Subscribe:

Rabu, 24 Julai 2013

EMPAT API DI DALAM KUBURAN.

EMPAT api di dalam kuburan.
Di padam dengan EMPAT amalan .

Di riwayatkan di dalam Kitab Jauhur Mauhub ( muka surat 55 ) bahawa apabila mayat di hantar ke kuburan maka akan datang kepada nya EMPAT API maka :
Api pertama akan di padamkan oleh SOLAT NYA.
Api kedua akan di padamkan oleh PUASA NYA.
Api ketiga akan di padamkan oleh SEDEQAH NYA.
Api keempat akan di padamkan oleh SABAR NYA.

Mati itu ibarat bahtera dengan gelombang yang di takuti manusia.
Namun setiap orang pasti mengalami nya.
Kesihatan seseorang tidak menjamin panjang umur nya.
Dan penyakit pun tidak ada kuasa memendekkan nya..
Setiap hari berita kematian mengejutkan kita..
Seperti burung-burung berterbangan yang entah akan hinggap pada siapa.
Perjalanan ke rumah akhirat semakin berdekatan.
Sempurnakanlah baki umur mu yang masih melekat di badan.
Bila rahmat engkau perolehi maka memang Ar-Rahim tempat pujian.
Dan laut Ilahi terhampar penuh kemurahan.
Hiburlah Ya Rabbi ! Tidur ku seorang diri dalam kuburan.
Rahmatilah tulang belulangku yang tersusun pada kerapuhan.

DALAM TERTAWA KITA TERLEKA.

DALAM TERTAWA KITA TERLEKA

Kita tertawa kerana terlalai nikmat nya dunia.
Syaitan tertawa kerana berjaya melalaikan kita.
Bukan manis kerana manisan.
Tetapi manis baik nya lisan.
Bukan wangi kerana haruman.
Tetapi wangi hati yang ihsan.
Al-Quran teman menambah iman.
Ilmu menyuluh gelapnya jalan.
Pengetahuan berguna dalam kehidupan.
Kasih sayang semarak hubungan.
Kejujuran itu sebaik-baik keikhlasan. (^_^)V♥♥♥~*.

SALAM NUZUL AL-QURAN.

SALAM NUZUL AL-QURAN

Yang SUNNAH itu jadikan PEGANGAN.
Yang SUDAH itu jadikan KENANGAN.
Yang BERKAH itu jadikan AMALAN.
Yang INDAH itu JADIKAN HIASAN.
Yang SUSAH itu jadikan KEKUATAN.
Yang SALAH itu jadikan PELAJARAN.
Yang MUDAH itu jadikan IKUTAN.
Yang PAYAH itu jadikan CABARAN.
Yang HIKMAH itu jadikan PEDOMAN.
INSYAA ALLAH. (^_^)v♥♥♥~*

Jumaat, 19 Julai 2013

YUK SEDEQAH


~* Ulama' berkata :
Sedekah itu sepuluh kepujian. Lima di dunia. Lima di akhirat.
Lima kepujian di dunia :
1. Mencucikan hartanya.
2. Mensucikan badan nya.
3. Menolah bala dan penyakit atas nya.
4. Mengembirakan orang mukmin saudaranya.
Dan menggembirakan orang mukmin adalah amal yang sangat mulia.
5. Berkat hartanya dan di luas kan Allah rezeki nya.

Lima kepujian di akhirat :
1. Di naungkan Allah orang bersedekah di hari qiamat ketika hari sangat panas menimpa manusia seluruh nya.
2. Ringan hisab nya.
3. Berat timbangan nya.
4. Mudah melalui Sirotolmustaqim atas nya.
5. Bertambah darjat nya di dalam syurga. ~*
Mari bersama menjadi hamba. Hidup mencari keredhaan Nya.

Ahad, 7 Julai 2013

* TUJUH MACAM FADHILAT PUASA *

* ORANG YANG BERPUASA MENDAPAT TUJUH MACAM PERKARA *

* Cabutan dari sebuah kisah dari Hadith yang panjang di riwayatkan oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
* Satu rombongan puak-puak Yahudi telah bertemu dengan Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan mengajukan soalan :
* Benar engkau Ya Muhammad. Maka ceritakan kepada kami pahala puasa umat mu itu.
* Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
* Tiada seorang hamba yang puasa sehari bulan Ramadhan dengan ikhlas menurut kepada Allah melainkan akan mendapat kurnia dengan tujuh macam perkara :
* Pertama : Mencairkan daging yang haram dari badan nya.
* Kedua : Mendekatkan rahmat Allah kepada nya.
* Ketiga : Di beri oleh Allah sebaik-baik amal buat nya.
* Keempat : Di amankan dari lapar dan dahaga.
* Kelima : Di ringankan bagi nya siksa di dalam kuburnya.
* Keenam : Di beri oleh Allah cahaya pada hari kiamat untuk menyeberang shirat.
* Ketujuh : Di beri oleh Allah kemuliaan di syurga.
( Dari Kitab Tanbihul Ghafilin).

* RAMADHAN KAREEM *

* RAMADHAN KAREEM *

* Ahlan wa sahlan.
* Marhaban Ya Ramadhan.
* Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu menyatakan bahawa :
* Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
* Barangsiapa yang mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan.
* Maka Allah mencatat tiap-tiap langkah nya sebagai ibadah satu tahun.
* Dan dia akan bersama-samaku di bawah panji Arasy.
* Barangsiapa yang memelihara solat jemaah nya di bulan Ramadhan.
* Maka tiap-tiap rakaat nya akan di ganjar satu kota penuh dengan nikmat Allah.
* Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua orang tua nya di bulan Ramadhan.
* Maka ia akan memperolehi perhatian Allah penuh dengan kasih sayang sedangkan aku ( Rasulullah s.a.w.) menjamin nya di dalam syurga.
* Dan seorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan.
* Maka bagi nya pahala seperti pahala Maryam dan Asiah.
* Dan barangsiapa yang menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan.
Maka Allah akan menolong seribu keperluan nya di hari kemudian ( Akhirat ).
( H.R.Imam Anas bin Malik).

* AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN *

* AHLAN WA SAHLAN.
* MARHABAN YA RAMADHAN.
* R ~ Ramadhan yang dirindu rindukan.
* A ~ Akan hadir membawa seribu rahmat sejuta keberkatan.
* M ~ Membersih hati dalam meraih Cinta Yang Maha Rahman. 
* A ~ Allahu Robbi Ya Rahman yang menyempurnakan ganjaran.
* D ~ Datangkan kepada kami hari yang di alu-alukan.
* H ~ Hilangkan kegundahan hati kami saat tibanya hari penuh kemuliaan
* A ~ Alihkan kesibukan hati kami dari dunia penuh kelalaian.
* N ~ Naungilah zahir bathin kami dengan cahaya rahmat dan belas kasihan.
* Wahai Tuhan.
*Semoga diberi peluang untuk bertemu Ramadhan. InsyaaAllah.
* Ahlan wa sahlan. Marhaban Ya Ramadhan. 

Jumaat, 5 Julai 2013

~* TANDA-TANDA KEBIJAKSANAAN ~*


* TANDA-TANDA KEBIJAKSANAAN *

* MENGENDALIKAN diri saat di landa KEMARAHAN.
* MENENANGKAN diri saat DI MALUKAN.
* MUHASABAH diri saat DI REMEHKAN.
* MENYABARKAN diri saat di beri UJIAN.
* MEMBAIKI diri saat di tunjuk KEKURANGAN.

~* PINTU HATI MANUSIA DI MASUKI SYAITAN ~*


* PINTU - PINTU HATI MANUSIA DI MASUKI SYAITAN *

* Al jahlu ( KEBODOHAN ).
* Al ghadhab ( KEMARAHAN ).
* Hubbud dunya ( GILA KEDUNIAAN ).
* Thulul amal ( PANJANG ANGAN-ANGAN ).
* Al hirshu ( KETAMAKAN ).
* Al bukhlu ( KEBAKHILAN ).
* Al kibru ( KESOMBONGAN ).
* Hubbul madhu ( CINTA PUJIAN ).
* Ar riyaau ( BERMEGAH-MEGAHAN ).
* Al 'ujubu ( GEMAR MEMBANGGAKAN ).
* Al jaza'u wal hala'u ( PANIK DAN GALAU NYA PERASAAN ).
* Ittiba'ul hawa ( MENURUTI NAFSU KEJAHATAN ).
* Su udz dzon ( BURUK NYA PERSANGKAAN ).
* Ihtiqorul muslim ( ORANG ISLAM DI RENDAHKAN ).
* Ihtiqorudz dzunub ( MEREMEHKAN KESALAHAN ).
* Al amnu min makrillah ( MERASA AMAN DARI ANCAMAN TUHAN ).
* Al qunuth min rahmatillah ( PESIMIS DARI RAHMAT TUHAN ).

~* SEORANG SUAMI YANG ISTERI DAMBA ~*

* SEORANG SUAMI YANG ISTERI DAMBA *

* Seorang suami yang selalu memuliakan isterinya.

* Seorang suami yang selalu menampakkan senyuman di wajah nya.

* Seorang suami yang menjadi Qawwam (pemimpin dan pelindung) bagi keluarganya.

* Seorang suami yang begitu bersungguh dalam berjuang mencarikan nafkah yang halal untuk isteri dan anak-anaknya.

* Seorang suami yang tak pernah lelah untuk bersikap lemah lembut mengingatkan,membimbing serta memaafkan kesalahan isterinya.

* Seorang suami yang menjadi seorang nahkoda dalam keluarga untuk mengarungi samudera kehidupan agar selamat menuju pelabuhan hakiki yaitu Surga NYA.

* Dan ia selalu berpegang teguh kepada Firman ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala :

''Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari (siksa) api Neraka..." (Q.S. At-Tahrim ayat 6).

~* LIMA KURNIAAN MENGIMARAHKAN RAMADHAN ~*


* Ahlan wa sahlan .
* Marhaban Ya Ramadhan.
* ALLAH beri LIMA kurniaan untuk hati yang gembira mengimarahkan bulan Ramadhan.
* Pertama : Mendapat KEREDHAAN Allah bagi orang-orang yang IKHLAS berbuat amalan.
* Kedua : Mendapat KEAMPUNAN ALLAH bagi orang-orang yang lalai berbuat KEMAKSIATAN. * Ketiga : Mendapat JAMINAN ALLAH bagi orang-orang yang berbuat KETAATAN.
* Keempat : Mendapat KEJINAKAN ALLAH bagi orang-orang yang TAWAKKAL kepada Tuhan. *Kelima : Mendapat ANUGERAH ALLAH bagi orang-orang yang di dalam KEBENARAN.

~* PERISAI DARI SETERU ~*

* MUHHASABAH ITU PERLU.
* PERISAI DARI SETERU.
* Kita ini manusia yang LEMAH.
* Selalu sahaja berbuat SALAH.
* Betulkan niat hendak BERUBAH.
* Kita mulakan langkah BERHIJRAH.
* Jangan kecewa merasa KALAH.
* Mesti ISTIQAMAH dalam MUJAHADAH.
* Iringi hidup dengan MUHASABAH.
* Tanamkan sifat semulia RASULULLAH.
* Yakin sentiasa ada ALLAH.
* Semoga kita mencapai AL-FALAH.
* INSYAAALLAH. (^_^)v♥♥♥~*

~* MUHASABAH ITU PERLU ~*

* MUHASABAH ITU PERLU.
* PERISAI DARI SETERU.
* Gugur BUNGA kerana LAYU.
* Gugur IMAN kerana NAFSU.
* Gugur CINTA kerana CEMBURU.
* Gugur MARUAH kerana TAK MALU.

* TERTAWA kerana BAHAGIA.
* MENANGIS kerana TERLUKA.
* BERTAUBAT kerana DOSA.
* BERIBADAH kerana TAQWA.

* Hidup tanpa CINTA pasti HAMPA.
* Hidup gila HARTA pasti CELAKA.
* Hidup penuh DOSA pasti KECEWA.
* Hidup BERSYUKUR dengan yang ADA.
* ALLAH beri rasa BAHAGIA. (^_^)v♥♥♥~*

Khamis, 4 Julai 2013

~* RAMADHAN MUBARAK ~*


* Ahlan wa sahlan.
* Marhaban Ya Ramadhan.

* Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu menyatakan bahawa :
* Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
* Apabila bulan Ramadhan datang maka di bukakanlah pintu-pintu Syurga.
* Maksudnya kesempatan berbuat amal soleh Allah buka seluas-luas nya.
* Dan di tutupkan pintu-pintu Neraka.
* Maksudnya Allah tutup kesempatan berbuat kejahatan keji dan dosa.
* Serta di belengu syaitan-syaitan durjana.
* Maksudnya segala kesempatan syaitan menggoda manusia Allah persulitkan dan sempitkan sehingga apabila manusia masih berbuat keji dan dosa di bulan Ramadhan maka itu adalah lah karakter / peribadi buruk nya.
( H.R.Imam Bukhari dan Muslim ).

~* PANGKAL AMAL ~*

* AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN *
* LIMA HARI SAJA RAMADHAN BAKAL MENJELMA *

* PANGKAL AMAL KITA *
* Pangkal sehat adalah puasa.
* Pangkal penyakit adalah tamak haloba.
* Pangkal obat adalah sedikit makannya.
* Pangkal adab adalah sedikit bicara.
* Pangkal ibadah adalah sedikit berbuat dosa
* Pangkal harapan adalah sabar atas ketentuan NYA
* Pangkal kaya adalah syukur segala kurnia.
* Pangkal kemiskinan adalah kufur akan nikmat NYA.
* Pangkal ketenangan adalah dzikir kepada NYA.
* Pangkal kasih sayang adalah bersedekah dengan setiap yang bernyawa.
* Pangkal keselamatan adalah zakat segala hartanya.
* Pangkal kebencian adalah segala dusta.
* Pangkal kerusakan adalah hasad dengki di dalam dada.
* Pangkal kedamaian adalah wudhu yang di pelihara.
* Pangkal permusuhan adalah perkara dunia.
* Pangkal pertikaian adalah lidah dan bisanya.
* Pangkal kehinaan adalah kesombongan dalam diri nya.
* Pangkal kemuliaan adalah rendah hatinya.
* Pangkal keluhuran adalah ilmu dan kejujuran nya.
* Pangkal kejahatan adalah kebodohannya.
* Pangkal kehancuran adalah hawa nafsunya.
* Pangkal kebangkitan adalah semangat diri nya yang waja.
* Pangkal kesengsaraan adalah berterusan maksiatnya.
* Pangkal kebahagiaan adalah keikhlasan ibadahnya.

* Jadikan agama tempat sandaran hati kita.
* Jadikan shalat tempat pengkalan qolbu kita.
* Jadikan masjid tempat tujuan nurani kita.
* Hati kita. Hati kita.
* Jangan buat perangai di mana-mana.
* Tanpa ada manfaaat apa-apa. (^_^)V♥♥♥~*

~* SEMOGA SELAMAT ~*

* Ibnu Rajab telah berkata :
* Jika tidak mampu menyaingi para SOLEH dalam AMAL NYA.
* Maka saingilah PARA PENDOSA dalam ISTIGHFAR NYA.

* Hiduplah dalam berbuat TAAT.
* Semuga berkat segala NIKMAT.
* Semuga mendapat kemanisan BERIBADAT.
* Semuga mudah tatkala SAKARAT.
* Semuga sejahtera dunia AKHIRAT.
* Allahumma Aamiin. (^_^)V.

~* RESEPI KEBAHAGIAAN ~*

* RESIPI KEBAHAGIAAN *

* SATU guni KESABARAN.
* SATU kawah PERSEFAHAMAN.
* SATU pikul BELAS KASIHAN.
* SATU cupak KETERBUKAAN.
* SATU kati KELAPANGAN.
* SATU cubit KECEMBURUAN.
* SATU lambak PEMERHATIAN.
* SATU gantang PENGALAMAN.
* SATU bakul PUJIAN.
* SATU dulang DORONGAN.
* SATU longgok PENGETAHUAN.
* SATU juta SENYUMAN. (^_^)V

~* DUKA JANGAN DI PINTA ~*

* AHLAN WA SAHLAN *
* MARHABAN YA RAMADHAN *
* Andai KEBURUKAN yang di PINTA.
* Sukarlah untuk melihat KEBAIKAN yang ADA.
* Tetapi..
* Jika menerima KEKURANGAN yang ADA.
* Maka akan terlihat KEBAIKAN pada nya.

* Lihatlah dengan pandangan KASIH SAYANG.
* Maka kita akan melihat banyak KEBAIKAN.
* Bila melihat dengan KEBENCIAN.
* Tidak akan terjumpa indah nya KASIH SAYANG.
* Walapun hanya sebesar KUMAN. (^_^)v

~* AKHLAQ MULIA ~*

* AKHLAQ MULIA TUNTUTAN AGAMA *

* Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
* Antara jalan KEBAHAGIAAN manusia.
* Adalah mempunyai AKHLAQ yang MULIA.
( H.R. Imam Al-Baihaqi )

* Seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ia itu Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu telah meninggalkan pesan nya :
* Seseorang akan sampai ke makam yang tinggi di dalam Syurga kerana AKHLAQ nya
* Walaupun ibadah nya tidak seberapa.
* Dan ada orang yang akan berada paling bawah di dalam Neraka.
* Di sebabkan KEBURUKAN akhlaq nya walaupun banyak ibadah nya.

* Al-Hasan radhiallahu anhu berkata bahawa :
* Baginda Rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam bersabda :
* Para wali abdaal dari ummat ku tidak masuk Syurga kerana banyak solat atau puasa nya.
* Tetapi ALLAH kasihan kepada mereka kerana KEBERSIHAN dada mereka.
* Yakni tidak dengki dan iri hati malah murah hati dan kasih sayang kepada semua muslimin saudara nya.

~* SYURGA RINDU EMPAT MANUSIA ~*

* AHLAN WA SAHLAN.
* MARHABAN YA RAMADHAN.

* Baginda Rasulullah shallallahu ;alaihi wasallam bersabda :
* Syurga itu merindukan EMPAT golongan manusia :
* Pertama : Mereka yang MEMBACA AL-QURAN.
* Kedua : Mereka yang MENJAGA LISAN.
* Ketiga : Mereka yang memberi MAKAN kepada orang yang KELAPARAN.
* Keempat : Mereka yang BERPUASA di bulan RAMADHAN.
( Al-Hadith ) Kitab Raunaqul Majaalis.

Rabu, 3 Julai 2013

* RAMADHAN KAREEM *

* Ahlan wa sahlan.
* Marhaban Ya Ramadhan.

* Imam Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanad nya dari sahabat Salman Al-Farisi radhiallahu anhu berkata bahawa :
* Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah berkhutbah pada akhir bulan Syaaban dan bersabda :
* Hai sekelian manusia ! Telah tiba kepada mu bulan yang besar dan berkat.
* Bulan yang mengandungi Lailatul Qadri yang lebih baik dari seribu bulan.
* Bulan yang di wajibkan oleh Allah kepada hamba NYA supaya berpuasa dengan bangun malam hanya sunnat.
* Maka barangsiapa yang mengerjakan yang sunnat dalam bulan Ramadhan maka sama seperti orang yang mengerjakan yang fardhu di lain bulan.
* Dan barangsiapa yang mengerjakan yang fardhu di bulan Ramadhan bagaikan mengerjakan 70 fardhu di lain-lain bulan.
* Ramadhan bulan sabar sedang sabar itu pahala nya Syurga.
* Ramadhan sebagai bulan bantuan dan pertolongan.
* Ramadhan bulan yang padanya di tambah rezeki orang-orang beriman.
* Barangsiapa yang memberi buka puasa kepada orang yang berpuasa mendapat pahala bagaikan memerdekakan budak (sahaya ) dan menjadi pengampunan bagi dosa-dosa nya.
* Sahabat bertanya : Ya Rasulullah ! Tidak semua orang mempunyai makanan untuk memberi buka kepada orang yang berpuasa.
* Jawab Baginda shallallahu alaihi wasallam : Allah memberi pahala itu bagi orang yang memberi buka puasa walau seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air.
* Dan barangsiapa yang menyenyangkan orang yang berpuasa maka di ampunkan dosa-dosa nya dan di beri minum dari telaga ku minuman yang menjadikan nya tidak haus sehingga masuk Syurga.
* Dan ia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala nya sedikit pun jua.
* Bulan Ramadhan adalah bulan yang permulaan nya rahmat. Pertengahan nya pengampunan dan akhir nya kebebasan ( dari Neraka ).
* Dan barangsiapa yang meringankan terhadap budak nya (buruh nya) maka ALLAH memerdekakan nya daripada api Neraka.
Kitab Tanbihul Ghafilin.

* PANTANG MENYERAH *

* Jika COBAAN sepanjang HAMPARAN.
* Maka KESABARAN harus seluas LAUTAN.
* Jika HARAPAN sejauh MATA memandang.
* Maka TEKAD harus seluas LANGIT membentang.
* Jika PENGORBANAN sebesar ANGKASA.
* Maka KEIKHLASAN harus seluas JAGAD RAYA

* KEBAHAGIAAN DALAM DIRI *

* Milikilah HATI seperti BONDA.
* Miliki SEMANGAT seperti AYAHANDA.
* Miliki KESETIAAN seperti SAUDARA.
* Miliki SENYUMAN seperti SI MANJA.

* Kebahagiaan dalam diri.
* Taman dalam hati.
* Kebaikan setiap hari.
* Wajah indah berseri. (^_^)V♥♥♥~*

Selasa, 2 Julai 2013

* MARHABAN YA RAMADHAN *

* Ahlan wa sahlan.
* Marhaban Ya Ramadhan.

* Imam Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanad nya dari sahabat Salman Al-Farisi radhiallahu anhu berkata bahawa :
* Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah berkhutbah pada akhir bulan Syaaban dan bersabda :
* Hai sekelian manusia ! Telah tiba kepada mu bulan yang besar dan berkat.
* Bulan yang mengandungi Lailatul Qadri yang lebih baik dari seribu bulan.
* Bulan yang di wajibkan oleh Allah kepada hamba NYA supaya berpuasa dengan bangun malam hanya sunnat.
* Maka barangsiapa yang mengerjakan yang sunnat dalam bulan Ramadhan maka sama seperti orang yang mengerjakan yang fardhu di lain bulan.
* Dan barangsiapa yang mengerjakan yang fardhu di bulan Ramadhan bagaikan mengerjakan 70 fardhu di lain-lain bulan.
* Ramadhan bulan sabar sedang sabar itu pahala nya Syurga.
* Ramadhan sebagai bulan bantuan dan pertolongan.
* Ramadhan bulan yang padanya di tambah rezeki orang-orang beriman.
* Barangsiapa yang memberi buka puasa kepada orang yang berpuasa mendapat pahala bagaikan memerdekakan budak (sahaya ) dan menjadi pengampunan bagi dosa-dosa nya.
* Sahabat bertanya : Ya Rasulullah ! Tidak semua orang mempunyai makanan untuk memberi buka kepada orang yang berpuasa.
* Jawab Baginda shallallahu alaihi wasallam : Allah memberi pahala itu bagi orang yang memberi buka puasa walau seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air.
* Dan barangsiapa yang menyenyangkan orang yang berpuasa maka di ampunkan dosa-dosa nya dan di beri minum dari telaga ku minuman yang menjadikan nya tidak haus sehingga masuk Syurga.
* Dan ia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala nya sedikit pun jua.
* Bulan Ramadhan adalah bulan yang permulaan nya rahmat. Pertengahan nya pengampunan dan akhir nya kebebasan ( dari Neraka ).
* Dan barangsiapa yang meringankan terhadap budak nya (buruh nya) maka ALLAH memerdekakan nya daripada api Neraka.
Kitab Tanbihul Ghafilin.