergi nya bulan Ramadhan kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa di kabulkan semua sedeqah di terima dan semua kebaikan di lipatgandakan pahala nya serta seksa pun di hentikan.
Apakah ada musibah / bencana yang lebih besar daripada pergi nya bulan Ramadhan ?
Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita maka kita patut lebih banyak menangis dan lebih sayangkan nya kerana terputus nya segala keutamaan dan kemuliaan. ~*
( Hayatul Quluub).

Hati ini sayu lagi..
Sayu di kala tiba nya..
Sayu kini akan pergi nya.
Ramadhan oh Ramadhan.
Bakal hilang dari pandangan.
Namun bertanya hati ini..
Sucikah jiwa ini..
Cukupkah amalan diri..
Lenyapkah gusar sanubari..
Apakah mungkar di hindari..
Ramadhan oh Ramadhan..
Air mata jadi saksi.
Moga tercapai impian syurgawi..
Moga terlangsai hutang diri..
Moga sempurna sujud ini..
Moga sempurna lisan duniawi..
Juga kemas langkah ku ini.
Ramadhan oh Ramadhan.
Moga ketemu lagi.
Ya Rahman. Ya Rahim. Ya Kareem.~*

Ahad, 12 Ogos 2012

~* Baiknya lisan. Indah nya Ihsan.~*





~* Baik terbina pada Ihsan.
     Sopan terlihat pada kelakuan.
    Budi terukur pada keikhlasan.
    Lembut terungkap pada perkataan.
    Ikhlas tergantung pada hati nya.
    Luhur tersembunyi pada niat nya.
    Indah terlihat pada mata nya.
    Manis terukir pada senyuman nya. (^_^)V<3<3<3~*

Sabtu, 11 Ogos 2012

~* UKHUWAH ITU INDAH.~*




Dalam kesakitan teruji kesabaran.
Dalam perjuangan teruji keikhlasan.
Dalam ukhuwah teruji ketulusan.
Dalam tawakkal teruji keyakinan.
Hidup ini amat indah jika Allah Azza Wa Jalla menjadi tujuan.

Ya Robb....
Ajari kami untuk tersenyum meski berat pundak memikul beban.
Ajari kami untuk berlapang dada meski banyak yg menyesakkan jiwa.
Ajari kami untuk terus berusaha meski perlu waktu utk menggapai cita.
Ajari kami untuk rendah hati kerana Engkaulah Yang Maha Tinggi.
Bantu kami untuk tidak berputus asa meski tentangan ada di depan mata...
Sungguh hebatnya nya kehidupan ini.
Semoga sebanding dengan manisnya hasil di akhir perjuangan nanti. (^_^)V♥♥♥~*.
InsyaAllah. Allahumma Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.~*

assalamualaikum

test