Pages

Subscribe:

Selasa, 28 Oktober 2014

HIKMAH ZIKIR


HIKMAH ZIKIR

ZIKIR membaja HATI  dan menyenyangkan KEROHANIAN
ZIKIR menjauhkan SYAITAN dan menghancurkan KEKUATAN.
ZIKIR menurunkan RAHMAT dan KEREDHAAN Tuhan.
ZIKIR menjauhkan DUKACITA dan KESEDIHAN.
ZIKIR memberikan KETENANGAN dan MENGUATKAN IMAN.
ZIKIR menghidupkan PERASAAN menutup KELALAIAN.
ZIKIR mengembirakan KEHIDUPAN dengan KETHAATAN.
ZIKIR menambahkan REZEKI menguatkan KESYUKURAN.
ZIKIR melorongkan INSAN mencapai KEJAYAAN.
ZIKIR mencegah KEJAHATAN racun KEMAKSIATAN.
ZIKIR menambah KERAJINAN berbuat KEBAIKAN.
ZIKIR membina KEHEBATAN dan KEWIBAWAAN.
ZIKIR melunakkan HATI dan BELAS KASIHAN.
ZIKIR melahirkan KECINTAAN kepada AR-RAHMAN.
INSYAA ALLAH.

Ahad, 26 Oktober 2014

SALAM MAAL HIJRAH


SALAM MAAL HIJRAH

Para Ulamak telah berkata :
Barangsiapa yang hari ini lebih BAIK dari semalam nya.
Maka inilah hidup yang BAHAGIA.

Barangsiapa yang hari ini lebih BURUK dari sebelum nya.
Maka inilah hidup yang CELAKA.

Dan Barangsiapa yang hari ini dan semalam SERUPA sahaja.
Maka inilah hidup yang SIA-SIA.

TAWA DAN AIRMATA

TAWA DAN AIRMATA

Berkunjunglah kepada negeri KESAKITAN.
Maka anda akan menghargai erti KESIHATAN.
Berkunjunglah kepada negeri KEHANCURAN.
Maka anda akan menghargai erti KEBEBASAN.
Berkunjunglah kepada negeri KEMATIAN.
Maka anda akan menghargai erti KEHIDUPAN.

Hamba melihat SIANG yang MENAWAN.
Bersama USIA mendekat PEMAKAMAN.
Hamba melihat MALAM yang MENAKJUBKAN.
Bersama HARAPAN mengisi KESEMPATAN.
Hamba melihat DUNIA yang MENGHIBURKAN.
Bersama NIKMAT dalam KEMABUKAN.
Hamba melihat HIDUP yang BERGANTIAN.
Bersama TAWA dalam TANGISAN.

WUDHUK DAN KEAJAIBAN

 WUDHUK DAN KEAJAIBAN

 WUDHUK yang di kekalkan
 Menjadi SENJATA melawan SYAITAN.
 Menjadi PENYEJUK api KEMARAHAN.
 Menjadi THERAPI untuk KESIHATAN.
 Menjadi PERHIASAN orang BERIMAN.
 Menjadi TANDA ummat JUNJUNGAN.
 Menjadi PINTU pembuka AMALAN.
 Menjadi PENYERI wajah IDAMAN.
 Menjadi ALAT Malaikat DOAKAN.
 Menjadi IBU segala KEBERSIHAN.
 Menjadi SEBAB mendapat GANJARAN.
 Menjadi PENGGUGUR dosa KESALAHAN.
 Menjadi PENDINDING di dalam KUBURAN.

 Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda memberi ingatan :
 WUDHUK pada anggota badan adalah PERHIASAN orang BERIMAN.
( H.R. Imam Muslim )
Kitab Irsyadul ibaad ila sabilirrasyad.

Rabu, 22 Oktober 2014

ALLAHLAH SEGALA-GALA NYA


ALLAH LAH SEGALA-GALA NYA

Kalau HIDUP ini PAHIT.
ALLAH lah GULA nya.
Kalau HATI ini SAKIT.
SOLAT lah PENAWAR nya.
Kalau JIWA ini SEMPIT.
AL-QURAN lah JALAN nya.
Kalau REZEKI ini SEDIKIT.
QANAAH lah KEKAYAAN nya.
Kalau USAHA ini PERIT.
BERSABAR lah SENJATA nya.
Kalau HARAPAN ini MELANGIT.
TAWAKKAL lah JAMBATAN nya.
Kalau DOSA ini PENYAKIT.
ISTIGHFAR lah OBAT nya

BERUBAH MENJADI LEBIH INDAH

 SALAM MAAL HIJRAH

Para Ulamak telah berkata :
 Barangsiapa yang hari ini lebih BAIK dari semalam nya.
 Maka inilah hidup yang BAHAGIA.

 Barangsiapa yang hari ini lebih BURUK dari sebelum nya.
 Maka inilah hidup yang CELAKA.

 Dan Barangsiapa yang hari ini dan semalam SERUPA sahaja.
 Maka inilah hidup yang SIA-SIA. 

Sabtu, 18 Oktober 2014

RESEPI SERI MUKA



RESEPI SERI MUKA

Pertama : Terjaga KESIHATAN nya.
Kedua : Gembira HATI nya.
Ketiga : Berguna ILMU nya.
Keempat : Suci BATIN nya.
Kelima : Kuat IMAN nya.
Keenam : Sedikit DOSA nya.
Ketujuh : Besar HARAPAN nya.
Kelapan : Kental JIWA nya.

KENA MAKAN


KENA MAKAN

Makan jalan mengundang bahaya.
Jadilah kemalangan di jalan raya.

Makan rasuah haram wang nya.
Jangan diredah karam iman nya.

Makan hati memendam rasa.
Tertusuk duri jiwa merana.

Makan kenduri berpada-pada.
Terlebih makan semput jadi nya.

Makan hidang bersama keluarga.
Jangan di hina kurang lebih nya.

Makan ditanggung malas bekerja.
Orang kata : Menghabiskan boreh ja.

Makan kawan jangan di cuba.
Habis berantak hubungan saudara.

Makan jasmani mesti di jaga.
Jangan penyakit menjadi harta.

Makan rohani mesti di baja.
Barulah dapat ketenangan jiwa.

Makan itu harus sahaja.
Ikutlah sunnah makan Baginda.

Berpada-pada semua perkara.
Baru terasa syukur nikmat NYA

HUKUMLAH HATI MU

HUKUMLAH HATI MU


Para Ulamak telah mengingatkan mu.
Carilah TUJUH PULUH alasan untuk MEMAAFKAN saudara mu.
Jika TIDAK BOLEH juga buat mu.
Maka HUKUMLAH hati mu yang KERAS itu.

TETAP BERTAHAN

TETAP BERTAHAN


Kita mendapat KEKUATAN.
Kerana mengatasi segala KEKURANGAN.
Kita mendapat KEBAHAGIAAN.
Kerana rasa KEMANUSIAAN.
Kita mendapat KEBERANIAN.
Kerana hadapi segala KENYATAAN.
Kita mendapat PENGAJARAN.
Kerana belajar dari KESILAPAN.
Kita mendapat KECINTAAN.
Kerana tiada rasa KEBENCIAN.
Kita mendapat KEGEMBIRAAN.
Kerana melupakan sakit KESEDIHAN.
Wajah yang penuh KECANTIKAN.
Menjadikan rasa cinta di hati INSAN.
Tetapi AKHLAQ yang baik penuh KELEMBUTAN.
Menjadikan manusia tetap BERTAHAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

Rabu, 15 Oktober 2014

SABAR ITU PENAWAR

SABAR ITU PENAWAR

Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka ALLAH beri rasa LAZAT di dalam BERIBADAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka ALLAH memuliakan nya dan mengangkat DARAJAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka itu tanda yakin balasan AKHIRAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka mendapat GANJARAN sebaik-baik HASANAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka hilang tompok hitam hati yang ZULMAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka berguna ILMU nya lagi MANAFAAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka Malaikat Rahmat datang MENDEKAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka Nabi mengaku sebagai UMMAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka wajah bersih hati SELAMAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka itu tanda bersungguhnya TAUBAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka hubungan nya dengan ALLAH menjadi RAPAT.
Barangsiapa yang meninggalkan MAKSIAT.
Maka semoga khusnul khatimah tatkala SAKARAT.
INSYAA ALLAH.

Selasa, 7 Oktober 2014

BOLEH KATA BOLEH

BOLEH KATA BOLEH

ILMU boleh di KONGSI.
SALAH boleh di MAAFI.
DUIT boleh di CARI.
EMAS boleh di GALI.
GUNUNG boleh di DAKI.
LAUTAN boleh di SELAMI.
HATI boleh di CURI.
ISTERI boleh di GANTI.
KOTOR boleh di CUCI.
AKHLAQ boleh di BAIKI.
PENYAKIT boleh di WARISI.
CINTA boleh di BAHAGI.
SENYUM boleh di BERI. (^_^)v


Jumaat, 3 Oktober 2014

ALLAH ITU SANDARAN

ALLAH itu SANDARAN BENCI itu BEBANAN.
MAAF itu JALINAN.
ILMU itu KAWAN.
SAKIT itu AMARAN.
MATI itu PERINGATAN.
HUTANG itu TEKANAN.
TAKUT itu GANGGUAN.
SABAR itu KEKUATAN.
QANAAH itu KEKAYAAN.
IKHLAS itu KEPUASAN.
SELAWAT itu KEBERKATAN.
TAQWA itu JAMINAN.
SENYUM itu KEGEMBIRAAN.
DOA itu HARAPAN.
ALLAH itu SANDARAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v


TAK MUNGKIN BERGUNA

TAK MUNGKIN BERGUNA


HARTA BENDA dari ORANG KAYA tak mungkin BERGUNA.
Jika hanya menjadi PERHIASAN sahaja.
JERIH PERIH dari orang yang BERTENAGA tak mungkin BERGUNA.
Jika di LABUR dalam perkara SIA-SIA.
ILMU AGAMA dari orang yang BERWIBAWA tak mungkin BERGUNA.
Jika tidak di SEBAR kepada MANUSIA.
BUAH FIKIRAN dari orang yang banyak IDEA tak mungkin BERGUNA.
Jika tidak di GUNA membangun AGAMA.
JASA KEBAIKAN dari orang yang banyak MENDERMA menjadi tidak BERGUNA.
Jika di UNGKIT-UNGKIT setiap MASA.

Khamis, 2 Oktober 2014

TIADA GUNA NYA.


TIADA GUNA NYA

Tiada guna nya wajah BERHIAS.
Jika mulut tajam dan PEDAS.
Tiada guna nya otak yang CERDAS.
Kalau hati nya terlalu KERAS.
Tiada guna nya akal yang WARAS.
Jika hati nya tiada MEMBELAS.
Tiada guna nya otot yang KERAS.
Jika solat terasa MALAS.
Tiada guna nya hidup yang BEBAS.
Jika hanya menghabiskan BERAS.

JAGA-JAGA


JAGA-JAGA

Para Hukamak telah berkata :
PANDAI tanpa AKHLAQ adalah PAPA.
AKHLAQ tanpa AKAL adalah BINASA.
SABAR tanpa MERANCANG adalah SIA-SIA.
MERANCANG tanpa TABAH adalah HAMPA.
AMAL tanpa IKHLAS adalah RIA'.
IKHLAS tanpa AMAL adalah GILA.
CITA-CITA tanpa USAHA adalah GURAU SENDA.
USAHA tanpa DOA adalah SENGSARA

KEDUA-DUA NYA

KEDUA-DUA NYA

SANTUN dan SABAR adalah dua perkara yang saling ISI MENGISI.
KEDUA-DUA nya bersumber dari KETEGUHAN HATI.
IMAN dan AMAL adalah dua perkara yang BERIRING DI SISI.
KEDUA-DUA nya bersumber dari KURNIAAN ILAHI.
MENGHARGAI dan MENGHORMATI adalah dua perkara yang saling MENGONGSI.
KEDUA-DUA nya bersumber dari KELUHURAN BUDI.
RAMAH TAMAH dan BAIK BUDI adalah dua perkara yang saling BERBAGI.
KEDUA-DUA nya bersumber dari INDAHnya PERIBADI.