Pages

Subscribe:

Rabu, 31 Oktober 2012

~* Keikhlasan ~*


Manusia ini selalu terlupa akan diri nya
Maka ilmu itu di ulang-ulang untuk mengingatkan nya.

Suatu hari seorang lelaki telah bertanya kepada Imam Mu'az bin Jabal r.a. :
Apakah ada Hadith-hadith yang tuan pernah dengar daripada Baginda Rasulullah s.a.w. ?
Imam Mu'az pun terdiam sebentar kemudian beliau dengan tiba-tiba sahaja menangis dengan hebat nya seolah-olah tidak akan berhenti lagi tangisan nya.
Setelah lama kemudian Imam Mu'az reda daripada tangisan nya lalu beliau bercerita :
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Dengarlah wahai Mu'az . Mudah-mudahan akan menjadi kebaikan bagi mu jika engkau selalu ingat dan sentiasa awas.
Sesungguhnya Allah telah menciptakan tujuh Malaikat sebelum Allah menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Pada setiap lapisan langit ada pintu nya dan pada setiap pintu langit ada seorang Malaikat yang besar tersergam indah dan hebat menjaganya.
LANGIT PERTAMA :
Mengumpat dan memfitnah.
Naik Malaikat Hafazah ke langit pertama membawa amalan seorang hamba yang di lakukan pagi dan petang siang dan malam. Bersinar-sinar cahaya amalan nya seperti cahaya matahari. Lalu Malaikat penjaga pintu langit pertama berkata : Berhenti. Bawa kembali amalan orang itu dan hempaskan ke muka nya. Aku Tuhan tempatkan di sini untuk mengawasi dosa-dosa orang yang mengumpat dan memfitnah sesama nya. Aku tidak akan membiarkan amalan yang begini naik menemui Tuhan Nya. Maka Malaikat Hafazah tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KEDUA.
Bermegah dengan kebendaan.
Datang pula Malaikat Hafazah lain nya membawa amalan soleh hamba Allah yang bersinar-sinar cahaya nya. Apabila sampai ke langit kedua maka Malaikat penjaga pintu langit telah berkata : Berhenti. Ambil amalan itu pukulkan ke muka nya kerana amalan nya bersarang dengan kemegahan dunia. Amalan ini tidak boleh melintasi ku kerana dia bermegah-megah dengan amalan nya kepada manusia dan mencari keredhaan mereka. Maka Malaikat Hafazah tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KETIGA.
Takabbur.
Naik pula Malaikat Hafazah yang lain membawa amalan hamba Allah yang bercahaya dan cemerlang dari amalan sedeqah puasa dan sembahyang yang menakjubkan para Malaikat sekelian. Apabila tiba di langit ketiga maka di tahan Malaikat penjaga nya dan berkata :
Berhenti. Ambil amalan ini dan pukulkan ke muka tuan nya. Aku Malaikat yang mengawas sifat-sifat Takabbur tidak akan membenarkan amalan ini melintasi aku dengan perintah Allah.Sungguh aku telah mengetahui pemilik amal ini sangat sombong. Ia menyombongkan ibadahnya dan menyombongkan perbuatannya di hadapan manusia. Maka Malaikat Hafazah pun tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KEEMPAT.
Ujub.
Naik lagi Malaikat Hafazah ke langit keempat membawa amalan hamba Allah yang bersinar-sinar cahaya nya. Sungguh hebat berdengung-dengung bunyi amalan nya berisi tasbih sembahyang hajji dan umrah nya. Lalu Malaikat penjaga pintu langit itu berkata :
Berhenti. Tidak di benarkan melintasi dan lewat di sini. Aku Malaikat penjaga pintu keempat di perintahkan Allah memukulkan amalan nya ke muka nya ke belakang nya dan ke perut nya kerana aku Malaikat yang mengawasi sifat ujub mendapati dia sangat ujub dengan amalan nya sehingga menghairankan diri nya. Maka Malaikat Hafazah pun tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KELIMA.
Hasad Dengki.
Naik lagi Malaikat Hafazah yang lain nya membawa amalan hamba Allah umpama berarak pengantin perempuan dengan hebat nya. Lalu Malaikat penjaga pintu langit berkata : Berhenti. Pukulkan amalan ini ke muka tuan nya ke tengkuk nya dan ke bahu nya. Aku Malaikat mengawas sifat-sifat dengki manusia tidak akan membenarkan amalan begini naik ke atas sana. Maka Malaikat Hafazah pun tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KEENAM.
Tidak berbelas kasihan.
Malaikat Hafazah yang lain nya pula membawa amalan hamba Allah mengadap Tuhan lalu di tahan Malaikat penjaga pintu langit ke enam. Berhenti. Ambil amalan nya dan palukan ke muka tuan nya kerana dia tiada berbelas kasihan sesama manusia. Orang di timpa bala. Dia hanya suka sahaja melihat nya. Aku Malaikat rahmat sentiasa mengawasi sifat rahim manusia. Allah telah memerintahkan kepada ku supaya tidak membiarkan amalan orang yang tidak ada belas kasihan naik ke atas sana menemui NYA. Maka Malaikat Hafazah pun tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KETUJUH.
Riak.
Naik Malaikat lain nya hingga langit ketujuh membawa amalan hamba Allah yang indah cemerlangnya bersinar-sinar umpama matahari di iringi dengan tiga ribu Malaikat hendak melintasi langit ketujuh. Maka di tahan oleh Malaikat pintu langit. Berhenti. Palukan amalan ini ke muka nya dan segala anggota badan nya dan tutupkan pintu hati nya dengan amalan nya. Dia melakukan amalan hanya untuk mencari kemasyuran dan puji-pujian. Amalan nya tidak ikhlas kepada Allah melainkan riak kepada manusia. Aku di larang oleh Allah melepaskan amalan yang begini naik ke atas sana. Maka Malaikat Hafazah tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGiT KELAPAN.
Tidak benar-benar ikhlas.
Naik pula Malaikat Hafazah lain nya membawa amalan hamba Allah yang soleh dari sembahyang nya dari zakat nya dari hajji umrah nya dari warak nya dari baik akhlaq nya dari berdiam diri nya dan dai sentiasa dzikirnya. Amalan nya di iringi oleh Malaikat segenap petala langit kerana kebesaran kehebatannya sehingga dapat melintasi segenap tujuh lapisan pintu langit dan menembusi hijab yang jauh dari langit ke tujuh menuju ke hadrat Allah Subhanahuwataala. Lalu mereka sekelian nya berhenti di hadapan Allah Taala menjadi saksi atas amalan orang soleh itu kerana ikhlasnya. Maka Allah berfirman : Kamu semua penjaga amalan  hamba-hamba KU sedangkan AKU pengawas atas diri nya. Sebenarnya amalan nya bukan kerana keredhaan KU hanya lain yang di cari nya maka AKU turunkan laknat ke atas nya dan semua Malaikat pun turut melaknat bersama Allah dan melaknat pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan segala isi nya.
( H.R.Imam Mu'az bin Jabal r.a. ).

~* Kematian ~*

♥ Apabila mati seorang hamba maka terjadilah tuntutan ke atas diri nya.
♥ Lima tuntutan atas lima bahagian :
♥ Warisnya menuntut hartanya.
♥ Malaikat Maut menuntut nyawa nya.
♥ Ulat-ulat menuntut daging nya.
♥ Tanah menuntut tulangnya.
♥ Orang yang di aniayai nya menuntut amalan dan kebajikan nya.

~* Kasih mereka kepada lima ~*

~* Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
♥ Akan datang kasih mereka kepada lima perkara dan lupa mereka kepada lima perkara.
♥ Akan datang kasih mereka kepada hidup nya dan lupa mereka kepada mati nya.
♥ Akan datang kasih mereka kepada h
artanya dan lupa mereka kepada perhitungan nya.
♥ Akan datang kasih mereka kepada istana nya dan lupa mereka kepada kubur nya.
♥ Akan datang kasih mereka kepada dunia nya dan lupa mereka kepada akhirat nya.
♥ Akan datang kasih mereka kepada manusia dan lupa mereka kepada Allah Taala. ~*
( Al-Hadith ).

~* Hutang ~*

♥ BERJANJI mestilah DI TUNAIKAN.
♥ MEMINJAM mestilah DI PULANGKAN.
♥ RAHSIA mestilah DI SEMBUNYIKAN.
♥ AMANAH mestilah DI PELIHARAKAN.
♥ HUTANG mestilah DI LANGSAIKAN. (^_^)V♥♥♥~*

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Orang yang sengaja melambat-lambatkan hutang nya.
Sesungguhnya telah berbuat kezaliman kepada saudaranya dan diri nya.
( Al-Hadith ).

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Tidak sempurna iman seseorang yang tidak dapat di percaya.
Dan tidak sempurna agama orang yang tidak menunaikan janji nya.
( H.R. Imam Ahmad ).

~* Ambillah Peringatan. ~*

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ada sepuluh golongan dari kalangan ummat ini yang kafir terhadap
Allah yang Maha Rahman tetapi mereka sendiri tidak menyedari dan menganggap diri mereka beriman.
♥ Mereka adalah :
♥ Orang yang membunuh orang muslim dan kafir zimmi ( orang bukan islam yang taat kepada pemerintah Islam ) tanpa hak yang semesti nya.
♥ Ahli sihir dan kejahatan nya.
♥ Orang bodoh yang tidak punya cemburu terhadap ahli keluarga nya.
♥ Orang yang menentang kewajipan zakat ke atas nya.
♥ Orang yang meminum khamr ( arak ) dan mengekali nya.
♥ Orang yang berkewajipan hajji tetapi enggan menunaikan nya.
♥ Orang yang menyalakan api fitnah sesama nya.
♥ Orang yang menjual senjata kepada orang kafir musuh nya.
♥ Orang yang menyetubuhi wanita pada dubur nya.
♥ Orang yang menyetubuhi saudara mahram nya.
Jika dia meyakini bahawa semua perbuatan-perbuatan ini adalah halal bagi nya maka menjadi kafirlah ia.
( Al-Hadith ) Kitab Al-Munabbihat 'Ala al-Isti'dad liyawm al-Ma'ad Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani.

Ahad, 28 Oktober 2012

~* Solat On Time ~*

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Solat adalah tiang agama.
Barangsiapa yang menunaikan nya.
Bererti menegakkan agama nya.
Dan barangsiapa yang mengabaikan nya.

Bererti meruntuhkan agama nya.
( H.R.Imam Abu Hurairah r.a. )

Selanjutnya Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Di dalam solat terdapat sepuluh kurnia :
♥ Menghiasi muka nya.
♥ Menerangi hati nya.
♥ Merehatkan badan nya.
♥ Di hibur di dalam kubur nya.
♥ Turun rahmat ke atas nya.
♥ Kunci syurga.
♥ Memberatkan timbangan nya.
♥ Di sukai Tuhan nya.
♥ Sebagai harga Syurga.
♥ Perisai dari Neraka.

~* Hidup mulia dengan Taqwa ~*


Manusia itu selalu lupa akan diri nya.
Maka ilmu itu di ulang-ulang untuk mengingatkan nya.

Imam Mu'az bin Jabal r.a. meriwayatkan bahawa :
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

Jika datang Hari Qiamat atau hari kerugian atau hari penyesalan.
Maka umat ku akan di halau oleh Allah SWT dari kubur mereka menjadi dua belas golongan.

Golongan pertama :
Mereka di halau dari kubur mereka tidak bertangan dan tidak berkaki.
Kemudian mereka di panggil di hadapan Allah.
Mereka ini terdiri dari orang-orang yang menyakiti jiran tetangga.
Dan mati sebelum meminta maaf dan bertaubat atas dosanya.
Itulah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah ke Neraka.

Golongan kedua :
Mereka yang di bangkitkan dari kuburnya dengan rupa binatang berupa babi. Mereka di giring di hadapan Allah untuk pengadilan. Mereka ini terdiri dari mereka yang memandang ringan kefardhuan tuntutan sembahyang dan mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.
Itulah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah ke Neraka.

Golongan ketiga :
Mereka yang di bangkitkan dari kuburnya dengan perut mereka besar di penuhi dengan ular dan kala.
Mereka di giring ke Neraca pengadilan Tuhan.
Mereka adalah orang-orang yang tidak mahu membayar zakat dan mati sebelum bertaubat.

Golongan keempat :
Orang-orang yang di bangkitkan dengan keadaan darah yang mengalir dari mulutnya. Isi perutnya terburai keluar di samping api yang bernyala-nyala. Mereka di bawa ke pengadilan Tuhan. Mereka adalah orang-orang yang berdusta dan melakukan penipuan di dalam perniagaan. Mereka mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.

Golongan kelima :
Mereka adalah orang-orang yang di bangkitkan dari kuburnya dalam keadaan yang sungguh busuk melebihi bangkai bau nya. Mereka di giring di muka pengadilan. Mereka ini terdiri daripada orang-orang yang cuba merahsiakan kemaksiatan dan kejahatan yang mereka lakukan. Mereka mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.

Golongan keenam :
Mereka adalah orang-orang yang di bangkitkan dari kuburnya dalam keadaan terputus-putus lehernya. Mereka di bawa menghadap di hadapan Tuhan NYA. Mereka adalah orang-orang yang menjadi saksi palsu dan pendusta yang mati sebelum bertaubat kepada Tuhan Nya.

Golongan ketujuh :
Mereka adalah orang-orang yang di bangkitkan dari kubur nya dengan tidak berlidah. Mulut mereka mengalir dengan darah dan nanah. Mereka di bawa ke pengadilan Tuhan. Ini adalah keadaan orang yang melarang dan mencegah orang lain membuat kesaksian terhadap sesuatu kebenaran. Mereka mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.

Golongan kelapan :
Mereka adalah orang-orang yang di bangkitkan dari kuburnya dalam keadaan terpusing balik dengan kaki di atas kepala. Sementara dari pada faraj ( kemaluan ) mereka keluar nanah yang panas mendidih.
Dalam keadaan demikian mereka di giring di hadapan Tuhan. Mereka ini adalah orang yang melakukan perzinahan dan mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.

Golongan kesembilan :
Golongan ini di bangkitkan dari kuburnya dalam keadaan wajah yang hitam pekat dan matanya terjojol keluar dengan perutnya berisi api. Mereka ini di heret di hadapan Tuhan dalam keadaan demikian. Mereka adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim tanpa belas kasihan dan mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.

Golongan kesepuluh.
Mereka yang di bangkitkan dari dalam kuburnya dengan keadaan kulitnya berbelang-belang dan berkudis-kudis. Mereka di bawa di hadapan Tuhan dalam keadaan demikian. Mereka adalah orang-orang yang menyakiti kedua ibu bapanya dan mati sebelum bertaubat kepada Tuhan Nya.

Golongan kesebelas.
Golongan ini di bangkitkan dari kuburnya dalam keadaan yang buruk rupanya. Bergigi besar. Bibir terkeluar ke paras dada. Lidahnya terkeluar dari mulut nya. Dan perut mereka membuncit ke paras peha. Mereka di bawa ke hadapan Allah dalam keadaan buruk dan keji rupa nya. Mereka ini adalah orang-orang yang minum arak dan mati sebelum bertaubat kepada Tuhan Nya. Mereka di masukkan ke dalam Neraka.

Golongan keduabelas :
Golongan ini di bangkitkan dari kuburnya dengan muka berseri-seri.
Mereka melintas Shirathul Mushtaqim secepat kilat.
Mereka adalah orang-orang yang mengerjakan amal soleh. Melarang melakukan kemaksiatan. Mereka menunaikan solat lima waktu dan mereka mati dalam bertaubat kepada Tuhan nya. Balasan mereka adalah Syurga dengan keampunan dan rahmat Allah mereka kekal di dalam nya.

~* Pangkal amal kita ~*

♥ Pangkal sehat adalah puasa.
♥ Pangkal penyakit adalah tamak haloba.
♥ Pangkal obat adalah sedikit makannya.
♥ Pangkal adab adalah sedikit bicara.
♥ Pangkal ibadah adalah sedikit berbuat dosa
♥ Pangkal harapan adalah sabar atas ketentuan NYA
♥ Pangkal kaya adalah syukur segala kurnia.
♥ Pangkal kemiskinan adalah kufur akan nikmat NYA.
♥ Pangkal ketenangan adalah dzikir kepada NYA.
♥ Pangkal kasih sayang adalah bersedekah dengan setiap yang bernyawa.
♥ Pangkal keselamatan adalah zakat segala hartanya.
♥ Pangkal kebencian adalah segala dusta.
♥ Pangkal kerusakan adalah hasad dengki di dalam dada.
♥ Pangkal kedamaian adalah wudhu yang di pelihara.
♥ Pangkal permusuhan adalah perkara dunia.
♥ Pangkal pertikaian adalah lidah dan bisanya.
♥ Pangkal kehinaan adalah kesombongan dalam diri nya.
♥ Pangkal kemuliaan adalah rendah hatinya.
♥ Pangkal keluhuran adalah ilmu dan kejujuran nya.
♥ Pangkal kejahatan adalah kebodohannya.
♥ Pangkal kehancuran adalah hawa nafsunya.
♥ Pangkal kebangkitan adalah semangat diri nya yang waja.
♥ Pangkal kesengsaraan adalah berterusan maksiatnya.
♥ Pangkal kebahagiaan adalah keikhlasan ibadahnya.

♥ Jadikan agama tempat sandaran hati kita.
♥ Jadikan shalat tempat pengkalan qolbu kita.
♥ Jadikan masjid tempat tujuan nurani kita.
♥ Hati kita. Hati kita.
♥ Jangan buat perangai di mana-mana.
♥ Tanpa ada manfaaat apa-apa. (^_^)V♥♥♥~*

~* Rindu itu indah ~*

♥ Rindu itu indah. ♥
♥ Barangsiapa rindukan Allah.
♥ Maka BERDZIKiRLAH.
♥ Barangsiapa rindukan Rasulullah s.a.w.
♥ Maka BERSELAWATLAH.
♥ Barangsiapa rindu Jannah Allah.
♥ Maka BERAMALLAH.
♥ Barangsiapa rindu saudara fillah.
♥ Maka DOAKANLAH. (^_^)V♥♥♥~*

~* Cinta luar biasa ~*

♥ Cinta adalah kuasa luarbiasa yang tiada tandingan nya.

♥ Sesungguhnya di dalam hati ada koyakan yang tidak bisa di jahit dan di cantumkan.
Melainkan dengan menghadap penuh kepada Tuhan.

♥ Sesungguhnya di dalam hati ada kesepian yang tidak bisa di obatkan.
 Melainkan dengan menyendiri bersama Tuhan.

♥ Sesungguhnya di dalam hati ada kesedihan yang tidak bisa di hapuskan.
Melainkan dengan mengenal kepada Tuhan.

♥ Sesungguhnya di dalam hati ada kegelisahan yang tidak bisa di tenangkan.
Melainkan dengan berhimpun kerana Tuhan.

♥ Sesungguhnya dalam hati ada api yang tidak bisa di padamkan.
Melainkan dengan redha kepada keputusan Tuhan di iringi kesabaran akan pertemuan. (^_^)V♥♥♥~*

~* Sahabat Sejati ~*

♥ Sahabat ku..
♥ Engkaulah teman ku..
♥ Tempat ku mengadu..
♥ Tika tawa pilu..
♥ Tetap bersama mu.

♥ Sahabat yang ku cintai..
♥ Akan ku hargai..
♥ Akan ku hormati..
♥ Hingga akhir nanti..
♥ Tetap bersemadi.

♥ Sahabat ku sekelian..
♥ Ku pinta pada Tuhan.
♥ Agar berpanjangan..
♥ Sebuah persahabatan.
♥ Penuh keikhlasan. (^_^)V♥♥♥~*

Selasa, 23 Oktober 2012

~* Insan Kendiri ~*

♥ Muhasabah itu perlu. Perisai dari seteru.
♥ Motivasi diri setiap hari. Supaya menjadi insan kendiri.

♥ Bersyukur apabila mendapat kenikmatan.
♥ Bersabar apabila mendapat kesulitan.

♥ Tawakal setelah melakukan sebarang urusan.
♥ Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
♥ Jangan membiarkan hati hanyut dalam kesedihan.
♥ Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
♥ Jangan berputus asa dalam menghadapi kesulitan.
♥ Jangan hasad dengki dengan kekayaan orang.
♥ Jangan iri hati atas kejayaan orang.
♥ Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.
♥ Jangan tamak kepada keduniaan.
♥ Jangan terlalu mengejar akan sesuatu kedudukan.
♥ Jangan hancur karana kezaliman.
♥ Jangan goyah kerana hasutan.
♥ Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan.
♥ Jangan campuri harta yang halal dengan yang tak ketahuan.
♥ Jangan sakiti ayah dan ibu walau apa pun alasan.
♥ Jangan usir orang yang meminta-minta kerana kesusahan.
♥ Jangan sakiti anak yatim piatu yang kehilangan.
♥ Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar yang di laknat Tuhan.
♥ Jangan membiasakan diri melakukan kesalahan.
♥ Banyak berkunjung ke mesjid yang berdekatan.
♥ Lakukan solat dengan khusyuk penuh keikhlasan.
♥ Lakukan solat fardhu di awal waktu berjamaah di masjid berdekatan.
♥ Biasakan solat malam untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
♥ Perbanyak zikir dan doa untuk keselamatan.
♥ Lakukan puasa wajib dan puasa sunat menjadi amalan.
♥ Sayangi dan santuni insan yang hidup serba kekurangan.
♥ Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Tuhan.
♥ Jangan marah berlebih-lebihan.
♥ Cintailah seseorang dengan kesederhanaan.
♥ Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah karena Allah menjadi tujuan.
♥ Berlatihlah konsentrasi fikiran.
♥ Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila tidak dapat di tunaikan.
♥ Jangan mempunyai musuh kecuali dengan iblis dan syaitan.
♥ Jangan percaya kepada ramalan.
♥ Jangan terlampau takut kepada kemiskinan.
♥ Hormatilah setiap kehidupan.
♥ Jangan terlampau takut kepada tekanan.
♥ Jangan sombong takabur dan besar kepala sesama insan.
♥ Berlakulah adil dalam segala urusan.
♥ Biasakan istighfar dan taubat atas segala kesalahan.
♥ Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.
♥ Perbanyak silaturrahim dalam kekeluargaan.
♥ Tutup aurat sesuai dengan tuntutan.
♥ Jangan berbicara melainkan ada kebaikan.
♥ Beristeri/bersuami kalau sudah berkemampuan.
♥ Hargai waktu disiplin waktu dan manfaatkan waktu jangan di sia-siakan.
♥ Biasakan hidup bersih tertib dan berperaturan.
♥ Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin yang merosakkan.
♥ Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga penuh kegembiraan.
♥ Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan.
♥ Hormatilah kepada guru dan ulama yang penuh kejujuran.
♥ Sering-seringlah bersalawat kepada Rasul Junjungan.
♥ Cintai keluarga Nabi s.a.w. dan para sahabat sekelian.
♥ Hutang mengikat kita dalam kedukaan.
♥ Jangan berjanji kalau tak dapat tunaikan.
♥ Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan yang akan di tinggalkan.
♥ Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tiada keberkatan.
♥ Sering bangun di penghujung malam berdoa dan minta keampunan.
♥ Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah berkemampuan.
♥ Memaaafkan orang lain yang berbuat kesalahan.
♥ Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan.
♥ Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan berlainan pendirian.
♥ Jangan membalas kebencian dengan kebencian.
♥ Berlatih untuk berterus terang dalam semua keadaan.
♥ Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
♥ Jangan melukai hati setiap insan.
♥ Jangan membiasakan berkata penuh kedustaan.
♥ Berlakulah adil walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian.
♥ Jagalah amanah dengan penuh kewibawaan.
♥ Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
♥ Hargai dan hormati setiap insan.
♥ Jangan membuka keaiban.
♥ Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita. Lihat pula orang yang lebih berprestasi dalam kesungguhan.
♥ Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif penuh kebijaksanaan.
♥ Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah kita lakukan.
♥ Jangan sedih karena kemiskinan dan jangan sombong karena kekayaan.
♥ Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama bangsa dan alam sekelian.
♥ Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan insan untuk ambil pengajaran.
♥ Jangan membuat orang lain merasa penderitaan.
♥ Berkatalah yang baik-baik jangan menyakitkan perasaan.
♥ Hargai prestasi dan pemberian.
♥ Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan.
♥ Akrablah dengan setiap insan walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
♥ Sediakan waktu untuk beriadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi kehidupan.
♥ Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita mendapat kecelaruan fikiran.
♥ Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan berilmu pengetahuan.
♥ Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kebaikan.
♥ Jangan menghina dalam pandangan perbuatan dan perkataan.
♥ Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang berkaitan teman kita sebelum dipastikan segala kebenaran.
♥ Jangan menangguhkan sebarang tugas dan kewajiban.
♥ Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dengan tidak berlebihan.
♥ Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan.
♥ Waspadalah akan setiap ujian cubaan godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan.
♥ Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kebinasaan.
♥ Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.
♥ Janganlah kita bahagia di atas tangisan saudara kita. (^_^)V♥♥♥~*

~* Terima kasih Ibu ~*

♥ Daku mempunyai pasangan dalam hidup ku.
♥ Saat senang daku mencari pasanganku.
♥ Saat sedih aku mencari orang tua ku.
♥ Saat sukses aku ceritakan kepada pasanganku.
♥ Saat gagal daku ceritakan kepada ibu ku.

♥ Saat bahagia daku peluk erat pasanganku.
♥ Saat sedih daku peluk erat ibuku.
♥ Saat liburan daku bawa pasanganku.
♥ Saat daku sibuk anak kuantar ke rumah ibu bapa ku.
♥ Saat sambut perayaan selalu beri hadiah kepada pasanganku.
♥ Saat sambut hari ibu aku cuma ucapkan : Selamat Hari ibu .
♥ Selalu daku ingat akan pasanganku.
♥ Selalu ibu pula yang ingat akan daku.
♥ Setiap saat aku akan talipon pasanganku.
♥ Kalau ingat daku akan talipon orang tuaku.
♥ Selalu daku belikan hadiah untuk pasanganku.
♥ Entah bila daku akan belikan hadiah untuk ibu ku. (^_^)V♥♥♥~*

~* Jati Diri ~*

♥ DIRI harus DIHISABI.
♥ IMAN harus DIPERTINGKATKAN LAGI.
♥ KEBURUKAN harus DIPERBAIKI.
♥ KEBAIKAN harus DITAMBAHI.
♥ MARAH harus DIJAUHI
<3 KEMAAFAN harus DIBERI.
♥ KESILAPAN harus DIAKUI.
♥ ILMU harus DICARI.
♥ JASA harus DIINGATI.
♥ JANJI harus DITEPATI.
♥ UJIAN harus DITEMPUHI.
♥ KESABARAN harus DIMILIKI. (^_^)V♥♥♥~*

~* Ukhuwah itu indah ~*

♥ Pintu keluasan rahmat Tuhan adalah kesyukuran.
♥ Senjata yang paling berkesan adalah kesabaran.
♥ Harta yang paling menguntungkan adalah amal kebajikan.
♥ Teman seiring jalan adalah ilmu pengetahuan.
♥ Penawar di dalam kehidupan adalah kitab suci Al-Quran.
 ♥ Teman yang paling bahaya adalah rakus tamak haloba.
♥ Kawan yang paling jahat adalah nafsu berbuat maksiat.
♥ Bahasa yang paling indah adalah senyum penuh mahabbah.
♥ Kunci segala kekayaan adalah qanaah kepada Tuhan.
♥ Kesedihan yang paling menyakitkan adalah kebencian sesama insan. (^_^)V♥♥♥~*

~* Fadhilat Hari Arafah ~*

~* Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Pada 9 haribulan Dzulhijjah ( Hari Arafah ) umat Islam di sunatkan mengerjakan ibadah puasa melainkan mereka yang mengerjakan ibadah hajji.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :


Puasa pada hari Hari Arafah ini menghapuskan dosa dua tahun. Satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.
( H.R.Imam Muslim ).
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana maka kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah Al-Ansari bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari Arafah maka Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab jawab :
Dikaffarah (di ampun dosa) setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

( Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh Imam Muslim Imam At- Tarmizi Ibnu Khuzaimah dan Imam Baihaqi ).

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

( Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Imam Baihaqi ).

Daripada Imam Anas bin Malik r.a. telah berkata :
Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh ( 1- 10 dzulhijjah ) setiap hari (menyamai) seribu hari. Manakala Hari Arafah (menyamai) sepuluh ribu hari.
Telah berkata Imam Baihaqi iaitu pada kelebihan.

( Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti ).

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda. Berbahagialah hamba yang bertemu dengan Tuhan Nya dengan membawa hati yang sejahtera.

Tempat rujukan :
1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makkah Al-Mukarramah.

~* Hati ceria hidup bahgia ~*

♥ Jadikanlah kekayaan sebagai bekalan membuat kebajikan.
♥ Jadikanlah akhlaq mulia sebagai perhiasan.
♥ Jadikan nur yang di kurniakan sebagai pendorong ketaatan.
♥ Jadikan masa dan kesempatan sebagai modal berbuat amalan.
♥ Indahnya kemenangan akan menghapuskan pahitnya kesabaran.
♥ Nikmatnya kebahagiaan akan menghapuskan semua kesedihan.
♥ Halusnya perancangan akan menghapuskan banyaknya rintangan. (^_^)V♥♥♥~*

~* Bersatu Teguh ~*

♥ Bersatu kita teguh.
♥ Bercerai kita roboh.
♥ Melayu sama Melayu bergaduh.
♥ Orang menangguk di air keruh .

♥ Bersatu itu nikmat.
♥ Berpecah itu laknat.
♥ Bersatu itu teguh.
♥ Bercerai itu roboh.
♥ Muafakat manusia membawa tuah nya.
♥ Celaka manusia silang sengketa.
♥ Sesuatu yang berpecah tiada kekuatan nya.
♥ Orang yang tiada kekuatan nya di kalahkan musuh-musuh nya. (^_^)V♥♥♥~*

Ahad, 21 Oktober 2012

~* Hidup mulia dengan taqwa ~*

♥ Jangan banyak berkata-kata.
♥ Lagi bagus banyak kerjanya.
♥ Jangan kuat bekerja saja.
♥ Lagi bagus banyak berkat nya.
♥ Jangan simpan harta berjuta.
♥ Lagi bagus banyak zakat nya.
♥ Jangan seronok melancong sahaja.
♥ Lagi bagus Kaabah tempat nya.
♥ Jangan mengilai ketawa saja.
♥ Lagi bagus banyak dzikir nya.
♥ Jangan banyak mencaci memaki.
♥ Lagi bagus banyak mengaji.
♥ Jangan hidup lama sahaja.
♥ Lagi bagus taat pada NYA. (^_^)V<♥♥♥~*

~* Anak harta paling berharga ~*

Ibu dan bapa janganlah berbangga.
Banyak amalnya cukup solatnya.
Banyak puasanya cukup zakatnya.
Dapat menunaikan rukun islam yang kelima.
Naik hajji ke tanah suci Mekkah yang sangat mulia..
Tetapi alangkah takutnya..
Dapat di masukkan ke dalam Neraka.
Kerana anaknya tak terdidik agama.
Biar menjadi orang berguna.
Mereka di dakwa anak tercinta.
Allah tidak menanya kita.
Apakah anak di beri makan dua atau tiga kali dalam sehari nya.
Atau mempunyai pakaian dan perhiasan yang indah dalam hidup nya.
Pandai menari dan menyanyi dan sebagainya dalam soal-soal dunia.
Tetapi apa yang pasti akan di tanya :
Apakah anak itu di didik dengan agama sejak kecilnya.
Sehingga menjadi seorang Muslim yang sebenar-benar nya. (^_^)V♥♥♥~*

~* Mask syurga dengan rahmat NYA ~*

Walaupun seratus tahun engkau duduk membaca ilmu pengetahuan.
Dan beribu-ribu buku dan kitab engkau himpunkan.
Tidaklah engkau akan mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan.
Melainkan dengan melakukan amal kebajikan.
" Dan bahawasanya manusia tidak akan dapat pada nya.
Melainkan apa yang di usahakan nya " ( Surah An-Najm ayat 39).
" Sebab itu maka barangsiapa yang mengharap bertemu dengan Tuhan maka hendaklah ia melakukan amal kebajikan " ( Surah Al-Kahfi ayat 110 ).
" Bahawa sesungguhnya orang-orang yang beriman dan melakukan amal kebajikan.
Adalah bagi mereka kebun-kebun dalam syurga tempat bersenang-senang.
Kekal mereka di dalam nya dan tidaklah mereka mengharap pindah lagi daripada nya. " ( Surah Al-Kahfi ayat 107-108 ).
Syaikh Hasan Al-Basri r.a. berkata :
Di hari kiamat Allah akan berseru kepada hamba Nya :
Masuk lah ke dalam syurga KU dengan rahmat KU hai hamba-hamba KU dan berbahagialah antara sesama mu menurut amal-amal mu. ~*

~* Jangan mengalah sebelum melangkah ~*

♥ Jangan mengalah sebelum melangkah ♥

♥ Bila takut hendak melangkah.
♥ Kita tak akan berjumpa arah.
♥ Bila bersabar menahan marah.
♥ Kita mendapat keredhaan Allah.
♥ Mulakan sesuatu dengan Bismillah.
♥ Segala perbuatan menjadi ibadah.
♥ Buatlah sesuatu kerana Allah.
♥ Segala nya akan menjadi indah.
♥ Bila banyak berbuat salah.
♥ Hati tak tenang resah gelisah.
♥ Jangan mengalah sebelum melangkah..
♥ Mulakan langkah dengan Bismillah.
♥ Hamba yang tabah tak pernah kalah.
♥ Kita kembali kepada Allah. (^_^)V♥♥♥~*

Sabtu, 20 Oktober 2012

Muhasabah itu perisai dari seteru.

♥ Muhasabah itu perlu. Perisai dari seteru ♥

Alkisah dua orang pelajar syariah tengah makan tengahari.
Si A mengambil sepinggan nasi beserta lauk lalu dia duduk dan makan. Begitu juga sahabatnya si B.
Belum sempat si A selesai menyuap su
apan yang ketiga si B sudah bangun menambah.

Pelajar A : Amboi ! Cepatnya engkau tambah!
Pelajar B : Sesungguhnya Allah mencipta makhluknya berpasangan. Aku ikut sunnah je jadikan dua.
Pelajar A : Geleng kepala.

Kemudian baru suapan ke enam pelajar A si B sudah licin pinggannya dan tambah lagi.
A : Tadi kata berpasangan?
B : Sunnah Rasul buat sesuatu tiga kali. Macam wudhu beri salam dan lain-lainnya. Maknanya tiga ni bilangan istimewa. Baginda Rasullulah s.a.w. kalau ulang sesuatu yang penting pun tiga kali juga.
A : Geleng kepala.

Tak sampai seminit si B tambah lagi .
A : Lapar betul engkau ni. Tadi kata ikut sunnah?
B : Seorang lelaki boleh berkahwin empat. Itu had nafsunya. Sedangkan kahwin pun boleh empat. Apa salahnya makan empat?
A : Nafsu pulak . . .

A baru habis separuh pinggan si B tambah lagi .
A : Kuat betul nafsu makan engkau.
B : Kalau solat yang menjadi makanan rohani itu lima kali sehari nasi pulak makanan jasmani. Yang penting khusyuk.
A : Pandai-pandai je...

Dan B seterusnya tambah pinggan yang keenam.
A : Hai... solat sunat pulak ke?
B : Allah mencipta alam langit dan bumi bukan serentak sekaligus. Tapi Allah bahagi-bahagikan ke enam hari yakni enam peringkat. Allah ajar kita buat sesuatu mesti bersistem ada tahap-tahapan. Jadi aku makan pun bukan sekaligus tapi sikit-sikit enam peringkat ikut sunnatullah.
A : Geleng lagi.

A hanya tersenyum sumbing. Dia baru nak habis sepinggan B dah tambah lagi.
A : Hebat gila selera makan engkau.
B : Angka tujuh ialah angka yang istimewa. Allah cipta tujuh hari seminggu tujuh langit tujuh ayat surah al-Fatihah dan banyak lagi contoh lain keistimewaan angka tujuh.

A : (tersenyum sinis) Biar aku beritahu engkau sesuatu.
B : Apa dia?

A : Aku baru makan SATU pinggan. Engkau dah makan TUJUH. Bukan ke Nabi s.a.w bersabda yang orang kafir makan dengan TUJUH perut ? Sedang orang Islam hanya makan dengan SATU perut?

B : LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH..
Nasib baik engkau ingatkan !
Meh aku tambah lagi sepinggan biar tak menyamai orang kafir. Kan..kan..kan..

A : (tepuk dahi kuat-kuat)

Kesimpulannya :
Orang yang belajar agama atau orang yang cerdik adakalanya lebih pandai memutar-belit hujah jika mereka tidak jujur.
Maka bertakwalah kepada Allah sama ada anda belajar agama atau tidak. Lebih-lebih lagi jika anda belajar agama. Dan nilailah setiap perkataan dengan neraca iman dan ilmu dan bertanyalah kepada orang yang lebih alim dan dipercayai kejujurannya.
Kebenaran itu kuasa. Kebathilan itu binasa. (^_^)V♥♥♥~*

Jumaat, 19 Oktober 2012

~* Hak jiran tetangga ~*

♥ Jahatkah kita ?
♥ Atau baikkah kita ?
♥ Maka tanyalah pada jiran tetangga kita.
Imam Al-Baihaqi meriwayatkan :
Ada seseorang bertanya :
Ya Rasulullah ! Tunjukkanlah pada ku amal perbuatan yang bila aku amalkan
Maka aku akan masuk syurga.
Baginda bersabda : Jadilah orang yang baik.
Maka ia bertanya : Ya Rasulullah ! Bagaimana kah aku akan mengetahui bahawa
Aku telah berbuat baik ?
Jawab Nabi s.a.w. : Tanyakan pada tetangga mu. Maka bila mereka berkata :
Anda baik maka anda benar-benar baik.
Dan bila mereka berkata bahawa : Anda jelek ( jahat ) maka anda benar-benar seorang yang jahat.
( H.R. Imam Bukhari ).

Mu'awiyah bin Jundub r.a. berkata :
Ya Rasulullah ! Apakah kewajipan tetangga terhadap tetangga nya ?
Jawab Nabi s.a.w. :
♥ Jika sakit anda kunjungi nya.
♥ Jika mati anda hantar jenazah nya.
♥ Jika meminta meminjam wang maka anda pinjamkan nya.
♥ Jika ada kekurangan anda tutupi nya.
♥ Dan bila ia mendapat kebaikan maka anda raikan nya.
♥ Dan bila ia mendapat kesusahan ( cobaan ) maka anda hibur kan nya.
♥ Dan jangan meninggikan bangunan sehingga menghalang datangnya angin kepada nya.
♥ Dan jangan di ganggu dengan bau masakan mu melainkan anda memberinya hadiah dari masakan mu itu kepadanya. ~*

~* Taqwa tetap paling utama ~*


♥ Kita rasa suka bila asyik meminta.
♥ Rupanya memberi itu lebih bahagia.
♥ Kita rasa kita paling hebat dalam dunia.
♥ Rupanya ada Tuhan Maha Berkuasa.
♥ Kita rasa kegagalan kesudahan segala-galanya.
♥ Rupanya ia hanya kebahagiaan yang tertunda.
♥ Kita rasa kejayaan itu hanya kerja keras sahaja.
♥ Rupanya mesti ikhlas dan berdoa juga.
♥ Kita rasa syurga ada di dalam dunia.
♥ Rupanya syurga di dalam ketenangan jiwa.
♥ Kita rasa kemuliaan ada pada keturunan raja.
♥ Rupanya ada juga pada akhlaq yang muia.
♥ Kita rasa usia kita di hitung dalam bulan dan tahun sahaja.
♥ Rupanya di hitung apa yang kita lakukan kepada manusia di dalam hidup kita.
♥ Kita rasa emas permata paling berharga.
♥ Rupa-rupanya taqwa tetap paling utama. (^_^)^♥♥♥~*

~* Kebahagiaan Sejati ~*


~* Kebahagiaan sejati tidak kelihatan pada mata.
Kerana kebahagiaan sejati terletak pada jiwa. ~*

Perjalanan hidup mengajar kita erti pengalaman.
Orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan.
Hidup tanpa perisa tawar dan kosong
dari kemanisan dan kebahagiaan.
Hidupnya di lamun kekosongan kesunyian kegelisahan dan kegoncangan.
Walaupun mereka berada dalam lingkungan kelazatan dan kemewahan.

Ketenangan dan kebahagiaan adalah anugerah dari Tuhan
Yang di tempatkan ke dalam lubuk hati orang-orang yang beriman.
♥ Mereka akan tetap dengan keteguhan tatkala orang lain mengalami kegoncangan.
♥ Mereka akan tetap dengan keyakinan tatkala orang lain mengalami keraguan.
♥ Mereka akan tetap dengan kesabaran tatkala orang lain mengalami kesedihan.
♥ Dan mereka akan tetap berlapang dada tatkala orang lain berdukacita. (^_^)V♥♥♥~*

~* Seorang wanita ~*


♥ Malu wanita itu mahkota tanpa istana.
♥ Sopan wanita itu perisai menjaga maruah nya.
♥ Ketegasan wanita itu kubu benteng agama..
♥ Kelembutan wanita itu perhiasan budi bahasa.
♥ Kecantikan wanita itu racun menggoncang dunia..
♥ Air mata wanita itu senjata paling utama.
♥ Kehormatan wanita itu permata kemuliaan nya.
♥ Ketaqwaan wanita itu permaisuri bidadari syurga.

♥ Nafsu berkata wanita cantik pada sexy nya.
♥ Manusia berkata wanita cantik pada wajah nya.
♥ Akal berkata wanita cantik pada ilmu nya.
♥ Hati berkata wanita cantik pada akhlaq nya.
♥ Agama berkata wanita cantik pada iman nya. (^_^)V♥♥♥~*

~* Bunga Cinta ~*


~* Di riwayatkan dari Imam Abu Hurairah r.a. berkata bahawa :
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Orang yang beriman adalah orang yang mengasihi.
Tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak mengasihi dan di kasihi.
( H.R Imam Ahmad ).

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Seorang muslim itu menjadi saudara muslim lain nya.
Kerana itu tidak di perbolehkan seorang muslim menganiaya saudaranya.
Juga tidak boleh seorang muslim itu menghina saudara muslim lain nya.
Dan barangsiapa yang memberikan pertolongan ( memenuhi hajat keperluan saudaranya ) maka Allah akan memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya.
Dan barangsiapa yang memberikan kemudahan / kelapangan bagi kesusahan seorang muslim maka nescaya Allah melapangkan kesusahan nya di hari kiamat.
( H.R.Imam Bukhari dan Muslim ). ~*

~* Jambatan Kehidupan ~*


♥ Lima Jambatan Kehidupan :
♥ Jambatan terpendek adalah Keputus asaan.
♥ Jambatan terpanjang adalah Pengharapan.
♥ Jambatan terkuat adalah Keimanan.
♥ Jambatan termahal adalah pengorbanan.
♥ Jambatan terindah adalah belas kasihan.

♥ Kesenangan itu hanya di dapatkan dengan kesusahan.
♥ Ketenangan itu hanya di dapatkan dengan mengingati Tuhan.
♥ Cinta itu hanya di dapatkan dengan kesopanan.
♥ Kepercayaan itu hanya di dapatkan dengan kejujuran.
♥ Kebahagiaan itu hanya di dapatkan dengan kebaikan.
♥ Dan rasa aman itu hanya di dapatkan dengan ketaatan. (^_^)V♥♥♥~*

Rabu, 17 Oktober 2012

~* Tujuh keajaiban dunia ~*

♥ Apakah tujuh keajaiban dunia ?
♥ Apakah tujuh saja yang ajaibnya ?
♥ Tentu bukan Spinx bukan Grand Kanyon bukan Pisa condong bukan Taman tergantung Babylon bukan Tembok Besar Negeri Cina atau lain-lain nya. Bukan-bukan itu semua kerana
ia hanyalah buatan manusia yang akan binasa.
♥ Ada banyak keajaiban dunia yang kita tidak boleh membayarnya tetapi hari-hari menikmatinya tetapi hari-hari kita tidak menghargai nya.
♥ Tujuh keajaiban dunia adalah :
♥ Boleh Melihat.
♥ Boleh Mendengar.
♥ Boleh Menyentuh.
♥ Boleh merasa.
♥ Boleh ketawa.
♥ Boleh menyayangi.
♥ Boleh mencintai.
(^_^)V♥♥♥~*

~* Selagi ada waktu ~*

~* Di ceritakan bahawa beberapa orang Nabi telah berkata kepada Malaikat Maut :
Tidakkah engkau mempunyai utusan yang engkau kirimkan terlebih dahulu sebagai peringatan kepada manusia ?
Malaikat Maut menjawab :

Demi Allah ! Aku mempunyai banyak utusan seperti sakit dan penyakit. Uban, tua, pudar pendengaran dan kurang penglihatan.
Apabila orang yang di timpa perkara-perkara ini tidak mahu mengambil peringatan dan tidak mahu bertaubat kepada Tuhan maka tatkala mencabut nyawanya aku katakan :
Bukankah aku telah utuskan utusan demi utusan dan peringatan demi peringatan ? Akulah utusan yang tidak ada lagi utusan selepas ku dan aku adalah pemberi peringatan yang tidak ada lagi pemberi peringatan selepas ku.
Setiap hari Malaikat Maut akan menyeru :
Hai orang-orang yang telah mencecah usia empat puluhan.
Ini waktu nya kamu membuat perbekalan.
Fikiran mu masih cerdas dan tubuhmu penuh kekuatan.
Hai orang-orang yang telah mencecah usia lima puluhan.
Telah hampir waktu pengambilan dan penuaian.
Hai orang-orang yang telah mencecah usia enam puluhan.
Kamu lupa kepada balasan seksa dan kamu lalai menyahut seruan.
Padahal kamu tidak mempunyai sebarang pertolongan. ~*

Oleh Abu Al-Faroj Al-Jauzi di dalam Kitab Raudhatul Musytaq Wa Al-Tariq Ila Maliki Al-Khallaq.

Sabtu, 13 Oktober 2012

~* Sifat indah isteri solehah ~*


~* Sifat-sifat isteri solehah ~*
♥ Sentiasa malu terhadap suami nya.
♥ Menjaga pandangan matanya di hadapan suami nya.
( Jangan menjegil kepada nya ).
♥ Mentaati perintah suami nya.
♥ Diam ketika suami nya sedang berbicara.
♥ Berdiri ketika suaminya datang kepadanya dan ketika hendak keluar meninggalkan rumahnya.
♥ Menyerahkan dirinya kepada suami nya.
♥ Memakai wangi-wangian pada diri nya.
♥ Sentiasa berhias di hadapan suami nya.
♥ Tidak berhias ketika suaminya tidak ada.
♥ Tidak berkhianat kepada suami nya di dalam tempat tidurnya dan di dalam hartanya.
♥ Menghormati keluarga suami dan kaum kerabat nya.
♥ Merasa puas jika di berikan sedikit oleh suami nya.
♥ Tidak mencegah dirinya jika di ajak sanggama oleh suami nya walaupun berada di atas punggung unta. ( ini perumpamaan sahaja ).
♥ Tidak boleh menjalankan puasa sunat melainkan dengan seizin suami nya.
♥ Tidak boleh keluar rumah melainkan mendapat izin dari suaminya dan ia wajib mentaati perintah suaminya yang tidak bersalahan dengan perintah agama. ~*

~* Manisnya persaudaraan ~*


♥ Kita berkenalan secara tak sengaja. Mesti ada rahsia.

♥ Kita berkawan begitu lama. Dah kenal hati budi nya.

♥ Kita dikurniakan rasa suka. Ada air mata gembira.


♥ Kita masih bersama walau banyak dugaannya. Kita terima tak kira apa.

♥ Kita dikurniakan kesedaran melaluinya. Panjat syukur tidak terhingga.

♥ Kita berjauhan untuk mencapai redha NYA. Allah menguji kasih sayang kita.

♥ Kita berdoa untuk kebahagiaan mereka. Penawar rindu kasih saudara. (^_^)V♥♥♥~*

~* Bersyukur kepada Allah ~*

~* Manusia ini selalu lupa akan dirinya.
Maka ilmu itu di ulang-ulang untuk mengingatkan nya. ~*

Nabi Allah Daud a.s. telah berdoa di dalam munajatnya :
Ya Allah ! Hamba mohon kepada MU empat perkara
Dan hamba ber
lindung daripada MU empat perkara :

Hamba mohon kepada MU Ya Allah :
♥ Lidah yang selalu berzikir.
♥ Hati yang selalu bersyukur.
♥ Badan yang selalu sabar.
♥ Dan Isteri yang membantu ku dalam urusan agama ku dan urusan akhirat ku.

Dan hamba berlindung kepada MU Ya Allah dari :
♥ Anak yang menguasai daku.
♥ Isteri yang menyegerakan daku beruban sebelum waktu.
♥ Harta yang membahayakan kepada ku.
♥ Dan tetangga yang menutup kebaikan ku dan menyebarkan keburukan ku. ~*

Kitab Tanbihul Ghafilin.

~* Bersyukurlah kepada Allah ~*

~* Indahnya Kebaikan ~*

♥ Berbuat kebaikan sangatlah senang.
♥ Tapi ramai rasa tak tenang.
♥ Bila melihat orang yang susah.
♥ Boleh kita buat tak kisah.
♥ Bila orang meminta tolong.
♥ Boleh kita buat termenung.
♥ Bila orang meminta sedeqah.
♥ Kita merungut marah-marah.
♥ Bila isteri meminta nafkah
♥ Kita menengking siap jerkah.
♥ Bila orang meminta derma.
♥ Kita buat muka selamba.
♥ Bila ada gotong royong.
♥ Kita cepat-cepat nak balik kampong.
♥ Bila ada kecemasan.
♥ Kita pulok rasa nak pengsan.
♥ Bila ada kenduri kendara.
♥ Madah berhelah menyusun bicara.
♥ Bila orang datang bertamu.
♥ Kita cepat-cepat masuk kelambu.
♥ Bila di suruh menjadi imam.
♥ Kita enggan rasa nak demam.
♥ Bila ada kematian.
♥ Kita buat muka kesihan.
♥ Berbuat kebaikan sangatlah mudah.
♥ Jangan nanti menyesal tak sudah. (^_^)V♥♥♥~*

~* Harapan itu memberi kekuatan ~*

♥ Selagi kita masih berjalan.
♥ Tetap sampai pada tujuan.
♥ Selagi masih ada bekalan.
♥ Kita masih boleh bertahan.
♥ Tidak mengapa di dalam kegelapan.
♥ Kita berjuang mencari jalan.
♥ Tidak boleh berputus harapan.
♥ Kelak tertutup segala jalan.
♥ Jalan menuju pintu tujuan.
♥ Angkatlah tangan. Angkatlah tangan.
♥ Hanya harapan dan permohonan.
♥ Allah mengiring menjadi Teman. (^_^)V♥♥♥~*

~* Indah nya Cinta ~*

♥ Indahnya perasaan cinta.
♥ Mengalir dalam jiwa.
♥ Membasahi sekujur raga.
♥ Terasa hidup bahagia .
♥ Allah ciptakan alam semesta
♥ Untuk kebahagian hamba-hamba NYA.
♥ Besar sungguh nikmat kurnia.
♥ Mari bersyukur memuji DIA. (^_^)V♥♥♥~*

Ahad, 7 Oktober 2012

~* Kasih sayang sesama insan ~*

~* Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya yang masuk ke syurga
Adalah orang-orang yang mengharapkan nya.
Dan sesungguhnya yang menjauhi neraka
Adalah orang-orang yang takut kepada nya.
Dan sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hamba NYA
Yang penyayang sesama nya. ~*
( Al-Hadith ) Kitab Al-Munabbihat Syeikh Ibnu Hajar As-Asqalani.

Sabtu, 6 Oktober 2012

~* Hidup yang indah ~*


~* Tegaknya rumah kerana sendi..
Tegaknya bangsa kerana budi.
Tegak agama bersih nya hati.
Tegak manusia maruah diri.

Sebaik-baik yang ada di dalam dunia :
Keimanan yang benar ikhlas padanya.
Akhlaq yang lurus sungguh mulia.
Akal yang sihat membaja jiwa.
Fizikal yang kuat rajin berusaha.
Dan rezeki yang halal suci nikmatnya.

Indah pelangi kerana warna.
Indah taman kerana bunga.
Indah hidup kerana setia.
Indah agama kerana taqwa. (^_^)V♥♥♥~*

~* Barangsiapa yang banyak hartanya..
Kaya jiwanya maka bersegeralah berkorban untuk diri nya.
Berkorban itu mensucikan hartanya.
Berkorban itu menyucikan jiwanya.
Berkorban itu mengembirakan saudaranya.

Berkorban itu perkongsian rasa dan harta.
Berkorban itu menjadi keselamatan atasnya.
Berkorban itu memuliakan akhlaqnya.
Berkorban itu menurunkan berkat buatnya.

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sebaik-baik umatku adalah mereka yang mahu berkorban.
Seburuk-buruk umatku adalah mereka yang tidak mahu berkorban.
( Hadith Shahih).

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ketahuilah. Sesungguhnya korban itu termasuk amal perbuatan yang menyelamatkannya.
Dia menyelamatkan orang yang korban dari kejahatan di dunianya dan di akhiratnya.
( Al-Hadith ) Kitab Zubdatul Waa'izdiina.

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Barangsiapa yang mengerjakan solat seperti solat kami
Dan mengerjakan ibadat haji seperti ibadat haji kami.
Maka dia termasuk golongan kami.
Dan barangsiapa yang tidak mengerjakan solat seperti solat kami
Dan tidak mahu berkorban apabila dia orang kaya
Maka dia tidak termasuk golongan kami.
( Al-Hadith ). Kitab Durratun Nasihin. ~*

~* Indahnya madah ~*


~* Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah r.a. telah berkata dalam satu madah yang indah :
Kebaikan itu semuanya terhimpun di dalam empat perkara :
Percakapan.
Kelakuan diam.
Pandangan.

Gerakan.
Tiap-tiap percakapan yang tidak di sertai dengan mengingati Allah
Maka itu adalah sia-sia.
Tiap-tiap kelakuan diam yang tidak di sertai dengan kebesaran Allah
Maka itu adalah leka.
Tiap-tiap pandangan yang tidak di sertai dengan mengambil pengajaran
Maka itu adalah lupa.
Tiap-tiap gerakan yang tidak di sertai dengan penghambaan
Maka itu adalah hampa.
Semoga Allah merahmati hamba Nya yang menjadikan percakapan nya sebagai amalan.
Menjadikan diamnya sebagai hikmah kebijaksanaan.
Menjadikan pandangan nya sebagai pengajaran.
Dan menjadikan geraknya sebagai penghambaan.
Dan daripada lisan serta tangan nya..
Manusia mendapat kesejahteraan. ~*

~* Taubat Nasoha ~*


~* Diriwayatkan dari Imam Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa dia berkata :
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Tahukah kamu siapakah orang yang bertaubat itu ?
Kami sekelian nya menjawab : Allah dan Rasul Nya Maha Mengetahui.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

Barangsiapa yang bertaubat sedangkan dia tidak mahu mempelajari ilmu.
Maka bukanlah dia orang yang bertaubat.
Barangsiapa yang bertaubat sedangkan dia tidak bertambah ibadah nya.
Maka bukanlah dia orang yang bertaubat.
Barangsiapa yang bertaubat sedangkan dia tidak menjadikan lawan nya rela.
Maka bukanlah dia orang yang bertaubat.
Barangsiapa yang bertaubat sedangkan dia tidak merubah pakaian dan perhiasan nya
Maka bukanlah dia orang yang bertaubat.
Barangsiapa yang bertaubat sedangkan dia tidak mengganti kawan-kawan nya dalam pergaulannya.
Maka bukanlah dia orang yang bertaubat.
Barangsiapa yang bertaubat sedangkan dia tidak merubah perangainya.
Maka bukanlah dia orang yang bertaubat.
Barangsiapa yang bertaubat sedangkan dia tidak melipat kasurnya dan tikarnya ( tidak mengikis sama sekali dari kebiasaan nya hal-hal yang menyebabkan dia berdosa )
Maka bukanlah dia orang yang bertaubat.
Barangsiapa yang bertaubat sedangkan dia tidak mahu mengeluarkan sedeqah.
Maka bukanlah dia orang yang bertaubat.
Apabila seseorang hamba ada padanya ciri-ciri ini maka dia adalah orang yang benar-benar bertaubat.
(^_^)V<3<3<3~*

~* Gurindam Nasihat ~*


~* Gurindam Nasihat ~*

Apabila banyak berkata-kata.
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila kita kurang siasat.

Itulah tanda nak dapat penat.
Apabila anak tidak dilatih.
Jika besar mak bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang.
Itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang banyakkan tidur.
Sia-sia sahajalah segala umur.
Apabila mendengar akan khabar.
Menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila mendengar akan aduan.
Membicarakan jangan ikut perasaan.
Apabila perkataan yang lemah lembut.
Lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar.
Manusia kurang dapat bersabar.
Apabila pekerjaan yang amat benar.
Manusia tak boleh berbuat onar. (^_^)V♥♥♥~*

~* Keutamaan Selawat ~*


~* Keutamaan selawat ~*
1. Memperoleh curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah dengan sebaik-baik nikmat.
2. Menghasikan kebaikan meninggikan kedudukan dan menghapuskan kejahatan.
3. Memperoleh pengakuan kesempurnaan iman.
4. Menjauhkan kerugian dan penyesalan malah di golongkan di dalam kalangan orang-orang yang berbuat kebaikan.

5. Mendekatkan diri kepada Tuhan.
6. Memperoleh ganjaran pahala seperti memerdekakan hamba.
7. Menghasilkan pertolongan ( syafaat) di hari kemudian.
8. Memperoleh keredhaan dari Malaikatur Rahman.
9. Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w. Seseorang yang berselawat dan memberi salam kepada Nabi maka selawat dan salam nya itu di sampaikan Malaikat kepada Nabi sendiri.
10. Membuka kesempatan berbicara dengan Nabi tercinta.
11. Menghilangkan kesusahan kegundahan dan meluaskan rezeki kurniaan Tuhan.
12. Melapangkan dada. Apabila seseorang membaca selawat 100 kali maka Allah akan melapangkan dada nya dan memberikan sinar yang terang benderang ke dalam hati nya.
13. Menghapuskan dosanya. Barangsiapa yang membaca selawat tanda cinta kepada Nabi nya maka Allah akan menghapuskan dosa nya.
14. Menggantikan sedeqah bagi yang tidak mampu bersedeqah.
15. Melipatgandakan pahala. Apabila seorang hamba berselawat pada hari Jumaat maka Allah menurunkan rahmat berlipat ganda ke atasnya.
16. Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah s.a.w. di hari Kemudian.
17. Menyebabkan doa di terima di sisi Allah.
18. Melepaskan diri dari kebingungan di hari Kiamat. Apabila seseorang meninggalkan selawat ke atas Nabi maka dia akan menghadapi kebingungan dan kekacauan di hari Mahsyar.
19. Memenuhi suatu hak Nabi atau menunaikan suatu tugas ibadat yang di wajiban ke atas sekelian umat Muhammad. ~*
~* Di uji ujian sedih mudah terasa pedih.
Di uji ujian susah mudah rasa gelisah.
Di uji ujian senang tidak pernah tenang.
Di uji ujian harta selalu rasa bangga.
Di uji ujian rupa selalu sombong saja.
Di uji ujian wang selalu melayang-layang.
Di uji ujian berat selalu kufur nikmat.

Ujian itu mengangkat darjat orang-orang yang taat.
Ujian itu menghapuskan dosa orang-orang yang maksiat.
Ujian itu mmberi azab orang-orang yang terlaknat.
Ujian itu memberi peringatan orang-orang yang tak ingat. (^_^)V<3<3<3~*

~* Indahnya Doa ~*

~* Imam Hassan Al-Banna berkata :
Apa yang datang dari hati akan sampai ke hati.
Lima senjata sakti untuk menakhluk hati :
Pertama : Doa.
Kita terikat hati dengan manusia kerana kasih sayang dan doa yang dia pohonkan untuk kita.
Dengan doa kita dapat menakhluk hati manusia yang berada di sekeliling kita.
Seseorang yang istimewa kepada kita.
Bukanlah dia yang selalu ada di depan mata.
Bukan pula dia yang selalu ada di sisi kita.
Tetapi dia yang setia ada bersama kita.
Yang selalu mengingati kita.
Dalam setiap doa dia.
Indah rembulan kerana sinarnya.
Indah bintang kerana kerdipnya.
Indah insan kerana akhlaqnya.
Indah hamba kerana taqwanya.
Indah sahabat kerana doanya. (^_^)V♥♥♥~*

~* Akhlaq Mulia ~*

~* Imam Hassan Al-Banna berkata :
Apa yang datang dari hati akan sampai ke hati.
Lima senjata sakti menakhluk hati.
Kedua : Akhlaq yang mulia.
Akhlaq mulia dapat menakhluk hati manusia.
Imam Abu Hurairah r.a. berkat
a :
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Kamu tidak dapat melapangkan manusia dengan harta benda mu
Tetapi kamu dapat mengembirakan mereka dengan senyum muka mu dan baik budi mu.
Baik terbina pada IHSAN.
Sopan terlihat pada KELAKUAN.
Budi terukur pada KEIKHLASAN.
Lembut terungkap pada PERKATAAN.
Ikhlas tergantung pada hatinya.
Luhur tersembunyi pada matanya.
Indah terlihat pada wajahnya.
Manis terukir pada senyumnya. (^_^)V♥♥♥~*

~* Memelihara kebajikan ~*

~* Imam Hassan A-Banna berkata :
Apa yang datang dari hati akan sampai ke hati.
Lima senjata sakti menakhluk hati.
Ketiga : Memelihara kebajikan dan sentiasa berbuat kebaikan.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

Seorang Mukmin tidak merasa puas dengan kebaikan dan ilmu yang di terima nya sehingga syurga menjadi tempat kepuasan nya.
( H.R. Imam At-Tirmidzi ).
Untuk mendapat cinta kasih manusia maka lakukanlah beberapa perkara :
1. Pertama : Maniskan wajah kepada mereka.
2. Kedua : Lembutkanlah tutur kata bicara.
3. Ketiga : Menghargai menghormati sesama manusia.
4. Keempat : Jangan sombong kepada mereka.
Inilah kunci hidup bahagia.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya amal yang paling di sukai oleh Allah setelah menunaikan kewajipan yang fardhu adalah memberikan rasa gembira sesama manusia ( muslim).
( H.R.Imam Baihaqi ).
Kebahagiaan adalah wajah yang berseri.
Taman bunga di dalam hati.
Perkara manafaat di dalam diri.
Nikmat kurniaan yang di syukuri.
Dosa maksiat yang di jauhi.
Senyum manis ikhlas di beri.
Mencintai kebaikan setiap hari. (^_^)V♥♥♥~*

~* Berbelas kasihan ~*

~* Imam Hassan A-Banna berkata :
Apa yang datang dari hati akan sampai ke hati.
Lima senjata sakti menakluk hati.
Kempat : Memberi perhatian dan berbelas kasihan.
Apabila kita menerima seseorang di dalam hidup kita.

Maka terimalah segala kekurangan dan kelebihan dia.
Allah tidak menciptakan kesempurnaan kepada setiap insan.
Supaya kita saling melengkapkan dan saling menggembirakan.
Orang yang tidak menghiasi diri nya dengan kebaikan.
Maka tdak mungkin melihat dunia ini dengan keindahan.
Hamba yang paling bahagia di sisi Tuhan Nya.
Adalah orang yang sentiasa berbuat kebaikan untuk dirinya.
Dan memberikan kebaikan untuk saudara-saudaranya.
Dan selalu bersyukur di atas segala kurnia.
Kebahagiaan tidak terletak pada keturunan sahaja atau dalam harta benda atau di dalam emas permata.
Tetapi kebahagiaan yang lebih utama terletak di dalam agama ilmu pengetahuan sopan santun dan tercapainya cita-cita.
Emas mu adalah agama mu.
Perhiasan mu adalah budi pekerti mu.
Harta mu adalah sopan santun mu. (^_^)V♥♥♥♥~*

Jumaat, 5 Oktober 2012

~* KASIH SAYANG ~*

~* Imam Hassan Al-Banna berkata :
Apa yang datang dari hati akan sampai ke hati.
Lima senjata sakti menakhluk hati.
Kelima : Kasih sayang.
Imam Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya
dari Al-Hasaa
n berkata bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Tidak dapat masuk syurga melainkan orang yang berperasaan belas kasih sayang.
Sahabat berkata : Ya Rasulullah ! Kami semua berperasaan belas kasih sayang.
Bersabda Nabi s.a.w. : Bukan kasih sayang untuk peribadi melainkan mesti merasa sayang kepada umat manusia. Dan tidak dapat merahmati semua manusia kecuali Allah Taala sahaja.
Barangsiapa yang tidak belas sayang sesama manusia
Maka Allah tidak memberi rahmat kepada dia.
( Al-Hadith ) Kitab Tanbihul Ghafilin.
Melepaskan perkara yang menyakitkan adalah satu kenikmatan.
Mengingat-ingat segala kurniaan adalah tanda sebuah kesyukuran.
Melupakan kejahatan orang adalah kebaikan akhlaq penuh keutamaan.
Tidak akan ada kebahagiaan melainkan kita bebas dari kebencian yang membelenggukan.
Ketahuilah bahawa kemampuan menanggung cobaan..
Dapat menguburkan banyak kesedihan.
Kemampuan menanggung kesabaran..
Dapat melenyapkan banyak kesalahan.
Kemampuan bersikap dermawan..
Dapat menutupi banyak keaiban dan kecelaan.
Tenangkanlah hati anda dengar gemar melakukan kebaikan.
Tenangkanlah hati anda dengan bertaubat dari semua kesalahan.
Rangkulkanlah tangan anda ke leher insan yang memerlukan..
Anda akan merasa puas menghirup kebahagiaan. (^_^)V♥♥♥~*.