Pages

Subscribe:

Selasa, 4 September 2012

~* Teman kita adalah amal kita.~*


~* Tangisan kecewa tidak sedikit pun memberi manafaat kepada orang yang telah meninggal dunia. ~*
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Apabila mati anak Adam maka putuslah segala amalnya
Melainkan tiga perkara :
1. Pertama : Sedeqah jariah.
2. Kedua : Ilmu yang bermanafaat.
3. Ketiga : Anak yang soleh yang akan mendoakan nya.
( H.R.Imam Muslim). ~*
Hendaklah orang yang di timpa musibah kematian itu menyedari bahawa tangisan nya itu tidak ada manafaat nya sedikit pun bagi orang yang telah meninggal dunia.
Akan tetapi apa yang bermanafaat bagi nya adalah amal nya.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ada tiga perkara mengikut orang yang meninggal dunia :
1. Pertama : Keluarga nya.
2. Kedua : Harta nya.
3. Ketiga : Amal nya.
Maka yang akan kembali pulang ada dua perkara ia itu keluarga nya dan harta nya.
Sedangkan yang tetap tinggal bersama nya adalah amal nya. ~*
( H.R. Imam Bukhari dan Muslim).

Isnin, 3 September 2012

~* Memaknakan Bahagia.~*


~* Manusia di dunia tergolong kepada dua :
1. Pertama :
Golongan yang pertama adalah orang yang selama hidup nya
Hanya berusaha untuk memenuhi keperluan dunia nya.
Dengan cara mengumpulkan harta sebanyak-banyak nya.

Sehingga dia merasa sayang meninggalkan dunia yang fana.
Bahkan setelah dia meninggal dunia.
Kerana terlalu sedikit amal kebaikan nya.
Ia masih bermohon kepada Allah Tuhan Nya.
Untuk dapat di kembalikan lagi ke dunia walaupun hanya seketika.
Orang yang tersalah niat dalam mencari harta..
Akan hidup bagaikan hamba sahaya..
Ia melihat wang dan kekayaan sebagai tujuan utama nya..
Sehingga dia sentiasa di bayangi kefakiran dan kepapaan di dalam hidup nya.

2. Kedua :
Golongan kedua adalah golongan orang yang beriman.
Apa yang di harapnya adalah dapat bertemu dengan Tuhan.
Dzat yang di rindui dan di cintai selama ini melebihi dari apa pun yang boleh di sifatkan.
Bagi mereka ini tidak ada seorang pun yang mati lalu ingin kembali ke dunia lagi.
Walaupun seluruh dunia dan isi nya akan di serahkan kepada nya
Sebagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Tidak ada seorang mukmin pun yang di cabut roh nya oleh Allah SWT lalu ia ingin kembali ke dunia lagi walaupun dunia berserta isi nya akan di serahkan menjadi milik nya.
( H.R.Iam Ahmad).

Ibnu Uyainah berkata :
Orang yang menginginkan kemuliaan
Maka akan di berikan kehinaan.
Orang yang menginginkan kekayaan
Maka akan di beri kefakiran.
Orang yang menginginkan kesolehan.
Maka Allah akan menghimpunkan untuk nya kemuliaan dan kekayaan. ~*

~* Bawalah Taqwa sebagai bekalan. ~*


~* BismillahirRahmaanirRahiim.~*
Berbekallah.
Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.
Dan bertaqwalah kepada KU hai orang-orang yang berakal.
( Surah Al-Baqarah ayat 197). ~*


Barangsiapa yang membawa bekalan..
Maka ia selamat menempuh perjalanan dengan aman.
Barangsiapa yang tidak berbekal dengan nya..
Maka ia akan sengsara dan merugi di dalam hidup nya.
Orang yang berbahagia adalah orang yang berbekal untuk perjalanan nya.
Dan ia bersungguh-sungguh menyiapkan persiapan nya.
Sedangkan orang yang sengsara adalah orang yang terpedaya di dunia
Ia tenggelam dan berselimut di dalam syahwat dan kelazatan dunia.
Waktu hidup nya habis dan dia di jemput kematian
Padahal dia masih dalam kemaksiatan dan meninggalkan ketaatan. ~*

~* Kenangan itu tetamu rindu ~*


~* Kenangan berlalu..
Mengetuk daun waktu..
Menjadi tetamu rindu..
Mengintai sela-sela sepi ku..
Kenangan berlalu..

Mengapa mesti berhiba selalu..
Walau manis tetap tersedu..
Walau sedih menangis pilu..
Menganyam kenangan waktu dahulu.
Menggamit nostalgia dalam diri ku.
Masa berlalu angin menderu..
Kenangan tetap bertamu di situ. (^_^)V♥♥♥~*

~* Syafaat seorang Bayi~*

~* Muaz meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Demi Dzat yang diri ku di tangan NYA
Sesungguhnya bayi yang gugur
Pasti akan menarik ibu nya untuk memasuki syurga
Jika ibu berharap pahala kerana
nya. ~*
( H.R.Ibnu Majah dan Imam Ad-Darimi).

Dari Imam Ali bin Abi Thalib r.a. meriwayatkan bahawa sesungguhnya
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tua nya di masukkan ke dalam neraka.
Maka di katakan kepada nya : Wahai bayi yang gugur ! Masukkanlah orang tua mu ke dalam Syurga.
( H.R.Ibnu Majah).

Imam Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Bayi yang gugur yang telah mendahului ku.
Adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan di belakang ku.
( H.R Ibnu Majah).

~* Menghargai diri sendiri .~*

~* Jangan sihat berbuat jahat.
Jangan sikit mengungkit-ungkit.
Jangan susah berkeluh kesah.
Jangan kaya tak kenal siapa.
Jangan rindu tak tahu malu.
Jangan cinta berbuat dosa.
Jangan prasangka menghukum manusia.
Jangan dengki merosak diri.
Biar sihat berbuat taat.
Biar sikit berdikit-dikit.
Biar susah jangan gelisah.
Biar kaya berhati mulia.
Biar rindu doakan selalu.
Biar cinta pada yang Esa.
Biar prasangka ada asas nya.
Biar dengki membangun diri. (^_^)V♥♥♥~*

~* Mutiara Kata. ~*


Wahhab bin Munabbih berkata : Aku dapati pada sampul kitab At-Taurat dua puluh dua huruf ( kalimat) di mana orang-orang shalih kaum Bani Israil ( Yahudi) berkumpul lalu membaca dan mempelajarinya . Kalimat-kalimat itu adalah :
 1. Tiada gudang yang lebih bermanafaat daripada ilmu.
 2. Tiada harta yang paling untung daripada sifat tidak lekas marah ( hilm).
 3. Tiada perhitungan yang lebih rendah daripada marah.
 4. Tiada teman yang lebih menghiasi daripada amalan.
 5. Tiada kawan yang lebih memalukan daripada bodoh.
 6. Tiada kemuliaan yang lebih mulia daripada taqwa.
 7. Tiada kemurahan yang lebih sempurna daripada meninggalkan hawa nafsu.
 8. Tiada amal yang paling utama daripada fikir.
 9. Tiada kebaikan yang lebih tinggi daripada sabar.
10.Tiada kejahatan yang lebih keji daripada sombong.
11.Tiada ubat yang lebih lunak daripada kasih sayang.
12.Tiada penyakit yang lebih menyakitkan daripada lemah fikiran.
13.Tiada utusan yang lebih adil daripada kebenaran.
14.Tiada dalil yang lebih menasehatkan daripada benar.
15.Tiada kemiskinan yang lebih hina daripada rakus.
16.Tiada kekayaan yang lebih mencelakakan daripada mengumpulkan harta.
17.Tiada hidup yang lebih baik daripada sihat.
18.Tiada kehidupan yang paling tenteram dari menjaga diri.
19.Tiada ibadah yang lebih baik daripada khusyuk.
20.Tiada zuhud yang lebih berkebajikan daripada qanaah.
21.Tiada pengawal yang lebih memelihara daripada diam.
22.Tiada barang yang jauh ( ghaib) yang lebih dekat daripada mati.~*

~* Ukhuwah ~*

~* Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Hai Ali !
Cintailah saudara mu sebagaimana engkau mencintai diri mu.
( Wasiyatul Mushtafha ).

~* Jika embun pagi itu suci..
Maka lebih suci lagi sebuah perasaan..
Jika pelangi itu indah..
Maka lebih indah lagi sebuah kemesraan..
Jika matahari itu membahagiakan..
Maka lebih bahagia lagi sebuah kerinduan..
Jika luka itu menyakikan..
Maka lebih sakit lagi sebuah pengorbanan.
Jika permata itu bernilai berlian..
Maka lebih berharga lagi sebuah persahabatan. (^_^)V♥♥♥~*