Pages

Subscribe:

Ahad, 30 November 2014

SEPULUH KATA MUTIARA BERHARGA



♥ Sepuluh kata Mutiara berharga ♥
♥ Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah radhiallahu anhu telah berkata :
♥ Ilmu adalah sebaik-baik warisan.
♥ Adab ( Etika ) adalah sebaik-baik pekerjaan.
♥ Taqwa adalah sebaik-baik bekalan.
♥ Ibadah adalah sebaik-baik perniagaan.
♥ Amal soleh adalah sebaik-baik kepimpinan.
♥ Perangai terpuji adalah sebaik-baik teman.
♥ Sikap lemah lembut adalah sebaik-baik perhiasan.
♥ Qana'ah adalah sebaik-baik kekayaan.
♥ Taufiq adalah sebaik-baik pertolongan.
♥ Kematian adalah sebaik-baik peringatan. ♥

Para Ulamak telah berpesan :
Tanda-tanda indah nya keperibadian ada empat kedudukan.
Pertama : Benar pada perkataan.
Kedua : Tidak suka berbuat kejahatan.
Ketiga : Hati yang penuh kerendahan.
Keempat : Merasa senang menambah pengetahuan.

Jadilah tampan dengan kejujuran.
Jadilah cantik dengan kesopanan.
Jadilah lapang dengan kemaafan.
Jadilah kaya dengan kebaikan.
Jadilah redha dengan kesabaran.
Jadilah indah dengan kemurahan.
Jadilah manis dengan senyuman.

SEPULUH KATA MUTIARA BERHARGA



♥ Sepuluh kata Mutiara berharga ♥
♥ Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah radhiallahu anhu telah berkata :
♥ Ilmu adalah sebaik-baik warisan.
♥ Adab ( Etika ) adalah sebaik-baik pekerjaan.
♥ Taqwa adalah sebaik-baik bekalan.
♥ Ibadah adalah sebaik-baik perniagaan.
♥ Amal soleh adalah sebaik-baik kepimpinan.
♥ Perangai terpuji adalah sebaik-baik teman.
♥ Sikap lemah lembut adalah sebaik-baik perhiasan.
♥ Qana'ah adalah sebaik-baik kekayaan.
♥ Taufiq adalah sebaik-baik pertolongan.
♥ Kematian adalah sebaik-baik peringatan. ♥

Para Ulamak telah berpesan :
Tanda-tanda indah nya keperibadian ada empat kedudukan.
Pertama : Benar pada perkataan.
Kedua : Tidak suka berbuat kejahatan.
Ketiga : Hati yang penuh kerendahan.
Keempat : Merasa senang menambah pengetahuan.

Jadilah tampan dengan kejujuran.
Jadilah cantik dengan kesopanan.
Jadilah lapang dengan kemaafan.
Jadilah kaya dengan kebaikan.
Jadilah redha dengan kesabaran.
Jadilah indah dengan kemurahan.
Jadilah manis dengan senyuman.

Sabtu, 29 November 2014

TENGOK DULU

TENGOK DULU

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Apabila kamu hendak membuka perangai buruk saudara mu.
Maka ingatlah perangai buruk mu dahulu.
H.R.Imam Rafi'i.
Ibnu Abbas radhiallahu anhu juga telah berkata :
Jika anda akan menyebut cacat saudara mu.
Maka lebih baik anda melihat cacat diri mu.
Kitab Tanbihul Ghafilin.
Barangsiapa yang sibuk melihat kesalahan saudaranya.
Maka dia tiada masa membaiki keburukan diri nya.
Jangan marah kepada gelita.
Ambil lilin nyalakan nya.
Jangan mencela menghina manusia.
Terangi hati biar bercahaya.

KERANA TUJUH PERKARA

KERANA TUJUH PERKARA



Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah menyampaikan wasiat kepada Imam Ali radhiallahu anhu dengan bersabda :
Wahai Ali ! Malaikat Jibril berharap menjadi manusia kerana TUJUH perkara :
Pertama : Solat yang LIMA beserta IMAM nya.
Kedua : Duduk bersama ULAMA' memahami UGAMA.
Ketiga : Menziarahi SAUDARA nya yang sakit dengan SEGERA.
Keempat : Menghantar JENAZAH nya.
Kelima : Memberi AIR minuman orang yang DAHAGA.
Keenam : Mendamaikan DUA saudara yang BERSENGKETA.
Ketujuh : Memuliakan JIRAN dan ANAK YATIM yang SENGSARA.
Maka rakuslah engkau Ya Ali ke atas semua nya.
Kitab Washiyatul Musthafa.

Selanjutnya Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang mengerjakan solat LIMA waktu dengan BERJEMAAH maka bagi nya LIMA HIKMAH :
Pertama : Dia tidak akan di timpa KEMISKINAN selama DI DUNIA.
Kedua : ALLAH membebaskan nya dari SIKSA kubur nya.
Ketiga : Dia akan menerima KITAB catatan amal nya melalui tangan KANAN nya.
Keempat : Dia akan melalui SHIRATH dengan cepat umpama HALILINTAR yang menyambar nya.
Kelima : ALLAH memasukkan nya ke Syurga tanpa HISAB dan SEKSA.
Mashaabih.

BENDERA CINTA

BENDERA CINTA
LOCENG bukanlah loceng..
Sebelum engkau MEMBUNYIKAN nya.
Lagu bukanlah LAGU
Sebelum engkau MENYANYIKAN nya.
CINTA bukanlah cinta..
Sebelum engkau MEMBERIKAN nya.

CINTA mesti di BAJA.
RINDU mesti di BARA.
KURANG mesti DI TERIMA.
GURAU SENDA mesti ADA.
SUKA DUKA mesti DI RASA. SABAR mesti SENTIASA.
CEMBURU mesti di JAGA.
HARTA mesti di BELANJA.
MARUAH mesti di PELIHARA.
KATA mesti di KOTA.
BAHAGIA mesti di BINA.


KASIH SAYANG suami dan isteri menurunkan rahmat dari ILAHI dan menghapuskan perasaan KHIANAT yang TERSEMBUNYI.

Rabu, 26 November 2014

KUNCI KEHIDUPAN

KUNCI KEHIDUPAN

Barangsiapa yang inginkan KESIHATAN.
Banyakkan solat dengan KEKHUSYUKAN.

Barangsiapa yang inginkan KECANTIKAN.
Banyakkan QIAMULLAIL dengan KEIKHLASAN.

Barangsiapa yang inginkan KETENANGAN.
Banyakkan TADABBUR ayat AL-QURAN.

Barangsiapa yang inginkan KEKUATAN.
Banyakkan BERDOA dengan KESUNGGUHAN.

Barangsiapa yang inginkan KEREHATAN.
Banyakkan INGAT hari KEMUDIAN.

Barangsiapa yang inginkan KERAHMATAN.
Banyakkan BERSELAWAT kepada JUNJUNGAN.

Barangsiapa yang inginkan KEKAYAAN.
Banyakkan BERSEDEQAH kerana TUHAN.

Barangsiapa yang inginkan KEBAIKAN.
Banyakkan BERPESAN sesama INSAN.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda mengingatkan :
Apabila salah seorang di antara kamu mempunyai bahan nasehat untuk teman nya.
Maka hendaklah ia menyampaikan nya.
H.R.Imam Ibnu 'Adi.

Selanjutnya Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Barangsiapa mulai bangun pagi mengajarkan ilmu agama nya.
Maka ia akan masuk Syurga.
H.R.Imam Abu Nu'aim.

Selasa, 25 November 2014

BILA LAGI NAK CINTA MATI

BILA LAGI NAK CINTA MATI Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Ketika seseorang menguruskan kafan saudara nya.
Maka hendaklah dia membaguskan kain kafan nya.
Kerana sesungguhnya mereka saling berkunjung di alam kubur sana.
H.R.Imam Al-Baihaqi.
Selanjutnya Baginda bersabda lagi :
Baguskanlah kain kafan orang yang meninggal dari kalangan kamu semua.
Kerana sesungguhnya mereka saling mengunjungi di dalam kubur mereka.
H.R.Imam Ibnu Adi.
Bila kita ingatkan mati.Tiada lagi nak DENGKI-DENGKI.
Bila kita ingatkan mati.Kita tak PENTING diri sendiri.
Bila kita ingatkan mati.Kita boleh buangkan BENCI.
Bila kita ingatkan mati.Semua orang kita AMPUNI.
Bila kita ingatkan mati.Kita selalu INSAFI diri.
Bila kita ingatkan mati.Kita BERUSAHA kuat lagi.
Bila kita ingatkan mati.Kita saling MENASIHATI.
Bila kita ingatkan mati.Kita telah MENGHIDUPKAN hati.
Bila kita ingatkan mati.Tidak ada KESEDIHAN lagi.
Bila kita ingatkan mati.Kita seronok hendak BERBAKTI.
Bila kita ingatkan mati.Hidup menjadi lebih BERERTI.
INSYAA ALLAH.
Imam Tsabit Al-Banani telah berkata : Ketika seseorang meninggal dunia
Maka keluarga nya di alam barzah yang sudah meninggal dunia mendahului nya akan mengelilingi nya dan merasa sangat gembira bertemu dengan nya melebihi kegembiraan seorang manusia di dunia sewaktu menyambut kepulangan jauh orang yang di rindui nya.
Imam Abu Sa'ad radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa : Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Ketika seseorang Mukmin di kebumikan di dalam liang nya maka kubur menyambutnya dan menyampaikan khabar gembira :
Kamulah kesayangan ku di kalangan yang berjalan di atasku. Sekarang kamu telah datang menemaniku dan aku tidak akan sesekali meninggalkan mu.
Setelah menyatakan perkara itu maka kubur menjadi lebar sejauh mata memandang dan pintu Syurga terbuka.
H.R.Imam At-Tirmidzi.
Mengakhiri kalam hamba : Ingatlah sesungguhnya Syurga itu dan segala kenikmatan nya di sediakan bagi hamba-hamba NYA yang rindu ingin bertemu dengan NYA.



Ahad, 23 November 2014

PERMATA AYAH BONDA

PERMATA AYAH BONDA
Setiap Mukmin bercita-cita supaya amalan nya yang soleh itu bersambung kepada zuriatnya agar tenanglah hati nya bahawa di dalam keturunan nya yang akan datang ada anak cucu nya yang menyembah ALLAH dan memohon keredhaan NYA.
Bahkan mereka akan di pertemukan di Akhirat dan di tinggikan darjat nya sebagaimana darjat bapa-bapa mereka serta di kumpulkan bersama-sama di dalam Syurga : Tafsir surah At-Thur ayat 21.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda mengingatkan : ALLAH menganugerahkan kerahmatan kepada seorang ayah yang menolong anak nya di dalam kebajikan - H.R. Syeikh Ibnu Hibban dari Imam Ali radhiallahu anhu dari Sayyidina Umar radhiallahu anhu.
Apabila mati seorang hamba maka Malaikat akan bertanya : Apakah amalan yang di bawa oleh nya ?
Apabila mati seorang manusia maka kerabat nya akan bertanya : Apakah harta yang di tinggal oleh nya ?

Justeru zuriat keturunan yang soleh solehah menjadi impian dan cita-cita setiap hamba. Titisan darah yang soleh itu lebih di utamakan di sisi nya dari segala perbendaharaan dan kekayaan dunia.Ini adalah penyejuk mata dan perhiasan dunia seindah-indah nya.
Sekalipun ia hanya sebuah doa dan amalan-amalan kebaikan yang sunat di lakukan janganlah kita meremehkan demi kesinambungan generasi yang kita dambakan. Tidakkah anda kini menyediakan payung sebelum hujan ?
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya ALLAH akan mengangkat darjat seseorang hamba yang soleh di Syurga. Hamba tadi lalu berkata : Ya Rabb..Bagaimana hamba boleh mendapat darjat sedemikian rupa ? ALLAH menjawab : Ini adalah kerana istighfar anak mu untuk mu. - H.R.Imam Ahmad dengan sanad yang shahih.
Maknanya seorang hamba tidak mengetahui kenapa darjat nya di naikkan di Syurga sehingga ALLAH memberitahu nya bahawa perkara tersebut di sebabkan doa istighfar anak nya untuk diri nya.
Anak adalah aset segala kekayaan.
Mesjid adalah pasar hari kemudian.
Ilmu adalah sahabat dalam kehidupan.
Amal soleh adalah teman di dalam kuburan.
Akhlaq yang baik adalah mahkota kemuliaan.
Kemurahan adalah perisai keindahan
SENANG DAN SUSAH BUKAN MUSIBAH.

Dalam menjalani kehidupan tiada siapa terlepas dari ujian. Rupanya bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Malah ada orang merasa senang bila kita susah dan merasa susah bila kita senang.
Apalah erti nya susah jika hati bersama ALLAH. Hidup ini pasti indah di bawah lindungan tarbiyyah. Mari mencari redha ALLAH. Istiqamah di dalam ibadah. Insyaa Allah.
Biar sihat berbuat taat. Jangan sihat berbuat jahat.
Biar sikit berdikit-dikit. Jangan sikit mengungkit-ungkit.
Biar susah jangan gelisah. Jangan susah berkeluh kesah.
Biar kaya berhati mulia. Jangan kaya tak kenal siapa.
Biar rindu doakan selalu. Jangan rindu ikutkan nafsu.
Biar cinta pada yang ESA. Jangan cinta berbuat dosa.
Biar bersangka ada asas nya. Jangan prasangka menghukum manusia.
Biar dengki majukan diri. Jangan dengki merosak hati.
Dalam membuat keputusan hendaklah mengikut akal fikiran bukan mengikut perasaan kerana sebaik-baik anugerah kurnian Tuhan adalah akal fikiran dan seburuk-buruk musibah dan hadiah adalah kebodohan.
Teman yang memuliakan adalah akal fikiran manakala teman yang berbuat kezaliman adalah nafsu yang di turutkan.
Pengetahuan sahaja tidak cukup buat bahagia. Kita mesti mengamalkan nya. Niat sahaja tidak cukup buat cita-cita. Kita mesti melakukan nya.
Jangan menagih sebuah kejujuran. Jika di hati tiada keikhlasan.
Jangan meminta sebuah kebahagiaan. Jika di hati tiada kesabaran.
Jangan mengharap sebuah kesempurnaan. Jika ego baiki kesalahan.
Jangan meminta berlebih-lebihan. Jika di hati tiada kesyukuran.
Jangan mengharap sebuah kejayaan. Jika masih berpangku tangan.
Untuk mendapatkan sebuah ketenangan . Hendaklah bersolat penuh kekusyukan.Untuk mendapatkan sebuah pertolongan. Hendaklah bersujud penuh kerendahan.Untuk mendapatkan sebuah perhatian. Hendaklah berdoa penuh kesyukuran. Untuk mendapatkan sebuah keredhaan. hendaklah beramal penuh kethaatan. Bukan susah nak susah. Setiap musibah ada hikmah. Insyaa Allah. 



Sabtu, 22 November 2014

BUKAN GULA. BUKAN TUBA.

BUKAN GULA. BUKAN TUBA.

Bukan manis kerana gula. Tetapi manis budi bahasa.
Bukan pahit kerana derita. Tetapi pahit tiada redha.
Bukan kaya kerana harta. Tetapi kaya akhlaq mulia.
Bukan bisa kerana tuba. Tetapi bisa kata menghina.
Tidak boleh menghina manusia walau hanya kerlipan mata walau hanya sepatah kata walaupun hanya mencebik muka walau hanya sedetik cuma.
Barangsiapa yang menyombongkan diri nya. Angkuh gaya berjalan nya. Memandang hina pandangan mata nya.Tidak mengakui kesalahan nya. Bercakap besar mendabik dada. Nescaya dia kembali kepada Tuhan Nya sedangkan ALLAH murka kepada nya.
Syeikh Ahnaf bin Qais telah berkata : Dua perkara sangat merbahaya.
Pertama tajam lidah nya dan kedua buruk akhlaqnya.
Malah Syeikh Ibrahim bin Adham telah mengingatkan kita : Dua perkara membinasakan manusia ia itu kelebihan harta dan kelebihan kata.
Kata-kata ini bersesuaian dengan sabda Baginda yang bermakna :
Sesungguhnya kebanyakkan kesalahan manusia itu bersumber dari lidah nya.  H.R.Imam Al-Bukhari.
Kata-kata Imam Al-Hasan menjadi tauladan buat kita.
Barangsiapa yang banyak hartanya maka akan banyak dosanya.
Barangsiapa yang banyak katanya maka akan banyak dustanya.
Dan barangsiapa yang jahat perangai nya maka akan banyak menyiksa diri nya.
Bukan semua kesulitan dapat tertunai dengan kekayaan tetapi banyak kepayahan telah tertebus dengan kesabaran.Sebab itu para Ulamak menasihatkan kita : Emas mu adalah agamamu. Perhiasan mu adalah budi pekerti mu dan harta mu adalah sopan santun mu.
Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu telah meriwayatkan bahawa : Baginda Rasululullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Kamu tidak dapat mengembirakan manusia dengan harta benda mu tetapi kamu dapat mengembirakan mereka dengan manis muka mu dan baik budi mu.
Syair Arab telah bermadah : Berbuat kebaikan sangatlah mudah. Maniskan wajah. Lembutkan lidah.
Manis terukir pada senyum nya. Indah terlihat pada mata nya. Jujur tersembunyi pada niat nya.Ikhlas tergantung pada hati nya.
Baik terbina pada ihsan. Sopan terlihat pada kelakuan.Budi terukir pada keikhlasan. Lembut terungkap pada perkataan.

Rabu, 19 November 2014

BERDAKWAH DENGAN HIKMAH.

Hendaklah kita berdakwah dengan hikmah bukan marah-marah.
Hendaklah kita berdakwah dengan hikmah bukan sumpah seranah.
Hendaklah kita berdakwah dengan hikmah hanya kerana Allah. Insyaa Allah.
Baginda Rasulullah telah bersabda : Tiada menyuruh perbuatan baik dan tiada melarang perbuatan mungkar melainkan orang yang penuh kasih sayang pada apa yang di suruh nya dan penuh kasih sayang pada apa yang di larang nya.
Mereka tidak lekas marah pada apa yang di suruh nya dan tidak lekas marah pada apa yang di larang nya. Berilmu pada apa yang di suruhnya dan berilmu pada apa yang di larang nya.
H.R.Imam Al-Baihaqi dari Amru bin Syu'aib.
Selanjutnya Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda : Bukan dari golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua dan bukan dari golongan kami orang yang tidak bersifat kasih sayang kepada anak-anak dan bukan dari golongan kami orang yang tidak menyuruh kepada kebaikan dan bukan dari golongan kami orang yang tidak mencegah dari kemungkaran .
H.R.Ibnu Hibban.
Ya ALLLAH Ya Rahman.
Jika dakwah adalah pilihan maka izinkanlah hati ini memilih nya.
Jika dakwah adalah kewajipan maka kuatkanlah kami menjalani nya.
Jika dakwah adalah kecintaan maka ikhlaskanlah kami merasakan nya.
Jika dakwah adalah nada kehidupan maka izinkanlah kami memainkan irama nya.
Jika dakwah adalah kesulitan maka teguhkanlah kami untuk menghadapi nya.
Jika dakwah adalah tanda kethaatan maka izinkanlah kami meneguk kemanisan nya kerana kami percaya :
Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa kepada Tuhan.
Selalu ada kejayaan bagi mereka yang berusaha penuh kesungguhan.
Selalu ada jalan bagi mereka yang tidak berputus harapan.
Selalu ada ketenangan bagi mereka yang sudi memaafkan.
Selalu ada kemanisan bagi mereka yang melawan kemungkaran.
Dan selalu ada keindahan bagi mereka yang tawadhuk penuh keikhlasan.
Maka berdakwahlah dengan hikmah kerana peribadi yang berdzikir itu indah.
Setiap kalam nya adalah dakwah.
Setiap nafasnya adalah Alhamdulillah.
Setiap pandangan nya adalah Mahabbah.
Setiap sentuhan nya adalah sedeqah.
Setiap gerak hati nya adalah Doa dan
Setiap langkahnya adalah Jihad Fi Sabilillah.
Insyaa Allah.

BAHAYA BERBURUK SANGKA


Imam As-Syafi'i juga telah mengingatkan kita dengan madah berharga nya : Barangsiapa yang mahu di layan dengan baik di dalam hidup nya maka hendaklah dia berbaik sangka dengan manusia.
Di dalam Kitab Raudhah Al-Uqala telah tertera : Cabang kemunafiqan ada di dalam buruk sangka sebagaimana cabang keimanan ada di dalam baik sangka.
Orang yang berakal akan berbaik sangka kepada saudara nya dan tidak akan membuat nya sedih dan berdukacita.
Manakala orang yang bodoh akan selalu buruk sangka kepada saudara nya dan tidak segan-segan berkelakuan jahat dan membuat nya menderita.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Berhati-hatilah kalian dari berburuk sangka kerana buruk sangka adalah sedusta-dusta kata. Janganlah kalian saling mencari keburukan manusia , saling intip-mengintip mereka , saling dengki mendengki saling membelakangi dan saling membenci sesamanya. Jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.
H.R.Imam Al-Bukhari.
Sayyidina Ali Karramallahu wajhah telah berkata : Barangsiapa yang sibuk melihat aib saudara nya maka dia tidak sempat melihat aib diri nya.
Sayyidina Umar Al-Khatthab radhiallahu anhu telah mengingatkan pula :
Cukuplah seseorang manusia tersesat apabila dia melakukan tiga perkara :
Pertama : Mencela perbuatan manusia padahal dia juga melakukan perkara yang serupa. Kedua : Melihat kesalahan saudaranya dan tidak melihat keburukan diri nya. Ketiga : Dia mengganggu saudaranya dengan perbuatan yang tidak penting bagi nya.
Di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin telah tertera : Tiga perkara sangat bahaya :
Pertama : Orang yang sibuk mencari kesalahan manusia. Kedua : Orang yang sombong suka membangga. Ketiga : Orang yang riyaa' dalam amal perbuatan nya.
Kesimpulan nya hendaklah kita kurangkan keegoaan lebihkan kelembutan. Kurangkan kekusutan lebihkan senyuman. Kurangkan percakapan lebihkan perhatian. Kurangkan kemarahan lebihkan belas kasihan dan kurangkanlah kebencian lebihkan baik sangkaan. Insyaa Allah kebahagiaaan akan kita dapatkan.



Sabtu, 15 November 2014

KEUTAMAAN AKAL

Setiap sesuatu yang ALLAH jadikan, di dalam nya terkandung banyak hikmah kebijaksanaan.Kelebihan burung pada kepak nya. Kelebihan gajah pada kuat nya dan kelebihan manusia pada akal nya.
Para Hukamak telah berkata : Anugerah yang paling berharga bagi seorang manusia adalah akal yang mampu menghindarkan diri nya dari melakukan kesalahan.
Jika tidak dapat demikian hendaklah ada perasaan malu yang dapat menjaga kehormatan dan menahan diri nya dari melakukan kehinaan.
Atau jika tidak dapat demikian maka hendaklah ada perasaan takut yang dapat mengekang diri nya dari melakukan kemungkaran.
Dan jika tidak boleh juga demikian maka hendaklah ada satu kemampuan yang dapat menutupi diri nya dari melakukan semua kejahatan.
Imam Ali radhiallahu anhu telah mengingatkan :
Ketinggian nilai diri seorang hamba terletak pada akal dan ilmu pengetahuan nya.
Terletak juga pada budi dan adab kesopanan nya.
Terletak juga pada usaha dan amal ibadah nya.
Terletak juga pada belas kasihan dan kedermawanan nya.
Terletak juga pada moral dan akhlak nya.
Ia nya sama sekali tidak terletak pada wajah , gaya dan kedudukan nya.
Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu telah meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Kemuliaan seseorang itu terletak pada agama nya. Kemanusian seseorang itu terletak pada akal nya dan kebangsawanan seseorang itu terletak pada akhlaqnya.
Sebagai kesimpulan nya hendaklah kita percaya bahawa :
Keutamaan jiwa adalah kemurahan.
Keutamaan badan adalah kesabaran.
Keutamaan lisan adalah kejujuran.
Keutamaan budi adalah keikhlasan.
Keutamaan hati adalah keberanian.
Dan keutamaan akal adalah kebijaksanaan.

Jumaat, 14 November 2014

NIKMAT KEBAIKAN.

NIKMAT KEBAIKAN

ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang sangat berbelas kasihan kepada setiap insan. Walaupun Maha Mengetahui hamba-hamba NYA selalu malas berbuat amalan dan hidup dalam kelalaian namun DIA tetap membalas sekuman kebaikan dengan sebesar-sebesar ganjaran dan rahmat NYA selalu melingkungi orang-orang yang mencintai kebaikan.
Sesungguhnya rahmat ALLAH amat dekat dengan orang-orang yang berbuat kebaikan ( Surah al-A'raf ayat 56 )
Maka barangsiapa yang memenuhi ajakan Tuhan NYA maka hilanglah kejahatan dari diri nya dan datanglah segala kebaikan menjadi teman nya.
Sesungguhnya Allah mencatat segala kebaikan dan kejahatan.
Lalu menjelaskan tentang kedua-dua kedudukan.
Barangsiapa berniat melakukan kebaikan lalu mengerjakan.
Maka akan dicatat untuknya 10 kebaikan mungkin ditambah hingga 700 kali lipat atau lebih ganjaran.
Bila ia berniat melakukan kejahatan lalu tidak dikerjakan.
Maka Allah mencatat baginya satu kebaikan dan jika niat itu dilaksanakan maka ditulis baginya satu kejahatan.
(HR. Imam Bukhari dan Muslim).
Inilah nikmat berbuat kebaikan sehingga Allah mengaku mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan ( Surah Al-Baqarah ayat 195 )
Dan alangkah indah nya apabila ALLAH mencintai seseorang maka ALLAH akan menjadikan diri nya di cintai banyak orang.
Karena itu berbuat baiklah kalian kepada setiap insan sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kalian ( Surah Al-Qashash ayat 77 )
Dan tidak adalah balasan kebaikan melainkan kebaikan ( Surah Ar-Rahman ayat 60 ).
Tanda seseorang berakal fikiran.
Selalu mengutamakan hari Kemudian.
Lidah yang basah mengingati Tuhan.
Mata yang menangis kerana penyesalan.
Diri yang sabar menghadapi ujian.
Dan hati yang penuh dengan kebaikan.
Insyaa Allah.


Selasa, 11 November 2014

JANGAN RELA SYAITAN GEMBIRA.

JANGAN RELA SYAITAN GEMBIRA

Syaitan merasa sangat GEMBIRA apabila manusia BERDUKACITA. Lebih buruk lagi bila tong dukacita itu kita isi dengan perasaan putus asa, hampa dan kecewa.
Kesedihan itu sangat memberi kesan bila kita mula menyalahkan ketentuan dan membenci segala ujian hingga membunuh cita-cita dan harapan.
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah pernah mengingatkan :
Sesungguhnya kesedihan itu melemahkan perasaan.
Sesungguhnya kesedihan itu membunuh keazaman.
Dan sesungguhnya kesedihan itu memudharatkan kesungguhan.
Dan tiadalah sesuatu yang lebih mengembirakan syaitan melainkan kesedihan orang beriman.
Apabila lemah perasaan, mati nya keazaman dan hilang nya kesungguhan maka masuklah kita ke dalam dunia tanpa semangat.Maknanya hidup ini mestilah bersemangat baru kita menjadi kuat.Mestilah taat baru kita menjadi hebat.Bila hidup tanpa semangat baik bersiap menjadi mayat.
Untuk mengalahkan dukacita dan menyubur suasana ceria maka kita hendaklah melakukan TIGA perkara :
Pertama : Bekerja dengan kesungguhan.
Kedua : Ikhlas segala perbuatan
Ketiga : Bersemangat mencapai kejayaan.
Para Ulamak telah berkata :
Barangsiapa yang banyak KESUNGGUHAN NYA maka banyaklah pula KEJAYAAN NYA.
Barangsiapa yang banyak KESABARAN NYA maka banyaklah pula KETENANGAN NYA.
Barangsiapa yang banyak KESYUKURAN NYA maka banyaklah pula KEKAYAAN NYA.
Barangsiapa yang banyak KEDENGKIAN NYA maka banyaklah pula KESUSAHAN NYA.
Barangsiapa yang banyak KEMAAFAN NYA maka banyaklah pula KEBAHAGIAAN NYA.
Barangsiapa yang banyak KERAKUSAN NYA maka banyaklah pula PENDERITAAN NYA.
Barangsiapa yang banyak KEJAHATAN NYA maka banyaklah pula KEHINAAN NYA.
Dan barangsiapa yang banyak melampaui BATASAN NYA maka banyaklah pula PENYESALAN NYA.
Kegembiraan itu hanya akan kita dapatkan bila kita mensyukuri segala nikmat Tuhan baik dalam kesenangan atau kesusahan.Ingatlah bahawa kegembiraan orang beriman di dalam ketaatan merupakan perkara yang sangat di benci syaitan dan tiadalah sesuatu yang mengembirakan syaitan melainkan kesedihan orang beriman.
Maha Suci Allah yang menjadikan KEPASRAHAN kepada NYA sebagai KEKUATAN.
Maha Suci Allah yang menjadikan HARAPAN kepada NYA sebagai KEKAYAAN.
Maha Suci Allah yang menjadikan TAWADHUK kepada NYA sebagai KETINGGIAN.
Dan Maha Suci Alah yang menjadikan TAWAKKAL kepada NYA sebagai KECUKUPAN.
Andai kita BERDUKACITA maka ingatlah bahawa HIDUP ini bukan SELAMA-LAMA NYA.
Dan andai kita BERGEMBIRA maka ingatlah bahawa DUNIA ini hanya SEMENTARA.
Jangan RELA Syaitan GEMBIRA.

Ahad, 9 November 2014

ANGKAT TANGAN MU TINGGI-TINGGI

Wahai orang yang MENYENDIRI.
Membiarkan resah MEMENJARA hati.
Bagaimana kamu menjalani HARI.
Jika selalu MURUNG begini.
Kamu melihat DURI dalam melati.
Tapi tak TERCIUM harum mewangi.
Kamu mendengar burung MENYANYI.
Jadi tak pantas MERINTIH lagi.
Dalam setiap MASALAH mengiringi.
Kita pasti KUAT kembali.
Angkat tangan mu TINGGI-TINGGI.
Serahkan jiwa mu ke Hadrat ILAHI.

Wahai orang yang sedang MENGHIBA.
Kamu tak SAKIT dan tidak GILA.
BERSEMANGAT dan hiaslah diri anda.
Pasti terlihat INDAH nya dunia.
Saat gelap menyeliputi RAYA.
Saat mendong MENUTUP jiwa.
TERANGI malam dengan BERDOA.
Dengan DZIKIR penoh CAHAYA.
Beruntunglah hamba yang DZIKIR pada NYA.
Dengan MENGHIBA sepenuh RASA.
ALLAH hampar jalan BAHAGIA.
Dengan syarat mengaku HAMBA.
HARAPAN kepada ALLAH itu merupakan KEKAYAAN.
Tidak dapat di robek oleh KEMISKINAN.
Dan PUTUS ASA dari KEMURAHAN ALLAH itu merupakan KEMISKINAN.
Tidak TERTUTUP oleh KEKAYAAN.
 

Rabu, 5 November 2014

SAHABAT KITA SAUDARA KITA


SAHABAT KITA SAUDARA KITA

Para Pujangga telah berkata : SAHABAT itu umpama PERMATA.
Susah mendapatkan nya tetapi sangat besar NILAI nya.
Besar HARGA nya kerana menjadi LADANG PAHALA buat kita.
Malah ada SYAFAAT yang dapat di berikan kepada kita semua.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Sebaik-baik SAHABAT di sisi ALLAH adalah orang yang TERBAIK terhadap teman nya dan sebaik-baik JIRAN di sisi ALLAH adalah orang yang TERBAIK terhadap jiran nya.
Makna nya SEKASIH-KASIH ALLAH kepada HAMBANYA
Adalah SEKASIH-KASIH hambanya terhadap SAUDARA nya.
( H.R. Al-Hakim )
Di dalam riwayat yang lain para sahabat pernah bertanya Baginda :
Ya Rasulullah ! Apakah menolong binatang mendapat pahala ?
Jawab Baginda : Di dalam semua yang BERNYAWA ada PAHALA.
Makna nya bila menolong apa sahaja yang BERNYAWA maka ada PAHALA di dalamnya.
Kitab Tanbihul Ghafilin.
Imam Al-Hasan Al-Bashri radhiallahu anhu telah memberi ingat.
Perbanyakkanlah sahabat-sahabat Mukmin mu kerana mereka memiliki SYAFAAT pada Hari Qiamat.
Selanjutnya Baginda bersabda :
Di Hari Kiamat nanti para Nabi , Malaikat dan kaum Mukminin akan memberika SYAFAAT mereka lalu ALLAH Subhanahu Wa Taala berfirman yang bermakna : Kini hanya SYAFAAT KU yang tersisa.
( Shahih Al-Bukhari )
Syeikh Aidh Al-Qarni telah bermadah pujangga dengan kata hikmah nya
Ketika diri anda di liputi kesedihan dan dukacita.
Maka berbuat baiklah terhadap sesama manusia.
Berilah SEDEQAH kepada orang yang PAPA.
Bantulah orang-orang yang TERANIAYA.
RINGANKAN beban orang-orang yang MENDERITA.
Berilah minum orang yang DAHAGA.
ZIARAHI orang sakit dan hiburkan mereka.
DOAKAN mereka yang terkena BALA.
Kerana..
KEBAJIKAN itu SEBAIK nama nya.
KERAMAHAN itu SELEMBUT wujud nya.
KEBAIKAN itu SEINDAH rasa nya.
Dan orang PERTAMA yang mendapat MANAFAAT nya.
Adalah mereka yang MENGAMALKAN nya.
Mereka merasa MANIS nya BUAH di dalam JIWA, AKHLAQ dan NURANI mereka.
Inilah OBAT untuk hidup BAHAGIA.
INSYAA ALLAH.

SEMBUNYIKAN

SEMBUNYIKAN
<3 SEMBUNYIKAN <3

<3 Dapat melakukan amal kebaikan merupakan satu keberuntungan kerana di dalam nya ada rahmat Tuhan dan menyebar kasih sayang sesama insan. Sedangkan melakukan kejahatan melata racun di dalam kehidupan.
<3 Di dalam Kitab Ihya Ulumiddin Imam Al-Ghazali telah berpesan :
<3 Sesungguhnya KETHAATAN itu mewariskan KEMULIAAN.
<3 Dan sesungguhnya KEMAKSIATAN itu mewariskan KEHINAAN.
<3 Malah Sayyidina Umar Al-Khatthab radhiallahu anhu mengingatkan :
<3 Sesungguhnya ALLAH menyembunyikan KEREDHAAN dalam KETHAATAN dan ALLAH menyembunyikan KEMURKAAN dalam KEMAKSIATAN.
<3 Memang beruntung sekali dapat melakukan kebaikan kerana itu tanda Allah memberi KECINTAAN dan KASIH SAYANG.Hukamak telah berkata :
Apabila Allah cinta kepada hamba NYA maka di beri kefahaman kepada mereka dan apabila Allah cinta kepada hamba NYA maka di mudahkan kepada nya untuk melakukan kethaatan kepada NYA.
<3 Amal kebaikan itu membaja ROH kita dan MENYEMBUNYIKAN amal itu adalah lebih UTAMA.
<3 Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
<3 Sesungguhnya ALLAH mencintai hamba NYA yang BERTAQWA , hamba NYA yang selalu QANAAH ( merasa cukup ) dan hamba NYA yang suka MENYEMBUNYIKAN amal nya.
( H.R. Imam Muslim ).
<3 Syeikh Sufyan bin Uyainah telah meriwayatkan bahawa Abu Hazim telah memberitahu :
Sembunyikanlah KEBAIKAN mu sebagaimana engkau menyembunyikan KEJAHATAN MU.
Dengan menyembunyikan amal kebaikan Ulamak Salaf berpendapat SEMPURNAlah segala kebajikan ,tercerminlah KEIKHLASAN , Kepastian mendapat GANJARAN dan terhindarlah dari KESOMBONGAN.

<3 SEMBUNYIKANLAH AMAL KEBAIKAN :
<3 Sayyidatina Aisyah Radhiallahu anha menutup pintu rumah nya baru mengerjakan solat Dhuha yang panjang di dalam nya.
<3 Ketika Abu Ayyub As-Sakhtiyani sedang berbicara dan hati nya tersentuh sehingga mengalir airmata nya maka ia menyembunyikan nya dengan berkata : selsema menyerang nya.
<3 Ketika Imam An-Nakh'i sedang membaca Al-Quran kemudian ada orang datang maka ia pun segera menyembunyikan Al-Quran yang sedang di baca nya.
<3 Ketika Ibnu Abi Laila sedang melaksanakan solat kemudian ada orang datang maka ia pun segera tidur di sejadah nya.
<3 Ketika Syeikh Ibrahim Al-Adham sedang sakit pada malam hari nya maka ia meletakkan makanan orang sihat di kepalanya supaya orang tidak tahu keadaan nya.
<3 Demi Tuhan yang Maha Kuasa.
<3 Andai ada seorang yang hidup seribu tahun lama nya.
<3 Dan memiliki segala-gala nya.
<3 Menikmati segala keindahan dunia.
<3 Bahagia sepanjang hidup nya.
<3 Sedikitpun tidak pernah menderita.
<3 Maka itu akan menjadi nyata.
<3 Saat ia sudah tidak bernyawa.
<3 Dan terbaring di dalam kubur nya.
Dapat melakukan amal kebaikan merupakan satu keberuntungan kerana di dalam nya ada rahmat Tuhan dan menyebar kasih sayang sesama insan. Sedangkan melakukan kejahatan melata racun di dalam kehidupan.
Di dalam Kitab Ihya Ulumiddin Imam Al-Ghazali telah berpesan :
Sesungguhnya KETHAATAN itu mewariskan KEMULIAAN.
Dan sesungguhnya KEMAKSIATAN itu mewariskan KEHINAAN.
Malah Sayyidina Umar Al-Khatthab radhiallahu anhu mengingatkan :
Sesungguhnya ALLAH menyembunyikan KEREDHAAN dalam KETHAATAN dan ALLAH menyembunyikan KEMURKAAN dalam KEMAKSIATAN.
Memang beruntung sekali dapat melakukan kebaikan kerana itu tanda Allah memberi KECINTAAN dan KASIH SAYANG.Hukamak telah berkata :
Apabila Allah cinta kepada hamba NYA maka di beri kefahaman kepada mereka dan apabila Allah cinta kepada hamba NYA maka di mudahkan kepada nya untuk melakukan kethaatan kepada NYA.
Amal kebaikan itu membaja ROH kita dan MENYEMBUNYIKAN amal itu adalah lebih UTAMA.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya ALLAH mencintai hamba NYA yang BERTAQWA , hamba NYA yang selalu QANAAH ( merasa cukup ) dan hamba NYA yang suka MENYEMBUNYIKAN amal nya.
( H.R. Imam Muslim ).
Syeikh Sufyan bin Uyainah telah meriwayatkan bahawa Abu Hazim telah memberitahu :
Sembunyikanlah KEBAIKAN mu sebagaimana engkau menyembunyikan KEJAHATAN MU.
Dengan menyembunyikan amal kebaikan Ulamak Salaf berpendapat SEMPURNAlah segala kebajikan ,tercerminlah KEIKHLASAN , Kepastian mendapat GANJARAN dan terhindarlah dari KESOMBONGAN.

SEMBUNYIKANLAH AMAL KEBAIKAN :
Sayyidatina Aisyah Radhiallahu anha menutup pintu rumah nya baru mengerjakan solat Dhuha yang panjang di dalam nya.
Ketika Abu Ayyub As-Sakhtiyani sedang berbicara dan hati nya tersentuh sehingga mengalir airmata nya maka ia menyembunyikan nya dengan berkata : selsema menyerang nya.
Ketika Imam An-Nakh'i sedang membaca Al-Quran kemudian ada orang datang maka ia pun segera menyembunyikan Al-Quran yang sedang di baca nya.
Ketika Ibnu Abi Laila sedang melaksanakan solat kemudian ada orang datang maka ia pun segera tidur di sejadah nya.
Ketika Syeikh Ibrahim Al-Adham sedang sakit pada malam hari nya maka ia meletakkan makanan orang sihat di kepalanya supaya orang tidak tahu keadaan nya.

Imam Abul-Laits Assamarqandi di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin telah berkata :
Barangsiapa yang ingin mematahkan rasa SOMBONG di dalam amal nya maka hendaklah melakukan EMPAT perkara :
Pertama : Mengingati bahawa taufiq hidayah untuk dapat beramal itu datang dari Allah maka dengan kesedaran itu ia akan sibuk bersyukur kepada Rabb Nya dan tiada sebab untuk membanggakan amal nya.
Kedua : Menyedari bahawa semua nikmat yang ia terima adalah karunia dari Rabb Nya maka ia sibuk mensyukuri nikmat yang di berikan kepada nya dan tidak wajar membanggakan amal-amal nya.
Ketiga : Ia merasa takut tidak di terima amal-amal nya maka bila merasa amalnya tidak di terima tiada sebab hendak berbangga ke atas nya.
Keempat : Selalu mengingati akan dosa-dosa nya sehingga ia khuatir dosa nya lebih banyak dari amal-amal nya dan dengan demikian ia tidak dapat ujub membanggakan amal nya.

Demi Tuhan yang Maha Kuasa.
Andai ada seorang yang hidup seribu tahun lama nya.
Dan memiliki segala-gala nya.
Menikmati segala keindahan dunia.
Bahagia sepanjang hidup nya.
Sedikitpun tidak pernah menderita.
Maka itu akan menjadi nyata.
Saat ia sudah tidak bernyawa.
Dan terbaring di dalam kubur nya.

Ahad, 2 November 2014

MUDAH DAN INDAH

MUDAH DAN INDAH. INSYAA ALLAH
SILATURRAHMI merupakan ibadah yang MUDAH , INDAH dan MEMBAWA BERKAH.
SILATURRAHMI termasuk AKHLAQ MULIA yang di REDHAI ALLAH.
Orang-orang yang MEMUTUSKAN Silaturrahmi akan mendapat KEMURKAAN ALLAH.
Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu telah meriwayatkan bahawa :
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Barangsiapa yang beriman dengan ALLAH dan Hari Kemudian.
Maka hendaklah BERSILATURRAHMI.
( Muttafaq'alaih ).

Imam Abul-Laits As-Samarqandi telah meriwayatkan SILATURRAHMI dengan SEPULUH kebaikan :
Pertama : Mendapat REDHA dari ALLAH Subhanahu Wa Taala.
Kedua : Membuat orang yang di kunjungi merasa BAHAGIA. Hal ini sesuai dengan sabda Baginda yang maksudnya : AMAL yang paling UTAMA selepas amalan fardhu adalah membuat saudara mu merasa GEMBIRA.(H.R.Imam Bukhari ).
Ketiga : Menyenangkan MALAIKAT kerana Malaikat juga suka BERSILATURRAHMI.
Ada TIGA perkara yang Malaikat CINTA :
Pertama : Menuntun orang-orang yang sesat.
Kedua : Mengasihi mereka yang solat dalam keadaan miskin dan papa.
Ketiga : Bersilaturrahmi dan membantu kerabat yang sengsara.
( Kitab Al-Munabbihat Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani )
Keempat : SILATURRAHMI adalah Amalan yang di senangi manusia.
Kelima : SILATURRAHMI menjadikan Iblis dan Syaitan murka.
Keenam : SILATURRAHMI menambah REZEKI nya.
Ketujuh : SILATURRAHMI memanjangkan USIA nya.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang suka untuk di TAMBAHkan REZEKI nya dan di PANJANGKAN UMUR nya maka hendaklah hendaklah menyambung hubungan keluarga ( Silaturrahmi ) ( H.R.Imam Bukhari )
Kelapan : Memupuk rasa CINTA , KASIH SAYANG dan BERBELAS KASIHAN sesama manusia.
Kesembilan : MENGEMBIRAKAN orang yang telah tiada ( Wafat ). Orang yang telah meninggal dunia merasa damai hati nya bila keluarga yang di tinggalkan nya tidak di lupakan oleh saudara-sauara lain nya.
Kesepuluh : Menambah PAHALA SETELAH KEMATIAN NYA kerana orang yang suka Bersilaturrahmi semasa hidup nya akan di kenang setelah ketiadaan nya dan orang selalu MENDOAKAN nya.
Para Ulamak telah berkata :
Sesungguhnya SILATURRAHMI dapat membersihkan setiap AMALAN.
Sesungguhnya SILATURRAHMI dapat menambah HARTA KEKAYAAN.
Sesungguhnya SILATURRAHMI dapat menghindarkan segala KESUSAHAN.
Sesungguhnya SILATURRAHMI dapat mempermudah TIMBANGAN di HARI KEMUDIAN.
Sesungguhnya SILATURRAHMI dapat menunda ajal KEMATIAN.
Para Hukamak pula telah menambah perisa :
Jika LISAN terhias dengan KEJUJURAN.
Maka PERIBADI nya akan bersinar dengan KEINDAHAN.
Jika HATI terhias dengan KEBAIKAN.
Maka REZEKI nya akan ALLAH TAMBAHKAN.
Jika IHSAN terhias dengan KEIKHLASAN.
Maka UMUR nya akan ALLAH PANJANGKAN.

Sabtu, 1 November 2014

KATA NAK IKUT SUNNAH

KATA NAK IKUT SUNNAH
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi ADAB dan DOA kita tak ENDAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi makan tak baca BISMILLAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi hanya perkara NIKAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi jual beli tidak AMANAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi payah nak solat JEMAAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi mulut sumpah SERANAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi anak yatim kita JERKAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi takut tolong orang SUSAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi Mak Bapak buat macam SAMPAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi tak pernah bantu ORANG RUMAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi nak jimak kita main REDAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi ketawa BERDEKAH-DEKAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi berdendam tak mahu KALAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi benci tak mahu BERALAH.
Kalau betul nak ikut SUNNAH.
Baca selalu sirah RASULULLAH.
INSYAA ALLAH.