Pages

Subscribe:

Jumaat, 30 November 2012

JADIKAN HIDUP BERERTI.

♥ HIDUP INI HANYA SEKALI.
♥ JADIKAN HIDUP BIAR BERERTI.
( PROF. DR. HAMKA ).

♥ TAMAN BUNGA HATI BAHAGIA :
♥ Tumbuh KEINSAFAN dari PERASAAN.

♥ Tumbuh KEMAHUAN dari KEINGINAN.
♥ Tumbuh KEYAKINAN dari KEPERCAYAAN.
♥ Tumbuh KEPANDAIAN dari KERAJINAN.
♥ Tumbuh KEMAJUAN dari PERUBAHAN.
♥ Tumbuh KESIHATAN dari KEBERSIHAN.
♥ Tumbuh CINTA dari MATA.
♥ Tumbuh DENGKI dari IRI HATI.
♥ Tumbuh KEKUATAN dari PERSATUAN.
♥ Tumbuh BENCANA dari KEBODOHAN.
♥ Tumbuh KESAKITAN dari KEBENCIAN. (^_^)V♥♥♥~*

~* Anugerah terindah. ~*


♥ HUKAMA' berkata :
♥ Anugerah yang paling berharga bagi seorang manusia adalah :
♥ AKAL yang mampu menghindarkan diri nya dari KESALAHAN.
♥ Atau kalau tidak demikian.
♥ Perasaan MALU yang dapat menjaga kehormatan dan menahan diri nya
dari KEHINAAN.
♥ Atau kalau tidak demikian.
♥ Perasaan TAKUT yang dapat mengekang diri nya dari KEMUNGKARAN.
♥ Atau kalau tidak demikian.
♥ Satu KEMAMPUAN yang dapat menutupi diri nya dari semua KEJAHATAN. (^_^)V♥♥♥~*

~* SEPULUH GOLONGAN KEKASIH IBLIS ~*


♥ SEPULUH GOLONGAN KEKASIH IBLIS ♥

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada suatu hari bertanya kepada Iblis yang di rejam. Berapa golongan kekasih mu dari umat ku ?
♥ Iblis menjawab : Ada sepuluh golongan kekasih ku dari k
alangan umat mu.
♥ Pertama : Pemimpin yang melencong. ( Dzalim ).
♥ Kedua : Orang yang sombong.
♥ Ketiga : Orang kaya yang tidak peduli dari mana di perolehi kekayaan nya dan ke mana ia akan membelanjakan harta benda nya.
♥ Keempat : Orang alim yang menyokong terhadap penyelewengan penguasa.
♥ Kelima : Pedagang yang curang.
♥ Keenam : Penimbun makanan.
♥ Ketujuh : Orang yang berbuat zina.
♥ Kelapan : Pemakan Riba.
♥ Kesembilan : Orang kedekut ( bakhil ) yang tidak peduli dari mana di perolehi hartanya.
♥ Kesepuluh : Peminum khamar tegar. ( Telah menjadi penagih yang kuat ).

( H.R. Ibnu Abbas radhiallahu anhu) .

Khamis, 29 November 2012

~* ENAM MACAM SEKSA MANUSIA YG GILA DUNIA ~*


♥ Enam macam seksa bagi manusia yang gila dunia ♥

♥ Imam Hasan Al-Basri radhiallau anhu berkata :
♥ Barangsiapa yang gila dunia dan mengharapkan dunia nya melebihi akhirat nya maka ALLAH akan menyiksanya dengan enam perkara. Tiga di akhirat sana.

  ♥ Adapun tiga seksaan di dunia :
♥ Pertama : Panjang angan-angan tanpa ada batas nya.
♥ Kedua : Sangat rakus tanpa ada perasaan puas dalam hati nya.
♥ Ketiga : Tidak dapat merasakan kemanisan dalam ibadah nya kerana selalu mengingat akan harta bendanya.

♥ Adapun tiga seksaan di Akhirat sana :
♥ Pertama : Rasa takut yang amat sangat di dalam hati nya pada hari kebangkitan semula.
♥ Kedua : Perhitungan ( hisab ) yang sangat teliti ke atas nya.
♥ Ketiga : Penyesalan yang tiada berkesudahan menimpa diri nya.
(^_^)V♥♥♥~*

~* 6 PERKARA MEROSAK HATI KITA ~*


♥ ENAM perkara yang merosakkan hati manusia ♥

♥ Imam Hasan Al-Basri radhiallahu anhu berkata :
♥ Sesungguhnya hati itu BINASA di sebabkan Enam perkara :
♥ Pertama : Sengaja berbuat kejahatan dengan harapan mendapat keampunan.
♥ Kedua : Menuntut ilmu pengetahuan tetapi tidak mahu mengamalkan.

♥ Ketiga : Apabila berbuat amalan. Hati nya tiada keikhlasan.
♥ Keempat : Mereka makan rezeki Tuhan tetapi tidak mahu melafazkan kesyukuran.
♥ Kelima : Mereka tidak redha dengan ketentuan Tuhan.
♥ Keenam : Mereka menguburkan orang-orang yang menghadapi kematian tetapi mereka tidak mengambil sebarang pengajaran.
(^_^)V♥♥♥~*

~* TIPUDAYA YANG MEROSAK BINASA ~*


♥ Syeikh Yahya bin Mu'az radhiallahu anhu berkata :
♥ Enam tipudaya yang paling besar menimpa manusia :
♥ Pertama : Terus menerus melakukan kemaksiatan dengan mengharapkan ampunan tanpa di iringi sebarang penyesalan.
♥ Kedua : Mendakwa hampir kepada Tuhan tanpa di sertai amalan ketaatan.
♥ Ketiga : Mengharap menuai kenikmatan ( Syurga ) dengan menyebarkan benih kejahatan ( Neraka )
♥ Keempat : Menginginkan tempat keselamatan dengan melakukan berbagai kemaksiatan.
♥ Kelima : Mengharapkan pahala ganjaran tanpa melakukan sebarang amalan.
♥ Keenam : Berangan-angan mendapat rahmat Tuhan dengan melakukan amalan-amalan yang melampaui batasan.
(^_^)V♥♥♥~*

~* DENGKI ITU MEMAKAN KEBAJIKAN ~*

♥ DENGKI ITU MEMAKAN SEGALA KEBAIKAN .
( H.R.Imam Muslim )

♥ Syeikh Mu'ti al-Salami memetik kata-kata dari guru nya Al-Badr radhiallahu anhu berkata :
♥ Orang yang dengki di timpa lima perkara :
♥ Pertama : Ia selalu di cela manusia.

 ♥ Kedua : Perasaan resah gelisah terus membara di dalam hati nya.
♥ Ketiga : Pintu taufiq tertutup rapat bagi nya.
♥ Keempat : Bencana abadi yag tiada mendapat pahala.
♥ Kelima : ALLAH Murka kepada nya.
(^_^)V♥♥♥~*

Rabu, 28 November 2012

~* SETITIK AIRMATA SEJUTA MAKNA ~*

♥ SETITIK AIRMATA SEJUTA MAKNA ♥

♥ Airmata tidak berdosa.
♥ Bila tidak berputus asa.
♥ Air mata menghalang Murka.
♥ Bila tidak berpura-pura.
♥ Air mata perisai neraka.
♥ Bila tidak berburuk sangka.
♥ Airmata mencuci dosa.
♥ Bila tidak takbur di dada.
♥ Airmata penawar duka.
♥ Bila tidak syak wasangka
♥ Airmata ketenangan jiwa.
♥ Bila redha segala-galanya. (^_^)V♥♥♥~*

~* UJIAN HARTA ~*


♥ Syeikh BISYR bin Al-Harith berkata :
♥ Tinggalkanlah kerakusan mu terhadap dunia.
♥ Dan janganlah kamu tamak terhadap tipudayanya.
♥ Janganlah kamu sibuk mengumpulkan harta.
♥ Kerana kamu tidak tahu harta itu untuk siapa.
♥ Orang yang tamakkan harta benda itu pasti papa kedana.
♥ Sementara setiap orang yang tidak tamak dan bersederhana pasti ia menjadi kaya.
♥ Orang yang tersalah niat dalam mencari harta.
♥ Akan hidup sukar bagaikan hamba sahaya.
♥ Dia melihat wang dan kekayaan sebagai tujuan utama nya.
♥ Sehingga di bayangi kefakiran dan kepapaan di dalam hidup nya.

♥ Ibnu Uyainah berkata :
♥ Orang yang menginginkan KEMULIAAN.
♥ Maka akan di berikan KEHINAAN.
♥ Orang yang menginginkan KEKAYAAN.
♥ Maka akan di berikan KEFAKIRAN.
♥ Orang yang menginginkan KESOLEHAN.
♥ Maka ALLAH akan menghimpunkan untuk nya KEMULIAAN dan KEKAYAAN.
(^_^)V♥♥♥~*

~* TANGGA HARAPAN ~*

♥ TANGGA HARAPAN ♥

♥ Pada bisikan angin harapan.
♥ Daku lagukan doa kekuatan.
♥ Agar tercapai puncak kejayaan.
♥ Untuk terus mara ke hadapan.

♥ Tidak mahu menoleh ketinggalan.
♥ Susur tangis setiap kegagalan.
♥ Akan ku kumpul segala kenangan.
♥ Untuk mencari selaut harapan.
♥ Ingin ku suluh setiap perjalanan.
♥ Agar terang cahaya sinaran.
♥ Garapan doa penuh ketulusan.
♥ Agar kejayaan beroleh keberkatan.
♥ Ku genggam terus menjadi kejayaan.
♥ Inilah dia tapak kekuatan.
♥ Semoga mendapat cahaya kebenaran.
♥ Terus memanjat tangga harapan. (^_^)V♥♥♥~*

~* 10 JENIS TANGISAN ~*


♥ Imam Ibnu Al-Qayyim menerangkan bahawa terdapat 10 jenis tangisan :

♥ Pertama : Tangisan kerana kasih sayang dan belas kasihan.
♥ Kedua : Tangisan kerana rasa cemas dan takut kepada Tuhan.
♥ Ketiga : Tangisan kerana kecintaan dan keri
nduan.
♥ Keempat : Tangisan kerana rasa senang dan kegembiraan.
♥ Kelima : Tangisan kerana menderita sakit berat yang tidak tertahan.
♥ Keenam : Tangisan kerana kesedihan.
♥ Ketujuh : Tangisan kerana kelemahan.
♥ Kelapan : Tangisan kerana kemunafiqan.
Di hadapan orang tangisan nya penuh kekusyukan. Di belakang orang hati nya keras tiada belas kasihan.
♥ Kesembilan : Tangisan kerana bayaran.
Tangisan orang yang mendapat upah kerana meratapi orang yang mati ( amalan jahiliyah yang sangat keji ).
♥ Kesepuluh : Tangisan kerana kebetulan.
Kebetulan semua orang mengeluarkan tangisan maka ia pun menjadi ikut-ikutan.

♥ Syeikh Yazid bin Maisarah rahimahullahu Taala berkata :
♥ Tangisan ada 7 perkara :
♥ Pertama : Menangis kerana KESENANGAN.
♥ Kedua : Menangis kerana KESEDIHAN.
♥ Ketiga : Menangis kerana KECEMASAN.
♥ Keempat : Menangis kerana KEPURA-PURAAN.
♥ Kelima : Menangis kerana KESAKITAN.
♥ Keenam : Menangis kerana KESYUKURAN.
♥ Ketujuh : Menangis kerana TAKUTKAN TUHAN.

~* INDAHNYA SENYUMAN ~*

♥ Orang yang memberikan senyuman.
♥ Merasakan diri nya sangat KAYA.
♥ Sedangkan orang yang menerima senyuman.
♥ Merasakan diri nya sangat BERHARGA. (^_^)V♥♥♥~*

~* SYAITAN BERUMAH DI HATI YANG MARAH ~*

♥ Syaitan berumah di hati yang marah ♥

♥ Apakah anda sedang menyimpan kemarahan pada seseorang hamba ?
♥ Berilah kemaafan kepadanya.
♥ Anda akan merasa lebih bahagia dan lega kerananya.
♥ Memberi kemaafan itu adalah ubat yang paling berkesan untuk merawat hati lara.
♥ Tak kira bagaimana teruk pun keadaan kita.
♥ Berilah kemaafan kerana ia mampu menjadi ubat percuma yang sangat besar kesannya. (^_^)V♥♥♥~*

~* ESOK MASIH ADA ~*

♥ ESOK MASIH ADA. ♥

♥ Biar berlinangan airmata.
♥ Ku takkan hentikan nya.
♥ Biar ia menyembuh luka.
♥ Hilang segala rasa duka.

♥ Jika ku mampu merentasi liku-liku nya.
♥ Pasti ku mampu menghadapi semuanya.
♥ Jangan kita tidak berdaya.
♥ Melawan hebat tipudaya dunia.
♥ Bisa melerai iman kita.
♥ Bisa hancur kesemuanya.
♥ Biar menitis airmata darahnya.
♥ Tidak bisa mengubah segala nya.
♥ Melainkan ikhlas taubat nasoha.
♥ Moga di terima segala-gala nya.
♥ Namun daku percaya.
♥ Masih ada kesudahan nya.
♥ Kerana ALLAH itu KAYA.
♥ Maha Mendengar rintihan hamba-hamba NYA.
♥ Barangsiapa yang BERTAQWA kepada NYA.
♥ Pasti akan ada jalan keluarnya. (^_^)V♥♥♥~*

~* SAHABAT KITA SAUDARA KITA ~*

❤ Jangan kita sangka sahabat kita yang sering menegur kita.
Adalah manusia yang paling bertaqwa
❤ Jangan kita sangka sahabat kita yang sering menasihati kita.
Adalah manusia yang tak ada dosa.
❤ Jangan kita sangka sahabat kita yang tegas beragama.
Adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya..
❤ Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga.
❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga.
❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka
❤ Sahabat kita itu bukanlah manusia sempurna.
❤ Dia juga manusia biasa.
❤ Bersangka baik saja. Dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama. (^_^)V♥♥♥~*

~* BILA ALLAH MENJADI TUJUAN ~*


♥ Dalam KESAKITAN teruji KESABARAN.
♥ Dalam PERJUANGAN teruji KEIKHLASAN.
♥ Dalam PERSAUDARAAN teruji KETULUSAN.
♥ Dalam PENGABDIAN teruji KEYAKINAN.
♥ Dalam KASIH SAYANG teruji KESETIAAN.
♥ Hidup ini penuh keindahan.
♥ Bila ALLAH menjadi tujuan.

♥ Wahai Tuhan ! Berilah kami ketabahan.
♥ Meski berat memikul beban.
♥ Berilah kami berlapang dada.
♥ Meski banyak perkara menyesakkan jiwa.
♥ Berilah kami merendahkan diri.
♥ Kerana hanya Engkau yang Maha Tinggi.
♥ Berilah kami kekuatan kerana hebatnya tentangan kehidupan.

♥ Sungguh pahitnya kehidupan ini.
♥ Semoga sebanding dengan manis nya di akhir nanti. (^_^)V♥♥♥~*

~* MANISNYA HARAPAN ~*

♥ MANISNYA HARAPAN ♥

♥ Ketika kita membuang harapan.
♥ Itu saatnya menuju kekalahan.

♥ Harapan tersisa..

♥ Sebuah kata penuh makna.
♥ Terkadang ingin berputus asa.
♥ Membuang harapan kerana kecewa.
♥ Namun daku percaya kepada ALLAH yang Maha Esa.
♥ Maha Berkuasa.
♥ Maha Luas Rahmat NYA.
♥ Maha Tinggi Keagungan NYA.
♥ Maha Halus Ketentuan NYA.
♥ Daku percaya rencana NYA.
♥ Setiap harapan ku pasrah pada NYA.
♥ Dan usaha yang ku lakukan..ku kembalikan hanya kepada NYA.
♥ Ya Rahman.
♥ Berilah daku kekuatan.
♥ Berilah daku kebaikan.
♥ Engkau pemilik hati setiap insan.
♥ Dan hanya Engkau yang mampu mengubah setiap perasaan.
♥ Jadikanlah daku redha segala ketentuan. (^_^)V♥♥♥~*

~* PANJI IMAN KITA ADA EMPAT PERKARA ~*

♥ Setengah Hukama' berkata :
♥ Sesungguhnya panji-panji keimanan ada EMPAT perkara :
♥ Pertama : Rasa TAQWA nya.
♥ Kedua : Rasa MALU nya.
♥ Ketiga : Rasa SYUKUR nya.
♥ Keempat : Rasa SABAR nya.

~* Ketenangan akan menjadi teman ~*

 ♥ Segala puji bagi ALLAH yang menunjukkan kepada kita semua jalan-jalan menuju kepada NYA.
♥ Apabila perubahan membawa kepada kebaikan.
♥ Maka KETENANGAN akan menjadi TEMAN.

♥ Segala puji bagi ALLAH yang menganugerahkan kita semua dengan IMAN dan AGAMA NYA.
♥ Segala puji bagi ALLAH yang mengistimewakan kita semua dengan rahmat dan MILLAH NYA.

♥ Segala puji bagi ALLAH yang memberikan KEAMPUNAN dan KEREDHAAN NYA kepada kita semua.

♥ Setiap KATA ada PENYUDAH nya.
♥ Setiap TULISAN ada NOKTAH nya.
♥ Setiap JALAN ada HUJUNG nya.
♥ Setiap BERMULA ada AKHIR nya.
♥ Sempurna KATA dengan AMALAN nya.
♥ Sempurna TULISAN dengan MANAFAAT nya.
♥ Sempurna JALAN dengan HIDAYAH nya.
♥ Sempurna AKHIR nya dengan IMAN nya. (^_^)V♥♥♥~*

Selasa, 27 November 2012

~* TAQWA ITU LEBIH MULIA ~*


♥ Tidak ada kebaikan bagi PERBICARAAN.
♥ Melainkan dengan AMALAN.
♥ Tidak ada kebaikan bagi KEKAYAAN.
♥ Melainkan dengan KEMURAHAN.
♥ Tidak ada kebaikan bagi PERSAHABATAN.
♥ Melainkan dengan KESETIAAN.
♥ Tidak ada kebaikan bagi PEMBERIAN.
♥ Melainkan dengan KEIKHLASAN.
♥ Tidak ada kebaikan bagi PERMINTAAN.
♥ Melainkan dengan KESUNGGUHAN.
♥ Tidak ada kebaikan bagi KEHIDUPAN.
♥ Melainkan dengan KETAQWAAN. (^_^)V♥♥♥~*

~* ADA CINTA DI SEBALIK BALA ~*


♥ Sesekali ALLAH uji kita.
♥ Tapi kita kata :
♥ AKU TAK PERNAH BAHAGIA.

♥ Sesekali kita merasa DUKA.
♥ Tapi kita kata :
♥ AKU JARANG KETAWA.

♥ Sesekali kita merasa KECEWA.
♥ Tapi kita kata :
♥ AKU TAK PERNAH BERJAYA.

♥ BANYAK KALI ALLAH beri KURNIA.
♥ Tetapi kita lupa kata PUJI dan SYUKUR kepada NYA.
♥ Sedangkan hakikat ujian yang menimpa.
♥ Adalah tanda kasih ALLAH kepada kita. (^_^)V♥♥♥~*

~* RAHMAT UNTUK SEMUA ~*

♥ Jangan menilai manusia lewat masa lalu nya.
♥ Orang suci ada kisah hitam nya.
♥ Orang berdosa ada masa hadapan nya.
♥ Selagi tidak berputus asa.
♥ Selagi harapan masih membara.
♥ Kita semua sama sahaja.
♥ Hanya taqwa menjadi baja nya.
♥ Rahmat ALLAH buat semua. (^_^)V♥♥♥~*

Isnin, 26 November 2012

~* Hidup Berjasa ~*


♥ HIDUP biar dengan JASA NYA.
♥ MATI biar dengan IMAN NYA.
♥ BICARA biar dengan BUDI BAHASA NYA.
♥ BERGAUL biar dengan ADAB NYA.
♥ BERAKAL biar dengan AKHLAQ NYA.

♥ Orang yang miskin jangan kita hina-hina.
♥ Orang yang kaya jangan kita dengki kan nya.
♥ Orang yang lemah jangan kita menindas nya.
♥ Orang yang berkuasa jangan kita mengampu nya.

♥ Taburkanlah budi dan kasih sayang kita.
♥ Indah terasa sebuah kehidupan mulia. (^_^)V♥♥♥~*

~* RAHMAT ALLAH DALAM UJIAN ~*


♥ RAHMAT ALLAH DALAM UJIAN ♥
♥ Orang yang merasa diri nya tidak berguna.
♥ Maka inilah putus asa yang tiada ubat nya.
♥ KENAPA AKU DIUJI ?
QURAN MENJAWAB :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : Kami telah be
riman (‘I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang berdusta.
(Surah AL-ANKABUT ayat 2-3).

♥ KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
QURAN MENJAWAB :
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu . ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui .
(Surah AL-BAQARAH ayat 216).

♥ KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
QURAN MENJAWAB :
ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah AL-BAQARAH ayat 286).

♥ KITA BERTANYA : KENAPA RASA BERPUTUS ASA ?
QURAN MENJAWAB :
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.
(Surah AL-IMRAN ayat 139).

♥ KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
QURAN MENJAWAB :
Wahai orang-orang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah(be fearfull of ALLAH The Almighty) kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) .
Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
(Surah AL-BAQARAH ayat 45).

♥ KITA BERTANYA : APA YANG KITA DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?
QURAN MENJAWAB :
Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
(Surah AL-TAUBAH ayat 111).

♥ KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
QURAN MENJAWAB :
Cukuplah ALLAH bagiku tidak ada Tuhan selain dari NYA . Hanya kepada NYA aku bertawakkal .
(Surah AL-TAUBAH ayat 129).

♥ KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT BERTAHAN!!!!
QURAN MENJAWAB :
...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.
(Surah YUSUF ayat 12).

♥ Tidak ada kenikmatan tanpa kesyukuran.
♥ Tidak ada kebahagiaan tanpa keredhaan.
♥ Tidak ada kesabaran tanpa ujian.
♥ Sesungguhnya rahmat Allah dalam ujian.
♥ Ganjaran buat kesabaran.
♥ Keteguhan dalam perjuangan. (^_^)V♥♥♥~*

~* EMPAT KEUTAMAAN DIAM ~*

♥ EMPAT KEUTAMAAN DIAM. ♥

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda
♥ Solat itu tiang agama.
♥ Sedang sikap diam itu lebih utama.
♥ Sedeqah itu dapat memadamkan murka ALLAH Tuhan nya.

 ♥ Sedang sikap diam itu lebih utama.
♥ Puasa itu benteng ( perisai ) Neraka.
♥ Sedang sikap diam itu lebih utama.
♥ Jihad itu adalah puncak Agama.
♥ Sedang sikap diam itu lebih utama.
( Al-Hadith Kitab Munabbihat Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani ).

♥ Agama tidak akan berdiri tanpa solat sepertimana tidak akan berdiri sebuah rumah tanpa tiang-tiang nya.
♥ Solat sebagai bukti sebenar kehambaan dalam menunaikan hak ketuhanan. Tetapi diam itu lebih utama daripada solat berdasarkan sabda Baginda shallallahu 'alaihi bermaksud :
♥ DIAM ADALAH IBADAH TINGKAT TERTINGGI.
( H.R.Imam Ad-Dailami dari Imam Abu Hurairah ).

♥ Yang di maksudkan dalam kontek Hadith ini adalah tidak mengucapkan sesuatu yang tidak bermanafaat dalam perkara agama dan dunia dan jangan berbantah dengan manusia yang menentang kerana kejahilan nya.
♥ Oleh kerana itu diam merupakan ibadah tingkat tertinggi kerana semua kesalahan timbul dari lisan ( perkataan ) kita sendiri.
♥ Bagaimanapun jika manusia itu duduk seorang diri maka diam itu tidaklah menjadi ibadah buatnya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi :
♥ DIAM ITU PERHIASAN BAGI ORANG ALIM DAN PENUTUP BAGI ORANG BODOH.
( H.R.Abu As-Syeikh dari Al-Mihrazi ).
♥ Diam dapat menambah kewibawaan orang alim dan sebagai petanda adanya ilmu nya.
♥ Sedangkan bagi orang bodoh diam itu menjadi tabir menutup peribadinya kerana semakin banyak yang di perkatakan nya maka semakin banyak pula terserlah kebodohan nya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi :
♥ DIAM ADALAH PEMIMPIN AKHLAQ.
( H.R. Imam Ad-Dailami dari Imam Anas bin Malik ).
♥ Hadith ini bermaksud diam dari perkara yang tidak ada pahala di dalam nya adalah pemimpin akhlaq mulia kerana dapat menyelamatkan tuan nya dari bahaya lidah dan segala kejahatan nya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi :
♥ DIAM ADALAH HIKMAH KEBIJAKSANAAN, NAMUN SEDIKIT SEKALI MANUSIA MELAKUKAN.
( H.R.Imam Al-Qadha'i dari Imam Anas dan Imam Ad-Dailami dari Ibnu Umar radhiallu anhu ).

♥ Membalas KEBAIKAN dengan KEJAHATAN.
♥ Maka itu adalah KERENDAHAN.
♥ Membalas KEJAHATAN dengan KEJAHATAN.
♥ Maka itu tiada PERIKEMANUSIAAN.
♥ Membalas KEBAIKAN dengan KEBAIKAN.
♥ Maka itu adalah suatu TUNTUTAN.
♥ Membalas KEJAHATAN dengan KEBAIKAN.
♥ Maka itu adalah sebenar-benar KEMULIAAN.

♥ Maka jika inginkan MUTIARA.
♥ Maka selamilah LAUTAN.
♥ Jika inginkan BAHAGIA.
♥ Tempuhilah PENDERITAAN.
♥ Jika inginkan KEJAYAAN.
♥ Relakanlah PENGORBANAN.
♥ Kerana di dalam SETIAP KEPAHITAN.
♥ Sebenar nya terkandung SEJUTA KEMANISAN. (^_^)V♥♥♥~*

~* TIADA KEKALAHAN.~*


♥ Tidak ada musuh yang tidak dapat di kalahkan.
♥ Melainkan hawa nafsu yang selalu di turutkan.
♥ Tidak ada penyakit yang tidak dapat di sembuhkan.
♥ Melainkan kematian yang selalu di lupakan.
♥ Tidak ada permusuhan yang tidak dapat di maafkan.
♥ Melainkan kebencian yang selalu di sembunyikan.
♥ Tidak ada kesulitan yang tidak dapat di pecahkan.
♥ Melainkan sikap kecewa dan putus harapan.
♥ Tidak ada batu keras yang tidak dapat di pecahkan.
♥ Melainkan hilang nya harapan dan kesabaran. (^_^)V♥♥♥~*

~* KEBENARAN ITU NYATA ~*


♥ KEBENARAN di dalam BERKATA-KATA.
♥ Menciptakan KEPERCAYAAN kepada manusia.
♥ KESUNGGUHAN di dalam BERUSAHA.
♥ Melahirkan KEPUASAN kepada USIA.
♥ KETEKUNAN di dalam AMAL SOLEHNYA.
♥ Membina KETENANGAN di dalam JIWA.

♥ Orang yang di dalam hati nya ada SINARAN.
♥ Tidak tumbuh di taman hati nya KEBENCIAN.
♥ Orang yang di dalam hatinya ada KEBERSIHAN.
♥ Tidak tumbuh di taman hati nya KEJAHATAN.
♥ Orang yang di dalam hati nya ada TUJUAN.
♥ Tidak tumbuh di taman hati nya KELALAIAN.
♥ Orang yang di dalam hati nya ada KEINDAHAN.
♥ Tidak tumbuh di taman hati nya KEBURUKAN.
♥ Orang yang di dalam hati nya ada KETENANGAN.
♥ Tidak tumbuh di taman hatinya KEDENGKIAN.
♥ Orang yang di dalam hati nya ada KEMULIAAN.
♥ Tidak tumbuh di taman hatinya KESUMAT DENDAM.
♥ Sekali-kali tidak akan merasai nikmat kebahagiaan.
♥ Orang yang membiarkan taman hatinya tumbuh dengan kekejian. (^_^)V♥♥♥~*

~* SETITIS CINTA ~*


♥ SETITIS CINTA...
♥ Menjadikan hidup sangat BAHAGIA.
♥ SETITIK KASIH...
♥ Menjadikan hidup tak pernah TERSISIH.
♥ SEIKHLAS JANJI..
♥ Menjadikan hidup sangat BERERTI.
♥ SEKECIL LUKA.
♥ Menjadikan kita mengenal DUKA.
♥ TETAPI...
♥ Sebuah hubungan kerana NYA.
♥ Bermakna abadi selama-lama nya. (^_^)V♥♥♥~*

~* KATA MUTIARA ~*

♥ Hukama' berkata :
♥ Barangsiapa yang berpegang teguh pada AKALNYA tanpa bersandar kepada Tuhan NYA.
♥ Nescaya dia TERSESAT di dalam kepercayaan nya.
♥ Barangsiapa yang mencari kecukupan hanya di dalam harta benda nya tanpa mensyukuri

nikmat Tuhan NYA.
♥ Nescaya dia MISKIN di dalam jiwa nya.
♥ Barangsiapa yang mencari KEMULIAAN dari manusia tanpa merasa kebesaran Tuhan NYA.
♥ Nescaya dia menjadi HINA sepanjang usia nya. (^_^)V♥♥♥~*

Jumaat, 23 November 2012

~* KEUTAMAAN HARI AASYUURA' ~*


♥ KEUTAMAAN HARI AASYUURAA' ( 10 MUHARRAM ).

♥ Imam Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata bahawa Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Barangsiapa yang berpuasa pada Hari Aasyuuraa' ( sepuluh ) Muharram maka Allah akan memberikan kepada nya pahala 10,000 ( sepuluh ribu ) Malaikat.
♥ Dan barangsiapa yang berpu
asa pada Hari Aasyuuraa' maka akan di beri pahala 10,000 ( sepuluh ribu ) orang berhajji dan umrah.
♥ Dan barangsiapa yang berpuasa pada Hari Aasyuuraa' maka akan mendapat pahala 10,000 ( sepuluh ribu ) orang mati syahid.
♥ Dan barangsiapa yang mengusap kepala anak yatim pada Hari Aasyuuraa' maka ALLAH akan menaikkan dengan tiap-tiap helai rambut satu darjat.
♥ Dan barangsiapa yang memberi buka puasa pada orang Mukmin yang berpuasa pada Hari Aasyuuraa' maka seolah-olah memberi buka puasa kepada semua umat Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan mengenyangkan perut mereka.
♥ Sahabat betanya : Ya Rasulullah ! ALLAH telah melebihkan Hari Aasyuuraa' pada lain-lain hari.
♥ Jawab Nabi shallallahu 'alaihi wasallam : Benar.
♥ ALLAH telah menjadikan langit dan bumi pada Hari Aasyuuraa.'
♥ Dan menjadikan bukit-bukit pada Hari Aasyuuraa.'
♥ Dan menjadikan laut pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan menjadikan Lauh Qalam pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan menjadikan Adam juga Hawwaa' pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam ke Syurga pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan lahir Nabi Ibrahim a.s. pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan menenggelamkan Fir'aun pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan menyembuhkan bala' Nabi Ayyub a.s. pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan ALLAH memberi taubat kepada Nabi Adam a.s. pada Hari Aasyuraa'.
♥ Dan di ampunkan dosa Nabi Allah Daud a.s. pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan kembali semula kerajaan Nabi Allah Sulaiman a.s. pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan pada Hari Aasyuuraa' akan terjadi nya Hari Qiamat.

~* AMALAN HARI AASYUURA' ~*

♥ AMALAN-AMALAN SUNAT PADA HARI AASYUURAA'.

♥ Berpuasa pada 10 Muharram.
Sahabat penah bertanya kepada Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang faedah berpuasa pada Hari Aaasyuuraa' maka Baginda menjawab bahawa puasa hari Aasyuuraa' itu dapat mengkafarahkan dosa-dosa yang telah lalu.

♥ Menyapu kepala anak yatim dan menyantuni mereka.
( Diberi Allah kebaikan sebanyak
bilangan rambut di kepala mereka ).

♥ Bersedeqah kepada fakir miskin maka pahala nya seolah-olah tidak membakhil selama setahun.

♥ Meluaskan / melapangkan perbelanjaan rumah tangga.
( Semuga Allah memberikan kelapangan rezekinya dalam tahun itu )
Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang melapangkan biaya / belanja rumahtangga nya pada Hari Aasyuuraa' maka Allah akan melapangkan rezeki nya pada tahun itu.
( H.R. Imam Al-Baihaqi dan Abi Sa'id ).

♥ Mandi dengan niat mandi sunat Hari Aasyuuraa'.
( Semuga ia sehat dan selamat pada hari itu ).

♥ Bercelah mata pada Hari Aasyuuraa'.
( Mudah-mudahan tidak mendapat sakit mata pada tahun itu ).

♥ Sembahyang sunat 4 rakaat dengan 2 salam. Di baca pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
( Nescaya di ampuni ALLAH akan dosanya dan di bangunkan bagi nya Mimbar dari Nur di Syurga ).
Abu Bakar bin Muhammad Syatha Ad-Dimyati di dalam Kitab nya I'anatuth Thalibin menyatakan bahawa barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada Hari Aasyuuraa' maka nescaya akan di ampuni ALLAH akan segala dosa nya dalam jangka waktu 50 tahun.

♥ Pada Hari Aasyuura itu menurut pesan AsySyeikh Al-Ajhury di baca kalimah di bawah ini :


حسبي الله ونعم الوكيل ونعم المولى ونعم النصير
سبحان الله ملأ الميزان ومنتهى العلم ومبلغ الرضا وزنة العرش لا ملجاء ولا منجا من الله إلا إليه ,سبجان الله عدد الشفع والوتر وعدد كلماته التامات كلها , أسألك السلامة برحمتك يا ارحم الراحمين ,ولا حولا ولا قوة الا بالله العلى العظيم وهو حسبى الله ونعم الوكيل ونعم المولى ونعم النصير
Cukuplah kepada ALLAH kami berserah. IA adalah sebaik-baik tempat berserah. Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik penolong. ( di baca sebanyak 7 kali )
Maha Suci ALLAH sepenuh-penuh timbangan dan sebanyak-banyak ridha NYA dan seberat timbangan 'Arasy NYA. Tiada tempat berlindung dan berlepas diri melainkan hanya kepada NYA.
Maha Suci ALLAH sebanyak bilangan yang genap dan ganjil dan sebanyak bilangan Kalimah ALLAH yang sempurna. Daku memohon kepada MU Ya ALLAH keselamatan dan rahmat MU ya Tuhan yang Maha Penyayang. Tiada daya dan upaya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. DIA lah cukup bagi ku dan DIA lah sebaik-baik tempat berserah. DIA lah sebaik-baik Pemimpin dan sebaik-baik Penolong

~* DOA RABITAH ~*

♥ BISMILLAHIRRaHMAANIRRaHIM ♥

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami !
Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati kami telah berkumpul kerana MU.
Bertemu untuk mematuhi perintah MU.

Bersatu memikul beban dakwah MU.
Malah hati-hati ini telah bersatu untuk mendaulat dan menyokong syariat MU.
Ya ALLAH eratkanlah akan ikatan nya.
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan NYA.
Penuhilah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani MU yang tiada kunjung malap nya.
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada MU.
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat tentang MU.
Jika Engkau mentaqdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada dalam perjuangan agama MU.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan Engkaulah sebaik-baik tempat pertolongan.
Ya Allah ! Perkenankanlah setiap permohonan.
Ya Allah restuilah dan sejahteralah ke atas junjungan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam kaum keluarga dan para sahabat Baginda semuanya.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

~* UJUB PENYAKIT MERBAHAYA ~*

♥ Bila merasa tidak berdosa.
♥ Datanglah UJUB bersarang di dada.

♥ Tiga perkara membawa BINASA :
♥ Bakhil yang di taati.

♥ Nafsu yang di ikuti.
♥ Ujub nya seseorang terhadap diri sendiri.
( H.R.Imam At-Thabrani di dalam Ausath dari Imam Anas radhiallahu anhu dan Ibnu Umar ).

♥ Apabila kamu melihat kekikiran( KEBAKHILAN ) yang di turutkan.
♥ Hawa nafsu yang di ikutkan.
♥ Dunia yang di utamakan.
♥ Dan ketakjuban setiap orang pada buah fikiran
♥ Maka selamatkanlah diri mu.

♥ LIMA sifat UJUB membinasakan kita :
♥ KEPANDAIAN menyebabkan kita UJUB dengan ILMU PENGETAHUAN.
♥ KEMEWAHAN menjadikan kita UJUB dengan HARTA KEKAYAAN.
♥ KEKUASAAN menjadikan kita UJUB dengan KEKUATAN.
♥ KEDUDUKAN ( DARJAT ) menjadikan kita UJUB pada KEHORMATAN.
♥ KEMULIAAN menjadikan kita UJUB pada banyak nya AMALAN.
(^_^)V♥♥♥~*

~* SUBURKAN IMAN SEINDAH SENYUMAN ~*

♥ SUBURKAN IMAN.
♥ SEINDAH SENYUMAN.
♥ Kerana tidak ada KEMANISAN.
♥ Tanpa ada KEPAHITAN.
♥ Tidak ada KEKUATAN.
♥ Tanpa ada DUGAAN.
♥ Tidak ada KETABAHAN.
♥ Tanpa ada RINTANGAN.
♥ Mengecapi KEBAHAGIAAN.
♥ Memerlukan PENGORBANAN.
♥ Setiap KESENANGAN.
♥ Akan ada BAYARAN.
♥ Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian hanya selepas turun nya hujan.

~* ALLAH MEMBERI KURNIA ~*


♥ ALLAH MEMBERI KURNIA. ♥

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Ada hikmah dalam semua perkara.
Maka bersangka baik kepada DIA.

Ketika manusia berdoa : Ya Allah ambillah kesombonganku dariku.
Allah berkata : Tidak. Bukan AKU yang mengambilnya .
Tetapi kau yang harus menyerahkannya .

Ketika manusia berdoa : Ya Allah sempurnakanlah kekurangan anakku yang cacat anggota.
Allah berkata : Tidak. Jiwanya telah sempurna . Tubuhnya hanyalah sementara .

Ketika manusia berdoa : Ya Allah berikanlah aku kesabaran.
Allah berkata : Tidak. Kesabaran di dapatkan dari ketabahan dalam menghadapi cobaan. Tidak diberikan ganjaran tanpa ujian. Kau harus berusaha mendapatkan nya.

Ketika manusia berdoa : Ya Allah berikanlah aku kebahagiaan.
Allah berkata : Tidak. KU beri keberkahan dan kebahagiaan.
Tergantung kepadamu sendiri untuk menghargai kurnia semua nya.

Ketika manusia berdoa : Ya Allah jauhkanlah aku dari kesusahan.
Allah berkata : Tidak . Penderitaan menjauhkan mu dari jerat duniaan dan mendekatkanmu pada KU. Dalam derita ada bahagia.

Ketika manusia berdoa : Ya Allah beri aku segala hal yang menjadikan hidup ini bahagia. Allah berkata : Tidak. AKU beri kau kehidupan ujian supaya kau menikmati segala kurnia.

Ketika manusia berdoa : Ya Allah bantu aku mencintai hamba MU sebesar cinta MU kepadaku.
Allah berkata : Akhirnya kau mengerti juga.
Apabila Allah mencintai seorang hamba.
Maka Allah akan menjadikan nya di cintai ramai manusia.
♥ Allahu Ya Rabbi ♥ (^_^)V♥♥♥~*

~* ALANGKAH INDAH ~*

♥ Alangkah indah.
♥ Jika kita sebaik SITI KHADIJAH.
♥ Dapat menguatkan suami dengan harta dan cinta.
♥ Untuk perjuangan menegakkan agama ALLAH.

♥ Alangkah indah.
♥ Jika kita sepemurah SAYYIDATINA 'AISYAH.
♥ Mencari harta walaupun sebiji kurma.
♥ Untuk di sedeqahkan di jalan ALLAH.

♥ Alangkah indah.
♥ Jika kita seperti RABIATUL ADAWIYAH.
♥ Mengintai cinta suci kepada ALLAH.
♥ " Katanya : Daku menyembah bukan mengharapkan Syurga MU bukan juga takut akan Neraka MU.
♥ Tetapi kerana rindu ku pada MU.
♥ Alangkah indah.
♥ Cinta hanya kerana ALLAH.

♥ Alangkah indah..
♥ Bagi diri hamba yang lemah..
♥ Jika dapat tabah.
♥ Mencari redha ALLAH.
♥ Insyaa Allah.
♥ Alangkah indah. (^_^)V♥♥♥~*

~* UKHUWAH FILLAH ~*


♥ UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA ♥

♥ Senyum seindah suria.
♥ Yang membawa cahaya.
♥ Senyumlah dari hati.
♥ Duniamu berseri.

♥ Senyum umpama titian.
♥ Indah dalam kehidupan.
♥ Kau tersenyum ku tersenyum.
♥ Kemesraan kian menguntum.

♥ Senyum kepada semua.
♥ Senyumanmu amatlah berharga.
♥ Senyum seperti Rasullullah.
♥ Dengan senyuman terjalin ukhuwah. (^_^)V♥♥♥~*

~* SUBURKAN IMAN DENGAN KALIMAH PILIHAN ~*


♥ SUBURKAN IMAN DENGAN KALIMAT PILIHAN ♥

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Kalimat yang sangat di sukai oleh ALLAH ada EMPAT :
♥ SUBHANALLAH.
♥ ALHAMDULILLAH.
♥ WA LA ILAHA ILLALLAH.
♥ WALLAHU AKBAR.
Dan tidak mengapa anda memulai dengan yang mana anda suka.
( H.R.Imam Ahmad dan Muslim ).

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Lazimi oleh kalian dengan membaca :
♥ SUBHANALLAH.
♥ ALHAMDULILLAH.
♥ WA LA ILAHA ILLALLAH.
♥ WALLAHU AKBAR.
Kerana semua itu dapat menghapuskan dosa-dosa sebagaimana jatuh nya daun-daun dari pohon nya.
( H.R.Ibnu Majah ).

~* SUBURKAN IMAN DENGAN KALIMAH TUHAN ~*

♥ SUBURKAN IMAN TINGKATKAN KETAATAN
♥ DENGAN DZIKRULLAH KEPADA YANG RAHMAN.

Imam Abul-Laits meriwayatkan dengan sanad nya dari Adhdhhaak dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata :
Malaikat Jibril datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi w

asallam dan berkata : Ya Muhammad ! Bacalah SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR
WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLA BILLAAHIL ALIYIL AZHIEM.
ADADA MAA ALIMALLAH WAZINATA MAA ALIMALLAH WA MIL'A MAA ALIMALLAH.

ADADA MAA ALIMALLAH ( Sebanyak-banyak nya apa yang di ketahui oleh ALLAH )
WAZINATA MAA ALIMALLAH ( Dan seberat apa yang di ketahui oleh Allah )
WA MIL'A MAA ALIMALLAH ( Dan sepenuh apa yang di ketahui oleh ALLAH ).

Maka barangsiapa yang membaca satu kali maka Allah mencatat untuk nya lima kurnia :
1. Pertama di tulis dari golongan orang yang berdzikir sebanyak-banyak nya.
2. Kedua menjadi seutama-tama orang yang berdzikir sebanyak-banyak nya.
3. Ketiga menjadi tanaman bagi nya di syurga.
4. Keempat rontok semua dosa-dosanya umpama daun kering yang luruh dari pohon nya.
5. Kelima Allah akan melihat kepada nya dengan pandangan rahmat NYA dan barangsiapa yang di lihat oleh Allah pasti tidak akan di siksa.

Khamis, 22 November 2012

~* 20 perkara membawa ke Syurga ~*


~* SUBURKANLAH IMAN ~*

♥ Suburkanlah IMAN.
♥ Carilah KEMULIAAN.
♥ Lapangkanlah KESEMPITAN.
♥ Hentikanlah TANGISAN.
♥ Serahkanlah diri kepada AR-RAHMAN.
♥ Mengharap hadir jiwa KEHAMBAAN. (^_^)V♥♥♥♥~*

~* JALAN PULANG ~*


♥ Selagi kita bernama hamba.
♥ Selalu tersungkur berbuat dosa.
♥ Selagi kita bernama hamba.
♥ Jangan berhenti taubat pada NYA.
♥ Setiap kita di uji iman nya.
♥ Supaya kita kembali pada NYA.

♥ Insafi diri bahawa taubat itu bererti kembali.
♥ Kembali kepada yang Maha Menutupi.
♥ Kembali kepada yang Maha Mengatahui.
♥ Maha Menutupi Maha Mengetahui segala perkara yang TERSEMBUNYI.

♥ Penyesalan itu merupakan permulaan jalan.
♥ Bagi orang-orang yang mencari keredhaan.
♥ Penyesalan itu merupakan modal insan.
♥ Bagi orang-orang yang mencari kemenangan.
♥ Penyesalan itu merupakan pintu kejayaan.
♥ Bagi orang-orang yang mencari kebenaran. (^_^)V♥♥♥~*

Rabu, 21 November 2012

~* KEKAYAAN JIWA ~*

♥ KEKAYAAN HATI hanya akan menambahkan kekayaan bagi dermawan.
♥ KEMISKINAN HATI hanya akan menambah kefakiran bagi kebakhilan.
♥ KEMISKINAN HARTA itu tidak berbahaya selagi di sertai KEKAYAAN JIWA.
♥ KEKAYAAN HARTA itu tidak ada manafaatnya bila di sertai KEMISKINAN JIWA. (^_^)V♥♥♥~*

~* HARAPAN ITU KEKAYAAN ~*

♥ HARAPAN kepada ALLAH itu merupakan KEKAYAAN.
♥ Tidak dapat di robek oleh KEMISKINAN.
♥ PUTUS ASA dari kemurahan ALLAH itu merupakan KEMISKINAN.
♥ Tidak tertutup oleh KEKAYAAN. (^_^)V♥♥♥~*

~* Iman dan keselamatan ~*


♥ SABAR berkaitan dengan IMAN. Ibarat KEPALA dengan TUBUH BADAN.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Kebahagiaan ada SEPULUH PERKARA. LIMA di DUNIA. LIMA di AKHIRAT sana.
♥ LIMA perkara di dunia :
♥ Pertama : Kesejahteraan Ilmu.
♥ Kedua : Ketenangan ibadah.
♥ Ketiga : Keberkatan rezeki yang halal.
♥ Keempat : Kesabaran menghadapi ujian.
♥ Kelima : Kesyukuran menerima kenikmatan.

♥ LIMA Macam bahagia di akhirat sana :
♥ Pertama : Malaikat pencabut nyawa datang dengan kasih sayang dan lembut kepada nya.
♥ Kedua : Kedatangan Malaikat Munkar dan Nakir di kubur nya tidak menakutkan nya.
♥ Ketiga : Ia aman ketika terjadi kegentaran terbesar ( kiamat ) di dalam dunia.
♥ Keempat : Keburukan nya di mansuhkan dan segala amalan nya di terima.
♥ Kelima : Ia melintas jambatan secepat kilat dan masuk Syurga dengan sejahtera.
( Al-Hadith Kitab Al-Munabbihat Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani ).

Selasa, 20 November 2012

~* TAHuN BARU HIJRAH dan KELEBIHAN ASYUARA ~*


TAHUN BARU HIJRIAH DAN HARI ASYURA

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh

saudara dan saudariku yang dikasihi Allah sekalian
Bulan Muharram bagi kita umat Islam dimaknai sebagai bulan hijrahnya Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa
sallam, dari Mekah ke Madinah. Oleh karena itu, inti dari peringatan tahun baru Hijriyah adalah soal perubahan,sebab itu jadikanlah momen pergantian tahun ini menjadi semangat baru untuk mengubah diri kearah lebih baik dan diredhoi Allah,Dan Mari berusaha dengan niat yang ikhlas karena Allah, agar tahun baru ini jauh lebih baik daripada tahun tahun lepas dan memberi banyak manfaat bagi keluarga, masyarakat, agama, aamiin…

Saudaraku sekalian sebab itu marilah kita semua mengisi tahun baru ini dengan hal-hal yang penuh manfaat, tidak berhura-hura, apalagi dengan hal-hal yang diharamkan, Tahun baru Hijriah adalah masa instrospeksi (muhasabah), syukur, dan pencanangan program baru untuk tahun berikutnya yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al-Hasyr: 18).

“Dan (ingatlah juga), takala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS Ibrahim: 7)

Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah
Pada tahun baru ini, marilah kita semua mensyukuri seluruh nikmat dan karunia yang telah diberikan Allah di tahun sebelumnya agar nikmat tersebut bertambah dan tidak dicabut-Nya.

Jika kita muhasabah diri ( introspeksi), dan sentiasa besyukur, dan membuat pencanganan program, Insya Allah di tahun yang akan datang, kita bisa menjadi lebih dewasa dalam menyikapi seluruh masalah baik masalah dunia mahupun masalah yang akan kita pertanggung jawabkan dihari kemudian aamiin

Saudara dan saudariku yang dikasihi sebagian dari kelebihan Tahun baru, dan bulan Muharram yaitu terdapatnya HARI ASYURAH yang sangat baik melakukan puasa bahkan sangat2 dianjurkan Ibnu Abbas mencerita-kan bahwa :
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tiba di Madinah, lalu beliau
melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura' ( tanggal 10
Muharram), maka beliau bertanya: "Hari apakah ini?" Mereka menjawab: "Ini
adalah hari yang baik. Ini adalah hari dimana Allah menyelamatkan Bani
Israil dari musuhnya, maka Musa shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa pada
hari itu karena syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk
mengagungkannya." Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku lebih
berhak atas Musa daripada kalian", maka Nabi berpuasa Asyura' dan
memerintah-kan berpuasa." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Tapi adalah lebih baik Menyalahi puasanya Ahli Kitab
Para sahabat berkata kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam : "Ya
Rasulullah, sesungguhnya Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang Yahudi
dan Nasrani", maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tahun
depan insya Allah kita akan puasa (juga) pada hari yang kesembilan." (HR.
Muslim (1134) dari Ibnu Abbas).

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Abbas dari jalur lain,
sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam :
"Berpuasalah pada hari Asyura' dan selisihilah orang-orang Yahudi itu,
berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya." (Fathul Bari, 4/245).
Imam Syafi'i juga meriwayatkan hadits di atas, makanya beliau di dalam kitab
Al-Um dan Al-Imla' menyatakan kesunnahan puasa tiga kali tanggal 8, 9 dan 10
Muharram. (Al-Ibda', Ali Mahfudz hal. 149, Fathul Bari 4/246).

Keutamaan Asyura'
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditanya tentang puasa Asyura', maka
beliau menjawab:"Ia menghapuskan dosa tahun yang lalu." (HR. Muslim (1162), Ahmad 5/296, 297).

Karena itu, Ibnu Abbas menyatakan : "Saya tidak pernah melihat Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa pada suatu hari karena ingin mengejar
keutamaannya selain hari ini (Asyura') dan tidak pada suatu bulan selain
bulan ini (maksudnya: Ramadhan)." (HR. Al-Bukhari (2006), Muslim (1132)).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah bulan Allah yang bernama
Muharram. (HR. Muslim,1163).

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH DAN PUASA DIHARI ASYURA SEMOGA ALLAH MEMBERI KITA SEMUA KEKUATAN MELAKUKANNYA AAMIIN

~* Syair Qalbi ~*


♥ Dikisahkan ada seseorang yang mendatangi Al-Imam Ahmad dan bertanya kepada beliau : Wahai Imam.. bagaimana menurut anda mengenai sya’ir ini ?

Beliau menjawab : Sya’ir apakah ini ? Lalu orang tersebut membaca sya’ir berikut :

إذا ما قال
لي ربي اما استحييت تعصيني

♥ Jika Rabb-ku berkata kepadaku : Apakah engkau tidak malu bermaksiat kepada KU ?

وتخفي الذنب عن خلقي وبالعصيان تأتيني

♥ Engkau menutupi dosamu dari makhluk KU tapi dengan kemaksiatan engkau mendatangi KU.

فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحميني؟

♥ Maka bagaimana aku akan menjawabnya? Aduhai.. celakalah aku dan siapa yang mampu melindungiku?

أسُلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني

♥ Aku terus menghibur jiwaku dengan angan-angan dari waktu ke waktu.

وأنسى ما وراءُ الموت ماذا بعد تكفيني

♥ Dan aku lalai terhadap apa yang akan datang setelah kematian dan apa yang akan datang setelah aku dikafan.

كأني قد ضّمنتُ العيش ليس الموت يأتيني

♥ Seolah-olah aku akan hidup selamanya dan kematian tidak akan menghampiriku.

وجائت سكرة الموتُ الشديدة من سيحميني

♥ Dan ketika sakaratul maut yang sangat berat datang menghampiriku..maka siapakah yang mampu melindungiku?

نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منُهم من سيفدينـــي

♥ Aku melihat wajah-wajah manusia. Tidakkah ada di antara mereka yang akan menebusku?

سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني

♥ Aku akan ditanya tentang apa yang telah aku persiapkan untuk dapat menyelamatkanku (di hari pembalasan)

فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني

♥ Maka bagaimanakah aku dapat menjawabnya setelah aku melupakan agamaku ?

ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني

♥ Aduhai sungguh celakalah aku.. Tidakkah aku mendengar firman Allah yang menyeruku?

ألــــم أسمع لما قد جاء في قاف ويسِ

♥ Tidakkah aku mendengar apa yang datang kepadaku (dalam surat) Qaaf dan Yasin itu?

ألـــم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع و الديني

♥ Tidakkah aku mendengar tentang hari kebangkitan ? Hari dikumpulkannya (manusia) dan hari pembalasan?

ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديني

♥ Tidakkah aku mendengar panggilan kematian yang selalu menyeruku.. memanggilku?

فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني

♥ Maka wahai Rabb-ku.. akulah hambamu yang ingin bertaubat. Siapakah yang dapat melindungiku?

سوى رب غفور واسعُ للحقِ يهديني

♥ Melainkan Rabb yang Maha Pengampun lagi Maha Luas Karunianya, DIA lah yang memberikan hidayah kepadaku.

أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني

♥ Aku datang kepada MU maka rahmatilah diriku dan beratkanlah timbangan (kebaikanku).

وخفَفَ في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني

♥ Ringankanlah hukumanku. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang kuharapkan pahalanya untukku.

♥ Al-Imam Ahmad terus melihat bait-bait sya’ir tersebut dan mengulang-ulangnya kemudian beliau menangis tersedu-sedu. Salah seorang muridnya mengatakan bahwa beliau hampir pingsan karena begitu banyaknya menangis.

♥ Semuga mendapat sedikit pemgajaran dan setitis keinsafan.
♥ Ya Allah Ya Rahman. Berbelas kasihanlah kepada kami sekelian.

~* JAUHI SIA-SIA ~*


♥ Tinggalkanlah 12 perkara sia-sia untuk mendapat 12 nikmat bahagia.
♥ Tinggalkanlah sifat suka mendakwa manusia.
♥ Supaya kita mendapat tawaduk dan kekayaan jiwa.
♥ Tinggalkanlah pandangan liar menelanjangi manusia.
♥ Supaya mendapat kemanisan di dalam hati kita.
♥ Tinggalkanlah banyak bercakap yang sia-sia.
♥ Supaya mendapat hikmah dan bijaksana.
♥ Tinggalkanlah banyak makan yang tiada batas nya.
♥ Supaya mendapat kesihatan dan rajin beribadah kepada NYA.
♥ Tinggalkanlah melihat aib saudara kita.
♥ Supaya kita dapat melihat keburukan kita.
♥ Tinggalkanlah membahas-bahas Dzat Allah yang Maha Esa.
♥ Supaya kita terlepas dari keraguan dan sifat munafiq kepada NYA.
♥ Tinggalkanlah banyak tidur tanpa berusaha.
♥ Supaya kita terlepas dari hidup papa.
♥ Tinggalkanlah syubhat dalam setiap perkara.
♥ Supaya mendapat hati yang jernih dan kuat ugama.
♥ Tinggalkanlah makan haram yang tidak di ketahui kehalalan nya
♥ Supaya bersih hati dan makbul doa nya.
♥ Tinggalkanlah perbuatan yang Allah murka.
♥ Supaya tenang hati kita dan manis ibadat kita.
♥ Tinggalkanlah takbur kepada manusia.
♥ Supaya Allah mengangkat kedudukan kita.
♥ Tinggalkanlah cinta kepada manusia.
♥ Supaya kita mendapat cinta yang ESA. (^_^)V♥♥♥~*

~* Mutiara Kata. ~*

♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar diri nya.
♥ Dan tidak melewati batas perjalanan nya.
♥ Dan tidak mensia-siakan harga umur nya.