Subscribe:

Ahad, 30 Disember 2012

~* PELANGI SELEPAS HUJAN ~*

♥ ALLAH tidak pernah menjanjikan langit selalu KEBIRUAN.
♥ ALLAH tidak pernah menjanjikan jalan tanpa HALANGAN.
♥ ALLAH tidak pernah menjanjikan MATAHARI tanpa HUJAN.
♥ ALLAH tidak pernah menjanjikan KEBAHAGIAAN tanpa KESEDIHAN.
♥ ALLAH tidak pernah menjanjikan KEJAYAAN tanpa PERJUANGAN.
♥ TETAPI..
♥ ALLAH menjanjikan KEMUDAHAN bersama KESULITAN.
♥ ALLAH menjanjikan RAHMAT di dalam UJIAN.
♥ ALLAH menjanjikan GANJARAN buat KESABARAN.
♥ ALLAH menjanjikan KETEGUHAN dalam PERJUANGAN.
♥ Bukankah keindahan pelangi dapat kita rasakan setelah turun nya hujan ?
♥ Dengan rintik HUJAN PENDERITAAN.
♥ Barulah kita bisa merasakan hangatnya SINAR KEBAHAGIAAN.
(^_^)v♥♥♥~*

~* HIDUP ADALAH KESEMPATAN ~*


♥ BUMI akan sepi tanpa TUMBUH-TUMBUHAN.
♥ LANGIT akan sepi tanpa AWAN.
♥ MINDA akan sepi tanpa ILMU PENGETAHUAN.
♥ JIWA akan sepi tanpa AL-QURAN.
♥ DIRI akan sepi tanpa TEMAN.
♥ HATI akan sepi tanpa IMAN.
♥ HARI INI adalah KENYATAAN.
♥ SEMALAM adalah KENANGAN.
♥ ESOK adalah IMPIAN.
♥ SUCIKAN KEKOTORAN.
♥ JERNIHKAN FIKIRAN.
♥ HIDUP adalah KESEMPATAN.
♥ DUNIA adalah JAMBATAN.
♥ MASA MUDA adalah KESIHATAN.
♥ HARAPAN adalah KEKUATAN.
♥ HARGA DIRI adalah KESABARAN.
♥ KEMULIAAN adalah KETAQWAAN.
(^_^)v♥♥♥~*

~* AMAL KEBAIKAN ~*


♥ Sesungguhnya AMAL KEBAIKAN itu akan memancarkan CAHAYA di dalam HATI kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEBAIKAN itu akan memberikan SINAR pada WAJAH kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEBAIKAN itu akan memberikan KEKUATAN kepada TUBUH kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEBAIKAN itu akan memberikan KELIMPAHAN di dalam REZEKI kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEBAIKAN itu akan menumbuhkan RASA CINTA di hati MANUSIA kepada kita.

♥ Sesungguhnya AMAL KEJAHATAN itu akan MENGGELAPKAN hati kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEJAHATAN itu akan MENYURAMKAN wajah kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEJAHATAN itu akan MELEMAHKAN badan kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEJAHATAN itu akan MENGURANGI rezeki kita.
♥ Sesungguhnya AMAL KEJAHATAN itu akan MENIMBULKAN rasa benci di hati manusia kepada kita.
( Ibnu Abbas Tafsir Ibnu Katsir ).

♥ Dengan TERANG dan BERSINAR nya HATI.
♥ Maka lahirlah KEBAIKAN.
♥ Dengan SURAM dan GELAP nya HATI.
♥ Maka lahirlah KEJAHATAN.
♥ Apabila manusia telah mengenal HATI NYA.
♥ Maka dia akan mengenal DIRI NYA.
♥ Apabila manusia telah mengenal HATI NYA.
♥ Maka dia akan mengenal TUHAN NYA.
( Imam Al-Ghazali ).

~* DUNIA UMPAMA RODA ~*


♥ Dunia ini umpama RODA.
♥ Penuh TIPUDAYA dan GURAU SENDA.
♥ Kalau kita tidak mengambil KESEMPATAN dengan sebaik-baik tatkala kita berada di ATAS RODA.
♥ Maka kita pasti MENANGIS bila RODA turun ke BAWAH.
♥ Dahulu MUDA sekarang TUA.
♥ Dahulu JELITA sekarang KEDUT saja.
♥ Dahulu PERKASA sekarang BONGKOK TIGA.
♥ Dahulu KAYA RAYA sekarang PAPA KEDANA.
♥ Dahulu BERKUASA sekarang TIDAK BERDAYA.
♥ Dahulu RAMAI SAUDARA sekarang SENDIRIAN sahaja.
♥ Dahulu GEMBIRA sekarang BERDUKA.
♥ Dahulu KETAWA sekarang BERAIR MATA.

♥ Syeikh Sufyan Ats-Tsauri rahimahullahu Ta'ala berkata :
♥ Pada zaman ini tiada harta pada seseorang manusia melainkan di sertai LIMA sifat TERCELA :
♥ Pertama : Panjang angan-angan nya.
♥ Kedua : Tamak yang menguasai nya.
♥ Ketiga : Bakhil yang sangat di ikuti nya.
♥ Keempat : Menipis warak nya.
♥ Kelima : Lupa akhirat nya.

~* HATI ITU SANGAT BERHARGA ~*


♥ Kurniaan HATI sangat BERHARGA.
♥ Penuh AJAIB penuh RAHSIA.
♥ Boleh BERBICARA tanpa SUARA.
♥ Boleh MENANGIS tanpa AIRMATA.
♥ Boleh MENCIUM berjuta RASA.
♥ Boleh MELIHAT di GELAP GELITA.
♥ Boleh MENGHIDU bau BAHAYA.
♥ TETAPI..
♥ Hati juga boleh MERACUNI iman kita.
♥ Bila MAZMUMAH menjadi SAHABAT NYA.
♥ Bila NAFSU menjadi BAJA nya.
♥ Bila SYAITAN menjadi IMAM NYA.
♥ Maka jagalah HATI kita dengan SEBAIK-BAIK NYA.
♥ Jangan di CEMARI sewenang-wenang nya.
♥ Kerana NILAI NYA melebihi DUNIA.

♥ Suburkan IMAN di SANUBARI.
♥ AL-QURAN menjadi TEMAN SEJATI.
♥ DZIKRULLAH menjadi PENGHIBUR HATI.
♥ SOLAT menjadi PENDINDING DIRI.
♥ TAQWA BAJA DI TAMAN HATI.
(^_^)v♥♥♥~*

~* BILA KITA SAYANG ~*


♥ Bila kita SAYANGKAN ALLAH.
♥ Maka BERDZIKIRLAH.
♥ Bila kita sayangkan RASULULLAH.
♥ Maka BERSELAWATLAH.
♥ Bila kita sayangkan IBU AYAH.
♥ Maka BERBAKTILAH.
♥ Bila kita sayangkan IBADAH.
♥ Maka IKHLASLAH.
♥ Bila kita berbuat SALAH.
♥ Maka BERISTIGHFARLAH.
♥ Bila kita sayangkan SAHABAH.
♥ Maka NASEHATILAH.
♥ Bila kita sayangkan UKHUWAH.
♥ Maka BERDOALAH.
(^_^)v♥♥♥~*

<* WANITA HEBAT KERANA AGAMA ~*

♥ Wanita itu hebat bukan kerana KECANTIKAN NYA.
♥ Wanita itu hebat bukan kerana KEKAYAAN NYA.
♥ Wanita itu hebat bukan kerana KEPINTARAN NYA.
♥ Dan wanita itu hebat bukan kerana di samping nya.
♥ Ada lelaki TAMPAN BERGAYA.
♥ TETAPI..
♥ Wanita hebat sebenar nya..
♥ Mampu terus berdiri untuk menyelesaikan masalah nya.
♥ Mampu terus bersabar saat ujian hebat melanda.
♥ Mampu terus tersenyum saat hati menangis duka.
♥ Mampu terus bertenang saat diri rasa terhina.
♥ Mampu terus mempersona saat tiada kemaafan di beri pada nya.
♥ Mampu terus berdoa dan percaya ALLAH sumber KEKUATAN NYA.

♥ Kita menjadi KAYA bila tidak BERPUTUS ASA.
♥ Kita menjadi REDHA bila tidak TAMAK HALOBA.
♥ Kita menjadi MULIA bila tidak DENGKIKAN manusia.
♥ Kita menjadi BAHAGIA bila tidak BERBURUK SANGKA.

♥ Tidak akan tercapai CITA-CITA melainkan dengan USAHA.
♥ Tidak akan tercapai MULIA melainkan dengan BUDI BAHASA.
(^_^)v♥♥♥~

Sabtu, 29 Disember 2012

~* TENTANG KEHIDUPAN ~*



♥ TENTANG KEHIDUPAN ♥

♥ Hidup ini bukanlah tentang bersenang-senang bermegah-megahan mengisi keseronokan
♥ Hidup ini bukanlah tentang apakah di kau memiliki ramai nya teman atau bersendirian.
♥ Hidup ini bukanlah tentang di terima atau di tolak di dalam lingkungan.
♥ Semua ini bukan menjadi keutamaan kerana hidup yang sedemikian hanya mengisi kekosongan dari dimensi ruang dan waktu kehidupan.
♥ Hidup adalah tentang kecintaan dan kesakitan.
♥ Hidup adalah tentang penghinaan dan penghargaan.
♥ Hidup adalah tentang mengatasi rasa tidak di perdulikan dan membina kekuatan.
♥ Hidup adalah tentang kepercayaan kebahagiaan dan belas kasihan.
♥ Hidup adalah kepercayaan tentang jujurnya hubungan sesama insan dan tulusnya kecintaan kepada Tuhan.
(^_^)V♥♥♥~*

~* MEMAAFKAN KUNCI KEBERHASILAN ~*


♥ MEMAAFKAN KUNCI KEBERHASILAN ♥

♥ Meminta maaf memerlukan KEBERANIAN.
♥ Memberi maaf memerlukan PENGORBANAN.
♥ Meminta maaf satu KERENDAHAN ( Tawadhuk ).
♥ Memberi maaf satu PENGHORMATAN.
♥ Meminta maaf lahir dari KEINSAFAN.
♥ Tidak memaafkan melahirkan KESOMBONGAN.
♥ Dunia ini penuh KEINDAHAN bila ada KEMAAFAN.

♥ MARAHLAH dengan penuh BELAS KASIHAN.
♥ MISKINLAH dengan penuh KEREDHAAN.
♥ KAYALAH dengan penuh KERENDAHAN.
♥ BERAMALLAH dengan penuh KEIKHLASAN.
♥ Kita ini HAMBA nya TUHAN.
♥ PENUH dengan segala KEKURANGAN.
(^_^)v♥♥♥~*

~* KEBAHAGIAAN BERSAUDARA ~*


♥ Barangsiapa yang memikirkan KEBAHAGIAAN untuk saudaranya.
♥ Maka KEBAHAGIAAAN itu akan sampai dulu kepada dia.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Barangsiapa yang memohon ampunan bagi saudara nya mukmin dan mukminat.
♥ Nescaya ALLAH mencatatkan bagi nya KEBAIKAN setiap orang mukmin dan mukminat.
( H.R.Imam At-Thabarani dari Ubadah bin Shamit ).

♥ Indah REMBULAN kerana SINAR nya.
♥ Indah BINTANG kerana KERDIP nya.
♥ Indah INSAN kerana AKHLAQ nya.
♥ Indah HAMBA kerana TAQWA nya.
♥ Indah SAHABAT kerana DOA nya.
(^_^)V♥♥♥~*

~* CINTAI MANUSIA KERANA KETULUSAN NYA ~*

♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ ALLAH Menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar kemampuan diri nya.
♥ ALLAH Menyayangi orang-orang yang tidak melewati batas perjalanan nya.
♥ ALLAH Menyayangi orang-orang yang tidak mensia-siakan umur nya.

♥ Janganlah kamu mencintai manusia kerana paras KECANTIKAN NYA.
♥ Janganlah kamu mencintai manusia kerana KEDUDUKAN dan HARTA NYA.
♥ Janganlah kamu mencintai manusia kerana DARJAT dan KETURUNAN NYA.
♥ TETAPI..
♥ Cintailah manusia kerana KEBAIKAN dan KETULUSAN hati nya.
♥ Kerana di antara itu SEMUA kebaikan dan ketulusan hati nya akan tetap abadi selama-lamanya.
(^_^)V♥♥♥~*

~* KATA-KATA MUTIARA ~*


♥ KATA-KATA MUTIARA ♥

♥ Ulamak berkata : Apabila kamu berada di dalam kelompok orang-orang yang BERUSAHA..
♥ Maka kamu pun akan BERJAYA.

♥ TIGA perkara menjadikan kita CERIA :
♥ Pertama : Bekerja dengan KESUNGGUHAN.
♥ Kedua : IKHLAS segala perbuatan.
♥ Ketiga : BERSEMANGAT mencapai kejayaan.

♥ Barangsiapa yang banyak KEDENGKIAN nya.
♥ Maka banyaklah pula KESUSAHAN nya.
♥ Barangsiapa yang banyak KESABARAN nya.
♥ Maka banyaklah pula KETENANGAN nya.
♥ Barangsiapa yang banyak KESYUKURAN nya.
♥ Maka banyaklah pula rasa KEKAYAAN nya.
♥ Barangsiapa yang banyak KERAKUSAN nya.
♥ Maka banyaklah pula PENDERITAAN nya.
♥ Barangsiapa yang banyak KEJAHATAN nya.
♥ Maka banyaklah pula rasa KEHINAAN nya.
♥ Barangsiapa yang banyak MELAMPAUI BATASAN nya.
♥ Maka banyaklah pula PENYESALAN nya.
(^_^)V♥♥♥~*

~* POHON PERSAHABATAN ~*


♥ PERSAHABATAN umpama rimbun nya pohon KEHIDUPAN.
♥ AKAR NYA adalah KESETIAAN.
♥ BATANG NYA adalah KEIKHLASAN.
♥ DAHAN NYA adalah KEJUJURAN.
♥ RANTING NYA adalah PERSEFAHAMAN.
♥ DAUN NYA adalah KASIH SAYANG.
♥ BUNGA NYA adalah BELAS KASIHAN.
♥ BUAH NYA adalah MANIS NYA CINTA yang BERPANJANGAN.

♥ SAHABAT itu istimewa. Kerana dia kita bisa TERTAWA.
♥ SAHABAT itu istimewa. Kerana dia kita kenal BAHAGIA.
♥ SAHABAT itu istimewa. Kerana dia suasana CERIA.
♥ SAHABAT itu istimewa. Kerana dia kita rasa BERHARGA.
♥ SAHABAT itu istimewa. Kerana dia hidup rasa SEMPURNA.
♥ SAHABAT itu istimewa. Kerana dia MEWARNAI hidup kita.
♥ SAHABAT itu istimewa. Kerana dia kita BERANI menempuh PANCAROBA.
♥ SAHABAT itu istimewa. Kerana kehadiran nya MENENANGKAN JIWA.
♥ SAHABAT itu istimewa. Kerana dia kita rasa DI CINTA.
♥ SAHABAT itu istimewa. Kerana dia sudi menerima kita SEADANYA.
(^_^)V♥♥♥~*

Jumaat, 28 Disember 2012

~* MENYAKITI ITU SAKIT SEKALI ~*

♥ JANGAN MENYAKITI . LUKANYA SANGAT PEDIH SEKALI ♥

♥ Wahai teman sejati..
♥ Tau kenapa bersenang hati...:)
♥ Kerana kamu punya hati.
♥ Hati kamu bukan batu asli.
♥ Wahai teman sejati..
♥ Jangan sesekali sakitkan hati.
♥ Lukanya sangat pedih sekali.
♥ Pembunuh senyap setiap hari.

♥ Takutlah dari menyakiti manusia.
♥ Kerana sesungguhnya menyakitkan manusia itu boleh membunuh jiwa.
♥ Sesungguhnya manusia bisa terhalang dari sampai kepada Tuhan Nya.
♥ Dan terhijab penglihatan nya kepada alam malakut kerana dua perkara :
♥ Pertama : Jelek makanan nya.
♥ Kedua : Suka menyakitkan hati manusia.
( Imam Sahl Al-Tasturi ).

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Hai Ali ! Aku melihat tertulis di pintu Syurga.
♥ Engkau di HARAMKAN bagi tiap-tiap orang yang menurut KEBAKHILAN nya.
♥ Engkau di HARAMKAN bagi tiap-tiap orang yang MENYAKITI MANUSIA.
♥ Engkau di HARAMKAN bagi tiap-tiap orang yang MENGADU DOMBA.

( Kitab Wasiyatul Mushthafa ).

~* TIADA NIKMAT YANG DAPAT KITA DUSTAKAN ~*


♥ BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM.
♥ MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN ?
( SURAH AR-RAHMAN AYAT 13 ).

♥ SYUKUR ALHAMDULILILLAH SETIAP MASA.
♥ BUKAN HANYA KEKENYANAGN KERANA SENDAWA.

♥ Sesuap nasi yang kita MAKAN.
♥ Seteguk air yang kita TELAN.
♥ Setiap zarrah udara yang kita CERNAKAN.
♥ Bahkan setiap pandangan mata yang kita RAKAMKAN.
♥ Kesemua nya adalah ANUGERAH KURNIAAN TUHAN.
♥ Tanpa anugerah bernama KURNIAAN.
♥ Kita tidak dapat MENGUNYAH makanan.
♥ Tanpa anugerah bernama KURNIAAN.
♥ Kita tidak dapat MENEGUK minuman.
♥ Tanpa anugerah bernama KURNIAAN.
♥ Kita tidak dapat MENYEDUT udara yang nyaman.
♥ ALHAMDULILLAH. Kita tidak sunyi menerima KURNIAAN.
♥ Begitu lah Penyayang nya ALLAH yang bersifat AR-RAHMAN.
♥ Menganugerahkan kurniaan kepada setiap insan.
♥ Samaada yang melakukan KETAATAN mahupun yang melakukan KEMAKSIATAN.
♥ TETAPI....
♥ Mengapa mesti MENDUSTAKAN kurniaan ?
♥ Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan ?

~* HATI ADALAH RAJA KEPADA ANGGOTA ~*


♥ AKAL DAN NAFSU adalah DUA senjata di dalam HATI yang menjadi PENASIHAT.
♥ Jika AKAL menjadi penasihat maka hati menjadi SIHAT WALAFIAT ( BAIK ).
♥ Jika NAFSU menjadi penasihat maka raja dalam diri akan menjadi JAHAT.

♥ Orang yang banyak TERTAWA akan berakhir dengan TANGISAN.
♥ Orang yang banyak KEJAHATAN akan berakhir dengan PENYESALAN.
♥ Orang yang banyak KESOMBONGAN akan berakhir dengan KEHINAAN.

♥ Tidak ada yang lebih berguna daripada ILMU PENGETAHUAN.
♥ Tidak ada yang lebih mengingatkan daripada KUBURAN.
♥ Tidak ada yang lebih menghinakan daripada KEMAKSIATAN.
♥ Tidak ada yang lebih memuliakan daripada KEZUHUDAN.
♥ Tidak ada yang lebih memakmurkan daripada rasa KECUKUPAN.
(^_^)v♥♥♥~*

~* ANAK ITU AMANAH TUHAN ~*


♥ Imam Al-Ghazali rahimahullahu Ta'ala telah berkata :
♥ Apabila seseorang anak di biasakan dengan KEBAIKAN.
♥ Maka ia akan tumbuh membesar dengan penuh sifat KEMULIAAN.
♥ Apabila seorang anak di biarkan sahaja umpama HAIWAN TERNAKAN.
♥ Nescaya menjadi celaka dan binasa diri nya di hari kemudian.

♥ Hendaklah kamu pastikan anak-anak kamu belajar AGAMA.
♥ Dan hendaklah kamu baguskan AKHLAQ nya.
( Al-Hadith ).

♥ Memandang muka anak-anak dengan rasa SYUKUR akan rahmat yang ALLAH kurnia.
♥ Adalah sama seperti melihat muka Nabi nya.
( Al-Hadith ). Kitab 30 cetusan jiwa umat akhir zaman - Imam Muslim.

♥ Imam Addailamy meriwayatkan bahawa :
♥ DOA ayah untuk anak-anak nya adalah umpama DOA NABI shallallahu alaihi wasallam terhadap ummat nya.
Kitab IRSYADUL IBAD ILA SABILIRRASYAD.

~* LEBUHRAYA NERAKA ~*

♥ LEBUHRAYA NERAKA ♥

♥ Neraka terbuka luas jalan padanya umpama luasnya si LEBUHRAYA.
♥ Tidak mengajar anak hal-hal agama.
♥ Tersangat bakhil walaupun kaya.
♥ Menipu menjadi sifat utama.
♥ Mengambil arak dadah dan segala yang memberi binasa.
♥ Majlis maksiat agenda utama.
♥ Bangga melakukan zina.
♥ Memakan harta anak yatim yang sengsara.
♥ Meringankan solat tanpa rasa berdosa.
♥ Tidak mengeluarkan zakat waaupun berada.
♥ Panjang angan-angan nya dan tidak mahu mengakui dosa.
♥ Meninggalkan solat dengan sengaja.
♥ Derhaka kepada kedua Ibu Bapa.
♥ Melakukan fitnah menzalimi manusia.
♥ Suami dayus kepada anak isteri perempuan nya.
♥ Ibu Bapa dayus kepada kaum keluarga nya.
♥ Harta haram menjadi makanan nya.
♥ Berbohong dan berdusta sangat di cintai nya.
♥ Menggunakan sihir mengkhianati manusia.
♥ Mendatangi dukun dan percaya ramalan nya.
♥ Dengki dan khianat busuk hati nya.

30 Cetusan Jiwa Umat Akhir Zaman oleh Imam Muslim ).

~* TIADA BERGUNA IMAN TANPA KESABARAN ~*


♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ Saya memberi wasiat kepada anda dengan LIMA keadaan.
♥ Seandainya anda berharap besar kepada kurniaan.
♥ Maka lima keadaan ini sepatut nya di laksanakan.

♥ Janganlah sekali-kali seseorang pun daripada kalian mengharapkan sesuatu melainkan kepada Tuhan.

♥ Dan janganlah sekali-kali kalian takut melainkan kepada kesalahan ( dosa ).

♥ Janganlah sekali-kali seseorang merasa malu bila di tanya tentang sesuatu untuk menyatakan : Daku tidak mempunyai pengetahuan.

♥ Dan janganlah seseorang merasa malu untuk belajar apabila dia tidak berilmu pengetahuan.

♥ Hendaklah kamu mempunyai kesabaran.
♥ Kerana sesungguhnya antara kesabaran dan keimanan umpama kepala dengan badan.
♥ Tidak ada guna nya kepala tanpa badan.
♥ Dan tidak ada guna nya keimanan yang tidak di ikuti kesabaran.

TAUBAT ITU SATU PERKATAAN


♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ TAUBAT ITU SATU PERKATAAN.
♥ YANG MENGANDUNGI ENAM PENGERTIAN.
♥ Pertama : MENYESALI terhadap dosa-dosa yang telah di lakukan.
♥ Kedua : MENGULANGI kewajipan yang telah di sia-siakan.
Ketiga : MENGEMBALIKAN segala sesuatu yang di ambil secara kebathilan.
♥ Keempat : MENGENDALIKAN nafsu untuk tetap dalam ketaatan sebagaimana engkau membiasakan diri dalam melakukan kemungkaran. ( derhaka ).
♥ Kelima : MEMBERIKAN rasa kesakitan kerana berbuat ketaatan kepada nafsu sebagaimana engkau telah memberikan rasa manis kepada nafsu kerana berbuat kemungkaran.
♥ Keenam : Menangis kerana taubat nasoha sebagai ganti engkau tertawa.

AURAT KITA MARUAH KITA

♥ Tanpa gincu merah menyala.
♥ Tanpa pewangi harum menggoda.
♥ Tanpa maskara dan eyeshadow.
♥ Biarlah kolot tidak bergaya.

♥ Jadilah mawar di taman larangan.
♥ Tumbuh berseri harum menawan.
♥ Keliling duri tajam berceracakan.
♥ Jangan jadi dedap di hutan.
♥ Cantik menggoda indah luaran.
♥ Tapi bau nya tidak terahan.

♥ Menutup aurat satu syariat.
♥ Kepada ALLAH kita taat.
♥ Untuk hidup lebih berkat.
♥ Semoga selamat dunia akhirat.
♥ InsyaAllah.
(^_^)V♥♥♥~*

~* SAHABAT YANG SETIA MENGALAHKAN PERMATA ~*

♥ Sesungguhnya saudara mu yang JUJUR itu.
♥ Adalah yang selalu bersama mu.
♥ Sesungguhnya saudara mu yang jujur itu.
♥ Adalah yang bersedia mengorbankan diri nya hanya untuk mu.
♥ Sesungguhnya saudara mu yang jujur itu.
♥ Adalah tidak memutuskan hubungan denganmu walau apa pun berlaku.
♥ Sesungguhnya saudara mu yang JUJUR itu.
♥ Mengekalkan rasa persahabatan itu hanya untuk mu.

♥ Mencari sahabat yang jujur dan setia.
♥ Ibarat mencari permata di timbunan kaca.
(^_^)V♥♥♥~*

~* KEDATANGAN HAID MENGKAFARAHKAN DOSA ~*


♥ KEDATANGAN HAID MENGKAFARAHKAN DOSA. ♥

♥ Kedatangan haid bagi seorang perempuan mengandungi banyak pahala dan ganjaran sepertimana di riwayatkan oleh Sayyidatina 'Aisyah radhiallahu anha.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Tidak ada dari seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan kedatangan haid nya itu MENGKAFARAHKAN DOSA NYA yang telah lalu jika ia membaca pada hari pertama datang nya itu :

♥ ALHAMDULILLAHI 'ALA KULLI HAALIN WA ASTAGHFIRULLAHA MIN KULLI ZANBIN.

♥ Segala puji bagi ALLAH atas segala hal dan ketika.
♥ Dan saya mohon akan ALlAH dari segala dosa.

♥ Maka ALLAH menuliskan untuk nya :
♥ Kelepasan dari api Neraka.
♥ Melewati titian shirat dengan cepat nya.
♥ Aman daripada azab siksa.
♥ Dan di angkat ALLAH bagi nya tiap-tiap hari dan malam darjat 40 orang yang syahid bila ia ingat ( berdzikir ) pada waktu haid nya.

♥ Syeikh waliyullah Hasan Bashry berkata bahawa : Hal yang begini adalah untuk perempuan yang solehah dan para isteri yang taat pada suami dalam menjaga syariat Ilahi.

~* TANGISAN ANAK ADA RAHMAT NYA ~*


♥ Apabila anak kecil menangis sentiasa..
♥ Maka janganlah kalian memukul mereka..
♥ Kerana mereka bukan menangis kerana suka-suka..
♥ Melainkan mereka menanig kerana TIGA perkara :

♥ Dalam usia SETAHUN anak kita :
♥ 4 bulan pertama tangisan mereka adalah untuk MENTAUHIDKAN TUHAN NYA.
♥ 4 bulan kedua tangisan mereka adalah untuk BERSELAWAT kepada NABI nya.
♥ 4 bulan seterusnya tangisan mereka adalah untuk MENDOAKAN AYAH BONDA MEREKA dan memohon AMPUN untuk kedua nya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Janganlah kamu PUKUL anak-anak kamu di sebabkan mereka MENANGIS dalam masa setahun kerana pada 4 bulan pertama dari lahir nya ia BERSYAHADAT LA ILAAHA ILLALLAH.
♥ Pada 4 bulan kedua ia berselawat ke atas ku .
♥ Dan 4 bulan seterusnya ia mendoakan kedua ibu bapa nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar radhiallahu anhu ).

♥ Pada riwayat yang lain Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Tangis anak di waktu kecil adalah pada 4 bulan pertama ia bertauhid dan 4 bulan kedua dia berselawat atas Nabi dan 4 bulan seterusnya ia beristighfar bagi ayah bonda nya.

♥ Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa :
♥ Bagida Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Anak-anak SEBELUM sampai BALIGH apa-apa yang di perbuat daripada KEBAIKAN maka di tuliskan untuk diri nya dan untuk kedua ayah bonda nya.
♥ Dan apa-apa yang di perbuat nya daripada KEJAHATAN maka tiadalah di tuliskan untuk diri nya dan tidak juga untuk kedua ayah bonda nya.
♥ Tetapi apabila telah BALIGH berlaku lah yang di tulis itu atas nya ia itu BAIK dan BURUK NYA.

~* TAUBAT ITU SELAMAT ~*

♥ Kebanyakan manusia itu mengutamakan dosa-dosa nya.
♥ Kebanyakkan manusia itu menunda-nunda taubat nya.

♥ Sesungguhnya taubat itu pembuka segala kebaikan.
♥ Sesungguhnya taubat itu penyebab keselamatan.
♥ Sesungguhnya taubat itu kebahagiaan orang-orang beriman.

♥ ALLAH telah menurunkan wahyu kepada sebahagian para Nabi zaman dahulu :
♥ Barangsiapa yang bertemu kepada KU dalam keadaan CINTA kepada KU.
♥ Maka AKU masukkan dia ke dalam Syurga ku.
♥ Barangsiapa yang bertemu dengan KU dalam keadaan TAKUT kepada KU.
♥ Maka AKU jauhkan dia daripada Neraka KU.
♥ Barangsiapa yang bertemu dengan KU dalam keadaan dia MALU kepada KU.
♥ Maka AKU jadikan Malaikat pencatat amal lupa kepada dosa-dosa orang itu.

( Kitab Al-Munabbihat Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani ).

~* ANUGERAH TERINDAH ~*

♥ Anugerah yang terbaik dari seorang hamba kepada Tuhan Nya adalah KETAQWAAN.
♥ Anugerah yang terbaik dari seorang ummat kepada NABI nya adalah PENGHORMATAN ( selawat dan salam ).
♥ Anugerah yang terbaik dari seorang suami kepada isteri nya adalah adalah PENGHARGAAN.
♥ ANUGERAH yang terbaik dari seorang isteri kepada suami nya adalah KESETIAAN.
♥ ANUGERAH yang terbaik dari ibu bapa kepada anak nya adalah PENDIDIKAN.
♥ ANUGERAH yang terbaik dari seorang anak kepada ibu bapa nya adalah KEBAKTIAN.
♥ ANUGERAH yang terbaik dari seorang guru kepada murid nya adalah TAULADAN.
♥ ANUGERAH yang terbaik dari seorang murid kepada guru nya adalah KEJAYAAN.
♥ ANUGERAH yang terbaik dari seorang manusia kepada musuh nya adalah KEMAAFAN.
♥ ANUGERAH yang terbaik dari manusia kepada diri nya adalah KEJUJURAN.
♥ ANUGERAH yang terbaik dari insan kepada kehidupan adalah KASIH SAYANG.
♥ ANUGERAH yang terbaik dari seorang insan kepada sebuah kematian adalah DOA DAN PENGAMPUNAN.
(^_^)v♥♥♥~*

~* CINTAI MANUSIA KERANA KETULUSAN NYA ~*

♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ ALLAH Menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar kemampuan diri nya.
♥ ALLAH Menyayangi orang-orang yang tidak melewati batas perjalanan nya.
♥ ALLAH Menyayangi orang-orang yang tidak mensia-siakan umur nya.

♥ Janganlah kamu mencintai manusia kerana paras KECANTIKAN NYA.
♥ Janganlah kamu mencintai manusia kerana KEDUDUKAN dan HARTA NYA.
♥ Janganlah kamu mencintai manusia kerana DARJAT dan KETURUNAN NYA.
♥ TETAPI..
♥ Cintailah manusia kerana KEBAIKAN dan KETULUSAN hati nya.
♥ Kerana di antara itu SEMUA kebaikan dan ketulusan hati nya akan tetap abadi selama-lamanya.
(^_^)V♥♥♥~*

~* INDAH SAHABAT KERANA DOA NYA ~*

♥ Barangsiapa yang memikirkan KEBAHAGIAAN untuk saudaranya.
♥ Maka KEBAHAGIAAAN itu akan sampai dulu kepada dia.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Barangsiapa yang memohon ampunan bagi saudara nya mukmin dan mukminat.
♥ Nescaya ALLAH mencatatkan bagi nya KEBAIKAN setiap orang mukmin dan mukminat.
( H.R.Imam At-Thabarani dari Ubadah bin Shamit ).

♥ Indah REMBULAN kerana SINAR nya.
♥ Indah BINTANG kerana KERDIP nya.
♥ Indah INSAN kerana AKHLAQ nya.
♥ Indah HAMBA kerana TAQWA nya.
♥ Indah SAHABAT kerana DOA nya.
(^_^)V♥♥♥~*

~* LIMA PERKARA MEMBAWA BINASA ~*

♥ Orang yang SEJAHTERA di pimpin oleh IMAN nya.
♥ Orang yang BIJAK di pimpin oleh AKAL nya.
♥ Orang yang BINASA di pimpin oleh AMARAH nya.
♥ Orang yang BODOH di pimpin oleh KEJAHILAN nya.
♥ Orang yang DZALIM di pimpin oleh NAFSU nya.

♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ Andaikata tiada LIMA perkara nescaya seluruh manusia itu menjadi SOLEH belaka.
♥ Pertama : Dia PUAS dengan KEBODOHAN nya.
♥ Kedua : Dia TAMAK terhadap DUNIA.
♥ Ketiga : Dia BAKHIL dengan KELEBIHAN yang dia ada.
♥ Keempat : Dia RIAK dalam AMALAN nya.
♥ Kelima : Dia SOMBONG kehebatan AKAL nya.
(^_^)V♥♥♥~*

Isnin, 24 Disember 2012

~* KHAZANAH BERHARGA ~*


♥ Wahhab bin Munabbih telah berkata :
♥ Aku dapati pada sampul kitab At-Taurat dua puluh dua huruf ( kalimat) di mana orang-orang shalih kaum Bani Israil ( Yahudi) berkumpul lalu membaca dan mempelajarinya . Kalimat-kalimat itu adalah :
♥ Tiada gudang yang dapat di manafaatkan melebihi ilmu pengetahuan.
♥ Tiada harta yang paling menguntungkan melebihi kelembutan.
♥ Tiada perhitungan yang lebih merendahkan melebihi kemarahan.
♥ Tiada teman yang lebih mengelokkan melebihi amalan.
♥ Tiada kawan yang lebih memalukan melebihi kebodohan.
♥ Tiada kemuliaan yang lebih memuliakan melebihi ketaqwaan.
♥ Tiada kemurahan yang lebih menyempurnakan melebihi meninggalkan hawa nafsu kejahatan.
♥ Tiada amal yang paling diutamakan melebihi fikiran.
♥ Tiada kebaikan yang lebih tinggi melebihi kesabaran
♥ Tiada kejahatan yang lebih keji melebihi kesombongan.
♥ Tiada ubat yang lebih lunak melebihi kasih sayang.
♥ Tiada penyakit yang lebih menyakitkan melebihi lemah fikiran.
♥ Tiada utusan yang lebih adil melebihi kebenaran.
♥ Tiada dalil yang lebih menasehatkan melebihi kejujuran.
♥ Tiada kemiskinan yang lebih menghinakan melebihi kerakusan.
♥ Tiada kekayaan yang lebih mencelakakan melebihi menumpuk kekayaan.
♥ Tiada hidup yang lebih baik melebihi kesihatan.
♥ Tiada kehidupan yang paling tenteram melebihi menjaga kehormatan.
♥ Tiada ibadah yang lebih baik melebihi kekhusyukan.
♥ Tiada zuhud yang lebih berkebajikan melebihi kecukupan ( qanaah ).
♥ Tiada pengawal yang lebih memeliharakan melebihi menjaga lisan.
♥ Tiada barang yang jauh ( ghaib) yang lebih mendekatkan melebihi kematian.

~* JANGAN MENYAKITI ~*

♥ JANGAN MENYAKITI . LUKANYA SANGAT PEDIH SEKALI ♥

♥ Wahai teman sejati..
♥ Tau kenapa bersenang hati...:)
♥ Kerana kamu punya hati.
♥ Hati kamu bukan batu asli.
♥ Wahai teman sejati..
♥ Jangan sesekali sakitkan hati.
♥ Lukanya sangat pedih sekali.
♥ Pembunuh senyap setiap hari.

♥ Takutlah dari menyakiti manusia.
♥ Kerana sesungguhnya menyakitkan manusia itu boleh membunuh jiwa.
♥ Sesungguhnya manusia bisa terhalang dari sampai kepada Tuhan Nya.
♥ Dan terhijab penglihatan nya kepada alam malakut kerana dua perkara :
♥ Pertama : Jelek makanan nya.
♥ Kedua : Suka menyakitkan hati manusia.
( Imam Sahl Al-Tasturi ).

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Hai Ali ! Aku melihat tertulis di pintu Syurga.
♥ Engkau di HARAMKAN bagi tiap-tiap orang yang menurut KEBAKHILAN nya.
♥ Engkau di HARAMKAN bagi tiap-tiap orang yang MENYAKITI MANUSIA.
♥ Engkau di HARAMKAN bagi tiap-tiap orang yang MENGADU DOMBA.

( Kitab Wasiyatul Mushthafa ).

~* ALLAH MEMBERI YG TERBAIK UNTUK KITA ~*

♥ ALLAH tidak memberikan manusia yang kita DAMBAKAN.
♥ Tetapi ALLAH memberikan manusia dengan segala KEKURANGAN.
♥ Manusia untuk memberi PERTOLONGAN.
♥ Manusia untuk memberi KESAKITAN.
♥ Manusia untuk memberi KASIH SAYANG.
♥ Manusia untuk memberi KELUKAAN.
♥ Manusia untuk memberi KECINTAAN.
♥ Supaya kita mengerti manusia bagaimana yang kita PERLUKAN.
♥ Dalam KEKURANGAN manusia . Ada banyak KELEBIHAN NYA pula.
(^_^)V♥♥♥~*

Ahad, 23 Disember 2012

~* KESABARAN ITU SATU KEINDAHAN ~*

♥ Al-Qadha'i radhiallahu anhu telah berkata :
♥ ZUHUD pada dunia itu menenangkan hati dan merehatkan badan.
♥ RAKUS pada dunia itu memperbanyakkan kerisauan dan kesedihan.
♥ Dan PENGANGGURAN itu membekukan hati dan perasaan.
♥ Wahai orang-orang yang di uji dengan KEMISKINAN.
♥ Sesungguhnya KESABARAN itu satu KEINDAHAN.
♥ Anda telah SELAMAT dari di perhambakan oleh HARTA dan kekayaan.
♥ Anda telah BEBAS dari keletihan mengumpulkan.
♥ Anda telah TERLEPAS dari kesusahan menjaga dan memikirkan.
♥ Dan kelak anda akan BEBAS dari lama nya HISAB ( perhitungan ) di hadapan Tuhan.
(^_^)V♥♥♥~*

~* ERTI KEHIDUPAN ~*


♥ Kesenangan BADAN terletak pada sedikit nya MAKAN.
♥ Kesenangan PERASAAN terletak pada sedikit nya KEJAHATAN.
♥ Kesenangan HATI terletak pada sedikitnya KEBENCIAN.
♥ Kesenangan LISAN terletak pada sedikitnya PERTUTURAN.
♥ Kesenangan FIKIRAN terletak pada sedikitnya KERAKUSAN.

♥ Seorang HAKIEM telah berkata : Jangan memikirkan 3 perkara :
♥ Janganlah memikirkan KEMISKINAN kerana ia akan menyebabkan KERISAUAN dan menambah KERAKUSAN.
♥ Janganlah memikirkan PENGANIAYAAN ( kezaliman ) orang ke atas mu kerana ia akan menyebabkan KERAS nya HATI mu dan menambah KEMARAHAN mu.
♥ Janganlah memikirkan untuk MENETAP lama di dunia kerana ia akan menjadikan kamu mencintai keduniaan. Menunda-nunda amal perbuatan dan MELALAIKAN Hari Kemudian.

♥ HIKMAT KEBIJAKSANAAN itu timbul dari EMPAT keadaan :
♥ BADAN yang kosong dari KESIBUKAN ( dunia ).
♥ PERUT yang kosong dari MAKANAN ( haram ).
♥ TANGAN yang kosong dari KEKAYAAN ( syubhat ).
♥ TAFAKUR dalam semua AMALAN.
♥ Dan ALLAH telah menetapkan tidak akan menerima kecuali :
♥ AMAL yang BAIK. ( Tiada Riya' )
♥ BADAN yang BAIK ( Tumbuh dari makanan yang baik )
♥ HARTA yang BAIK ( Halal ).

♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ RIYA' itu ada beberapa tanda :
♥ MALAS beramal apabila SENDIRIAN sahaja.
♥ RAJIN beramal di depan RAMAI nya manusia.
♥ Menambah amalnya apabila di puja.
♥ Mengurang amal nya apabila di cela.
(^_^)V♥♥♥~*

~* CINTA DUNIA DAN BAHAYA NYA ~*


♥ Imam At-Thabarani radhiallahu anhu telah berkata :
♥ Kosongkanlah diri mu dari KESIBUKAN dunia sedapat nya.
♥ Kerana barangsiapa yang lebih banyak kerisauan nya mengenai dunia.
♥ Maka ALLAH akan menambah susah hati nya dan menjadikan rasa KEMISKINAN itu selalu terbayang di ruang mata nya.
♥ Sebalik nya barangsiapa yang lebih banyak sibuk nya mengenai akhirat nya.
♥ Maka ALLAH akan MENGUMPULKAN kesemua urusan nya.
♥ Dan menjadikan rasa KAYA RAYA dan CUKUP ( QANAAH ) itu MENENANGKAN HATI NYA.
♥ Dan tidak ada seorang pun yang menghadapkan hati nya kepada Tuhan NYA.
♥ Melainkan ALLAH menjadikan hati saudara nya kaum mukmin KASIH dan SAYANG kepada nya.
♥ Dan ALLAH akan selalu menyegerakan segala kebaikan buat diri nya.
(^_^)V♥♥♥~*

~* NASEHAT WASIAT ~*


♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah berwasiat kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu di dalam beberapa perkara. Beberapa TANDA untuk kita mengambil kemanfaatan dalam membina ketaatan. Semuga menambah kebaikan untuk kita sekelian . InsyaAllah.

♥ Wahai Ali ! Bagi orang ALIM itu ada TIGA tanda nya :
♥ Jujur dalam kata-kata nya.
♥ Menjauhi segala yang haram dalam hidup nya.
♥ Merendahkan diri nya.

♥ Wahai Ali ! Bagi orang JUJUR itu ada TIGA tanda nya :
♥ Merahsiakan ibadah nya.
♥ Merahsiakan sedeqah nya.
♥ Merahsiakan ujian yang menimpanya.

♥ Wahai Ali ! Bagi orang yang TAQWA itu ada TIGA tanda nya :
♥ Takut melakukan kekejian dan dusta.
♥ Menjauhi kejahatan dan bahaya nya.
♥ Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharamannya.

♥ Wahai Ali ! Bagi ahli IBADAH itu ada TIGA tanda nya :
♥ Mengawasi ( muhasabah ) diri nya.
♥ Menghisab diri nya.
♥ Memperbanyakkan ibadah kepada Tuhan Nya.

♥ ILMU adalah sebaik-baik TEMAN.
♥ PENGETAHUAN adalah sebaik-baik RAKAN.
♥ KASIH SAYANG adalah sebaik-baik PERHUBUNGAN.
♥ KEIKHLASAN adalah sebaik-baik KEJUJURAN.
(^_^)V♥♥♥~*

Jumaat, 21 Disember 2012

~* CANTIK NYA SEORANG MUSLIMAH SEJATI ~*


♥ CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH SEJATI ♥

♥ Awalnya daku tidak percaya diri.
♥ Dengan pakaian yang tertutup rapi.
♥ Teman-teman berkata aku tak trendy.
♥ Tetapi Abi dan ummi berkata : Aku cantik sekali.

♥ Wahai teman yang bermimpi sanjungan.
♥ Cantik bukan bererti buka-bukaan.
♥ Cantik bukan bererti selalu berdandan.
♥ Cantik bukan bererti menjadi pujaan.

♥ Ku hulurkan jiibab ku..
♥ Hingga terasa damai hati ku.
♥ Ku longgarkan pakaian ku..
♥ Hingga tertutup bentuk tubuh ku..
♥ Ku lakukan semua itu..
♥ Demi cinta ku kepada RABB ku..
♥ Daku berbisik dalam hati ku.
♥ Daku bahagia menjadi diri ku.
(^_^)V♥♥♥~*

~* SUCI DARI KARAT DOSA ~*

♥ Sungguh beruntunglah orang-orang yang dapat MENSUCIKAN diri nya.
♥ Sungguh beruntunglah orang-orang yang menjauhi sifat TERCELA.
♥ Sungguh beruntunglah orang-orang yang BELAJAR cara-caranya.
♥ Bagaimana MEMBERSIHKAN jiwa dari KARAT-KARAT dosa.

♥ Menurut Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyah ada 22 kesan yang menimpa manusia akibat melakukan kemaksiatan :

♥ Menghalangi diri dari ilmu pengetahuan.
♥ Membuat kita berjauhan dari Tuhan.
♥ Tersisih dari orang-orang yang melakukan kebaikan.
♥ Menjadi sukar segala urusan.
♥ Melemahkan hati dan juga badan.
♥ Terhalang berbuat ketaatan.
♥ Memendekkan hayat kehidupan.
♥ Menghapuskan keberkahan.
♥ Bertambah kemaksiatan.
♥ Mematikan hati nurani insan.
♥ Melihat maksiat dengan keindahan.
♥ Menjadi para pewaris umat yang pernah di azab Tuhan.
♥ Mewariskan kehinaan.
♥ Merusak akal fikiran.
♥ Tertutup hati dengan kegelapan.
♥ Mendapat laknat dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dengan kemurkaan.
♥ Menghalangi syafaat dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan para Malaikat sekelian.
♥ Menghilangkan maruah dan kehormatan.
♥ Memalingkan perhatian Tuhan.
♥ Melenyapkan kenikmatan.
♥ Mendatangkan azab siksaan.
♥ Memalingkan dari sikap istiqamah berbuat amalan.

♥ Sungguh beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwanya.
♥ Dan sungguh merugilah orang-orang yang mengotori nya.
( Surah Asy Syam ayat 9-10 ).

~* MUTIARA KATA ~*


♥ Syeikh Ibrahim bin Adham telah berkata :

♥ Orang yang banyak bicaranya.
♥ Maka janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
♥ Orang yang banyak makannya.
♥ Maka janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
♥ Orang yang banyak bergaul dengan manusia.
♥ Maka janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
♥ Orang yang cinta kepada dunia.
♥ Maka janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
♥ Orang yang mendiamkan kebodohan nya.
♥ Maka janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
♥ Orang yang memilih orang yang zalim menjadi kawan nya.
♥ Maka janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
♥ Orang yang mencari keredhaan manusia.
♥ Maka janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.

(^_^)V♥♥♥~*

~* SUBHANALLAH ~*


♥ SUBHANALLAH SUBHANALLAH. YA RAHMAN.
♥ Pasrahkan diri kepada Tuhan.
♥ Tanda kepatuhan penuh penghambaan.
♥ Di atas sejadah hening nya lisan.
♥ Hati munajat penuh keinsafan.
♥ SUBHANALLAH. SUBHANALLAH. YA RAHMAN.
♥ Bergema tasbih dalam kesunyian.
♥ Tunduk bertafakur setiap penciptaan.
♥ Bertasbih berdzikir dalam kegelapan.
♥ Memuji Asma' MU penuh kesyukuran.
♥ SUBHANALLAH. SUBHANALLAH. YA RAHMAN.
♥ Malam yang dingin penuh ketenangan.
♥ Rembulan tersenyum penuh keindahan.
♥ Kerlipan bintang tasbih pengagungan.
♥ SUBHANALLAH. SUBHANALLAH. Penuh pengharapan.
(^_^)V♥♥♥~*

~* KUNCI KEBAHAGIAAN ~*


♥ Senyum adalah kunci kebahagiaan manusia.
♥ Iman adalah cahaya ketenangan nya.
♥ Cinta adalah pintu rahmat nya.
♥ Kegembiraan adalah taman bunga nya.
♥ Kerukunan adalah perisai setia nya.
♥ Sabar adalah tembok kukuh nya.
♥ Taqwa adalah anugerah terindah nya.

♥ Setiap penyakit ada obat nya.
♥ Setiap kata ada noktah nya.
♥ Setiap kebaikan ada ganjaran nya.
♥ Setiap kejahatan ada seksaan nya.

♥ Bila susah ALLAH senangkan.
♥ Bila sakit ALLAH sembuhkan.
♥ Bila gelap ALLAH terangkan.
♥ Bila duka ALLAH hiburkan.
♥ Inilah rahmat kasih sayang Tuhan.
(^_^)V♥♥♥~*

~* UMMI KU ~*

♥ UMMI KU..
♥ Engkau pelita dalam gelap ku.
♥ Engkau Malaikat dalam dunia ku.
♥ Kasih mu sentuhan mu.
♥ Pelokan mu bahkan kemarahan mu.
♥ Semuanya anugerah terindah buat diri ku.
♥ Kepada ummi yang melahirkan ku..
♥ Maaf kerana belum bisa mengukir bahagia di wajah tua mu.
♥ Maaf kerana belum bisa menanam bangga di hati mu.
♥ Maaf untuk semua air mata yang tumpah kerana diri ku.
♥ Maaf kerana belum mampu menghapus beban dari tubuh lelah mu.
♥ Terima kasih untuk cinta dan doa tulus mu untuk setiap langkah-langkah ku.
(^_^)V.

~* INILAH DIA PERBENDAHARAAN SYURGA ~*


♥ INILAH DIA PERBENDAHARAAN SYURGA ♥

♥ Tidak sempurna KEBERANIAN.
♥ Tanpa berkata akan KEBENARAN.
♥ Kebenaran tanda BERAKAL FIKIRAN.
♥ Walau pahit di BUANG jangan.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah berwasiat kepada Abu Dzar Al-Ghifari radhiallahu anhu dengan bersabda :
♥ Dalam mempertahankan kebenaran Allah Ta'ala.
♥ Jangan merasa penat dengan cercaan orang yang mencela.
♥ Tundukkan pandangan kepada orang yang di bawah mu juga.
♥ Jangan hanya memandang orang di atas mu sahaja.
♥ Kasihanilah orang papa dan dekatilah mereka.
♥ Katakanlah kebenaran walau penuh kepahitan.
♥ Hubungkanlah silaturrahmi walaupun engkau di belakangi.
♥ Jangan meminta-minta sesama manusia.
♥ Perbanyakkanlah dzikir kepada Allah Ta'ala :
♥ LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYUL ADZIM.
♥ Tiada berdaya. Tiada kuat upaya melainkan dengan ALLAH Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Berkuasa.
♥ INILAH DIA PERBENDAHARAAN SYURGA.
(^_^)v♥♥♥~*

Khamis, 20 Disember 2012

~* HAMBA2 YG DI DOAKAN MALAIKAT YG MULIA ~*


♥ HAMBA-HAMBA YANG DI DOAKAN OLEH MALAIKAT YANG MULIA ♥

♥ PERTAMA : ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERWUDHUK.
♥ Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar radhiallahu anhu berkata:
♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ " Barangsiapa yang tidur dalam keadaan SUCI ( Berwudhuk ) maka Malaikat akan bersama nya dari dalam pakaian nya ( sangat hampir dengan nya ). Dia tidak akan bangun sehingga Malaikat berdoa untuk nya : Ya ALLAH ! Ampunilah hamba MU si Fulan kerana tidur dalam keadaan suci. "
( Hadith ini di shahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib wat Tarhib ).

♥ KEDUA : ORANG YANG MENDOAKAN SAUDARANYA TANPA PENGETAHUAN ORANG YANG DI DOAKAN NYA.
♥ Di riwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Dardaa' radhiallahu anha berkata :
♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Doa seorang muslim untuk saudara nya yang di lakukan tanpa sepengetahuan orang yang di doakan nya adalah doa yang di terima ( di kabulkan ).
♥ Pada kepalanya ada seorang Malaikat yang menjadi wakil bagi nya. Setiap kali dia berdoa untuk saudara nya dengan sebuah kebaikan maka Malaikat tersebut berkata :
Aamiin dan engkau mendapat apa yang ia dapat.
( Shahih Muslim ).

♥ KETIGA : ORANG-ORANG YANG BERINFAQ ( BERSEDEQAH ).
♥ Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Imam Abu Hurairah radhiallahi anhu berkata bahawa : Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Tidak ada suatu hari pun di mana pagi hari nya seorang hamba melainkan ada dua Malaikat turun kepada nya. Salah satu di antara kedua nya berkata : Ya ALLAH berilah ganti bagi orang yang BERSEDEQAH. Dan yang lain nya berkata : Ya ALLAH hancurkanlah harta orang yang BAKHIL.

♥ KEEMPAT : ORANG YANG MAKAN SAHUR.
♥ Imam Ibnu Hibban dan Imam Thabrani meriwayatkan dari Abdullah bin Umar radhiallahu anhu berkata bahawa :
♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat nya berselawat ( memohon doa ) kepada orang-orang yang makan sahur.

♥ KELIMA : MENJENGUK ORANG SAKIT.
♥ Imam Ahmad meriwayatkan dari Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata bahawa Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudara nya kecuali ALLAH akan mengutus 70,000 Malaikat untuk nya yang akan berselawat ( memohon doa untuk nya ) di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja sehingga subuh.

♥ KEENAM : SESEORANG YANG MENGAJARKAN KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN.
♥ Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dari Abu Umamah Al- Bahily radhiallahu anhu berkata bahawa Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaan ku atas seorang yang paling rendah di antara kamu. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi bahkan semut yang di dalam lobang nya dan bahkan ikan semua nya berselawat ( mendoakan ) kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada setiap insan.

~* SYAITAN MENGGODA MANUSIA ~*


♥ SYAITAN tidak mampu MENGGODA hamba TUHAN yang HATI nya penuh KEIKHLASAN.
( Surah Al-Hijr ayat 39 ).

♥ Syaitan MENGGODA manusia dengan beberapa perkara :

♥ Pertama : Menggoda manusia supaya JEMU.
Bila jemu melanda jiwa semua perkara TAK BEST belaka. Kalau jemu ini tidak di isi dengan DZIkRULLAH dan perkara yang bermanafaat dalam hatinya maka Syaitan masukkan racun berbisa KESERONOKAN DUNIA.

♥ Kedua : Menggoda manusia rasa TIADA HORMAT.
Bila tiada rasa hormat hidup saling MELUAT MELUAT. Orang yang berjaya saling MENGHARGAI dan MENGHORMATI manusia. Untuk mendapat KASIH SAYANG manusia HARGAI dan HORMATI perasaan mereka. Barangsiapa yang menanam KESOMBONGAN maka tumbuhlah KEBENCIAN.

♥ Ketiga : Syaitan menggoda manusia dengan BURUK SANGKA.
Pandanglah manusia dengan KASIH SAYANG maka kamu akan melihat banyak KEBAIKAN. Bila melihat dengan KEBENCIAN tak akan terjumpa KEBAIKAN walaupun sebesar kuman. Kita membina KEBAHAGIAAN dengan berbaik sangka kepada MANUSIA dan berbaik sangka kepada YANG ESA.

♥ Keempat : Syaitan menggoda manusia dengan rasa TIDAK BERTIMBANG RASA. ( Tiada belas kasihan ).
Bila tiada BELAS KASIHAN maka di angkat KEMANUSIAAN.
Bila di angkat KEMANUSIAAN maka lahirlah KEZALIMAN.

♥ Kelima : Syaitan menggoda manusia dengan rasa RAKUS ( Tiada sifat Qanaah ).
Bertuahlah bagi manusia yang AKAL nya menjadi PEMIMPIN nya dan NAFSU nya menjadi TAWANAN nya. Qanaah itu PERBENDAHARAAN HARTA yang tiada habis-habis nya.

♥ Keenam : Syaitan menggoda manusia dengan rasa TIDAK PUAS HATI.
Kita tidak BAHAGIA dan TENANG kerana kita tiada CINTA dan KASIH SAYANG. Hukamak berkata :
Buah ILMU adalah AMAL IBADAH kita.
Buah AMAL adalah AKHLAQ MULIA.
Buah AKHLAQ adalah RAMAH MESRA.

♥ Ketujuh : Syaitan menggoda manusia dengan rasa : AKU SENTIASA BETUL. ( Menghiasi cantik kemaksiatan ).
Kita lebih cepat menghukum manusia kerana KESALAHAN NYA tetapi lambat membalas segala BUDI BAHASA dan KEBAIKAN NYA.
ALLAH tidak menciptakan kesempurnaan kepada manusia supaya kita saling MENCUKUPKAN dan saling MENGEMBIRAKAN.

♥ Kelapan : MENDZALIMI.
Bila kita turutkan semua rasa MENGGODA yang Syaitan cipta maka lahirlah pokok kepada segala rasa kejahatan ia itu KEZALIMAN.

♥ Jangan hidup dalam DERHAKA.
♥ ALLAH murka kepada kita.
♥ NGERI lah kita pada NERAKA.
♥ Bahan bakar nya BATU dan MANUSIA.

♥ Tingkatkan IMAN.
♥ Maniskan SENYUMAN.
♥ IKHLAS kan perbuatan.
♥ Raihlah KEMENANGAN.
(^_^)v♥♥♥~*

~* HANYA PADA MU ~*


♥ BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM. ♥

♥ Ya ALLAH..
♥ Kurniakanlah kami kefahaman di dalam AGAMA MU.
♥ Jadikanlah kami insan-insan yang tetap BERTAUBAT pada jalan MU.
♥ Ikatkanlah HATI-HATI kami supaya tetap bersama MU.
♥ Anugerahkanlah kepada kami rasa cinta mengingati MU.
♥ Istiqamahkanlah kami agar tetap merindui Syurga MU.
♥ Selawat dan salam buat Rasul Junjungan kekasih MU.
♥ Ahli keluarga Baginda dan Para sahabat semuga sentiasa di dalam redha MU.
♥ Ampunilah kami wahai Tuhan ku. Doa kami tanpa jemu.
♥ Tidak ada yang dapat memberi kemaafan melainkan KAMU.

~* PELIHARALAH DIRI MU ~*


♥ Peliharalah AKHLAQ mu kerana ianya KEHIDUPAN mu.

♥ Peliharalah AGAMA mu kerana ianya NYAWA mu..

♥ Peliharalah BUDI PEKERTI mu kerana ianya PERHIASAN hidupmu..

♥ Peliharalah AMALAN mu kerana ianya pakaian AKHIRATmu.

♥ Peliharalah LISAN mu kerana ianya MARUAH mu.

♥ Jadikanlah KEKAYAAN sebagai bekalan berbuat KEBAJIKAN.

♥ Jadikanlah KESABARAN sebagai benteng menghadapi KESUSAHAN.

♥ Jadikanlah NUR yang ALLAH kurniakan sebagai pendorong berbuat KETAATAN.

♥ Jadikanlah AKHLAQ MULIA sebagai perhiasan bunga KEHIDUPAN.

♥ Jadikanlah MASA dan  KESEMPATAN sebagai modal berbuat AMALAN.
(^_^)v♥♥♥~*

~* KEHIDUPAN FANA ~*

♥ KEHIDUPAN FANA ♥

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda di dalam sebahagian khutbahnya.
♥ Wahai sekalian manusia ! Sesungguhnya DUNiA ini adalah kehidupan yang FANA bukan bahagia SELAMA-LAMANYA.

♥ Dunia adalah rumah yang penuh dengan KESEDIHAN bukan rumah KEBAHAGIAAN..

♥ Dan orang yang mengetahuinya ia tidak akan BERBAHAGIA di sebabkan KESEJAHTERAAN dan tidak akan BERSEDIH di sebabkan KESENGSARAAN.

♥ Karena ketahuilah sesungguhnya Allah SWT menciptakan DUNIA ini penuh dengan UJIAN dan AKHIRAT sebagai kehidupan BALASAN.

♥ IA jadikan ujian dunia sebagai penyebab GANJARAN dan balasan akhirat tergantung AMALAN.

♥ IA mengambil untuk BALASAN dan menguji untuk GANJARAN.

♥ Hati-hatilah kalian terhadap manis air susunya disebabkan pahit penyapihannya.

♥ Berpindahlah kalian dari KELAZATAN orang-orang yang DI SEGERAKAN kepada KESENGSARAAN yang di TANGGUHKAN.

♥ Janganlah kalian berusaha mencapai kehidupan yang KEHANCURAN NYA telah ALLAH tetapkan.

♥ Dan jangan pula berusaha untuk sampai kepadanya. Kerana sesungguhnya Allah menghendaki kalian untuk menjauhi dunia.

♥ Jangan kemudian kalian menjadi orang yang berpaling dari NYA sehingga akhirnya kalian menjadi orang-orang yang layak untuk di masukkan ke dalam siksa neraka NYA.

( Disalin dari Kitab Syarhul Hikam karangan Ibnu Ujaibah).

~* AIR MATA KITA ~*


♥ BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM. ♥

Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS.
( Surah An-Najm ayat 43 ).

♥ Airmata kita.
♥ Memiliki lebih dari SERIBU rasa.
♥ Entahkan ADA entahkan TIADA.
♥ Hanya DIA tahu rahsia.
♥ Airmata kita.
♥ Luahan sebuah jiwa.
♥ Entah GEMBIRA entah DERITA.
♥ Sukar di luah dengan kata-kata.
♥ Airmata kita.
♥ Muncul saat iman di duga.
♥ Airmata terasa hiba.
♥ Lemah terasa tidak berdaya.
♥ Batin di asak duka nestapa.
♥ Airmata kita.
♥ Hadir tatkala kita terjaga.
♥ Jiwa menyesal noda dan dosa.
♥ Kita takut mengharap rahmat NYA.
♥ ALLAH rindu rintihan hamba NYA.

♥ BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM ♥
Apabila di bacakan ayat-ayat ALLAH yang MAHA PEMURAH kepada mereka.
Maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis menyesali dosa.
( Surah Maryam ayat 58 ).

♥ BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM.
Dan kamu TERTAWA dan tidak MENANGIS lagi.
( Surah An-Najm ayat 60 ).

♥ Airmata kita.
♥ Satu KEBAHAGIAAN.
♥ Satu KESEDIHAN.
♥ Satu PENYESALAN.
♥ Satu KHASIAT daripada Tuhan.
(^_^)V♥♥♥~*

SECANGKIR ILMU SANGAT BERGUNA


♥ Daku tidak pandai menulis dengan JARI.
♥ Maka daku menulis dengan HATI
♥ Daku tidak pandai berbahasa SASTERA.
♥ Maka aku berusaha berbahasa TAKWA.
♥ Daku bukan menulis untuk MENGKAYAKAN BAHASA.
♥ Tetapi daku menulis untuk melakar IMAN di DADA.
♥ Biarlah KARYA tidak di BANGGA.
♥ Asal ILMU di kongsi BERSAMA.
♥ Secangkir ilmu sangat BERGUNA.
♥ Kita TELAN bersama-sama.
(^_^)V♥♥♥~*