Subscribe:

Khamis, 27 Februari 2014

SEPULUH TEMPAT DI ANJUR BERSELAWAT

<3 SEPULUH TEMPAT DI ANJUR BERSELAWAT <3

<3 Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
<3 Barangsiapa yang membaca selawat SEPULUH kali pada waktu pagi hari.
<3 Dan SEPULUH kali pada waktu petang hari.
<3 Maka ia akan memperolehi SYAFAAT ku pada Hari Kiamat nanti.
( H.R. Imam At-Thabarani daripada Imam Abu Darda' radhiallahu anhu )

<3 Sepuluh tempat di anjur berselawat :
<3 Pertama : Sesudah laungan azan.
<3 Kedua : Ketika hendak masuk mesjid dan keluar dari mesjid.
<3 Ketiga : Dalam solat jenazah.
<3 Keempat : Dalam takbir Hari Raya.
<3 Kelima : Sewaktu membaca tahiyat ( tasyahud ) akhir di dalam solat.
<3 Keenam : Pada awal dan akhir bacaan doa.
<3 Ketujuh : Pada malam dan siang hari Jumaat.
<3 Kelapan : Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut.
<3 Kesembilan : Ketika orang menyebut nama Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.
<3 Kesepuluh : Ketika menghadapi kesenangan dan kesusahan dan mengadakan majlis yang mendekatkan diri kepada Tuhan.

Rabu, 26 Februari 2014

MARI BERKONGSI

MARI BERKONGSI

AIB itu RAHSIA.
AL-QURAN itu PEMBELA.
AURAT itu MAHKOTA.
BAIK itu MULIA.
BENAR itu KUASA.
DAKWAH itu CINTA.
DUSTA itu BAHAYA.
ILMU itu PELITA.
IMAN itu CAHAYA.
MALU itu MUTIARA.
QANAAH itu KAYA.
SABAR itu SENJATA.
SELAWAT itu SEJAHTERA

BIAR


BIAR

BAHAGIA biar BERTAQWA.
SENYUM biar CERIA.
REZEKI biar HALAL.
MENGAJI biar PANDAI.
BERKATA biar BENAR.
BADAN biar SABAR.
SOLAT biar KHUSYUK.
HATI biar TAWADDHUK.
HIDUP biar BERTEMAN.
MATI biar BERIMAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

SEPULUH THERAPHY MENENANGKAN DIRI


SEPULUH THERAPHY MENENANGKAN DIRI

TADABBUR. ( Cari keinsafan )
TAFAKKUR. ( Cari pengajaran )
TAWADDHUK ( Cari ketenangan )
TAHAJJUD. ( Cari kekuatan )
TAKALLAM ( Cari penyelesaian )
TADBIR. ( Cari keuntungan )
TAWAKKAL. ( Cari keyakinan )
TAZKIRAH. ( Cari kelalaian )
TASYKUR. ( Cari kenikmatan )
TAQARRUB ( Cari kecintaan )
INSYAA ALLAH (^_^)v

KASIH SAYANG SAUDARA

<3 KASIH SAYANG SAUDARA <3

<3 Daripada Abdullah Ibnu Mas'ud radhiallahu anhu telah berkata bahawa :
<3 Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
<3 Barangsiapa yang mengasihi sahabat nya.
<3 Maka kasih sayang nya akan mendorong nya.
<3 Melakukan amalan yang sama dengan sahabat nya.

<3 Imam Abu Sulaiman ad-Darami selanjut nya berkata :
<3 Jangan sekali-kali kamu mengambil menjadi saudara.
<3 Melainkan di dalam diri nya ada DUA perkara :
<3 Pertama : Dia dapat di ajak untuk bersahabat dalam urusan dunia dengan sifat jujurnya.
<3 Kedua : Dia dapat menambah kemanfaatan diri mu di dalam urusan akhirat mu.
<3 Jika kamu suka bersahabat dengan selain nya.
<3 Maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikiran nya.

<3 Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
<3 Banyakkanlah berkenalan dengan orang-orang Mukmin.
<3 Kerana bagi tiap-tiap orang Mukmin ada syafaat nanti di Hari Qiamat.
( H.R.Al-Hakim dari Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu ). 

Selasa, 25 Februari 2014

HATI YANG INDAH DENGAN MAHABBAH.

HATI YANG INDAH DENGAN MAHABBAH

Salah satu cara menyuburkan hati yang MAHABBAH.
Adalah dengan sikap gemar BERSEDEQAH.
Imam Abul-Laits Assamarqandi menghuraikan SEPULUH keutamaan BERSEDEQAH :
Pertama : Mendapat keredhaa ALLAH kerana DIA suka kepada orang yang bersedeqah.
Kedua : Mengembirakan Malaikat di langit dan mereka mendoakan orang yang bersedeqah mendapat berkah.
Ketiga : Menambah pahala amalan setelah menjadi aruah.
Keempat : Menimbulkan rasa belas kasihan dan menambah mahabbah.
Kelima : Rezeki bertambah dan harta nya berkah.
Keenam : ALLAH melanjutkan usia orang yang gemar bersedeqah.
Ketujuh : Menjadikan Iblis dan Syaitan sakit hati dan gelisah.
Kelapan : ALLAH menjadikan orang yang bersedeqah di segani dan di hormati segenap Qariah.
Kesembilan : Mengembirakan jenazah yang berada di alam Barzah.
Kesepuluh : Memberi rasa gembira kepada orang yang bersedeqah dan menerima sedeqah. Tiadalah amalan yang lebih mulia selain dari mengembirakan hati saudara yang susah.

BATMAN


BATMAN

BATMAN (Kelelawar Jantan) ini rupanya sudah ada sejak zaman Sayyidina Umar bin Al-Khatthab radhiallahu anhu lagi.

Sayyidina Umar bin Al-Khatthab pernah di datangi tetamu seorang lelaki yang mengadu tentang kenakalan anak nya. Anak ku ini sangat nakal kata nya.

Lantas Amirul Mukminin berkata : Hai anak ! Apakah kamu tidak takut kepada ALLAH Rabb mu kerana berani melawan ayah mu ?

Anak yang pintar ini menyela : Hai Amirul Mukminin ! Apakah orangtua tidak punya kewajipan memenuhi hak anak nya ?

Sayyidina Umar Bin Khattab lantas berkata : Hak bapa kepada anak nya ada TIGA perkara :
Pertama : Memilihkan IBU yang baik untuk mereka. Jangan sampai kelak terhina kerana didikan ibu nya.
Kedua : Memilihkan NAMA yang baik buat mereka.
Ketiga : Mendidik mereka dengan AL-QURAN yang mulia.

Mendengar huraian dari Khalifah Umar Al-Khatthab demikian anak itu terus meluahkan perasaan :
Demi ALLAH ! Ayah ku tidak memilihkan IBU yang baik untuk ku.
Nama yang jelek di berikan kepada ku. Aku di panggil KELELAWAR JANTAN ( BATMAN )
Bahkan walau satu ayat dari Al-Quran tidak pernah di ajar oleh ayah ku kepada ku.

Sabtu, 22 Februari 2014

DARI DALAM KEHIDUPAN


DARI DALAM KEHIDUPAN

Dari pekat warna malam nya.
Dari terang kerlip bintang nya.
Dari sinar bulan purnama.
Ada giliran terang cahaya.
Kita tahu ada rahsia.
Kita tahu kita di coba.
Tetapi ramai menjadi pelupa.

Dari desir melodi angin nya.
Dari lembut semilir bayu nya.
Dari harum semerbak bau nya.
Dari sejuk dingin rasa nya.
Dari merdu irama lagu nya.
Kita tahu suci Asma' NYA.
Tetapi ramai melupakan DIA.

Dari terik sinar Sang Surya.
Bagai lampu menyiram dunia.
Turun rahmat ke alam maya.
Memberi nafas makhluk bernyawa.
Kita kagum tentang cahaya.
Kita tahu Keagungan NYA.
Tetapi ramai yang terpedaya.

Dari sinar terang rembulan.
Kita tahu kelam nya malam.
Kita tahu terangnya bintang.
Tapi ramai terus tenggelam.

Dari alam luas terbentang.
Kita tahu adanya Tuhan.
Maha Mentadbir sekelian alam.
Jangan tersesat akal fikiran.

Dari itu wahai teman.
Dari dalam kehidupan.
Semua mesti di perhatikan.
Semuga tetap di atas landasan.

MENDAPAT KEHORMATAN DENGAN LIMA TUNTUTAN


MENDAPAT KEHORMATAN DENGAN LIMA TUNTUTAN

Imam Abul-Laits Assamarqandi telah berpesan :
Barangsiapa yang ingin mendapat kehormatan maka hendaklah menepati LIMA macam keadaan :
Pertama : Menahan diri dari maksiat.
Kerana firman Allah yang bermaksud :Dan menahan nafsu dari maksiat maka Syurga tempat nya.
Kedua : Rela dengan pemberian yang sederhana
Kerana tersebut dalam hadith yang makna nya : Harga Syurga itu adalah tidak rakus pada dunia.
Ketiga : Rajin pada tiap ketaatan dan semua amal kebaikan.
Kerana kemungkinan amal itu lah yang menyebabkan pengampunan dan masuk Syurga sebagaimana firman Allah yang maksud nya : Itu Syurga yang di wariskan kepada mu kerana amal perbuatan mu.
Keempat : Cinta pada orang yang soleh dan bergaul dengan mereka.
Kerana mengharapkan syafaat nya sebagaimana di dalam Hadith telah tertera :
Banyakkanlah berkawan kerana setiap kawan itu ada syafaat nya pada hari kemudian. (Hari kiamat ).
Kelima : Banyak berdoa minta khusnul khatimah dan masuk Syurga.
Ahli Hikmah telah berkata :
Condong kepada keduniaan setelah mengetahui pahala ganjaran adalah suatu tanda kebodohan.
Tidak bersungguh-sungguh berbuat amalan setelah mengetahui besar nya pahala ganjaran adalah suatu tanda kemalasan.
Syurga adalah tempat istirehat yang sebenar-benar nya dan hanya dapat di rasakan oleh orang yang tidak pernah rehat di dunia.
Syuga adalah tempat kepuasan yang sebenar-benar nya dan hanya dapat di rasakan oleh orang yang meninggalkan berlebih-lebihan di dalam dunia dan redha dengan hidup yang sederhana.

Khamis, 20 Februari 2014

TIADA KESABARAN TANPA UJIAN


TIADA KESABARAN TANPA UJIAN

Dalam setiap KESUSAHAN dan PENDERITAAN.
Terdapat KEBAIKAN dan KEBAHAGIAAN.
Dalam setiap KEPAYAHAN dan KESEDIHAN.
Ada NIKMAT dan RAHMAT dari Tuhan.
Tidak di katakan UJIAN.
Jika HATI tiada KESABARAN.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah berpesan :
Barangsiapa yang di kehendaki ALLAH bagi nya KEBAIKAN.
Maka nescaya ke atas nya di timpakan UJIAN.
( H.R.Imam Bukhari )

BERBAIK SANGKA MEMBINA BAHAGIA

BERBAIK SANGKA MEMBINA BAHAGIA

UJIAN adalah TAIBIYYAH dari ALLAH kepada hamba NYA.
Semakin dekat BAHTERA kita kepada NYA.
Semakin HEBAT taufan melanda.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
BERBAIK SANGKA kepada ALLAH.
Termasuk dalam BAIK nya IBADAH.
( H.R.Imam Abu Dawud )

SALAM CERIA


SALAM CERIA

MEMBERI MAAF membuatkan kita CERIA.
MEMINTA MAAF membuatkan kita LEGA.
BERMAAF-MAAF membuatkan kita MULIA.

KEBAIKAN adalah sebaik NAMA nya.
KERAMAHAN adalah seindah WAJAH nya.
KEIKHLASAN adalah sesuci HATI nya.

Selasa, 18 Februari 2014

RENUNG-RENUNGKAN


RENUNG-RENUNGKAN

Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu telah berpesan :
Apabila kamu merasa keletihan kerana berbuat kebaikkan.
Maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang.
Dan kebaikkan yang dilakukan akan terus berkekalan.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan kesalahan.
Maka sesungguhnya keseronokkan itu akan hilang.
Dan dosa yang dilakukan akan terus berkekalan.

Segala puji bagi ALLAH yang telah menganugerahkan kita semua dengan iman dan Agama nya.
Syukur puji bagi NYA yang telah mengistimewakan kita semua dengan Millah NYA.
Dan syukur puji sebanyak-banyak nya yang telah menunjukkan jalan-jalan kebaikkan menuju kepada NYA.
Demi mendapatkan keampunan dan keredhaan NYA.

Setiap kebaikkan ada ganjaran nya.
Setiap kesalahan ada balasan nya.
Setiap kata ada penyudah nya.
Setiap tulisan ada noktah nya.
Setiap jalan ada hujung nya.
Setiap bermula ada akhir nya.
Sempurna kebaikan dengan ikhlas nya.
Sempurna kesalahan dengan taubat nya.
Sempurna kata dengan amalan nya.
Sempurna tulisan dengan manafaat nya.
Sempurna jalan dengan petunjuk NYA.
Sempurna akhir nya dengan iman nya.
Insyaa Allah (^_^)V.

Ahad, 16 Februari 2014

YA ALLAH YA RAHMAN.


YA ALLAH YA RAHMAN

Ya ALLAH Ya RAHMAN.
Jadikanlah Al-Quran di dunia sebagai teman.
Dan pendamping yang mengembirakan di dalam kuburan.
Dan di hari Qiamat sebagai pemberi pertolongan.
Dan pemberi cahaya menyinari jambatan.
Dan menjadi pendamping dalam Syurga kenikmatan.
Dan menjadi pendinding dari Neraka keseksaan.
Bahkan kepada segala kebaikan sebagai petunjuk dan iman.
Dengan anugerah kelimpahan dan kedermawanan MU Wahai Ya ALLAH Ya RAHMAN.
Ya ALLAH Ya RAHMAN.
Kurniakanlah kepada kami kemanisan dari bilangan tiap-tiap HURUF dari Al-Quran.
Dan kurniakanlah kepada kami kemuliaan kalimat dan kebahagiaan dari tiap-tiap AYAT dari Al-Quran.
Dan kurniakanlah kepada kami keselamatan dan kesejahteraan dari tiap-tiap SURAH dari Al-Quran.
Dan kurniakanlah kepada kami balasan kebaikan bagi tiap-tiap JUZ dari Al-Quran.
Ya ALLAH Ya RAHMAN
Dengan keberkatan AL-Quran peliharalah kami sekelian.
Allahumma Aamiin Ya ALLAH Ya RAHMAN.

EMPAT KELAKUAN


EMPAT KELAKUAN

Seorang guru pernah memberi pesan :
Anakku ! Ada EMPAT kelakuan manusia yang tidak di beri PERHATIAN :
Pertama : Menjawab bukan hal yang ditanyakan.
Kedua : Bertanya hal-hal yang sudah ada jawapan.
Ketiga : Berseru untuk mencari perhatian.
Keempat : Berkomentar tapi tidak cocok dengan pokok persoalan.

Tetapi ada EMPAT obat sebagai PENYEMBUHAN :
Pertama : Mendengar sebelum perbicaraan.
Kedua : Membaca sebelum penulisan.
Ketiga : Mencatat sebelum menerangkan.
Keempat : Melengkapi sebelum membuat penilaian.

FIKIR-FIKIRKAN

FIKIR-FIKIRKAN
Jika hari ini mendapat KEBAIKAN.
Maka BERSYUKURLAH kalian.
Kerana telah mendapat KEBAHAGIAAN.

Jika hari ini mendapat KESUSAHAN.
Maka BERSYUKURLAH kalian.
Kerana telah mendapat PENGALAMAN.

Jika hari ini mendapat UJIAN.
Maka BERSYUKURLAH kalian.
Kerana telah mendapat PERHATIAN TUHAN.

MUTIARA KATA

MUTIARA KATA

Ulamak tasawwuf telah berkata :
Apabila kita yang SAKIT HATI ingin membuka aib dan menghina manusia yang mulia.
Maka ALLAH yang BAIK HATI akan membuka kelebihan dan keutamaan yang ada pada nya.
Jika ALLAH TAALA telah mengurniakan KEMULIAAN.
Maka sehebat mana pun KEHINAAN tidak memberi kesan.
Maka balaslah KEJAHATAN dengan KEBAIKAN.
Maka itulah KEMULIAAN yang ALLAH anugerahkan.

Jumaat, 14 Februari 2014

KAMI TAHU TAPI KAMI TAK BUAT



KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT♥

Peringatan buat diri sendiri.

Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah : Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya : Wahai anakku ! khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia. Hal yang berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita SEMUA TAHU akan tetapi kita TIDAK MAHU lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya.

Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yang sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan : SUBHANALLAHI WA BIHAMDIHI sebanyak 100 kali maka dosa kita akan diampun oleh Allah Subhanahu wa Taala walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapkannya.

Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yang diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun melakukannya.

Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah akan menyebabkan Allah Subhanahu wa Taala menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif tetapi kita tidak pun mengamalkan nya.

Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan kita diikuti oleh 70,000 malaikat yang akan memohon ampun kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk kita. Akan tetapi seminggu berlalu tetapi kita tidak menziarahi pun orang sakit.

Sesungguhnya kita tahu barangsiapa yang menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur menunggunya hingga jenazah selesai di tanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yang kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud).

Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah Subhanahu wa Taala membinakan untuk kita rumah di Syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid.

Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yang tidak berbuka atau seperti yang berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yang menjadi tanggungan bulanan kita.

Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca al-quran itu satu huruf akan di ganjari 10 kebaikan tetapi kita tidak juga membaca al-quran.

Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan Tuhannya dalam keadaan manusia tidur. Adalah Nabi shallallahu alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahu anhu tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila - bila masa akan tiba tetapi kita sering menangguhkan taubat dan tidak bersungguh membuat pahala dan perkara manafaat.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku.. setiap nafas yg kita hembuskan semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah Subhanahu wa Taala.

Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita ?

Berbahagialah kepada yang membacanya.
Faham akannya dan bersegera mengamalkannya.
Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik balasan kepada yang menyebarkannya.
Insyaa Allah. Allahumma Aamiin.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

SOLAT DHUHA YUK


SHOLAT DHUHA YUK

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Pada pagi hari diharuskan bagi seluruh persendian di antara kalian untuk bersedekah.

Setiap bacaan tasbih (Subhanallah) bisa sebagai sedekah.
Setiap bacaan tahmid (Alhamdulillah) bisa sebagai sedekah.
Setiap bacaan tahlil (Laa ilaha illallah) bisa sebagai sedekah.
Setiap bacaan takbir (Allahu akbar) juga bisa sebagai sedekah.
Begitu pula amar ma’ruf (Mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (Melarang dari kemungkaran) adalah sedekah.

Ini semua bisa dicukupi (diganti) dengan melaksanakan shalat Dhuha sebanyak 2 raka’at.
(HR. Imam Muslim ).


DALAM KEHIDUPAN

Dalam HIDUP mu.
Pasti ada DUGAAN.
Dalam WAKTU mu.
Pasti ada PENANTIAN.
Dalam DOA mu.
Pasti ada HARAPAN.
Dalam RINDU mu.
Pasti ada KECINTAAN.
Dalam SYUKUR mu.
Pasti ada KEREDHAAN.

Setiap DUGAAN.
Pasti ada HIKMAH nya.
Setiap KESABARAN.
Pasti ada GANJARAN nya.
Setiap HARAPAN.
Pasti ada JALAN nya.
Setiap KESUSAHAN.
Pasti ada MANIS nya.
Setiap KECINTAAN.
Pasti ada INDAH nya.

RAHSIA

RAHSIA

Semua manusia dalam kebinasaan.
Melainkan yang BERPENGETAHUAN.

Semua yang berpengetahuan dalam kebinasaan.
Melainkan yang MENGAMALKAN.

Semua yang mengamalkan dalam kebinasaan.
Melainkan yang MENGIKHLASKAN.

Semua yang mengikhlaskan dalam kecelakaan.
Melainkan yang bisa MEMELIHARAKAN.

Ikhlas itu adalah RAHSIA.
Rahsia antara Allah dengan hamba NYA.
Malaikat tidak tahu rahsia nya.
Sehingga tidak mencatatnya.
Syaitan tidak tahu rahsia nya.
Sehingga dia tidak bisa menggodanya.

TERUS MARA

TERUS MARA

KESUNGGUHAN merupakan modal KEHIDUPAN.
Relakan seluruh tubuh badan hanyut berbuat AMALAN.
HARAPAN terpatri kuat dengan KEINGINAN.
Itu adalah tanda luas ILMU PENGETAHUAN.
Segera merebut PAHALA GANJARAN.
Para Hukamak telah berkata :
Orang yang BERUSAHA pasti BERJAYA.
Orang yang BERPADI HUMA pasti MENUAI NYA.
Orang yang BERMUNAJAT di waktu SAHUR nya.
Tidak sama dengan orang yang TIDUR sepanjang MALAM nya.
Dan KETEGUHAN itu perlu kepada SEMANGAT WAJA.
Umpama loncatan SINGA menerkam MUSUH nya.

MASA ITU AMANAH. KERJA ITU IBADAH.


MASA ITU AMANAH. KERJA ITU IBADAH

Setiap WAKTU mempunyai KEWAJIPAN.
Menangguh-nangguhkan waktu bererti mengabaikan TUNTUTAN.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda menjelaskan :
DUA nikmat yang selalu di sia-siakan oleh kebanyakkan insan :
Pertama : Nikmat KESIHATAN.
Kedua : Nikmat KELAPANGAN.
( H.R.Imam Bukhari , Imam At-Tirmidzi dan Ibnu Majah ).

Wahai orang yang berlalu tahun demi tahun masa atas nya.
Namun ia bermalas-malas dengan tidur , lalai dan lupa.
Wahai orang yang berlalu tahun demi tahun masa atas nya.
Namun ia bersenang lenang tenggelam dalam lautan dosa.
Wahai orang yang selalu menyaksikan tanda kekuasaan ALLAH dalam hidup nya.
Tetapi ia tidak mendapat manafaat atas kebesaran ALLAH yang di saksikan nya.
Wahai orang yang mendengarkan Al-Quran yang di bacakan kepada nya.
Tetapi tidak mendapat manafaat dari apa yang di dengar nya.
Wahai orang yang mengetahui pelbagai pelajaran dari penciptaan NYA.
Tetapi tidak masuk iman ke dalam hati nya.
ALLAH Subhanahu wa Taala berfirman makna nya :
Sesungguhnya bukanlah mata mereka yang buta melainkan hati mereka yang ada di dalam dada mereka.
( Surah Al-Hajj ayat 46 ).

SENDI HIDUP KITA


SENDI HIDUP KITA

HATI yang selalu BERSYUKUR.
LIDAH yang selalu BERDZIKIR.
Dan BADAN yang selalu BERSABAR.
Adalah SENDI hidup kita.
Di dalam nya terdapat KEBAHAGIAAN dan PAHALA.

AKAL orang yang beriman.
Tidak akan berhenti mengambil PENGAJARAN
MATA orang yang beriman.
Tidak akan berhenti mencari KEBIJAKSANAAN.
LIDAH orang yang beriman.
Tidak akan berhenti BERDZIKIR mengingati Tuhan.
HATI orang yang beriman.
Tidak akan berhenti MENSYUKURI nikmat kurniaan.
TEKAD orang yang beriman.
Tidak akan berhenti berbuat KEBAIKAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

APA BISA


APA BISA

Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa..

Tetapi kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segala-galanya..

Bila kamu mempunyai segala-galanya dan ia mencintaimu sepenuh hati nya.
Maka itu kewajaran dalam hidup manusia.

Namun bila kau tidak mempunyai segala-galanya dan ia masih mencintaimu sepenuh hati nya.
Maka itu ketulusan yang sukar di percaya.

Sesungguhnya kamu tak perlu memiliki segala-galanya untuk bahagia..
Kerana yang kamu perlu hanya seseorang yang mampu membuatmu tersenyum ketika hatimu terluka...

Isnin, 10 Februari 2014

MENCARI SEMPURNA

MENCARI SEMPURNA

Sempurna MALAM dengan MENGHIDUPKAN nya.
Sempurna PUASA dengan MEMELIHARA nya.
Sempurna IBADAH dengan DIAM nya.
Sempurna ILMU dengan BERTANYA.
Sempurna TAWAKKAL dengan QANAAH nya.
Sempurna IMAN dengan KASIH SAYANG nya.
Sempurna NIKMAT dengan SYUKUR nya.
Sempurna AMAL dengan TAWADHUK nya.
Sempurna HATI dengan DZIKIR nya.
Sempurna CINTA dengan TAAT nya.
Sempurna BAHAGIA dengan TAQWA nya.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

LAPAN AMALAN MENGUATKAN

LAPAN AMALAN MENGUATKAN

Pertama : DZIKIR yang berterusan.
Akan MENENANGKAN HATI dan perasaan.

Kedua : SHOLAT dengan kekusyukan.
Akan MENGUATKAN kesabaran dan ketaqwaan.

Ketiga : WUDHUK yang berkekalan.
Akan MEREHATKAN tubuh badan dan menjaga kesihatan.

Keempat : ISTIGHFAR yang berterusan.
Akan MENDAPATKAN jiwa yang tenang dan kasih sayang Tuhan.

Kelima : ISTIQAMAH membaca AL- QURAN.
Akan MENYEMBUHKAN karat-karat hati dan membersihkan kerohanian.

Keenam : MENCINTAI Hari Kemudian.
Akan MENENANGKAN fikiran dan redha pada ketentuan.

Ketujuh : POSITIF dalam Kehidupan.
Akan MELAHIRKAN kesabaran menghadapi ujian.

Kelapan : HINDARI Buruk Sangkaan.
Akan MENJAUHI kemalasan berbuat amalan.

HARI-HARI BACA AL-QURAN

HARI-HARI BACA AL-QURAN

Jangan lupa baca Al-Quran.
Kerana di dalam nya ada macam-macam keindahan.
Di dalam Al-Quran ada PANDUAN.
Di dalam Al-Quran ada GANJARAN.
Di dalam Al-Quran ada PENYELESAIAN.
Di dalam Al-Quran ada KESIHATAN.
Di dalam Al-Quran ada JALAN.
Di dalam Al-Quran ada PENGAJARAN.
Di dalam Al-Quran ada KEINSAFAN.
Di dalam Al-Quran ada KEHIDUPAN.
Di dalam Al-Quran ada HARAPAN.
Di dalam Al-Quran ada KEBAHAGIAAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

TUJUH PATAH PERKATAAN.

 TUJUH PATAH PERKATAAN
 Diam itu mengandungi 7000 kebaikan.
Yang terkandung di dalam TUJUH patah perkataan :
 DIAM sebagai IBADAH tanpa mengerah KEKUATAN
DIAM sebagai PERHIASAN tanpa SOLEKAN.
DIAM sebagai KEHEBATAN tanpa KERAJAAN.
DIAM sebagai PERISAI tanpa MELAWAN.
DIAM sebagai KEKAYAAN tanpa KERAKUSAN.
DIAM sebagai ISTIREHAT bagi kedua Malaikat pencatat AMALAN.
DIAM sebagai TABIR menutup segala KEKURANGAN.

SOLAT DHUHA HALANG PAPA


SOLAT DHUHA HALANG PAPA

Abu Murrah Ath-Tha'if radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa :
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
ALLAH berfirman maksud nya :
Wahai anak Adam ! Bersolatlah untuk AKU di awal pagi.
Nescaya AKU akan mencukupi mu di Akhirat nanti.
( H.Q.R. Imam Ahmad )

Hadith Qudsi ini menganjurkan kita solat dhuha di waktu pagi.
Dan ALLAH memberi jaminan akan melaksanakan keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam selanjut nya bersabda :
DUA rakaat solat DHUHA menarik REZEKI dan menolak KEPAPAAN.
KITAB AN-NURAIN.

HIDUP INI HANYA SESAAT


HIDUP INI HANYA SESAAT

HIDUP yang BERMANAFAAT.
Adalah hidup yang BERMASYARAKAT.

ILMU yang BERMANAFAAT.
Adalah ilmu yang membina TAAT.

RUMAH yang BERMANAFAAT.
Adalah rumah yang ada RAHMAT.

HARTA yang BERMANAFAAT.
Adalah harta yang ada BERKAT.

SAHABAT yang BERMANAFAAT.
Adalah sahabat yang memberi NASEHAT.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

Sabtu, 8 Februari 2014

LA TAHZAN

LA TAHZAN

Jangan bersedih dengan UJIAN.
Kerana di dalam nya ada KURNIAAN.

Jangan bersaedih dengan COBAAN.
Kerana di dalam nya ada GANJARAN.

Jangan bersedih dengan CABARAN.
Kerana di dalam nya ada KEKUATAN.

Jangan bersedih dengan KESAKITAN.
Kerana di dalam nya ada PENGAJARAN.

Jangan bersedih dengan KEMATIAN.
Kerana di dalam nya ada PERINGATAN.

DALAM KESABARAN

 DALAM KESABARAN
 Dalam kesabaran.
 Ada KEMAAFAN.
 Dalam kesabaran.
 Ada KEREDHAAN.
 Dalam kesabaran.
 Ada BELAS KASIHAN.
 Dalam kesabaran.
 Ada KESYUKURAN.
 Dalam kesabaran.
 Ada KETABAHAN.
 Dalam kesabaran.
 Ada RASA IHSAN.
 Dalam kesabaran.
 Ada KEKUATAN.
 Dalam kesabaran.
 Ada KEYAKINAN.
 Dalam kesabaran.
 Ada KECINTAAN.
 Dalam kesabaran.
 Ada KEINDAHAN.
 INSYAA ALLAH (^_^)v.

ALLAH HENDAK MENGUJI KITA


ALLAH HENDAK MENGUJI KITA

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Tingkat berat nya UJIAN di sesuaikan dengan kedudukan manusia itu sendiri.
Orang yang paling BERAT mendapat ujian adalah para Nabi.
Kemudian baru orang yang lebih dekat darjat nya kepada mereka berurutan secara bertingkat.
Manusia di uji menurut KETAATAN kepada Agama nya.
Jika ia sangat kukuh KUAT di dalam Agama nya.
Maka sangat kuat pula UJIAN kepada nya.
Jika ia LEMAH dalam Agama nya.
Maka di UJI pula sesuai dengan tingkat KETAATAN nya.
Demikianlah BALA dan ujian itu sentiasa di timpakan kepada seorang hamba.
Sampai ia berjalan di muka Bumi ini tanpa dosa apa-apa.
( H.R.Imam At-Turmudzi )

SEDANG-SEDANG AJA

SEDANG-SEDANG AJA

GURAUAN yang BERLEBIHAN.
Akan MENYAKITKAN.

BEBAN yang melebihi MUATAN.
Akan MEMENATKAN.

PEKERJAAN yang di luar KEMAMPUAN.
Akan MEMBOSANKAN.

MAKANAN yang BERSANGATAN.
Akan MEMUDHARATKAN.

NAFSU yang melampaui BATASAN.
Akan MEMBINASAKAN.

AMALAN yang tiada KESERONOKAN.
Akan MENJEMUKAN.

BIAR KITA KAYA PAHALA

BIAR KITA KAYA PAHALA

Saat JIWA mula rapuh oleh penatnya DUNIA.
Maka BERWUDHUKLAH lalu mendekat kepada NYA.
Saat MATA mula silau oleh kilauan HARTA.
Maka BUKALAH rasa lalu ingatlah kepada NYA.
Saat UJIAN mula datang timpa menimpa.
Maka BERSABARLAH lalu tawakkal kepada NYA.
SYUKURI semua yang diberikan oleh NYA.
Maka HARGAILAH sekecil apapun ia.
Kerana di dalam BALA ada PAHALA.
Insyaa Allah (^_^)V

BERMURAH HATI DAN BERAKHLAQ BAIK




BERMURAH HATI DAN BERAKHLAQ BAIK

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah berfirman di dalam Hadith Qudsi :
Ini adalah agama ( Islam ) yang telah KU Redhai untuk diri KU sendiri.
Tidak dapat di terjemahkan melainkan dalam perbuatan MURAH HATI dan AKHLAQ YANG BAIK.
Kerana itu jadilkanlah MULIA dengan kedua sifat ini selama kamu menganuti nya.
( H.Q.R. Imam Sumawaih , Ibnu 'Adiy, Uqaili. Kharaaithi, Khatib, Imam Ibnu Asaakir, Rafi' i dan Imam Anas radhiallah anhu ).

Imam Hasan Al-Basri radhiallahu anhu berkata : Akhlaq yang baik bererti sifat pemurah, suka memberi dan sanggup menanggung segala risiko.
Imam Sya'bi seorang Tabi'in dan ahli hadith pula berkata bahawa akhlaq yang baik adalah sifat pemurah dan ramah tamah.
Imam Abdullah Ibnul Mubarak pula berkata bahawa akhlaq yang baik adalah bermanis muka, memberi yang baik dan menahan segala gangguan.
Imam Ahmad bin Hanbal pula berkata bahawa akhlaq yang baik adalah tidak pemarah ataupun berdendam. Dapat menanggung segala perilaku dan tindakan buruk orang lain terhadap nya.
Kesimpulan nya sebagian ahlul-ilmi menyatakan bahawa BERAKHLAQ BAIK bererti :
Menahan MARAH kerana ALLAH.
BERMUKA MANIS dan RAMAH TAMAH kecuali kepada orang yang mungkar dan jahat.
MEMAAFKAN orang yang sesat tanpa sengaja dan mahu mendidik nya.
Menegakkan BATAS-BATAS ketentuan ALLAH.
Menghindari GANGGUAN dari kaum Muslimin dan kafir yang ada di dalam perlindungan islam melainkan untuk mencegah kemungkaran dan menyelamatkan orang yang teraniaya tanpa melampaui batasan.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang memudahkan kesulitan saudara nya.
Maka ALLAH akan memudahkan jalan nya ke Syurga.
( H.R.Imam Bukhari ).


ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah berfirman di dalam Hadith Qudsi :
Ini adalah agama ( Islam ) yang telah KU Redhai untuk diri KU sendiri.
Tidak dapat di terjemahkan melainkan dalam perbuatan MURAH HATI dan AKHLAQ YANG BAIK.
Kerana itu jadilkanlah MULIA dengan kedua sifat ini selama kamu menganuti nya.
( H.Q.R. Imam Sumawaih , Ibnu 'Adiy, Uqaili. Kharaaithi, Khatib, Imam Ibnu Asaakir, Rafi' i dan Imam Anas radhiallah anhu ).

Imam Hasan Al-Basri radhiallahu anhu berkata : Akhlaq yang baik bererti sifat pemurah, suka memberi dan sanggup menanggung segala risiko.
Imam Sya'bi seorang Tabi'in dan ahli hadith pula berkata bahawa akhlaq yang baik adalah sifat pemurah dan ramah tamah.
Imam Abdullah Ibnul Mubarak pula berkata bahawa akhlaq yang baik adalah bermanis muka, memberi yang baik dan menahan segala gangguan.
Imam Ahmad bin Hanbal pula berkata bahawa akhlaq yang baik adalah tidak pemarah ataupun berdendam. Dapat menanggung segala perilaku dan tindakan buruk orang lain terhadap nya.
Kesimpulan nya sebagian ahlul-ilmi menyatakan bahawa BERAKHLAQ BAIK bererti :
Menahan MARAH kerana ALLAH.
BERMUKA MANIS dan RAMAH TAMAH kecuali kepada orang yang mungkar dan jahat.
MEMAAFKAN orang yang sesat tanpa sengaja dan mahu mendidik nya.
Menegakkan BATAS-BATAS ketentuan ALLAH.
Menghindari GANGGUAN dari kaum Muslimin dan kafir yang ada di dalam perlindungan islam melainkan untuk mencegah kemungkaran dan menyelamatkan orang yang teraniaya tanpa melampaui batasan.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang memudahkan kesulitan saudara nya.
Maka ALLAH akan memudahkan jalan nya ke Syurga.
( H.R.Imam Bukhari ).

SOLAT DHUHA HALANG PAPA


SOLAT DHUHA HALANG PAPA

Abu Murrah Ath-Tha'if radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa :
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
ALLAH berfirman maksud nya :
Wahai anak Adam ! Bersolatlah untuk AKU di awal pagi.
Nescaya AKU akan mencukupi mu di Akhirat nanti.
( H.Q.R. Imam Ahmad )

Hadith Qudsi ini menganjurkan kita solat dhuha di waktu pagi.
Dan ALLAH memberi jaminan akan melaksanakan keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam selanjut nya bersabda :
DUA rakaat solat DHUHA menarik REZEKI dan menolak KEPAPAAN.
KITAB AN-NURAIN.

HIDUP INI HANYA SESAAT


HIDUP INI HANYA SESAAT

HIDUP yang BERMANAFAAT.
Adalah hidup yang BERMASYARAKAT.

ILMU yang BERMANAFAAT.
Adalah ilmu yang membina TAAT.

RUMAH yang BERMANAFAAT.
Adalah rumah yang ada RAHMAT.

HARTA yang BERMANAFAAT.
Adalah harta yang ada BERKAT.

SAHABAT yang BERMANAFAAT.
Adalah sahabat yang memberi NASEHAT.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA


UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA

Alangkah bahagia nya HATI.
Bila BERSAHABAT tetap MENGHARGAI.
Bila BERSAMA tetap MENYAYANGI.
Bila TERLUKA tetap MEMAAFI.
Bila BERJAUHAN tetap MERINDUI.
Bila TERKELIRU tetap MEMAHAMI.
Bila TERLEKA tetap MENASIHATI.
Bila TERSILAP tetap MEMBAIKI.
Maka bertambaH MANIS hati.
Bila hanya kerana ILAHI.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

Selasa, 4 Februari 2014


YA ALLAH YA RAHMAN

Berilah daku PENGLIHATAN.
Yang dapat melihat KEBAIKAN.
Berilah daku KELUHURAN.
Yang dapat memberi KEMAAFAN.
Berilah daku PERASAAN.
Yang dapat menanggung KEPAHITAN.
Berilah daku KEKUATAN.
Yang dapat membina IMAN.

KITA KAYA


KITA KAYA

Tanpa CABARAN.
Kita miskih PENGALAMAN.
Tanpa UJIAN.
Kita miskin KESABARAN.
Tanpa ILMU PENGETAHUAN.
Kita miskin ADAB SOPAN.
Tanpa KEIMANAN.
Kita miskin KETAQWAAN.
Tanpa KEMURAHAN.
Kita miskin KEMANUSIAAN.
Tanpa KEMAAFAN.
Kita miskin BELAS KASIHAN.
Tanpa SENYUMAN.
Kita miskin KECERIAAN.
Tanpa RASA KECUKUPAN.
Kita miskin KEBAHAGIAAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.