Pages

Subscribe:

Rabu, 30 Januari 2013

~* MURAH SAJA HARGA NYA ~*

♥ MURAH SAJA HARGA NYA ♥

♥ Pada suatu hari Imam Malik bin Dinar berjalan-jalan di kota Basrah. Di tengah perjalanan ulamak tersohor itu terpandang se buah kenderaan yang di dalam nya terdapat beberapa penumpang.
♥ Berdasarkan pakaian mereka Imam Malik tahu salah seorang wanita di dalam kenderaan itu adalah hamba. Beberapa orang lagi yang duduk di sisi nya pula ia lah para pelayan mahligai milik seorang pembesar kerajaan.
♥ Imam Malik lantas menahan kenderaan itu dan bertanya kepada wanita berkenaan :
♥ Puan ! Apakah engkau akan di jual oleh tuan mu ?
♥ Kalau ya apakah engkau akan membeli ku wahai pak cik tua ? Hmba sahaya itu bertanya semula kepada Imam Malik.Ya tapi kalau boleh aku mahu membeli yang lebih baik daripada kamu. Balas ulamak yang terkenal dengan kebijaksanaan nya berdakwah itu.
♥ Hamba itu tertawa mendengar nya. Dia segera mempelawa Imam Malik mengikuti nya pulang ke Mahligai. Sampai di sana wanita berkenaan yang masih tidak mengetahui siapa sebenar nya Imam Malik memperkenalkan Ulamak itu kepada tuan nya.
♥ Pembesar tersebut memandang Imam Malik dari atas ke bawah kemudian bertanya Wahai orang tua. Apakah tujuan kedatangan mu ke mari ?
♥ Juallah hamba sahaya tuan ini kepada ku jawab Imam Malik sambil tersenyum.
♥ Boleh kata pembesar itu. Kemudian dia bertanya : Sanggupkah engkau membeli nya?
♥ Tidak akan menjadi masalah kepada ku hendak membayar nya kerana harga nya tidak lebih dari dua biji kurma yang berulat. Imam Malik membalas dengan nada mengejek.
♥ Merah padam muka pembesar mendengar kata-kata ulamak tersebut. Maruah nya tercalar. Mengapa tidak. Merendahkan nilai hamba nya seteruk itu serupalah makna nya menginjak air muka beliau.
♥ Hah mengarut ! Bagaimana boleh demikian murah nya ? tanya pembesar dengan suara meninggi.
♥ Kerana banyak cacat cela nya tuan. Jawab Imam Malik lembut.
♥ Sekali lagi darah pembesar menyirap. Di renung nya Imam Malik dan dengan suara keras beliau bertanya kepada ulamak itu. Hei orang tua ! Cuba tunjukkan kepada ku di mana cacat cela nya hamba ku ini ? soal pembesar.
♥ Imam Malik memandang kepada wanita berkenaan kemudian berpaling kepada pembesar tersebut. Tuan ! Jika wanita ini tidak memakai minyak wangi bau badan nya hapak. Jika dia tidak menggosok gigi mulut nya juga berbau busuk. Kalau dia tidak menyisir dan memakai minyak rambut kutu nya keluar dan rambut nya kusut.
♥ Kemudian apabila tua badan nya yang cantik ini menjadi bongkok dan kulit nya berkedut. Dia mengeluarkan haid mengeluarkan kencing dan banyak kotoran kata Imam Malik.
♥ Selepas mengeluarkan kata-kata yang pedas itu Imam Malik menyambung : Tuan ! Hamba mu ini mungkin hanya mencintai diri nya saja. Boleh jadi mencintai mu juga. Tapi tahukah tuan, dia tidak akan memenuhi janji nya kepada mu dia tidak akan mencintai mu kemudian tiada seorang pun yang sanggup memiliki nya selepas kamu.
♥ Walaupun begitu aku dapat memperoleh seorang hamba wanita dengan harga yang lain daripada yang engkau minta untuk hamba sahaya mu ini kata Imam Malik.
♥ Siapa hamba sahaya yang engkau maksudkan itu wahai orang tua ? tanya pembesar.
♥ Tuan ! Hamba sahaya yang daku maksudkan ini di ciptakan dari inti sari mata air di Syurga. Jika air asin di campur dengan air liur nya ia akan menjadi teramat lazat. Seandai nya orang mati di pangil dengan suara nya nescaya mayat itu akan menjawab balik panggilan nya. Jika pergelangan tangan hamba itu terkena sinaran matahari justeru matahari yang akan malap dan suram cahaya nya.
♥ Seandai nya kita lihat hamba ini pada waktu malam maka cahaya nya akan terang benderang. Dan jika dia menghadap ke segala penjuru dengan perhiasan dan pakaian nya maka pemandangan indah akan terserlah.
♥ Hamba sahaya idaman ku itu muncul di antara taman-taman misik ( minyak kasturi ) dan za'faran ( tumbuh-tumbuhan untuk campuran ubat dan minyak wangi ) Dia tidak pernah memungkiri janji kerana kasih sayang nya sejati.
♥ Selesai memberi gambaran indah tentang hamba wanita itu Imam Malik bertanya kepada pembesar yang sejak tadi tercengang mendengar kata-kata nya : Tuan ! Di antara hamba sahaya tuan dengan hamba sahaya yang saya ceritakan tadi manakah yang lebih tinggi harga nya ?
♥ Tentu sahaja yang engkau ceritakan itu jawab pembesar.
♥ Harganya tidak terlalu mahal. Tuan juga boleh memiliki nya kata Imam Malik sambil tersenyum.
♥ Tidak mahal ? ! ! Tanya pembesar yang terkejut dengan kata-kata Imam Malik. Kalau begitu berapa harga nya ?
♥ Sedikit saja. Yakni tuan sediakan sedikit waktu di malam hari dan khususkan waktu yang tidak lama itu untuk solat dua rakaat kepada Tuhan mu.
♥ Kemudian ketika hendak makan ingatlah kepada orang yang lapar. Utamakanlah ALlAH daripada syahwat mu. Singkirkan batu dan kotoran dari jalan dan gunakan hari-hari mu dengan bekal secukup nya untuk hari kemudian. Tuan ! Hilangkanlah keinginan nafsu jahat mu. Hindari tempat yang penuh kelalaian dan hiduplah di dunia secara mulia supaya kelak tuan tuan datang ke tempat yang mulia dalam keadaan yang aman dan kekal di Syurga.
♥ Pembesar terpukul dengan kata-kata Imam Malik yang padat dengan sindiran itu. Beliau tunduk memandang lantai manakala hati nya yang marah tadi menjadi sejuk.Nur keinsafan serta merta mereap ke sanubari pembesar itu. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan betapa lalai nya dia dengan kemewahan dunia sehingga lupa kepada yang Maha Esa. Lantas pembesar itu memanggil hamba nya.
♥ Wahai hamba sahaya : Apakah engkau mendengar apa yang di ucapkan oleh orang tua ini ? tanya pembesar kepada hamba nya.
♥ Dengar tuan jawab hamba nya.
♥ Apakah ia benar atau berdusta ?
♥ Benar. Dia berbuat baik dan memberikan nasehat.
♥ Jika demikian kata pembesar : engkau ku bebaskan. Demi redha ALLAH kebun ini dan sebahagian harta ku berikan kepada mu sebagai sedeqah.
♥ Setelah itu beliau memanggil pula para pelayan nya supaya datang mengadap.
Wahai para pelayan. Kalian juga ku bebaskan. Ku berikan kebun untuk kalian manakala istana dan seluruh isi nya ku nafkahkan di jalan ALLAH.

~* MANIS NYA UJIAN ~*


♥ MANIS NYA UJIAN ♥

♥ Hati mu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika engkau mencintai NYA.
♥ Engkau pula akan mencintai NYA jika engkau mengenali NYA.
♥ Tampakkanlah sifat-sifat mu nescaya DIA akan membantu mu dengan sifat-sifat NYA.
Tampakkanlah kehinaan mu nescaya DIA akan membantu mu dengan Kemulian nya.
♥ Tampakkanlah kelemahan mu nescaya DIA akan membantu mu dengan Kekuasaan NYA.
♥ Tampakkanlah ketidak berdayaan mu nescaya DIA akan membantu mu dengan Daya dan Kekuatan NYA.
♥ Bila ALLAH cepat memakbulkan doa mu. Maka DIA menyayangi mu.
♥ Bila ALLAH lambat memakbulkan doa mu. Maka DIA ingin menguji mu.
♥ Bila ALLAH tidak memakbulkan doa mu. Maka DIA ingin merancang sesuatu yang lebih baik untuk mu.
♥ Bersangka baiklah kepada Tuhan mu kerana Rahmat NYA mendahului Kemurkaan NYA ke atas mu.

Isnin, 28 Januari 2013

~* YA ALLAH YA RAHMAN ~*


♥ BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM ♥

♥ Ya Allah Ya Rahman.
♥ Apabila Engkau hendak memberi kurniaan.
♥ Maka tiada siapa dapat menahan.
♥ Ya Allah Ya Rahman.
♥ Apabila Engkau hendak menahan.
♥ Maka tiada siapa dapat melawan.
♥ Ya Allah Ya Rahman.
♥ Tiada berguna amalan yang di zahirkan.
♥ Tanpa keikhlasan yang di sertakan.
♥ Ya Allah Ya Rahman.
♥ Tiada usaha berbuat kethaatan. Tiada daya meninggal kejahatan.
♥ Melainkan Engkau beri pertolongan.
♥ Ya Allah Ya Rahman.
♥ Kasihanilah hamba sekelian.

Sabtu, 26 Januari 2013

~* INDAH NYA PERIBADI RASULULLAH ~*

♥ INDAH NYA PERIBADI RASULULLAH ♥

♥ Di antara akhlak Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang perlu kita dicontohi :

♥ Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa saja yang ditemui nya.
♥ Baginda sangat menghormati orang-orang tua mengasihani orang-orang muda dan menyayangi kanak-kanak semua nya.
♥ Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
♥ Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan mereka.
♥ Baginda sentiasa membantu semua manusia walaupun baginda sendiri dalam kesusahan. Baginda tidak mementingkan diri nya.
♥ Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri anak-anak dan ahli keluarganya.
♥ Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan yang menimpa Baginda.

~* DOA UNTUK UMMAT MUHAMMAD ~*

♥ BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM ♥

♥ YA ALLAH ! Berikanlah ampunan bagi ummat Junjungan kami Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.
♥ YA ALLAH ! Kasihanilah ummat Junjungan kami Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.
♥ YA ALLAH ! Tutuplah keburukan ummat Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.
♥ YA ALLAH ! Perbaikilah keadaan ummat Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.
♥ YA ALLAH ! Baguskanlah ummat Junjungan kami Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.
♥ YA ALLAH ! Sejahterakanlah ummat Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.
♥ YA ALLAH ! Jagalah ummat Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.
♥ YA ALLAH ! Kasihanilah ummat Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam dengan kasih sayang yang menyeluruh.
♥ YA ALLAH ! Ampunilah ummat Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam dengan ampunan yang menyeluruh.
♥ YA ALLAH ! Wahai Tuhan semesta Alam. Lapangkanlah jalan ummat Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam dengan kelapangan yang meluas Wahai YA RAHMAN.
♥ YA ALLAH ! Muliakanlah ummat Nabi Muhammad ini dengan kebaikan pahala MU di dunia dan di akhirat sebagai penghormatan atas orang-orang yang menjadi ummat nya.
♥ Perkenankanlah Wahai Ya ALLAH YA RAHMAN Tuhan seru sekelian alam.

~* KERANA TIGA PERKARA ~*

♥ KERANA TIGA PERKARA ♥

♥ Sayyidina Umar bin Al-Khatthab radhiallahu anhu berkata :
♥ Janganlah kamu menuntut ilmu kerana tiga perkara.
♥ Dan janganlah kamu meninggalkan ilmu kerana tiga perkara.

♥ Pertama : Janganlah kamu menuntut ilmu kerana ingin berdebat dengan manusia.
♥ Kedua : Janganlah kamu menuntut ilmu kerana ingin berbangga.
♥ Ketiga : Janganlah kamu menuntut ilmu kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia ( Riya ).

♥ Jangan pula kamu meninggalkan ilmu kerana TIGA perkara :
♥ Pertama : Janganlah kamu meninggalkan ilmu kerana MALU menuntut nya.
♥ Kedua : Janganlah kamu meninggalkan ilmu kerana TIDAK MENYUKAI NYA.
♥ Ketiga : Janganlah kamu meninggalkan ilmu kerana redha dengan KEBODOHAN NYA.

~* YA ALLAH ! KURNIAKANLAH ~*

♥ YA ALLAH. KURNIAKANLAH ♥

♥ Milikilah sebuah HATI yang tak pernah MEMBENCI.
♥ Milikilah sebuah SENYUMAN mekar BERSERI.
♥ Milikilah sebuah SENTUHAN yang tak pernah MENYAKITI.
♥ Milikilah sebuah KASIH harum MEWANGI.

♥ YA ALLAH YA RAHMAN.
♥ Kurniakanlah sepasang MATA yang mampu melihat KEBAIKAN.
♥ Kurniakanlah sekeping HATI yang mampu memaafkan KESALAHAN.
♥ Kurniakanlah sebuah MINDA yang mampu melupakan KESALAHAN.
♥ Kurniakanlah sebuah JIWA dengan KETEGUHAN.

~* BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH ~*

♥ BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH ♥

♥ Imam Abul-Laits As-Samarqandi telah berkata :
♥ Sesungguhnya syukur itu di dalam TIGA perkara :
♥ Pertama : Jika mendapat kenikmatan maka ingatlah kepada yang memberi kurniaan dan pujilah kepada Tuhan.
♥ Kedua : Menerima dengan segala keredhaan dan kepuasan segala nikmat yang ALLAH limpahkan.
♥ Ketiga : Selagi manafaat kenikmatan itu engkau rasakan maka janganlah engkau gunakan untuk kemaksiatan.

♥ Imam Maimun bin Mahran dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata :
♥ Sesungguhnya ALLAH menjadikan makhluk pilihan NYA dengan beberapa tanda :
♥ Pertama : Mereka merasa gembira apabila berbuat kebaikan.
♥ Kedua : Mereka segera meminta keampunan apabila berbuat kesalahan.
♥ Ketiga : Mereka merasa penuh kesyukuran apabila mendapat kenikmatan.
♥ Keempat : Mereka menghadapi dengan kesabaran segala derita yang ALLAH turunkan.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ TIGA perkara pusaka kebajikan :
♥ Pertama : Merahsiakan keluhan.
♥ Kedua : Merahsiakan ujian.
♥ Ketiga : Merahsiakan pemberian.

~* SEBAIK-BAIK SIMPANAN ~*


♥ SEBAIK-BAIK HARTA SIMPANAN ♥

♥ Sebaik-baik WARISAN adalah ILMU PENGETAHUAN.
♥ Sebaik-baik KEHIDUPAN adalah KESIHATAN.
♥ Sebaik-baik KEBERKATAN adalah AMAL KEBAIKAN.
♥ Sebaik-baik TEMAN adalah KESOPANAN.
♥ Sebaik-baik JAMINAN adalah AL-QURAN.
♥ Sebaik-baik PERINGATAN adalah KEMATIAN.
♥ Sebaik-baik KEKAYAAN adalah RASA KECUKUPAN.
♥ sebaik-baik BEKALAN adalah KETAQWAAN.

~* MALAM BULAN TERANG CAHAYA ~*



♥ MALAM BULAN TERANG CAHAYA ♥

♥ Malam adalah waktu pencerahan jiwa dan keinsafan.
♥ Malam adalah waktu kemanisan iman dan kebahagiaan.
♥ Malam adalah waktu yang di taburi seribu keberkatan dan kemuliaan.
♥ Malam adalah waktu yang sangat dahsyat dan menakjubkan.
♥ Malam adalah waktu berbuat amalan dan keikhlasan.
♥ Malam adalah waktu permohonan dan pengampunan.
♥ Malam adalah waktu yang penuh dengan hikmah dan pengajaran.
♥ Malam adalah waktu untuk pengabdian dan ketulusan.
♥ Malam adalah waktu hamba nya bermunajat penuh ketenangan.
♥ Malam adalah waktu kesepian penuh keindahan bersama Tuhan.

Jumaat, 25 Januari 2013

~* MEMBERI GEMBIRA MENDAPAT PAHALA ~*


♥ SETIAP HATI YANG DI BERI GEMBIRA AKAN MENDAPAT PAHALA ♥

♥ Di riwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata bahawa :
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Ketika seorang laki-laki sedang dalam perjalanan. Tiba-tiba dia merasa sangat kehausan. Lalu sebuah perigi ia ketemukan. Maka ia turun dan minum air di dalam nya dan kemudian keluar dengan rasa kepuasan.
♥ Lantas ketika keluar ia mendapati seekor anjing yang sedang kehausan. Laki-laki ini berkata : Rasa haus yang di alami anjing itu sama dengan rasa haus yang pernah daku rasakan.
♥ Maka dia pun turun mengambil air dari perigi tersebut dan memberikan kepada anjing yang kehausan. ALLAH Subhanahu wa Taala meredhai rasa syukur nya dan mengampuni akan dosa nya.
♥ Para sahabat lantas bertanya : Wahai Rasulullah ! Apakah kita mendapat pahala kerana binatang juga ?
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ SETIAP HATI YANG DI BERI GEMBIRA AKAN MENDAPAT PAHALA.

( H.R.Ibnu Syaikhan Imam Malik Abu Daud dan Syaibani ).

~* AKHLAQ MULIA ~*

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Hamba yang paling di cintai oleh ALLAH adalah seseorang yang paling bermanafaat bagi manusia semasa hidup nya.
♥ Amal yang paling utama adalah :
♥ Memberikan rasa senang kepada saudara mukmin seagama :
♥ Dengan menghilangkan kelaparan yakni memberikan makanan kepada orang yang kebuluran.
♥ Dan membantu nya dari sebarang kesusahan.
♥ Atau menolong nya untuk menjelaskan tanggungan hutang.
♥ DUA perkara yang sangat keji dan tiada bandingan nya :
♥ Pertama : Syirik terhadap Allah Subhanahu wa Taala Tuhan NYA.
♥ Kedua : Memberi mudharat yakni sebarang kebinasaan dan bahaya ke atas kaum muslimin saudara nya.
( Al-Hadith ) Kitab Al-Munabbihat Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani ).

~* BEZA ANTARA NAFSU DAN CINTA ~*


♥ BEZA ANTARA NAFSU DAN CINTA ♥

♥ Cinta itu membahagiakan.
♥ Nafsu itu membahayakan .
♥ Cinta dalam keredhaan Tuhan.
♥ Menunjuk jalan ke arah kebahagiaan.
♥ Sedang nafsu dalam bujukan Syaitan.
♥ Menjerumus manusia ke dalam kehinaan.

♥ Cinta dan nafsu umpama sisi mata wang yang berlainan.
♥ Cinta adalah sisi kebaikan.
♥ Nafsu adalah sisi keburukan.
♥ Dan wang adalah sebuah perhubungan.
♥ Cinta dengan kebaikan sejati akan menjaga dan menyayangi pasangan nya penuh keikhlasan.
♥ Sedang menjalin hubungan dengan landasan nafsu membawa kepada kebahagiaan yang merosakkan.

♥ Cinta membuat kita ketawa kebahagiaan.
♥ Nafsu membuat kita kecewa kepiluan.
♥ Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah kehijauan.
♥ Maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar yang merosakkan.
♥ Cinta akan membuahkan padi kenikmatan.
♥ Sedang nafsu akan membuahkan rumput liar kekecewaan.

♥ Cinta selalu ingin memberi menuntut keikhlasan.
♥ Nafsu hanya ingin diberi menuntut kepuasan.
♥ Cinta memberi dan menerima dengan kejujuran.
♥ Sedang nafsu berebut-rebut penuh keserakahan.

♥ Cinta ingin menyayangi mendamaikan.
♥ Sedang Nafsu ingin menggerayangi melukakan.
♥ Cinta itu melahirkan rasa damai dan mententeramkan.
♥ Sedang nafsu itu melahirkan rasa takut meresahkan.

♥ Cinta yang terbaik menenangkan.
♥ Nafsu yang terbalik menyesatkan.
♥ Cinta berusaha melakukan kebaikan. Memberikan kebahagiaan.
♥ Sedang nafsu berusaha melakukan pencerobohan. Memberikan penderitaan.

♥ Semuga di beri cinta yang mendamaikan dan nafsu yang terkendalikan.

~* HAMBA SYUKURI EMPAT PERKARA ~*

♥ DAKU SYUKURI EMPAT PERKARA ♥

♥ Seorang Hakiem telah berkata :
♥ Daku sibuk mensyukuri EMPAT macam perkara :

♥ Pertama : ALLAH telah menjadikan beribu macam makhluk NYA. Sedang yang termulia dari itu semua adalah Anak Adam dan daku adalah salah seorang di antara nya.

♥ Kedua : ALLAH telah melebihkan kaum lelaki daripada wanita.
Sedang aku di ciptakan sebagai lelaki di atas dunia.

♥ Ketiga : Daku mengetahui bahawa Islam itu sebaik-baik agama dan yang di terima oleh ALLAH Taala lalu daku bersyukur kerana menjadi Muslim yang di terima.

♥ Keempat : Daku mengetahui bahawa ummat Nabi Muhammad shallallahu alaihi waallam adalah ummat yang paling utama lalu ALLAH memilih daku untuk menjadi ummat nya.

~* HANYA PADA MU ~*

♥ BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM ♥
♥ Dengan nama ALLAH Maha Pengasih Maha Penyayang.
♥ Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
♥ Permudahkanlah langkah ketaatan.
♥ Agar kami sentiasa dekat dengan MU.
♥ Berikanlah kekuatan dan kesihatan.
♥ Agar kami sentiasa sujud kepada MU.
♥ Didiklah hati kami dengan kecukupan.
♥ Agar kami sentiasa bersykur dengan rahmat MU.
♥ Pimpinlah jiwa kami dengan keredhaan.
♥ Agar kami sentiasa rindu dengan kasih sayang MU.
♥ Jadikanlah lidah kami penuh kelembutan.
♥ Agar kami tiada jemu menyebut Asma' MU.
♥ Hiburkanlah kami dengan Al-Quran.
♥ Agar kami sentiasa merasa nikmat nya alunan kalam MU.

~* SELAWAT KUNCI PEMBUKA HATI ~*

♥ Selawat kunci pembuka hati. Maha Rahman Rasul Pilihan.
♥ Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan.
♥ Sekeliling nya beribu-ribu di atas Junjungan.
♥ Pesuruh yang amat tinggi tiada kesombongan.
♥ Ya Allah Ya Allah Ya Rahman.
♥ Wahai pembuka segala ilmu keyakinan.
♥ Wahai yang Maha Mengetahui segala ilmu kebijaksanaan.
♥ Ya Allah Ya Allah Ya Rahman.
♥ Engkau bukakanlah hati kami sekelian.
♥ Dengan pembukaan penuh keberkatan.
♥ Ya Allah Ya Allah Ya Rahman.
♥ Kurniakanlah kepada kami keinginan.
♥ Bersungguh-sungguh untuk mengikuti Junjungan.
♥ Kurniakan kami rasa kasih sepenuh nya di awal nya di akhir nya batin nya perkataan nya perbuatan nya ibadat nya dan amal bakti nya.
♥ Perkenankanlah Ya Allah Ya Allah Ya Rahman.

~* ALLAH PELINDUNG ORG BERIMAN ~*

♥ ALLLAH MEMBERI JAMINAN.
♥ MEMBERI KEMENANGAN KEPADA ORANG-ORANG BERIMAN.

♥ Kekuatan itu hanya bagi Allah bagi Rasul NYA dan orang-orang Mukmin tetapi orang-orang munafiq itu tidak mengetahui nya.
( Surah Al-Munafiqun ayat 8 )

♥ Dalam hati ada iman.
♥ Dalam dada ada al Qur'an.
♥ Senjata tergenggam erat di tangan.
♥ Walau panas. Walau Hujan.
♥ Perjuangan tetap di teruskan.
♥ Bebaskan Aqsa bumi pilihan.
♥ Kegemilangan Islam jadi tujuan.
♥ Mati syahid jadi impian.
♥ Hanya Allah matlamat kehidupan.

♥ Allah sekali-kali tidak akan memberikan jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.
( Surah An-Nisaa' ayat 14 ).

♥ Tiada harapan selain ALLAH.
♥ Tiada kalam seindah KITABULLAH.
♥ Tiada jalan selurus AS-SUNNAH.
♥ Tiada idola sebaik RASULULLAH.
♥ Tiada tujuan selain FISABILILLAH.

~* KEKASIH KU YA RASULULLAH ~*

♥ KEKASIHKU YA RASULULLAH ♥

R : Rasulullah. Engkau insan mulia utusan yang Esa.
A : Amanah siddiq tabligh dan fathonah adalah sifatmu yang ada.
S : Segala kehidupanmu menjadi panduan bagi insan bertaqwa.
U : Untukmu selawat dan salam sentiasa di ucap walau di mana berada.
L : Limpahan kasih sayangmu tidak mengira masa tidak mengira sesiapa.
U : Umurmu di habiskan dengan berdakwah kepada seluruh manusia.
L : Letih dan penat tidak pernah kau kira demi mengajak manusia ke arah taqwa.
L : Laluan perjuanganmu penuh ujian namun tidak pernah dikau kecewa.
A : Amanah dari Allah agar menyeru manusia kepada NYA sentiasa dikau laksana..
H : Hayat hidupmu di jadikan panduan untuk insan mencari redha yang Esa.
( Pujangga Maya ).

♥ Cintakan ALLAH. Redha NYA Terpelihara.
♥ Cintakan Rasulullah. Syafaat nya di terima.
♥ Cintakan Ayah Bonda. Kasih sayang nya terjaga.
♥ Cintakan suami. Pintu Syurga terbuka.
♥ Cintakan manusia. Ukhuwah seindah nya.
♥ Cintakan agama. Bahagia selama nya.

Isnin, 21 Januari 2013

~* SAAT INDAH DALAM PERSAHABATAN ~*



♥ Saat indah dalam persahabatan ♥

♥ Saat kita pergi ada yang mendoakan.

♥ Saat kita jauh ada yang merindukan.

♥ Saat kita sedih ada yang menghiburkan.

♥ Saat kita bertemu ada senyuman yang di berikan.
(^_^)♥♥♥~*

~* RUKUN IMAN ENAM PERKARA ~*



♥ Iman di dirikan di atas enam perkara :
♥ Percaya dan mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH.
♥ Percaya dan mengaku Muhammad shallallahu alaihi wasallam itu utusan ALLAH.
♥ Mendirikan solat.
♥ Mengeluarkan zakat.
♥ Berpuasa di bulan Ramadhan.
♥ Naik Haji ke Baitullah ( bagi siapa yang ada kemampuan ke atas nya )

♥ Iman adalah mengucapkan dengan lidah.
♥ Meyakinkan dengan hati.
♥ Dan mengamalkan dengan anggota.

♥ Ini adalah dalil yang menyatakan bahawa seseorang mesti berbuat amal dalam hidup nya.
♥ Jika seseorang dapat sampai ke Syurga ALLAH dengan Kemurahan NYA.
♥ Itu hanya akan ia dapatkan sesudah membuat persediaan amal dengan berlaku taat dan beribadat kepada NYA.
♥ Kerana sesungguhnya rahmat ALLAH sangat hampir kepada orang yang berbuat amal kebajikan di dalam hidup nya.

~* BERAMALLAH ~*


♥ Selama engkau tidak beramal. Tidaklah engkau akan mendapat pahala.
♥ Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ Orang yang menyangka tanpa bersusah payah pun ia akan sampai kepada tujuan nya.
♥ Maka inilah manusia yang banyak mengelamun di dalam cita-cita nya.

♥ Al-Hasan rahimahullahu Taala berkata : Meminta Syurga dengan tidak berbuat amal adalah suatu di antara dosa.
♥ Alamat orang yang ada kehidupan padanya dengan hakikat berbuat amal dalam hidup nya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'laihi wasallam bersabda :
♥ Orang yang cerdik bijaksana ia lah mereka yang menguasai diri nya dan beramal untuk sesudah mati nya.
♥ Dan orang yang singkat akal fikiran nya ia lah mereka yang menurutkan kehendak hawa nafsu nya serta memperbanyakkan angan-angan kosong terhadap Kemurahan ALLAH kepada nya.

♥ Syeikh waliyullah Hasan al-Basri rahimahullahu Taala berkata :
♥ Di hari Qiamat nanti ALLAH akan berseru kepada hamba-hamba NYA :
♥ Hai Hamba-hamba KU ! Masuklah ke Syurga dengan rahmat KU dan berbahagialah antara sesama mu menurut amal-amal mu.

~* bINASA IMAN KITA KERANA 10 PERKARA ~*

♥ Manusia itu selalu lupa akan diri nya.
♥ Maka ilmu itu di ulang-ulang untuk mengingatkan nya .

♥ Yang membinasakan iman itu ada SEPULUH perkara :
♥ Mempersekutukan ALLAH Subhanahu wa Taala.
♥ Mengekalkan perbuatan jahat dan seronok melakukan nya.
♥ Menganiaya sesama manusia.
♥ Bermusuhan sesama saudara muslim nya.
♥ Meringan-ringankan syariat islam ke atas nya.
♥ Tidak takut akan gugur iman nya.
♥ Menyerupai perbuatan orang kafir di dalam hidup nya.
♥ Memisahkan diri dari rahmat ALLAH ke atas nya dengan banyak melakukan dosa dan berputus asa.
♥ Memakai pakaian yang menyerupai orang kafir dan bangga melakukan nya.
♥ Memutuskan diri dari menghadap Kiblat yakni meninggalkan solat ke atas nya.

~* NASEHAT UNTUK SELAMAT ~*

♥ Seorang Wanita Menasihatkan Orang Alim ♥

Imam Malik meriwayatkan sebuah kisah dalam kitab al-Muwaththa dari Yahya bin Sa’id dari al-Qasim bin Muhammad bahwa dia berkata : Salah satu isteriku meninggal dunia lalu Muhammad bin Ka’ab al-Qurazhi mendatangiku untuk bertakziah atas (kematian) isteriku lalu beliau mengatakan :

Sesungguhnya dahulu di zaman Bani Israil ada seorang laki-laki yang faqih, ‘alim, abid dan mujtahid. Dia memiliki seorang isteri yang sangat ia kagumi dan cintai. Lalu meninggallah sang isteri tersebut sehingga membuat hatinya sangat sedih. Dia merasa sangat berat hati menerima kenyataan tersebut sampai-sampai ia mengunci pintu, mengurung diri di dalam rumah, dan memutus segala hubungan dengan manusia sehingga tidak ada seorang pun yang dapat bertemu dengannya.

Lalu ada seorang wanita cerdik yang mendengar berita tersebut. Maka dia pun datang ke rumah Sang Alim seraya mengatakan kepada orang ramai di sekitar nya : Sungguh saya sangat memerlukan fatwa darinya dan saya tidak ingin mengutarakan permasalahan saya melainkan harus bertemu langsung dengannya. Akan tetapi semua manusia tidak ada yang menghiraukannya. Walau demikian ia tetap berdiri di depan pintu menunggu keluarnya Sang Alim. Dia berkata : Sungguh saya sangat ingin mendengarkan fatwanya. Lalu salah seorang menyeru (Wahai Sang Alim) sungguh di sini ada seorang wanita yang sangat menginginkan fatwamu. Dan wanita itu menambahkan : Dan aku tidak ingin mengutarakannya melainkan harus bertemu langsung dengannya tanpa ada perantara. Akan tetapi manusia pun tetap tidak menghiraukannya. Meski demikian dia tetap berdiri di depan pintu dan tidak mahu berganjak dari nya.

Akhirnya Sang Alim menjawab : Izinkanlah dia masuk. Lalu wanita itu pun masuk dan mengatakan : Sungguh aku datang kepadamu karena suatu pemasalahan. Sang Alim menjawab : Apakah pemasalahanmu ? Wanita memaparkan : Sungguh aku telah meminjam perhiasan kepada salah satu tetanggaku dan aku selalu memakainya sampai beberapa waktu lamanya lalu suatu ketika mereka mengutus seseorang kepadaku untuk mengambil nya. Haruskah daku kembalikan barang itu kepadanya ? Maka Sang Alim menjawab : Iya demi Allah engkau harus memberikan kepada mereka. Lalu sang wanita menyangkal : Tetapi aku telah memakainya sejak lama sekali. Sang Alim menjawab : Tetapi mereka lebih berhak untuk mengambil kembali barang yang telah dipinjamkan kepadamu sekalipun telah sejak lama. Lalu wanita itu mengatakan : Wahai Sang Alim semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmatimu. Mengapakah engkau juga merasa berat hati untuk mengembalikan sesuatu yang telah dititipkan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadamu lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala ingin mengambil kembali titipan-Nya sedang Dia lebih berhak untuk mengambilnya darimu ? Maka dengan ucapan itu tersedarlah Sang Alim atas peristiwa yang sedang menimpanya dan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan perkataan si wanita tersebut dapat bermanfaat dan menggugah hatinya.

Kisah di atas diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’ dalam kitab al-Jana’iz Bab Jami’ul-Hasabah fil-Mushibah (163).

Syaikh Syu’aib al-Arna’uth dalam tahqiq beliau terhadap kitab Jami’ul-Ushul (6/339) berkata : Kisah di atas sampai kepada Muhammad bin Ka’ab al-Qurazhi dengan sanad shahih.

~* KITA MASIH PUNYA SEGALA-GALA NYA ~*

♥ KITA MASIH PUNYA SEGALA-GALA NYA ♥

♥ Sesungguhnya ketika kita rasa resah sengsara.
♥ Kerana ujian yang menimpa kita.
♥ Sewaktu kita terkurung dalam musibah penjara.
♥ Janganlah kita hilang semangat dan kekuatan waja.
♥ Besarkanlah jiwa nescaya kecillah masalah kita.
♥ Perkasakanlah hati nescaya rebah segala duka.
♥ Ingatlah : Jangan merasa derita kerana tiada kasut untuk kaki kita.
♥ Kerana di bawah kolong langit dunia ada manusia tiada kaki untuk kasut nya.
♥ Syukurlah. Kita masih punya segala.
(^_^)V♥♥♥~*

~* KITA MASIH MEMILIKI ~*

♥ KITA MASIH MEMILIKI SEGALA-GALA NYA ♥

♥ Perhatikan hidup kita.
♥ Sangat senang dan bahagia.
♥ Sedang ada manusia jauh lebih sengsara dan menderita.
♥ Hidup mereka bukan sekadar kais pagi makan pagi sahaja.
♥ Malah sudah tidak mampu mengais untuk mendapatkan apa-apa.
♥ Melainkan menadah tangan untuk menyuap mulut mereka.
♥ Airmata derita dan kesedihan duka menjadi santapan siang dan malam buat mereka.
♥ Setidak-tidak nya ingatlah bahawa kita masih kaya dengan tenaga.
♥ Kita masih kaya dengan kasih sayang di jiwa.
♥ Kita mewah dengan kesempurnaan anggota tubuh badan kita.
♥ Kita masih memiliki segala-gala nya.
♥ Kita masih mempunyai hati yang perkasa.
♥ Kita masih memiliki jiwa yang membara.
♥ Kita masih menakluki semangat waja.
♥ Malah kita masih mempunyai harapan dan doa.
♥ Kekuatan hebat kaya sempurna yang masih kita punya adalah sandaran kepada ALLAH yang Maha Berkuasa.
♥ Hati kita akan merasa lapang apabila dapat meluahkan apa yang terbuku di dalam dada.
♥ Jiwa kita akan merasa tenteram tatkala ada yang sudi mendengar dan berkongsi rasa.
♥ Syukurlah. Kita masih memiliki banyak perkara di dalam hidup kita.
(^_^)V♥♥♥~*

~* BERBUAT KEBAIKAN ~*


♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Seorang wanita telah masuk ke dalam Neraka.
♥ Kerana kucing yang di ikat di dalam rumah nya.
♥ Tidak di beri makan dan tidak di beri minum kepada nya.
♥ Dan tidak di lepas untuk mencari makanan dari sampah-sampah di atas bumi ini sehingga mati akhir nya.
( H.R.Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu ).

Ahad, 20 Januari 2013

RAWATLAH HATI


♥ Tatkala jiwa merasa sepi.
♥ Rawatlah dengan ZIKIR di HATI.
♥ Tatkala jiwa merasa sepi.
♥ Penuhi AL-QURAN di SANUBARI.
♥ Tatkala jiwa merasa sepi.
♥ Segera MUNAJAT kepada ILAHI.
♥ Tatkala jiwa merasa sepi.
♥ Ingatlah diri kepada mati.

♥ Sesungguhnya jiwa yang sepi.
♥ Permulaan bagi hati yang mati.
♥ Sesungguhnya jiwa yang sepi.
♥ Punca hati berbelah bahagi.
♥ Sesungguhnya hati yang sepi.
♥ Tanda mati lalai nya hati.
♥ Rawatlah hati. Biar subur indah kembali.
(^_^)V♥♥♥~*

SAAT INDAH DALAM PERSAHABATAN.

♥ Saat indah dalam persahabatan ♥

♥ Saat kita pergi ada yang mendoakan.

♥ Saat kita jauh ada yang merindukan.

♥ Saat kita sedih ada yang menghiburkan.

♥ Saat kita bertemu ada senyuman yang di berikan.
(^_^)♥♥♥~*

YA ALLAH YA TUHAN KAMI

♥ BISMILLAHIRRAHMANIRRAAHIIM ♥
♥ Dengan nama ALLAH Maha Pengasih Maha Penyayang.
♥ LAAILAHA ILLALLAH YA ILAHI.
♥ Baik tahun HIJRAH atau MASEHI.
♥ Telah bertambah USIA kami.
♥ Teramat sedikit SYUKUR kami.
♥ Atas NIKMAT yang di kecapi.
♥ Amat sedikit SABAR kami.
♥ Atas MUSIBAH yang di hadapi.
♥ Amat kurang pula BAKTI kami.
♥ Atas kedua AYAH BONDA kami.
♥ Baik yang masih HIDUP maupun yang telah MATI.
♥ YA ALLAH YA TUHAN KAMI.
♥ Yang memberikan kami rezeki.
♥ Yang melindungi kami penduduk bumi.
♥ Ampunilah kami redhailah kami.
♥ Samada di DUNIAWI.
♥ Apatah lagi di UKHRAWI.
♥ Kepada penghulu kami Nabi Muhammad Ya Sayyidi.
♥ Kami memohon syafaat Kubra di akhirat nanti.
♥ Agar kami tetap bergembira nanti.
♥ Seperti pernah bergembira di dunia ini.
♥ YA ALLAH YA RAHMAN YA ILAHI.
♥ PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI.
♥ AAMIIN YA RABBAL AALAMIIN.
(^_^)v♥♥♥~*

Jumaat, 18 Januari 2013

~* ALQOMAH ~*

♥ ALQOMAH OH ALQOMAH ♥

♥ Alqomah seorang ahli ibadah.
♥ Ibadah nya khusyuk menyembah ALLAH.
♥ Bonda nya datang dia tak endah.
♥ Ibu terluka berhati parah.
♥ Tatkala sakarat datang menjengah.
♥ Kelu lidah mengucap syahadah.
♥ Sehingga Bonda membuang marah.
♥ Tertutup mata menghadap ALLAH.
♥ Sempurna ibadah bersama syahadah.

♥ Sesudah di kuburkan si Alqomah ahli ibadah.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berdiri di tepi kubur Alqomah sambil bersabda kepada para sahabah :
♥ Wahai sahabat Muhajirin dan Ansar.
♥ Barangsiapa yang mengutamakan isteri nya daripada ibu nya.
♥ Maka ia terkena kutukan ( laknat ) ALLAH, Malaikat dan manusia semua nya.
♥ ALLAH tidak menerima daripada ibadat fardhu nya dan ibadat sunnat nya.
♥ Melainkan jika bertobat benar-benar kepada ALLAH dan berbuat baik terhadap ibu nya dan meminta keredhaan nya.
♥ Kerana redha ALLAH di kaitkan dengan redha ibu nya dan murka ALLAH juga di dalam murka ibu nya.
( H.R.Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu )
Kitab Irsyadul Ibaad Ila Sabilirrasyad.

Khamis, 17 Januari 2013

PERKENANKANLAH YA ALLAH

♥ BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM ♥

♥ Ya Allah Ya Tuhan Kami !
♥ Berikanlah kepada kami kekuatan.
♥ Agar terhindar dari perbuatan-perbuatan dosa dalam kehidupan.
♥ Kasihanilah kami supaya terpelihara dari godaan syaitan.
♥ Rahmatilah kami dengan kedamaian yang Engkau redhakan.
♥ Ya Allah Pencipta Langit dan Bumi !
♥ Tuhan Kegemilangan dan Kemuliaan.
♥ Ya Allah Ya Rahman !
♥ Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan pertolongan dalam menegakkan kebenaran melainkan Engkau wahai Ya Rahman.
♥ Sesungguhnya tidak ada yang dapat memenuhi segala permintaan di dalam cobaan melainkan Engkau wahai Ya Rahman.
♥ Sesungguhnya tidak ada yang dapat menahan daripada kemaksiatan melainkan Engkau wahai Ya Rahman.
♥ Dan Sesungguhnya tidak ada yang berkuasa ke atas kebaikan melainkan Engkau wahai Ya Rahman.
♥ Ya Allah dengan rahmat MU berikanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam Rasul Junjungan.
♥ Dan ke atas keluarga nya dan para sahabat sekelian.
♥ Perkenankanlah wahai Ya Allah Ya Rahman.

DI KUBURAN SANA

♥ DI KUBURAN SANA ♥

♥ Raja di kuburan sana.
♥ Mungkin sahaja jiran sebelah nya.
♥ Pelayan yang pernah mengabdi kepada nya.
♥ Presiden di kuburan sana.
♥ Mungkin sahaja pengawal peribadi nya.
♥ Berehat santai di sebelah nya.
♥ Orang kaya di perkuburan sana.
♥ Mungkin sahaja fakir papa yang pernah di herdiknya.
♥ Menjadi jiran tetangga menemani nya.
♥ Di bawah kuburan sana.
♥ Setiap orang mempunyai amal dan darjat yang berbedza-bedza.
♥ Saling tak tumpah umpama di dunia.
♥ Hanya saja ALLAH hakim nya bukan manusia.
(^_^)V♥♥♥~*

KALAULAH KALAU


♥ KALAULAH KALAU ♥

♥ Kalaulah kita BERKAWAN.
♥ Kerana mengharapkan PENGHARGAAN.
♥ Maka kita akan menangis apabila di KECEWAKAN.

♥ Kalaulah kita menuntut ILMU PENGETAHUAN.
♥ Kerana mengharapkan SANJUNGAN.
♥ Maka kita akan menangis apabila mendapat CELAAN.

♥ Kalaulah kita menghulur PEMBERIAN.
♥ Kerana mengharapkan PUJI-PUJIAN.
♥ Maka kita akan menangis apabila tiada KEIKHLASAN dalam catatan.

♥ Kalaulah kita berbuat AMALAN.
♥ Kerana mengharapkan PENGHORMATAN insan.
♥ Maka kita akan menangis kerana SYIRIK kepada Tuhan.

♥ Kalaulah kita melakukan KEBAIKAN.
♥ Kerana mengharapkan selain Tuhan.
♥ Maka kita akan menangis apabila segala kebaikan menjadi debu yang berterbangan di Hari Kemudian.

♥ Buatlah sesuatu kerana mencari KEREDHAAN.
♥ Maka kita akan merasai INDAH NYA kehidupan.
(^_^)V♥♥♥~*

KESAKITAN YANG KITA DAPATKAN


♥ KESAKITAN YANG KITA DAPATKAN ♥

♥ Kesakitan yang kita dapatkan.
♥ Mengingatkan kita harga sebuah KESIHATAN.
♥ Kesulitan yang kita dapatkan.
♥ Mencabut pohon KESOMBONGAN yang rimbun dalam kemegahan.
♥ Kesusahan yang kita dapatkan.
♥ Menurunkan UJUB yang bersarang penuh kebanggaan.
♥ Penderitaan yang kita dapatkan.
♥ Menjadi PEMBERSIH segala kekotoran.
♥ Ia menghapus segala KESALAHAN.
♥ Ia menyucikan segala KECELAAN.
♥ Ia meredakan segala KESOMBONGAN.
♥ Ia menyepuh nafsu KEBINATANGAN.
♥ Ia melenyapkan segala KEANGKUHAN.

♥ Kesakitan yang kita dapatkan.
♥ Memelihara jiwa kita dari KETIDURAN penuh KELALAIAN.
♥ Kita terjaga untuk menghargai KESEJAHTERAAN.
♥ Kita terjaga untuk mengucap KESYUKURAN.
♥ Kita terjaga untuk menikmati KEHIDUPAN.
♥ Segalanya bermula dari kesakitan yang kita dapatkan.
(^_^)V♥♥♥~*

OBATI HATI KITA


♥ OBATI HATI KITA ♥

♥ Untuk mendapatkan KETENANGAN jiwa.
♥ Lupakanlah apa yang ada di tangan manusia.
♥ HARGAI LAH apa yang ada di tangan kita.
♥ Untuk mendapatkan ketenangan jiwa.
♥ Lupakanlah apa-apa yang kita tiada.
♥ SYUKURILAH apa yang kita punya.
♥ Untuk mendapatkan ketenangan jiwa.
♥ Lupakanlah hasad dengki sesama manusia.
♥ Hidup ini hanya sebentar cuma.
♥ Untuk mendapatkan ketenangan jiwa.
♥ Lupakanlah rasa tidak puas dalam hati kita.
♥ ALLAH sangat ADIL dalam pemberian NYA.
(^_^)V♥♥♥~*

UKIRLAH SENYUMAN


♥ UKIRLAH SENYUMAN ♥

♥ Ukirlah senyuman.
♥ Jangan larut dalam kesedihan.
♥ Orang beriman mesti menjalani ujian.
♥ Ujian itu memberi kekuatan.
♥ Kesakitan itu memberi ketabahan.
♥ Cobaan itu mengandungi nasehat kehidupan.
♥ Kesabaran itu di beri ganjaran.
♥ Kesulitan itu di beri jalan.
♥ Keredhaan ujan peningkatan iman.
♥ Semua dugaan adalah jalan menuju Tuhan.
(^_^)V♥♥♥~*

UCAPLAH SYUKUR SENTIASA

♥ UCAPLAH SYUKUR SETIAP MASA ♥

♥ MATAHARI di jadikan untuk kita.
♥ Maka mandilah dengan SINAR NYA.
♥ ANGIN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah UDARA NYA.
♥ SUNGAI-SUNGAI di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah AIR NYA.
♥ BUAH-BUAHAN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka rasakanlah KENIKMATAN NYA.
♥ LAUT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka terokailah KHAZANAH NYA.
♥ LANGIT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka ambillah PENGAJARAN daripada nya.
♥ Bersyukurlah kepada Dzat Yang Maha Mulia.
♥ Yang telah menciptakan segala kurnia.
(^_^)V♥♥♥~*

UCAPLAH SYUKUR SENTIASA

♥ UCAPLAH SYUKUR SETIAP MASA ♥

♥ MATAHARI di jadikan untuk kita.
♥ Maka mandilah dengan SINAR NYA.
♥ ANGIN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah UDARA NYA.
♥ SUNGAI-SUNGAI di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah AIR NYA.
♥ BUAH-BUAHAN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka rasakanlah KENIKMATAN NYA.
♥ LAUT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka terokailah KHAZANAH NYA.
♥ LANGIT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka ambillah PENGAJARAN daripada nya.
♥ Bersyukurlah kepada Dzat Yang Maha Mulia.
♥ Yang telah menciptakan segala kurnia.
(^_^)V♥♥♥~*

UCAPLAH SYUKUR SENTIASA

♥ UCAPLAH SYUKUR SETIAP MASA ♥

♥ MATAHARI di jadikan untuk kita.
♥ Maka mandilah dengan SINAR NYA.
♥ ANGIN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah UDARA NYA.
♥ SUNGAI-SUNGAI di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah AIR NYA.
♥ BUAH-BUAHAN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka rasakanlah KENIKMATAN NYA.
♥ LAUT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka terokailah KHAZANAH NYA.
♥ LANGIT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka ambillah PENGAJARAN daripada nya.
♥ Bersyukurlah kepada Dzat Yang Maha Mulia.
♥ Yang telah menciptakan segala kurnia.
(^_^)V♥♥♥~*

UCAPLAH SYUKUR SENTIASA

♥ UCAPLAH SYUKUR SETIAP MASA ♥

♥ MATAHARI di jadikan untuk kita.
♥ Maka mandilah dengan SINAR NYA.
♥ ANGIN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah UDARA NYA.
♥ SUNGAI-SUNGAI di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah AIR NYA.
♥ BUAH-BUAHAN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka rasakanlah KENIKMATAN NYA.
♥ LAUT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka terokailah KHAZANAH NYA.
♥ LANGIT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka ambillah PENGAJARAN daripada nya.
♥ Bersyukurlah kepada Dzat Yang Maha Mulia.
♥ Yang telah menciptakan segala kurnia.
(^_^)V♥♥♥~*

UCAPLAH SYUKUR SENTIASA

♥ UCAPLAH SYUKUR SETIAP MASA ♥

♥ MATAHARI di jadikan untuk kita.
♥ Maka mandilah dengan SINAR NYA.
♥ ANGIN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah UDARA NYA.
♥ SUNGAI-SUNGAI di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah AIR NYA.
♥ BUAH-BUAHAN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka rasakanlah KENIKMATAN NYA.
♥ LAUT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka terokailah KHAZANAH NYA.
♥ LANGIT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka ambillah PENGAJARAN daripada nya.
♥ Bersyukurlah kepada Dzat Yang Maha Mulia.
♥ Yang telah menciptakan segala kurnia.
(^_^)V♥♥♥~*

Rabu, 16 Januari 2013

UCAPLAH SYUKUR SETIAP MASA

♥ UCAPLAH SYUKUR SETIAP MASA ♥

♥ MATAHARI di jadikan untuk kita.
♥ Maka mandilah dengan SINAR NYA.
♥ ANGIN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah UDARA NYA.
♥ SUNGAI-SUNGAI di ciptakan untuk kita.
♥ Maka nikmatilah AIR NYA.
♥ BUAH-BUAHAN di ciptakan untuk kita.
♥ Maka rasakanlah KENIKMATAN NYA.
♥ LAUT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka terokailah KHAZANAH NYA.
♥ LANGIT di ciptakan untuk kita.
♥ Maka ambillah PENGAJARAN daripada nya.
♥ Bersyukurlah kepada Dzat Yang Maha Mulia.
♥ Yang telah menciptakan segala kurnia.
(^_^)V♥♥♥~*

HARGAI HIDUP KITA

♥ HARGAI HIDUP KITA ♥

♥ HIDUP ini singkat dalam kehidupan.
♥ Maka jangan pendekkan ia dengan KEBENCIAN.
♥ TEMAN itu sedikit dalam pergaulan.
♥ Maka kurangkan ia dengan BURUK SANGKAAN.
♥ MUSUH itu ramai di persekitaran.
♥ Maka jangan tambahkan ia dengan PERMUSUHAN.
♥ HIDUP ini singkat dalam kehidupan.
♥ Maka isilah ia dengan berbuat KEBAIKAN.
♥ TEMAN itu sedikat dalam pergaulan.
♥ Maka ramaikan ia dengan KASIH SAYANG.
♥ MUSUH itu ramai di persekitaran.
♥ Maka raikan ia dengan KEMAAFAN.
(^_^)v♥♥♥~*

WASIATUL MUSTHAFHA

♥ WASIAT NASEHAT ♥

♥ Hai Ali ! Apabila engkau bersedeqah maka bersedeqahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada engkau.
♥ Bahawasanya sedeqah satu suap daripada yang halal adalah lebih di sukai ALLAH daripada seratus misqal yang haram.
♥ Satu sedeqah yang engkau berikan semasa engkau hidup adalah lebih utama daripada seratus misqal yang di sedeqahkan oleh keluarga mu setelah engkau mati.
♥ ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman : Pada Hari Qiamat manusia akan melihat sendiri segala apa yang di berikan oleh tangan nya.

♥ Hai Ali ! Bersedeqahlah untuk ahli mu yang telah mati.
♥ Maka sesungguhnya ALLAH telah mewakilkan beberapa Malaikat membawa segala sedeqah orang-orang yang hidup kepada mereka yang telah mati.
♥ Sungguh gembiranya mereka dengan sedeqah itu melebihi gembiranya mereka semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhan ku ! Ampunilah orang-orang yang menerangi kubur kami dan gembirakanlah mereka dengan balasan Syurga sebagaimana mereka mengembirakan kami dengan sedeqah nya.

♥ Hai Ali ! Beramallah dengan ikhlas kerana ALLAH.
♥ Sesungguhnya ALLAH Taala tidak akan menerima melainkan orang yang benar-benar ikhlas kerana NYA.
♥ Firman ALLAH Taala : Barangsiapa yang berharap menemui ALLAH Tuhan NYA maka hendaklah beramal dengan baik dan tidak mempersekutukan beribadat kepada Tuhan NYA. ( Beribadat janganlah kerana mencari nama dan sanjungan dari manusia ).

Kitab Wasiatul Mushtafha.

KITA SALING BICARA

♥ KITA SALING BICARA ♥

♥ Inilah bicara seharian kita.
♥ Ketika kecil kita membicarakan apa mainan yang kita ada.
♥ Ketika dewasa kita membicarakan pekerjaan yang sedang di usaha.
♥ Ketika tua kita membicarakan penyakit yang di alami setiap masa.
♥ Terlalu sukar terlalu jarang untuk kita bicara tentang apa yang akan kita jawab di hadapan Allah di akhirat sana.
♥ Terlalu sukar terlalu jarang untuk kita bicara apa kesudahan kita di akhirat sana samada menjadi ahli syurga atau ahli neraka.
♥ Di dunia inilah tempat kita saling bicara.
♥ Meraih segala amalan berguna agar di akhirat sana kita mendapat nikmat sebesar-besar nya.
♥ Moga saja bicara kita memberi keinsafan yang besar di dalam jiwa.
(^_^)V♥♥♥~*

TIDAK ADA KEJAYAAN YANG MENUNGGU KITA.


♥ Tidak ada kejayaan yang menunggu kita.
♥ Jika tidak ada langkah pertama yang kita mula.
♥ Bagaimana kita mengharap ada kesudahan nya.
♥ Sedangkan kita tidak pernah memulakan nya ?
♥ Kejayaan yang tulen dan bermakna umpama tangga.
♥ Kita mesti memanjat satu persatu anak-anak tangga nya.
♥ Supaya kita bisa mengukur dan menghargai apa sebenar nya.
♥ Tinggi rendah luas dunia.
♥ Jadilah insan yang cukup rendah hati untuk mengakui kesalahan nya.
♥ Jadilah insan yang cukup bijak untuk mengambil manafaat dari kegagalan nya.
♥ Dan jadilah insan yang cukup berani untuk membetulkan kesilapan nya.
(^_^)V♥♥♥~*

DALAM SUSAH ADA SENANG NYA

♥ Dalam kekurangan ada kelebihan nya.
♥ Dalam kesusahan ada kesenangan nya.
♥ Durian berduri kerana sedap isi nya.
♥ Manggis hitam kerana putih isi nya.
♥ Mawar berduri kerana harum bau nya.
(^_^)V♥♥♥~*

SYAFAAT BUAT KERABAT


♥ SYAFAAT ORANG MUKMIN BAGI KELUARGA NYA ♥

♥ Sebahagian Ulama' menceritakan bahawa di dalam Kitab Zabur Nabi Daud 'alaihissalam tertulis firman ALLAH berbunyi :
♥ Sesungguhnya hamba-hamba KU yang zuhud ( di dunia )
♥ Maka pada Hari Qiamat akan AKU katakan kepada mereka :
♥ Hai hamba-hamba KU ! Sesungguhnya AKU menjauhkan dunia dari mu bukanlah kerana kerendahan mu di sisi KU tetapi kerana AKU ingin kamu memperoleh bahagian mu yang melimpah ruah sepenuh nya pada hari ini.
♥ Oleh kerana itu masuklah kamu ke dalam sela-sela barisan dan carilah siapa-siapa yang kamu cintai di dunia.
♥ Atau sesiapa yang pernah memenuhi hajat mu.
♥ Atau sesiapa yang pernah mencegah orang mempergunjingkan mu.
♥ Atau sesiapa yang pernah memberi mu sesuap makanan kerana mengharapkan redha KU.
♥ Maka bimbinglah tangan nya dan masukkan dia ke Syurga.

Kitab Huru Hara Hari Qiamat- Imam Ibnu Katsir.

WASIAT NASEHAT

♥ WASIAT NASEHAT ♥

♥ Hai Ali ! Kasihanilah terhadap saudara mu sebagaimana engkau kasih terhadap diri mu.

♥ Hai Ali ! Carilah kebaikan pada orang yang jernih muka nya.
♥ Muliakanlah tetamu mu. Bahawasanya tetamu itu apabila datang ia kepada seseorang nescaya datanglah bersama nya rezeki nya ( rezeki tuan rumah ).
♥ Dan apabila dia pergi nescaya pergilah bersama-sama nya dosa ahli rumah itu lalu di campakkan dosanya ( tuan rumah yang di ziarahi nya ) ke dalam laut.

♥ Hai Ali ! Para Malaikat tidak akan masuk ke mana-mana rumah yang terdapat di dalam nya gambar-gambar haiwan atau patung-patung atau orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa nya atau rumah yang tidak di masuki tetamu di dalam nya.

♥ Hai Ali ! Berbuatlah kebaikan ( sedeqah ) walaupun terhadap orang yang rendah.
♥ Berkata Ali : Siapakah orang yang rendah itu Ya Rasulullah ?
♥ Jawab Nabi : Orang yang rendah adalah orang yang jika di beri peringatan tidak mahu menerima. Jika di larang tidak mahu tunduk. Dan dia tidak memperdulikan apa yang dia katakan dan apa yang orang perkatakan terhadap nya.

♥ Hai Ali ! Sedeqah sembunyi itu dapat memadamkan kemurkaan ALLAH dan menarik keberkatan rezeki yang banyak. Dan berpagi-pagilah engkau dengan mengeluarkan sedeqah kerana bala itu datang nya sebelum pagi maka sedeqah itu akan menolak apa yang bakal terjadi ( qada di udara ).

Kitab Wasiatul Mushtafha.

NYANYIAN PARA BIDADARI SYURGA


♥ NYANYIAN PARA BIDADARI SYURGA ♥

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Di dalam Syurga ada tempat pertemuan para bidadari.
♥ Di Syurga mereka menyanyi dengan suara-suara yang tidak pernah di dengar oleh semisal makhluk apa pun.
♥ Mereka melantunkan lirik-lirik lagu merdu :

♥ Kami wanita alam baka.
♥ Tak kan binasa selama-lama nya.
♥ Kami wanita ceria.
♥ Tak kan kenal susah selama-lamanya
♥ Kami wanita yang rela.
♥ Tak kan kenal murka selama-lama nya.
♥ Bahagialah manusia.
♥ Yang kami miliki dia.

BERITAHU MUSLIMAH ITU

♥ BERITAHU MUSLIMAH ITU ♥

♥ Beritahu pada muslimah itu ..
♥ Dirinya ibarat kaca..
♥ Disentuh terguris di hantuk luka..
♥ Beritahu pada muslimah itu..
♥ Jaga setiap tutur dan kata..
♥ Cakap tinggi nanti binasa..
♥ Rendah hati di pijak pula..
♥ Beritahu pada muslimah itu..
♥ Jaga diri tingkah dan laku..
♥ Harga diri letaknya di situ.
♥ Jangan menurut kehendak nafsu..
♥ Terhukum diri mendapat malu.
♥ Sekali diri tersilap langkah
♥ Akan di hukum tak sudah-sudah
♥ Keturunan nanti di cerca payah..
♥ Menyesal kemudian bukan faedah.
♥ Beritahu muslimah itu..
♥ Simpan secebis malu.
♥ Kerana itu lambang bangsamu
♥ Kerana itu mahkota diri mu. (^_^)V♥♥♥~*