Subscribe:

Khamis, 30 Januari 2014

DARI LANGIT YANG TINGGI


DARI LANGIT YANG TINGGI

Dari langit yang tinggi.
Turun hujan membasahi bumi.
Dari sakit yang di beri.
Ada hikmah yang tersembunyi.

Dari langit yang tinggi.
Turun sinar mentari pagi.
Dari sakit yang di beri.
Ganjaran pahala sedang menanti.

Dari langit yang tinggi.
Turun Al-Quran menyinari hati.
Dari sakit yang di beri.
Baru kita mengenal diri.
Insyaa Allah (^_^)V.

ADA TAMAN KEINDAHAN


ADA TAMAN KEINDAHAN

Dalam diri orang-orang beriman.
Ada taman keindahan.
Kerana keindahan adalah kurniaan.
Yang meliputi jiwa kehambaan.

Taman BUDI adalah KEIKHLASAN.
Taman HATI adalah KEBERANIAN.
Taman LISAN adalah KEJUJURAN.
Taman BADAN adalah KESABARAN.
Taman AKAL adalah KEBIJAKSANAAN.
Taman JIWA adalah KEMURAHAN.
Taman NYAWA adalah KETAQWAAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

SIAPA YANG ALLAH CINTA

SIAPA YANG ALLAH CINTA

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang di beri suatu KEBAIKAN.
Maka hendaklah dia MENGINGATI NYA.
Barangsiapa yang MENGINGATI NYA.
Di anggap MENSYUKURI NYA.
Barangsiapa yang tidak mengenang BUDI yang di beri.
Ia di anggap sebagai KUFUR nikmat ILAHI.
( H.R.Imam At-Thabarani )

ALLAH cinta kepada hamba NYA yang berbuat KEBAIKAN.
ALLAH cinta kepada hamba NYA yang BERBELAS KASIHAN.
ALLAH cinta kepada hamba NYA yang BERKASIH SAYANG.
ALLAH cinta kepada hamba NYA yang suka MEMAAFKAN.
ALLAH cinta kepada hamba NYA yang menahan KEMARAHAN.
ALLAH cinta kepada hamba NYA yang saling MENDOAKAN.
ALLAH cinta kepada hamba NYA yang memberi KEMANFAATAN.
ALLAH cinta kepada hamba NYA yang membina KETAATAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

MEKAR DALAM KEBAIKAN.


KADANG-KADANG

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya ALLAH mencintai seorang hamba yang BERTAQWA.
KAYA dan tekun dalam BERIBADAH.
Serta sembunyi-sembunyi dalam memberikan SEDEQAH.
( Hadith Shahih ).

Kadang-kadang kita perlukan KETENANGAN.
Tetapi ia tidak muncul dari KELALAIAN.
Ia muncul dalam AL-QURAN.
Kadang-kadang kita perlukan KEKUATAN.
Tetapi ia tidak hadir dalam KEBENDAAN.
Ia muncul dalam KETAATHAN.
Kadang-kadang kita perlukan KASIH SAYANG.
Tetapi ia tidak terpanggil dengan KEMASYURAN.
Ia mekar dalam KEBAIKAN.
(^_^)V

Rabu, 29 Januari 2014

UJIAN HEBAT OBAT KUAT

UJIAN HEBAT OBAT KUAT

Nabi Isa alaihissalam telah berkata :
Sesungguhnya engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau GEMARI.
Melainkan dengan KESABARAN mu ke atas apa yang tidak engkau SUKAI.

Baginda Rasululah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Tanda-tanda orang BERIMAN :
Pertama : BERSYUKUR atas KELAPANGAN.
Kedua : BERSABAR atas PERCUBAAN.
Ketiga : BERLAPANG DADA atas KETENTUAN.

Hukamak telah berkata :
Orang yang paling lama mengalami KESUSAHAN.
Adalah orang yang di dalam hati nya ada KEDENGKIAN.
Orang yang paling banyak merasa KETENANGAN.
Adalah orang yang di dalam dada nya ada KECUKUPAN.
Orang yang paling teruk mengalami KESAKITAN.
Adalah orang yang di dalam hidup nya penuh KETAMAKAN.
Orang yang paling rendah dalam KEHIDUPAN.
Adalah orang yang menolak KEDUNIAAN.
Orang yang paling besar PENYESALAN.
Adalah orang berilmu yang MELAMPAUI BATASAN.

Ingatlah wahai teman-teman.
Sesungguhnya tidak ada PENDERITAAN.
Bila ALLAH menghendaki menjadikan KEBAHAGIAAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

JIKA INGIN HATI BERLIAN

JIKA INGIN HATI BERLIAN

Jika ingin KEMANISAN.
Hendaklah TAKUT kepada TUHAN.
Jika ingin HATI BERLIAN.
Hendaklah jaga PENGLIHATAN.
Jika ingin LAZAT AMALAN.
Hendaklah jaga PERMAKANAN.
Jika ingin KEWIBAWAAN.
Hendaklah jaga KELAKUAN.
Jika ingin KETENANGAN.
Hendaklah jaga ISI AL-QURAN.
Jika ingin KEMULIAAN.
Hendaklah jaga ADAB dan SOPAN.
Jika ingin KEIMANAN.
Hendaklah jaga segala SURUHAN.
Jika ingin KETENTERAMAN.
Hendaklah jaga KEMARAHAN.
Jika ingin KETAQWAAN.
Hendaklah jaga segala LARANGAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

BAHAGIA DALAM REDHA


BAHAGIA DALAM REDHA.

Dengan nama ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya orang yang PATUH berserah diri kepada QADHA' KU.
RIDHA dengan HUKUM KU.
Dan BERSABAR atas UJIAN dan COBAAN KU .
Nescaya AKU bangkitkan diri nya pada Hari Qiamat kelak.
Bersama-sama dengan orang yang mempunyai martabat SIDDIQIN.
( H.Q.R. Imam Ad-Dailami bersumber dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu ).

BAHAGIA DALAM REDHA 2

BAHAGIA DALAM REDHA 2

Barangsiapa yang TIDAK REDHA dengan HUKUM KU.
Dan TIDAK SABAR dengan BALA KU.
Maka carilah TUHAN selain AKU.
( H.Q.R. Ibnu Hibban Imam At-Thabari dan Ibnu Asakir )

Imam Abu Hasan Asy-Syazdily berkata :
Ada DUA kebaikan yang tidak akan merugikan seorang hamba.
Jikalau ia diliputi KEDUA-DUA nya.
Walaupun ia BANYAK dosa.
Pertama : REDHA terhadap QADAK ALLAH.
Kedua : Luas PENGAMPUNAN terhadap sesama hamba ALLAH.

BAHAGIA DALAM REDHA 3

BAHAGIA DALAM REDHA 3

Sayyidatina Aisyah radhiallahu anha meriwayatkan bahawa :
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang REDHA terhadap ALLAH Rabb nya.
Maka ALLAH akan MEREDHAI nya.
( Kitab Kanzul Ummal 159/3 )

Sayyidina Umar Al-Khatthab radhiallahu anhu berkata :
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
ALLAH berfirman :
Seorang pemuda yang PERCAYA dengan QADAR KU.
REDHA dengan KETETAPAN KU.
Berasa CUKUP dengan rezeki PEMBERIAN KU.
Dan meninggalkan HAWA NAFSU di sebabkan AKU.
Maka ia di hadapan KU.
Laksana salah satu Malaikat KU.
( Kitab Kanzul Ummal 43107/15 )

SEBARKAN SALAM


SEBARKAN SALAM

Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa :
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Kamu tidak akan masuk Syurga sampai kamu beriman ( Dengan iman yang sempurna )
Dan tidaklah kamu di sebut beriman sehingga kamu sekelian saling cinta mencintai.
Inginkah kamu ku tunjukki sesuatu bilamana kamu laksanakan maka kamu akan cinta mencintai ?
Tebarkanlah salam di kalangan kamu sekelian.
( H.R.Imam Muslim dan Abu Dawud ).

Salam sebagai pembuka segala ucapan.
Salam sebagai penunduk segala kesombongan.
Salam sebagai doa untuk teman.
Salam sebagai asas kasih sayang.
Salam sebagai awal belas kasihan.
Salam sebagai penyebab rahmat Tuhan.
Salam sebagai jalan menghidupkan sunnah akhir zaman.
Salam sebagai cara mendapatkan keampunan.
Salam sebagai pelengkap kebaikan.
Salam sebagai penambah kebajikan.
Salam sebagai benih kemesraan.
Salam sebagai tuntutan persaudaraan.
Salam sebagai satu sebab Malaikat mendoakan.
Salam sebagai satu jalan menuju kebahagiaan mendapat Syurga yang di janjikan.
Insyaa Allah (^_^)V.

Selasa, 28 Januari 2014

LIMA AMALAN MEMBERAT TIMBANGAN


LIMA AMALAN MEMBERAT TIMBANGAN

Pertama : BAIK AKKHLAQ NYA.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari AKHLAQ YANG BAIK dalam timbangan di Akhirat kelak.
( H.R. Al-Hakim dan Imam At-Turmudzi )

Kedua : SELAWAT KE ATAS BAGINDA.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya SELAWAT ke atas Nabi shallallahu alaihi wasallam termasuk yang memberatkan timbangan.
( H.R. Al-Hakim dan Imam At-Turmudzi ).

Ketiga : UCAPAN ALHAMDULILLAH.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Ucapan ALHAMDULILLAH memenuhi timbangan ( Mizan ).
( H.R. Imam Muslim )

Keempat : KALIMAT LAA ILAHA ILLALLAH.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Kalau sekiranya tujuh petala langit dan bumi dan segala isi nya di letakkan pada satu piring timbangan sedang LAA ILAHA ILLALLAH di letakkan pada sebelah lain nescaya kalimat tauhid itu akan melebihi berat langit dan bumi.
( H.R.Imam Ahmad )

Kelima : TASBIH SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI. SUBHANALLAHIL AZHIIM.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Dua kalimat ringan pada lisan berat pada timbangan dan menimbulkan cinta kepada Tuhan ia itu : SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL AZHIIM.
( H.R.Imam Bukhari )

SELALU ADA

HARAPAN itu selalu ada.
Bagi mereka yang selalu BERDOA.

JALAN itu selalu ada.
Bagi mereka yang selalu BERUSAHA.

KETENANGAN itu selalu ada.
Bagi mereka yang selalu REDHA.

Satu perkara yang membuatkan kita GEMBIRA adalah CINTA.
Satu perkara yang membuatkan kita BINASA adalah PUTUS ASA.
Satu perkara yang membuatkan kita PERCAYA adalah SETIA.
Satu perkara yang membuatkan kita BERJAYA adalah USAHA.
Satu perkara yang membuatkan kita BAHAGIA adalah TAQWA.
Satu perkara yang membuatkan kita WAJA adalah DOA.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

HITAM PUTIH KEHIDUPAN


HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Hitam putih kehidupan.
Kebaikan dan kejahatan.
Kelebihan dan kekurangan.
Kesenangan dan kesusahan.
Pengharapan dan keputus asaan.
Keselamatan dan kebinasaan.
Kehidupan dan kematian.
Kesempatan adalah pilihan.
Pilihlah jalan menuju Tuhan.
Insyaa Allah (^_^)V.

Tidak ada yang boleh menolak takdir melainkan doa.
Dan tidak ada yang boleh memanjangkan usia melainkan perbuatan baik nya.
( H.R.Imam Tirmidzi )

Sabtu, 25 Januari 2014

ISLAM ITU INDAH

ISLAM ITU INDAH

Dalam UJIAN ku temui KEKUATAN.
Dalam SABAR ku temui KETENANGAN.
Dalam DIAM ku temui KESELAMATAN.
Dalam HADITH ku temui PEDOMAN.
Dalam AL-QURAN ku temui KEBENARAN.
Dalam SOLAT ku temui KEDAMAIAN.
Dalam SELAWAT ku temui KEBERKATAN.
Dalam ISLAM ku temui KEINDAHAN.

JIKA INGIN HATI BERLIAN

JIKA INGIN HATI BERLIAN

Jika ingin KEMANISAN.
Hendaklah TAKUT kepada TUHAN.
Jika ingin HATI BERLIAN.
Hendaklah jaga PENGLIHATAN.
Jika ingin LAZAT AMALAN.
Hendaklah jaga PERMAKANAN.
Jika ingin KEWIBAWAAN.
Hendaklah jaga KELAKUAN.
Jika ingin KETENANGAN.
Hendaklah jaga ISI AL-QURAN.
Jika ingin KEMULIAAN.
Hendaklah jaga ADAB dan SOPAN.
Jika ingin KEIMANAN.
Hendaklah jaga segala SURUHAN.
Jika ingin KETENTERAMAN.
Hendaklah jaga KEMARAHAN.
Jika ingin KETAQWAAN.
Hendaklah jaga segala LARANGAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

TUJUH KUNCI KEBAHAGIAAN MANUSIA

TUJUH KUNCI KEBAHAGIAAN MANUSIA

Qalbun Syakirun (Hati yang selalu bersyukur)
Al-Azwaju Shalih (Pasangan yang soleh/solehah)
Waladun Shalih (Anak yang soleh/solehah)
Albiatu Shalih (Persekitaran yang sesuai untuk iman kita)
Al-Maul Halal (Harta yang halal)
Tafakkur Fiddiin (Bersemangat untuk memahami agama)
Umur yang Barakah.

Cara mudah untuk mendapatkan pahala walaupun setelah meninggal dunia.
Adalah dengan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada manusia.
Selagi mereka mengamalkannya maka pahala akan tetap ada.
Insyaa Allah (^_^)

AKIBAT DOSA


AKIBAT DOSA

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya seseorang hamba boleh tertahan REZEKI nya.
Kerana DOSA-DOSA yang dilakukannya.
(HR.Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

ALLAH MENGIZINKAN

ALLAH MENGIZINKAN

ALLAH mengizinkan kita MERASA UJIAN.
Agar esok kita tahu erti KEKUATAN.

ALLAH mengizinkan kita merasa TANGISAN.
Agar esok kita mampu menghiburkan orang yang KESEDIHAN.

ALLAH menjadikan kita manusia yg dikaruniai KELEBIHAN dan KEKURANGAN.
Agar kita BERSYUKUR dan BERDOA serta saling menghargai sesama INSAN.

Setiap UJIAN yang melanda adalah PELAJARAN
Agar kita semakin bijak dan dewasa dalam KEHIDUPAN.

Sesungguhnya NIKMAT KURNIAAN yang terbaik adalah segala kejadian yang membawa kita semakin dekat kepada TUHAN.
Betapapun itu sangat MENYAKITKAN.

Ya Allah beri kami kekuatan untuk BERBELAS KASIHAN dan MEMAAFKAN.
Jangan beri kami kekuatan untuk selalu MENYALAHKAN keadaan.
Tetapi berilah kami KEKUATAN untuk menghadapi KENYATAAN.
Dan bisa memetik HIKMAH dari setiap KEJADIAN.

ADA HIKMAH


ADA HIKMAH

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa di kehendaki ALLAH mendapat KEBAIKAN.
Maka di beri nya PENDERITAAN.
Nescaya selalu mendapat COBAAN.
( H.R.Imam Al-Bukhari )


SECUBIT RASA SESUDU GULA

SECUBIT RASA SESUDU GULA

Risiko PERNIAGAAN.
Adalah DI TIPU pelanggan.

Risiko KEPUNYAAN.
Adalah KEHILANGAN.

Risiko PERKAHWINAN.
Adalah PERCERAIAN.

Risiko PERTEMUAN.
Adalah PERPISAHAN.

Risiko KAYA.
Adalah selalu orang MEMINTA.

Risiko PAPA.
Adalah selalu orang MENGHINA.

Risiko RUMAHTANGGA.
Adalah MADU TIGA.

JIKA


JIKA

Jika HARTA tiada manfaat.
Hidup azab tiada BERKAT.
Jika BADAN tiada manfaat.
Menjadi lazat santapan ULAT.
Jika RUMAH tiada manfaat.
Malaikat Rahmat tidak MENDEKAT.
Jika ILMU tiada manfaat.
Syaitan tuntun menjadi SESAT.
Jika HIDUP tiada manfaat.
Sangat azab tatkala SAKARAT.


RAHMAT DIA KUNCI BAHGIA

RAHMAT DIA KUNCI BAHGIA

Rupanya rahmat ALLAH membuatkan kita BAHAGIA.
Salah satu cara turun RAHMAT NYA.
Adalah dengan mencintai DIA.
Cara selain nya.
Adalah MENYAYANGI saudara kita.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang tidak belas kasih kepada saudara nya.
Maka ALLAH tidak memberi rahmat kepada dia.
( Al-Hadith - Kitab Tanbihul Ghafilin ).
Cara selain nya.
Adalah berbuat KEBAIKAN dalam hidup kita.
ALLAH Subhanahu wa Taala berfirman :
Sesungguhnya rahmat ALLAH sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat KEBAIKAN.
( Surah Al-A'raaf ayat 56 ).

Masa itu modal umur kita.
Cinta menjadikan hidup ceria.
Sihat kekayaan paling utama.
Kebahagiaan lahir dari jiwa.
Sayang menyayang kebaikan bersaudara.

MARI PERIKSA

MARI PERIKSA

Para Hukamak telah berkata :
Apabila kita ingin mengetahui AKHLAQ sebenar seseorang manusia.
Maka lihatlah sewaktu KEMARAHAN melanda diri nya.

Apabila kita ingin melihat kehebatan HATI nya.
Maka lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang MENCERCA dan MEMBENCI nya.

Apabila kita ingin melihat keadilan MINDA nya dan keindahan PEMIKIRAN nya.
Maka lihatlah cara dia berbincang dengan orang yang BERBEDZA pandangan dengan diri nya.

Khamis, 23 Januari 2014

BAJET BAGUS AMAL HANGUS

BAJET BAGUS AMAL HANGUS

Imam Al-Baihaqi radhiallahu anhu di dalam Kitab Syu'ab Al-Imam meriwayatkan daripada Al-'Ala bin Ziyad berkata :
Ada seorang lelaki yang selalu riak dalam amal ibadah nya.
Setiap kali hendak solat ia memakai wangian yang sangat harum lalu meninggikan suaranya ketika membaca surah untuk membangga diri nya.
Namun setiap kali ia berjumpa dengan manusia.
Mereka semua mencaci maki dan membenci nya.
Tidak lama kemudian ia mendapat hidayah dan mula menyembunyikan ibadah nya.
Sejak itu setiap kali berjumpa manusia.
Mereka memuji dan mendoakan nya.

Barangsiapa yang ingin di bukakan pintu hati nya.
Ingin di selamatkan daripada kesakitan maut yang bersangatan pedih nya.
Dan ingin mendapatkan kesejahteraan dari kengerian Hari Kiamat yang menimpa.
Maka hendaklah ibadah nya yang di sembunyikan nya.
Lebih banyak dari ibadah nya yang di lihat manusia.
Kitab Tartib Al-Madarik oleh Imam Al-Qadhi 'Iyadh.

Masruq radhiallahu anhu berkata :
Cukup seseorang menjadi AALIM bila TAKUT kepada ALLAH Rabb NYA.
Dan cukup seseorang menjadi BODOH kerana UJUB SOMBONG dengan AMAL nya.
Kitab Tanbihul Ghafilin.

TIGA PERKARA

TIGA PERKARA

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
TIGA macam perkara yang menanam rasa kebencian dan marah kepada manusia malah merobohkan amal yang mereka bina :
Pertama : Orang yang sibuk mencari KESALAHAN saudara nya.
Kedua : Orang yang SOMBONG atau BANGGA akan diri nya.
Ketiga : Orang yang RIYA' dalam AMAL perbuatan nya.

Manakala TIGA macam perkara menanam CINTA SAYANG sesama manusia dan mencapai keselamatan serta kedudukan di langit yang mulia :
Pertama : Orang yang BERBUAT BAIK dalam hidup nya.
Kedua : Orang yang IKHLAS dalam AMAL perbuatan nya.
Ketiga : Orang yang TAWADDHUK merendahkan diri nya.
Kitab Tanbihul Ghafilin.

BERITA GEMBIRA BUAT BONDA

BERITA GEMBIRA BUAT BONDA

Ibu Tunggal atau Janda.
Jangan kita mencela mereka.
Menjadi janda bukan keinginan nya.
Jangan mengherdik jangan menghina.
Janda cerai atau di tinggal mati.
Jangan rasa kekurangan diri.
Kenapa janda harus di hina ?
Anda pernah menolong mereka ?
Atau banyak buruk prasangka ?
Makan pakai mereka usahakan.
Anak-anak mereka besarkan.
Nafkah keluarga mereka uruskan.
Di himpit dengan banyak tekanan.
Tanpa iman tergelincir landasan.
Jangan malu di ejek janda.
Malah anda harus berbangga.
Membina diri dan keluarga anda.
Tanpa kehadiran suami tercinta.
Bertahanlah kerana kamu memang berlian.
Beriring di belakang Rasul Junjungan.
Membuka pintu Syurga dambaan.
Di kau harus berani.
Alam tersenyum di musim semi.
Sinar tertawa di lembut mentari.
Musim gugur akan berganti.
Musim bunga menebar wangi.
Bukalah oh Tuhan ! Hati semua insan.
Agar mereka peka pada penderitaan.
Anak-anak yatim dan janda yang butuh pertolongan.
Tuntunlah Ya ALLAH Ya RAHMAN..
Musafir Janda menuju kebahagiaan.

WASIAT YANG MENYUSAHKAN.


WASIAT YANG MENYUSAHKAN

Bukan semua wasiat WAJIB di sempurnakan.
Apatah lagi jika wasiat itu MENYUSAHKAN.
Sebagai contoh seorang Bapa yang sedang nazak menghadap kematian.
Berpesan kepada anak-anak nya supaya jenazah nya di kebumikan di Afrika Selatan.
Sedangkan mereka semua duduk di Kelantan.
Wasiat orang mati kepada orang hidup ini menyusahkan maka tidak wajib di sempurnakan.
Sementelah lagi mereka dalam kesusahan dan kemiskinan

Contoh kedua buat renungan.
Seorang ayah yang sedang nazak telah berpesan :
Kalau Ayah meninggal dunia kamu ambik kereta Tok Imam dan wakafkan.

Contoh ketiga buat selingan :
Seorang Ayah yang sedang nazak telah berpesan :
Kalau Ayah meninggal dunia maka jangan kebumikan jenazah Ayah selama TIGA hari kerana Ayah ada amalan.
Kalau ada jodoh pertemuan hiduplah Ayah balik selepas DUA hari sebab Ayah ada nyawa simpanan.

Islam itu INDAH. Islam itu MUDAH.
Insyaa Allah (^_^)V.

DAKU RINDU


DAKU RINDU

Di antara rindu-rindu ku..
Ku temukan cinta dalam sujud ku.
Di antara harapan-harapan ku..
Ku temukan kasih dalam doa ku.
Di antara impian-impian ku..
Ku temukan cita dalam hidup ku.
Apa yang daku rindu..
Belum tentu baik untuk hati ku.
Apa yang daku buru..
Belum tentu indah dalam hidup ku.
Apa yang daku rasa itu..
Belum memberi ketenangan dalam diri ku.
Rupanya daku rindu..
Hadir Tuhan ku.

MARI PERIKSA

MARI PERIKSA

Para Hukamak telah berkata :
Apabila kita ingin mengetahui AKHLAQ sebenar seseorang manusia.
Maka lihatlah sewaktu KEMARAHAN melanda diri nya.

Apabila kita ingin melihat kehebatan HATI nya.
Maka lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang MENCERCA dan MEMBENCI nya.

Apabila kita ingin melihat keadilan MINDA nya dan keindahan PEMIKIRAN nya.
Maka lihatlah cara dia berbincang dengan orang yang BERBEDZA pandangan dengan diri nya.

APABILA KITA MENGHARGAI


APABILA KITA MENGHARGAI

Apabila kita menghargai apa yang kita miliki.
Kita akan merasa bahgia di hati.
Apabila kita menghargai apa yang kita miliki.
Kita mensyukuri apa yang ALLAH beri.
Apabila kita menghargai apa yang kita miliki.
Kita terhindar dari sifat tamak dan dengki.
Apabila kita menghargai apa yang kita miliki.
Kita tidak akan menyesali apa yang belum kita perolehi.
Apabila kita menghargai apa yang kita miliki.
Kita tidak akan menangisi segala tragedi.
Insyaa Allah (^_^)V.

Rabu, 22 Januari 2014

ANAK YATIM JANGAN LUPAKAN.


ANAK YATIM JANGAN LUPAKAN

Pembela anak yatim mendapat ganjaran.
23 kali disebut di dalam Al-Quran.
Yatim itu merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan.
Mereka dalam golongan memerlukan perhatian.
Seperti orang punyai ibu dan ayah sebagai pembelaan.

Surah Al-Baqarah ayat 220 Allah berfirman.
Membaiki keadaan mereka adalah kebaikan.
Membelai anak yatim seperti rambut di usapkan.
Berbuat baik anak yatim lelaki dan perempuan.
Allah sediakan Syurga sebagai balasan.

Surah Ad Dhuha ayat 9 Allah berfirman.
Anak yatim jangan dilakukan sewenang wenang.
Allah beri ganjaran bagi setiap kesabaran.
Balasan Syurga dan kain sutera dalam ayat 12 surah Al-Insan.

Sikap zalim menerima balasan.
Surah Al-Ma’un ayat 1-3 ada mengingatkan..
Ciri hari akhirat orang yang mendustakan.
Tidak menganjurkan memberi orang miskin makan..
Muslimin memelihara anak yatim memberi minum dan makan.
Mendapat Syurga kecuali melakukan dosa yang tidak bolih diampunkan..

Banyak hikmah dan kebaikan.
Memberi rahmat dan kasih sayang.
Keluarga anak yatim berasakan ketenangan.
Di bawah peliharaan dan belas kasihan.
Meringankan beban dengan memberi sumbangan..
Yang di beri itu bukan ukuran.
Tapi yang penting itu adalah keikhlasan.

Semoga rezeki Allah lapangkan.
Allah tidak menyempitkan apa yang di infakkan.
Dia lah Pemberi dan meringankan.
Semoga di akhirat Allah menggantikan.
Surah Saba ayat 39 ada tercatat di dalam Al-Quran.

MASA DEPAN KITA



MASA DEPAN KITA

Demi Tuhan yang Maha Berkuasa.
Andai ada seseorang yang hidup seribu tahun lama nya.
Dan memiliki segala-gala nya.
Menikmati segala keindahan dunia.
Merasa bahgia sepanjang hidup nya.
Sedikit pun tidak pernah menderita.
Maka itu hanya akan menjadi nyata.
Saat ia sudah tidak lagi bernyawa.
Dan terbaring di dalam kubur nya.

DI MANA BAHAGIA ?

DI MANA BAHAGIA ?

Dr Muhammad Siba'i pernah menulis sebuah dailog di dalam tulisan nya :
Di manakah tempat mu wahai bahagia ?
Tempat ku ada di dalam hati orang-orang yang selalu menerima dan merasa puas dengan apa yang di miliki nya.
Apakah makanan yang membuatkan mu gembira ?
Keimanan mereka.
Apakah yang membuat mu betah di sana ?
Kebijaksanaan dalam berusaha.
Apakah yang engkau harapkan dari manusia ?
Hendaklah jiwa mengerti bahawa tidak ada yang bakal menimpa diri nya kecuali hal itu memang sudah menjadi kehendak NYA.
Apakah yang membuat mu pergi wahai bahagia ?
Ketamakan. Kekikiran. Keresahan dan keraguan.

Senyum dalam kesedihan adalah suatu KETABAHAN.
Menangis dalam kepayahan adalah suatu KESABARAN.
Gembira dalam keredhaan adalah suatu KETENANGAN.
Mensyukuri pemberian ALLAH adalah suatu KEBAHAGIAAN.
INSYAA ALLAH ((^_^)v

Selasa, 21 Januari 2014

KENAPA KEJAHATAN BERLELUASA ?

<3 KENAPA KEJAHATAN BERLELUASA ?? <3

<3 Kerana kita yang mengaku ORANG BAIK diam saja.
<3 Kerana kita mementingkan diri kita.
<3 Kerana kita tidak peka.
<3 Kerana kita tak sayang saudara kita.
<3 Kerana kita sorang nak masuk Syurga
<3 Kerana kita memandang hina orang berdosa.

<3 Kita sememang nya benci kepada dosa.
<3 Tetapi kebencian kita kepada maksiat dan dosa.
<3 Bukan bererti kita boleh membenci dan menghina orang yang melakukan nya.
<3 Seringkali sikap negatif kita menjadikan orang berdosa.
<3 Semakin jauh dari agama.

<3 Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
<3 Barangsiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah di lakukan nya.
<3 Maka dia tidak akan mati sebelum melakukan perkara yang serupa.
( Sunan At-Tirmidzi Kitab Az-Zuhd no 2505 . Hadith Hasan Gharib )

<3 Imam Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ubadah dari Abdullah berkata :
<3 Jika kamu melihat saudara mu terkena hukum kerana dosa nya.
<3 Maka janganlah kamu menghina dan membantu syaitan membinasakan nya.
<3 Sebaliknya kamu harus berdoa :
<3 Ya Allah ! Kasihanilah dia.
<3 Ya Allah ! Ampunilah dia.
Kitab Tanbihul Ghafilin.

HARGAI APA YANG KITA ADA

HARGAI APA YANG KITA ADA

Kita tidak akan sedar NILAI seseorang saudara.
Sehingga kita telah kehilangan nya.
Kita tidak akan menghargai perasaan CINTA.
Sehingga kita tidak lagi memiliki nya.
Kita tidak akan merasa BAHAGIA.
Jika kita tidak menghargai apa yang kita ADA.
BERSYUKUR dengan apa yang kita ada.
Jangan TAMAK pada apa yang TIDAK ada.
Ibnu Abbas radhiallahu anhu telah berkata :
Kebanyakkan kita tidak MENSYUKURI.
Apa yang kita MILIKI.
Tetapi selalu MENYESALI.
Apa yang belum kita PEROLEHI.
Untuk MENGANYAM nikmat BAHAGIA.
HARGAI lah apa yang kita ADA.
INSYAA ALLAH (^_^)V.

MASA DEPAN KITA


MASA DEPAN KITA

Demi Tuhan yang Maha Berkuasa.
Andai ada seseorang yang hidup seribu tahun lama nya.
Dan memiliki segala-gala nya.
Menikmati segala keindahan dunia.
Merasa bahgia sepanjang hidup nya.
Sedikit pun tidak pernah menderita.
Maka itu hanya akan menjadi nyata.
Saat ia sudah tidak lagi bernyawa.
Dan terbaring di dalam kubur nya.

DI MANA BAHAGIA

DI MANA BAHAGIA ?

Dr Muhammad Siba'i pernah menulis sebuah dailog di dalam tulisan nya :
Di manakah tempat mu wahai bahagia ?
Tempat ku ada di dalam hati orang-orang yang selalu menerima dan merasa puas dengan apa yang di miliki nya.
Apakah makanan yang membuatkan mu gembira ?
Keimanan mereka.
Apakah yang membuat mu betah di sana ?
Kebijaksanaan dalam berusaha.
Apakah yang engkau harapkan dari manusia ?
Hendaklah jiwa mengerti bahawa tidak ada yang bakal menimpa diri nya kecuali hal itu memang sudah menjadi kehendak NYA.
Apakah yang membuat mu pergi wahai bahagia ?
Ketamakan. Kekikiran. Keresahan dan keraguan.

Senyum dalam kesedihan adalah suatu KETABAHAN.
Menangis dalam kepayahan adalah suatu KESABARAN.
Gembira dalam keredhaan adalah suatu KETENANGAN.
Mensyukuri pemberian ALLAH adalah suatu KEBAHAGIAAN.
INSYAA ALLAH ((^_^)v.


JAGALAH

JAGALAH

Jagalah MULUTMU dari bertutur DUSTA dan KEJAHATAN.
Jagalah TELINGAMU dari mendengar yang tiada KEMANFAATAN.
Jagalah TANGANMU dari membuat perkara yang menimbulkan KEMURKAAN.
Jagalah KAKIMU dari pergi ketempat yang mengundang KEMAKSIATAN.
Jagalah AKHLAKMU dari segala perkara yang MENJIJIKKAN.

ALLAH menjadikan PENGLIHATAN.
Untuk melihat KEBESARAN.
ALLAH menjadikan LISAN.
Untuk bicara KEBAIKAN.
ALLAH menjadikan KAKI TANGAN.
Untuk membuat KEBAJIKAN.
ALLAH menjadikan HATI IHSAN.
Untuk BERBELAS KASIHAN.

Hidup bukan sekedar mencari KENIKMATAN semata-mata.
Tetapi yang lebih penting adalah memburu PAHALA berganda.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

SEPULUH PETUA CERIA

SEPULUH PETUA CERIA

CUCI MINDA dari KEKOTORAN.
JAGA PANCAINDERA dari KEJAHATAN.
PUJUK HATI kepada KEBAIKAN.
BERMAAF-MAAFAN sesama INSAN.
DIRIKAN SOLAT dan BESARKAN HARAPAN.
SELAWAT kepada NABI JUNJUNGAN.
PUASA SUNAT jadikan AMALAN.
Sentiasa MENGAMALKAN bacaan AL-QURAN.
BERUSAHA mendapatkan SOLAT dengan KEKUSYUKKAN.
Jadikan KEMATIAN penasihat KEHIDUPAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

ADA JALAN


ADA JALAN

Apabila kita melakukan KEJAHATAN.
ALLAH telah tunjukkan JALAN.
Iringi KEJAHATAN dengan KEBAIKAN.
Ia MENGHAPUS segala KESALAHAN.

ALLAH Subhanahu wa Taala telah berfirman :
Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang BAIK itu
Menghapuskan ( dosa ) perbuatan yang JAHAT.
( Surah Hud ayat 114 ).

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Dan iringilah KEJAHATAN itu dengan KEBAIKAN.
Nescaya KEBAIKAN tadi akan menghapuskan KEJAHATAN.
( H.R.Imam At-Tirmidzi )

Daripada Imam Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abd Rahman Muaz bin Jabal radhiallahu anhu berkata bahawa :
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
BERTAQWALAH kamu kepada ALLAH bila dan di mana saja kamu berada.
Susuli KEJAHATAN dengan KEBAIKAN nescaya KEBAIKAN itu akan menghapuskan KEJAHATAN.
Dan BERGAULLAH sesama manusia dengan AKHLAQ MULIA.
( H.R. Imam At-Tirmidzi )

UKHUWAH ITU MAHABBAH

UKHUWAH ITU MAHABBAH

Ukhuwah itu penuh KEINDAHAN :
Bukan kerana MANIS nya UCAPAN.
Bukan kerana INDAH nya PERTEMUAN.
Bukan kerana tinggi nya KEDUDUKAN.
Buka kerana HARTA KEKAYAAN.
Bukan kerana status KEHORMATAN.
Bukan kerana apa-apa TUJUAN.
Tetapi kerana DOA dan INGATAN yang ia BERIKAN.

SEHIRIS luka membuatkan kita REDHA.
SECEBIS cinta membuatkan kita GEMBIRA.
SEUCAP kata membuatkan kita PERCAYA.
SEGURIS tawa membuatkan kita CERIA.
Dan semua keindahan inilah yang membuat kita rasa BAHAGIA.
INSYAA ALLAH. (^_^)v.

Ahad, 19 Januari 2014

SYAITAN SUKA ORANG BERDUKA

SYAITAN SUKA ORANG BERDUKA

Jangan BERDUKACITA.
ALLAH bersama KITA.
Ibnu Qayyim radhiallahu anhu berkata :
KESEDIHAN itu mendhoifkan PERASAAN.
Melemahkan KEAZAMAN.
Serta memudharatkan KESUNGGUHAN.
Dan tiadalah sesuatu yang MENGEMBIRAKAN Syaitan.
Melainkan KESEDIHAN orang BERIMAN

Nak jadi JAHAT sekelip mata.
Nak jadi BAIK banyak dugaan nya.
Jangan LUPA. ALLAH ADA.
Sesungguhnya ujian itu mengangkat DARJAT orang yang TAAT.
Sesungguhnya ujian itu menghapuskan DOSA orang yang MAKSIAT

.
Sesungguhnya ujian itu balasan AZAB orang yang di LAKNAT.
Sesungguhnya ujian itu PERINGATAN bagi orang yang tak INGAT.

UCAPKAN SELAMAT JALAN

UCAPKAN SELAMAT JALAN

Ibnu Mubarak memberitahu :
Tinggalkanlah PANDANGAN-PANDANGAN yang TIDAK bermanafaat dalam MATA mu.
Nescaya ALLAH akan memberikan KEKUSYUKAN di dalam HATI mu.

Dan tinggalkanlah PERKATAAN-PERKATAAN yang TIDAK bermanafaat dalam LISAN mu.
Nescaya ALLAH akan memberikan MUTIARA HIKMAH dalam DIRI mu.

DUA MATA


DUA MATA

Ulama' berkata :
Di jadikan DUA mata.
SATU untuk melihat KEBAIKAN manusia
Dan SATU lagi untuk melihat KEBURUKAN kita.

Pandangan MATA sifat nya MENIPU.
Pandangan AKAL sifatnya KELIRU.
Pandangan NAFSU sifat nya MELULU.
Pandangan MATAHATI tepat SELALU.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

MEMAAFKAN SATU KEMULIAAN


MEMAAFKAN SATU PENGHORMATAN

Dunia ini penuh KELUASAN.
Bagi yang suka MEMAAFKAN.
Dunia ini penuh KESEMPITAN.
Bagi yang sukar BERBELAS KASIHAN.
Dunia ini penuh KELAPANGAN.
Bagi yang mampu mengaku KESALAHAN.
Dunia ini penuh KEBAHAGIAAN.
Bagi yang sudi menerima KESILAPAN.
INSYAA ALLAH (^_^)v.

Sabtu, 18 Januari 2014

KUNCI HATI

 KUNCI HATI

 KUNCI KETENANGAN adalah TAAT kepada TUHAN.
 KUNCI KEBAHAGIAAN adalah CINTA Rasul JUNJUNGAN.
 KUNCI KEIMANAN adalah TAFAKUR segala KEJADIAN.
 KUNCI KEREDHAAN adalah PERCAYA segala KETENTUAN.
 KUNCI KEHIDUPAN adalah membaca dan mendalami AL-QURAN.
 KUNCI KEMENANGAN adalah KESABARAN.
 KUNCI KEHARMONIAN adalah KASIH SAYANG.
 KUNCI KENIKMATAN adalah KESYUKURAN.
 KUNCI ILMU PENGETAHUAN adalah BERTANYA dan meminta PENJELASAN.
 KUNCI KEMANUSIAAN adalah BERBELAS KASIHAN.
 KUNCI KEKUATAN adalah KETAQWAAN.