Pages

Subscribe:

Khamis, 28 Februari 2013

DAKU BUKAN SESIAPA

♥ DAKU BUKAN SESIAPA ♥

♥ Daku bukan sesiapa.
♥ Daku memang bukan sesiapa.
♥ Daku hanya wanita biasa.
♥ Kadangkala bisa menangis jua.
♥ Ada kala bisa terluka.
♥ Ada cemburu melilit rasa.
♥ Malah ada masa rindu melanda.
♥ Seperti juga anda dia dia dan dia.
♥ Insan makhluk ciptaan yang Esa.
♥ Tidak ada bersifat sempurna.
♥ Daku bukan sesiapa.
♥ Hanya wanita biasa.
♥ Sering tersilap mudah terlupa.
♥ Ada salah berbuat dosa.
♥ Seperti juga anda dia dia dan dia.
♥ Insan makhluk ciptaan yang Esa.
♥ Tempat berkumpul salah dan dosa.
♥ Daku memang bukan sesiapa.
♥ Tetapi..
♥ Daku ingin menjadi sesuatu yang berharga.
♥ Sangat bermakna di dalam taqwa.

(^_^)V♥♥♥~*

~* KEJUJURAN ~*

♥ KEJUJURAN ♥

♥ Kejujuran itu kunci KEIKHLASAN.
♥ Kejujuran itu piala KEMENANGAN.
♥ Kejujuran itu resepi KETENANGAN.
♥ Kejujuran itu buah KEJAYAAN.
♥ Kejujuran itu puncak KEBAHAGIAAN.
♥ Kejujuran itu inti KEBAIKAN.
♥ Kejujuran itu pintu KEPERCAYAAN.
♥ Kejujuran itu bunga PERSAHABATAN.
♥ Maka oleh yang demikian.
♥ IKHLAS lah kepada TUHAN.
♥ TULUS lah sesama insan.

(^_^)V♥♥♥~*

~* JIKA KITA ~*

♥ JIKA KITA ♥

♥ Jika kita ingin meluahkan TANGISAN.
♥ Maka kenangkanlah segala DOSA-DOSA yang telah kita kerjakan.

♥ Jika kita ingin merasakan KEGEMBIRAAN.
♥ Maka MAAFKANLAH segala kejahatan yang manusia lakukan.

♥ Jika kita ingin melepaskan KEMARAHAN.
♥ Maka berdoalah untuk mereka yang telah melakukan KEZALIMAN dan PENGANIAYAAN.

♥ Jika kita ingin merasakan KASIH SAYANG.
♥ Maka BERBELAS KASIHAN lah kepada setiap insan di dalam kehidupan.

♥ Jika kita ingin menghadamkan KESABARAN.
♥ Maka REDHA lah akan segala ketentuan yang telah ALLAH turunkan.

♥ Jika kita ingin menghirup KENIKMATAN.
♥ Maka semailah benih KESYUKURAN di atas segala kurnia yang telah kita dapatkan.

(^_^)V♥♥♥~*
♥ Orang yang JUJUR. Hidup nya MUJUR. ♥

♥ Beruntunglah orang yang merendahkan diri nya .
♥ Bukan lantaran kemiskinan yang menimpa diri nya.

♥ Beruntunglah orang yang membelanjakan harta nya.
♥ Bukan untuk kemaksiatan yang ALLAH murka.

♥ Beruntunglah orang yang mengasihi insan yang papa.
♥ Bukan kerana mencari pangkat dan nama.

♥ Beruntunglah orang yang mencari kebaikan di dalam hidup nya.
♥ Lantaran turun rahmat dan pengampunan Tuhan buat diri nya.

(^_^)V♥♥♥~*

~* MOGA-MOGA AJA ~*

♥ MOGA-MOGA AJA ♥

♥ Semoga kita mendapatkan kebahagiaan yang HAKIKI.
♥ Untuk membuatkan kita merasa BAIK HATI.

♥ Semoga kita mendapatkan cobaan yang TERUJI.
♥ Untuk membuatkan kita merasa JATI DIRI.

♥ Semoga kita mendapatkan kesedihan yang MENGINSAFI.
♥ Untuk menjadikan kita bersifat MANUSIAWI.

♥ Semoga kita mendapatkan PENGHARAPAN yang SEJATI.
♥ Untuk membuatkan kita MEMPERBAIKI diri.

♥ Semoga kita mendapatkan KASIH SAYANG yang mencukupi.
♥ Untuk membuatkan kita saling BERBAGI.

(^_^)V♥♥♥~*

Selasa, 26 Februari 2013

SAHABAT SEJATI IMPIAN DI HATI.

♥ SAHABAT SEJATI IMPIAN DI HATI ♥

♥ Ya ALLAH Ya Ilahi !
♥ Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi ( shallallahu alaihi wasallam ).
♥ Sahabat Nabi setia di sisi.
♥ Sahabat saya datang dan pergi.
♥ Ya ALLAH Ya Ilahi !
♥ Saya muhasabah menerawang diri.
♥ Dari dulu sampai saat ini.
♥ Ramai sudah bertandang di hati.
♥ Ramai sudah datang dan pergi.
♥ Sahabat ketawa saya gembira.
♥ Sahabat sayu saya syahdu.
♥ Sahabat layu saya pilu.
♥ Sahabat cemerlang saya gemilang.
♥ Sahabat saya buah hati saya.
♥ Mesra kami penawar duka.
♥ Rindu kami menambah cinta.
♥ Rajuk kami membuah ceria.
♥ Ya ALLAH !
♥ Silaturrahim kami ukhuwah fillah.
♥ Bermusuhan kami na'udzubillah.
♥ Berpisah mati InsyaAllah.
♥ Penghibur hati do'a rabitah.
♥ Ya ALLAH Yang Maha ESA.
♥ Kawan saya sahabat saya.
♥ Rahmati kami meniti usia.
♥ Terpisah kami di alam nyata.
♥ Temukan semula di taman Syurga.
♥ InsyaAllah.

(^_^)V♥♥♥~*

~* ORANG BERIMAN MENDAPAT JAMINAN ~*

♥ ORANG BERIMAN MENDAPAT JAMINAN ♥

♥ Derita perjuangan.
♥ Bukan suatu kelebihan.
♥ Tetapi satu LATIHAN.
♥ Gundah perjuangan.
♥ Bukan suatu ancaman.
♥ Tetapi satu DIDIKAN.
♥ Mehnah perjuangan.
♥ Bukan suatu kegusaran.
♥ Tetapi satu KEKUATAN.
♥ Ingatlah..Ambillah peringatan !
♥ Walau seperit manapun perjuangan.
♥ Walau sesukar manapun perjalanan.
♥ Tabahkan hati. Kuatkan diri. Teguhkan keyakinan.
♥ Sesungguhnya ALLAH Taala telah memberi jaminan.
♥ Kemenangan untuk orang-orang beriman.

~* SAHABAT SEJATI BAIK PEKERTI ~*

♥ SAHABAT SEJATI BAIK PEKERTI ♥

♥ Alqamah radhiallahu anhu telah berpesan kepada anak nya :
♥ Wahai Anak ku ! Sekira nya engkau merasakan perlu bersahabat dengan seseorang manusia maka hendaklah engkau memilih orang yang memiliki sifat demikian ia itu antara nya :
♥ Jika engkau berbuat KEBAIKAN kepada nya maka dia akan MELINDUNGI mu.
♥ Jika engkau merapatkan persahabatan dengan nya maka dia akan membalas balik persahabatan mu.
♥ Jika Jika engkau memerlukan pertolongan daripada nya berbentuk bantuan kewangan dan seumpama nya maka dia akan membantu mu.
♥ Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada mu maka dia akan menutup aib mu.
♥ Jika engkau meminta bantuan daripada nya maka dia akan mengusahakan untuk mu.
♥ Jika engkau mendiamkan diri kerana malu menyusahkan nya maka dia akan menanyakan kesusahan mu.
♥ Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepada nya maka dia akan menghargai mu.
♥ Jika dia mendapat bantuan daripada mu maka dia akan menyebut kebaikan mu.
♥ Jika datang sesuatu bencana menimpa mu maka menghilangkan kesusahan mu untuk membantu mu.
♥ Jika engkau berkata kepada nya nescaya dia akan percaya dan membenarkan mu.
♥ Jika engkau merancang melakukan sesuatu maka nescaya dia akan membantu mu.
♥ Jika engkau berselisih faham dengan nya nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan dengan mu.

♥ Sayyidina Ali radhiallahu anhu dalam syair nya telah berkata :
♥ Saudara mu yang sebenar nya adalah orang yang sentiasa berada di samping mu.
♥ Dia sanggup membahayakan diri nya demi kemaslahatan mu.
♥ Dia adalah orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan mu.
♥ Dan dia sanggup mengorbankan segala-gala nya untuk kepentingan diri mu.

~* MENCARI KEAIBAN SATU KESALAHAN ~*

♥ Jika kita mencari-cari kesalahan.
♥ Sekuman kebaikan tidak kita ketemukan.
♥ Jika memandang dengan kebencian.
♥ Hanya keburukan yang kelihatan.
♥ Satu jari menuding kesalahan.
♥ Empat jari lagi mencela kejahatan.
♥ Menggali-gali keburukan insan.
♥ Sia-sia dan dosa kita dapatkan.
♥ Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu telah berkata :
♥ Barangsiapa yang sibuk melihat aib manusia maka dia tidak melihat aib diri nya.

~* KITA SERUPA ~*

♥ KITA SERUPA ♥

♥ Kisah kita mungkin berbedza.
♥ Cerita kita mungkin tak sama.
♥ Kesedihan kamu daku terasa.
♥ Penderitaan kita mungkin serupa.
♥ Tetapi kita percaya.
♥ Ada ALLAH yang Maha Esa.
♥ Nabi Muhammad penghulu kita.
♥ Al-Quran yang mulia Imam nya kita.
♥ Islam itu agama tercinta.
♥ Walau ujian tidak serupa.
♥ Kata nasehat tidak berbedza.
♥ Tujuan kita satu niat nya.
♥ Mencari redha rahmat kasih NYA.

(^_^)V♥♥♥~*

Khamis, 21 Februari 2013

~* SEDEQAH KITA MENOLAK BALA ~*


♥ SEDEQAH KITA MENOLAK BALA ♥

♥ Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa :
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Harta tidak berkurang kerana bersedekah. Allah menambah kemuliaan orang yang memaafkan orang yang menzaliminya. Allah menaikkan darjat orang yang tawaduk. ( merendahkan diri nya ).
♥ Orang yang bersedekah pada siang ataupun malam hari, tidak mati pada hari itu disebabkan oleh gigitan binatang berbisa, jatuh dari bangunan ataupun mati mendadak kerana sedekah menolak datangnya bahaya.

♥ Ulamak berkata bahawa sedeqah itu SEPULUH keutamaan nya.
♥ LIMA di dunia dan LIMA di akhirat sana.
♥ Adapaun LIMA di dunia :
♥ Pertama : Sedeqah itu mencucikan harta nya.
♥ Kedua : Sedeqah itu mensucikan badan nya.
♥ Ketiga : Sedeqah itu menolak penyakit dan bala ke atas nya.
♥ Keempat : Sedeqah itu mengembirakan orang miskin dan mengembirakan saudara adalah semulia-mulia amal di sisi Tuhan Nya.
♥ Kelima : Sedeqah itu menjadikan berkat harta nya dan di luaskan ALLAH rezeki nya.

♥ Adapun LIMA KEUTAMAAN di akhirat sana :
♥ Pertama : Di naungkan ALLAH orang yang bersedeqah di hari kiamat ketika sangat panas nya.
♥ Kedua : Ringan perhitungan nya.
♥ Ketiga : Berat timbangan nya.
♥ Keempat : Mudah melalui titian Shirathol Mustaqim ke atas nya.
♥ Kelima : Di dalam Syurga bertambah darjat nya.

~* SEPI DI ISI INDAH SEKALI ~*

♥ SEPI DI ISI INDAH SEKALI ♥

♥ Adakala nya kita perlu menyepi.
♥ Untuk mencari kekuatan diri.

♥ Adakala nya kita perlu menyepi.
♥ Untuk mencari ketenangan hati.

♥ Adakala kita perlu menyepi.
♥ Untuk kebaikan diri sendiri.

♥ Adakala nya kita perlu menyepi.
♥ Untuk tidak saling menyakiti.

♥ Sepi di isi indah sekali.
♥ Ada ruang merindui Ilahi.

(^_^)V♥♥♥~*

~* INGAT-INGATLAH KITA ~*

♥ INGAT-INGATLAH KITA ♥

♥ Ingat-ingatlah kita.
♥ Selepas awan berarak gelita.
♥ Pelangi indah memancar sinar nya.

♥ Ingat-ingatlah kita.
♥ Setelah puas berendam airmata.
♥ Puas terasa tidak terkira.

♥ Ingat-ingatlah kita.
♥ Hujan lebat menabur bunga nya.
♥ Indah nya alam segar aroma.

♥ Ingat-ingatlah kita.
♥ Perjalanan berliku berduri ranjau nya.
♥ Akhir nya sampai ke penghujung jua.

♥ Ingat-ingat lah kita.
♥ Setiap bermula semua perkara.
♥ Akan berakhir juga sudah nya.

♥ Ingat-ingatlah kita.
♥ Selepas menderita susah sengsara.
♥ Akan datang saat bahagia.

(^_^)V♥♥♥~*

~* JODOH ITU TETAP RAHSIA ~*

♥ Jodoh itu tetap rahsia.
♥ Walau sekuat mana kita setia.

♥ Jodoh itu tetap menghilang.
♥ Walau sehebat mana kita merancang.

♥ Jodoh itu tetap membeku.
♥ Walau selama mana kita menunggu.

♥ Jodoh itu tetap meliar.
♥ Walau sekeras mana kita bersabar.

♥ Jodoh itu tetap bersahaja.
♥ Walau sejujur mana kita menerima.

♥ Jodoh itu pasti.
♥ Rahsia takdir Ilahi.
♥ Bila sampai masanya nanti.
♥ Anda menjadi Raja Sehari.

♥ Kalam Ilahi telah berbunyi :
♥ Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.
♥ Dan bahawasanya DIA lah yang mematikan dan menghidupkan.
♥ Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan berpasang-pasangan laki-laki dan perempuan.
( Surah An Najm ayat 43-45 ).

Rabu, 20 Februari 2013

~* HATI YANG INDAH ~*

♥ Hati itu INDAH jika disulami dengan KEIMANAN.
♥ Hati itu KOTOR jika tersimpan dengan KEDENGKIAN
♥ Hati itu CANTIK jika teradun dengan KESOPANAN.
♥ Hati itu BUSUK jika terpendam dengan KEBENCIAN.
♥ Hati itu TENANG jika di hiasi dengan KESYUKURAN.
♥ Hati itu BAHAGIA jika di tanam dengan KETAQWAAN.

(^_^)V♥♥♥~*

~* SEMAILAH KEBAIKAN. tUAILAH KEREDHAAN ~*

♥ SEMAI KEBAIKAN TUAI KEREDHAAN ♥

♥ Pada yang punya harta melimpah.
♥ Hulurkanlah zakat dan bersedekah.
♥ Pada yang sihat badan pun kuat.
♥ Berilah tenaga perahlah keringat.
♥ Pada yang berbakat dan cendikiawan.
♥ Pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran.
♥ Pada yang miskin dan kesempitan
♥ Bersedekahlah walau dengan senyuman.
♥ Semua kita harus pemurah.
♥ Memberi bukan untuk bermegah.
♥ Tetapi itulah perintah ALLAH.
♥ Semailah kebaikan dan tuailah keredhaan.

(^_^)v♥♥♥~*

~* SIAPAKAH YANG MERASA SENANG HATI ?

♥ SIAPAKAH YANG SENANG HATI ?
♥ SIAPAKAH PULA YANG MERASA NGERI ?

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatina 'Aisyah radhiallahu anha :
♥ Orang yang datang menemui Tuhan dengan senang hati maka Tuhan juga akan menerima kedatangan nya dengan senang hati.
♥ Dan orang yang datang kepada Tuhan Nya dengan ketakutan maka Tuhan juga akan menerimanya dengan kebencian.

♥ Sayyidatina 'Aisyah bertanya : Apakah yang engkau maksudkan itu " MATI " Ya Rasulullah ? Siapakah yang senang mati Ya Rasulullah ? Semua orang takut mati dan berusaha menghindari nya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam lalu menjelaskan kepada 'Aisyah :
♥ Begini Ya 'Aisyah : Orang beriman yang beramal solah akan mati dengan senyuman bermain di bibir nya kerana sebelum mati itu di perhatikan kepada nya tempat yang bakal di diam nya di Syurga.
♥ Melihat Syurga itu lah dia tersenyum di dalam sakarat nya. Itulah yang di katakan datang menemui Tuhan Nya dengan senang hati nya.

♥ Adapun orang yang tidak beriman dan terlalu banyak dosa nya maka ia akan mati dengan ketakutan yang amat sangat dalam diri nya. Ia takut mati padahal tak mungkin ia menghindari nya sebab ketika itu di perlihatkan kepadanya tempat nya di Neraka.
♥ Kerana itu ia mersa ngeri dan takut menemui Tuhan Nya.
♥ Dan ALLAH merasa amat benci pula menerima nya.

~* INILAH KEHIDUPAN ~*

♥ INILAH KEHIDUPAN ♥

♥ Hidup adalah TENTANGAN maka HADAPI LAH.
♥ Hidup adalah KENYATAAN maka BERUSAHA LAH.
♥ Hidup adalah TUGASAN maka SELESAIKAN LAH.
♥ Hidup adalah PERJANJIAN maka PENUHI LAH.
♥ Hidup adalah KERINDUAN maka KAGUMI LAH.
♥ Hidup adalah KESEDIHAN maka KUASAI LAH.
♥ Hidup adalah PERJUANGAN maka TERIMA LAH.
♥ Hidup adalah KEINDAHAN maka NIKMATI LAH.

(^_^)V♥♥♥~*

~* KHAZANAH SYURGA ~*

♥ PERBENDAHARAAN yang tersembunyi itu adalah :
♥ LAA ILA HA ILLALLAH.

♥ PINTU gerbang nya adalah :
♥ MUHAMMADUR RASULULLAH.

♥ KUNCI NYA adalah :
♥ BISMILLAH.

♥ CAHAYA yang menerangi di dalam nya adalah :
♥ AL- FATIHAH.

♥ KENDERAAN nya adalah :
♥ LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

~* BAHAGIA ITU DI DALAM JIWA ~*

♥ BAHAGIA ITU DI DALAM JIWA ♥

♥ Kebahagiaan menjadi impian setiap insan.
♥ Tidak kira kekayaan atau kemiskinan tetap berhajat kepada kebahagiaan.
♥ Apakah rahsia kebahagiaan ?
♥ Di manakah khazanah nya tersimpan ?
♥ Kebahagiaan adalah anugerah terindah daripada Tuhan.
♥ Ia tersimpan di dalam kejiwaan.
♥ Ia tidak akan di temukan di mana-mana lokasi persembunyian.
♥ Kebahagiaan itu berada dekat dalam diri manusia yang mengenali jiwa nya dan berhajat kepada Pencipta NYA.
♥ Tidak perlu pergi jauh untuk mendapat kan nya.
♥ Anda ingat pada NYA.
♥ Anda sebut Asma' NYA.
♥ Dan anda akan menjadi hampir kepada NYA.
♥ Maka inilah dia kebahagiaan yang sebenar-benar nya.
♥ Bukankah mengingati ALLAH itu mententeramkan jiwa ?

(^_^)V♥♥♥~*

Selasa, 19 Februari 2013

~* KENIKMATAN WANITA PENGHUNI SYURGA ~*

♥ KENIKMATAN WANITA PENGHUNI SYURGA ♥

♥ Kalau dilihat sekilas banyak ayat Al-Qur’an yang menjelaskan kenikmatan surga lebih ditujukan bagi kaum pria. Mereka dijanjikan bidadari yang cantik jelita dan berbagai kenikmatan luar biasa. Lalu apa yang akan didapatkan para wanita di sana ? Apakah mereka mendapatkan pengganti dari suami-suami mereka ? Dan apakah nikmat yang akan diperoleh mereka tidak lebih baik dari yang akan diterima kaum pria ?

♥ Tidak diragukan lagi bahwa pahala di dalam surga yang banyak terdapat dalam al-Qur’an bersifat umum mencakupi kaum perempuan dan kaum pria.

Firman Allah Ta’ala :

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ

Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. (QS. Ali-Imran: 195)

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا

Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak di aniaya sedikitpun. (QS. an-Nisa’: 124)

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (QS. an-Nahl: 97)

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (QS. al-Ahzab: 35)

♥ Allah telah menyebutkan bahwa mereka kaum mukminin laki-laki dan perempuan akan masuk surga semua.

هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلَالٍ عَلَى الْأَرَائِكِ مُتَّكِئُونَ

Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas dipan-dipan. (QS. Yaasin: 56)

ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنْتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ

Masuklah kamu ke dalam surga. Kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan. (QS. az-Zukhruf : 70)

♥ Bahkan Allah juga mengabarkan akan mengulangi lagi penciptaan para wanita penghuni surga.

إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا

Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung. Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. (QS. al-Waqi’ah: 35-36)

Maksudnya yaitu Allah akan mengulangi lagi penciptaan para wanita yang sudah renta. Allah menjadikan mereka belia lagi sebagaimana menjadikan para lelaki yang sudah tua menjadi muda. Dan telah dijelaskan di dalam hadits bahwa para wanita dunia di surga lebih mulia daripada para bidadari yang cantik jelita karena ibadah dan ketaatan mereka.

. . . bahwa para wanita dunia di surga lebih mulia daripada para bidadari yang cantik jelita karena ibadah dan ketaatan mereka.

Para wanita mukminat masuk surga sebagaimana kaum lelaki. Jika mereka pernah dinikahi oleh beberapa laki-laki dan mereka semua masuk surga bersamanya ia berhak memilih di antara mereka lalu ia akan memilih yang terbaik akhlaknya.

♥ Para wanita di surga mendapatkna laki-laki ahli surga. Sedangkan laki-laki ahli surga itu lebih baik daripada para bidadari. Dari sini maka boleh jadi pahala yang akan diperoleh wanita ahli surga lebih besar daripada yang diperoleh oleh laki-laki penghuni surga dari sisi pasangannya.

♥ Para wanita di surga mendapatkna laki-laki ahli surga.

♥ Sedangkan laki-laki ahli surga itu lebih baik daripada para bidadari.

Oleh: Badrul Tamam (Disadur dari fatwa-fatwa syaikh Utsaimin dan Abdurrahman bin Jibrin. Fatawa Mar’ah Muslimah: 602-603.)
Allah akan mengulangi lagi penciptaan para wanita yang sudah renta. Allah menjadikan mereka belia lagi sebagaimana menjadikan para lelaki yang sudah tua menjadi muda. Dan telah dijelaskan di dalam hadits bahwa para wanita dunia di surga lebih mulia daripada para bidadari yang cantik jelita karena ibadah dan ketaatan mereka.

~* MUTIARA KATA ~*

♥ MUTIARA KATA ♥

♥ Barangsiapa yang suka bertemu dengan Tuhan NYA.
♥ Maka ALLAH suka menemui nya.
♥ Barangsiapa yang benci bertemu dengan Tuhan NYA.
♥ Maka ALLAH benci berjumpa dengan nya.

♥ Barangsiapa yang di tanya tentang sesuatu perkara lalu ia merahsiakan nya.
♥ Maka ia akan di kekang dengan tali api Neraka.

♥ Barangsiapa yang menahan lidah nya dari membahaskan perangai manusia.
♥ Maka ALLAH akan memelihara kaki nya daripada tergelincir ke dalam Neraka.

♥ Barangsiapa yang memisahkan antara ibu dan anak nya.
♥ Maka ALLAH akan menceraikan nya dengan kesemua kesayangan nya di Akhirat sana.

♥ Barangsiapa yang menghiburkan saudara nya yang di timpa bala.
♥ Maka ia akan memperoleh pahala yang serupa dengan saudara nya.

♥ Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Kemudian nya.
♥ Maka hendaklah ia memuliakan tamu nya.

♥ Barangsiapa yang menuntut ilmu kerana mencari redha Tuhan NYA.
♥ Maka ALLAH akan mencukupkan rezeki nya.

♥ Barangsiapa yang menyembunyikan kebaikan nya dan membaiki kesalahan nya.
♥ Maka dia adalah orang yang sejahtera.

♥ Barangsiapa yang memperbanyakkan solat pada waktu malam nya.
♥ Maka ALLAH membaguskan wajah nya pada waktu siang nya.

♥ Tidak ada kebaikan dalam agama dan dunia bila manusia sudah hilang malu nya.

~* KERANA ~*

♥ KERANA ♥

♥ Kita jangan terlalu mengharap dan mengimpikan.
♥ KERANA..
♥ Mengharap ada kalanya tidak pasti menjadi kenyataan.
♥ TETAPI..
♥ Kita boleh bersabar dalam meletakkan harapan.
♥ KERANA..
♥ Kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan.
♥ Jangan terlalu meletakkan harapan tinggi pada sesuatu yang belum ada kepastian.
♥ KERANA..
♥ Jika tidak memperoleh kejayaaan pasti nya kecewa sekali di dalam kehidupan.
♥ TETAPI..
♥ Letakkanlah harapan itu atas tawakkal kepada Tuhan.
♥ KERANA..
♥ Dengan tawakkal kepada Tuhan kita menjadi redha pada ketentuan.

(^_^)V♥♥♥~*

~* BIARLAH ~*

♥ BIAR LAH ♥

♥ Biarlah orang suka mengata.
♥ Jangan pula kita serupa.
♥ Biarlah orang memfitnah manusia.
♥ Jangan kita melakukan juga.
♥ Biarlah orang mendzalimi kita.
♥ Kita cuba memaafkan mereka.
♥ Biarlah orang mencaci kita.
♥ Doakan petunjuk buat mereka.
♥ Bercakaplah yang memberi faedah kepada manusia.
♥ Atau lebih baik diam sahaja.
♥ Kenangkanlah budi manusia.
♥ Lupakanlah jasa kita.
♥ Balaslah jasa manusia.
♥ Lupakan kejahatan nya.
♥ Bahagia itu di dalam jiwa.
♥ Saling memaafkan sesama manusia.

(^_^)V♥♥♥~*

~* TAMAN HATI ~*

♥ TAMAN HATI ♥

♥ Apabila datang kesusahan dan kepayahan.
♥ Di situ lah nyata kawan dan lawan.
♥ Sewaktu kita kaya.
♥ Ramai kawan mengenali kita.
♥ Sewaktu kita papa.
♥ Baru kita mengenali mereka.

♥ Taman hati yang di sirami kasih sayang.
♥ Akan merimbunkan rasa keimanan.
♥ Taman hati yang di semai belas kasihan.
♥ Menurunkan rahmat keredhaan Tuhan.
♥ Taman hati yang di baja dengan kebaikan.
♥ Menjalin erat tali persaudaraan.
♥ Taman hati yang subur dengan kecintaan.
♥ Terhampar luas kasih sayang Tuhan.

(^_^)V♥♥♥~*

Isnin, 18 Februari 2013

~* PEMBUKA KHAZANAH REZEKI ~*

♥ PEMBUKA KHAZANAH REZEKI :

♥ MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN BERTAUBAT.
♥ Firman ALLAH : Maka AKU katakan kepada mereka :
Mohonlah ampun kepada Tuhan MU. Sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun. Nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepada mu dan memperbanyakkan harta dan anak mu dan mengadakan untuk mu kebun-kebun dan mengadakan pula di dalam nya untuk mu sungai-sungai.
( Surah Nuh ayat 10-12 ).

♥ MENINGKATKAN KETAQWAAN.
♥ Firman ALLAH : Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan bagi nya jalan keluar dan memberi nya rezeki daripada arah yang tidak di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluan nya.
( Surah At-Thalaq ayat 2-3 ).

♥ MENGHUBUNGKAN TALI SILATURRAHIM.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Barangsiapa yang ingin di lapangkan rezeki nya dan di panjangkan umur nya maka hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim.
( H.R.Imam Bukhari dan Muslim ).

♥ MENUNAIKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Lakukan haji dan umrah kerana kedua nya akan menghapuskan kefakiran dan dosa sebagaimana api menghilangkan karat besi emas dan perak.
( H.R.Imam Ahmad ).

♥ MENAFKAH KAN HARTA.
♥ Firman ALLAH : Katakan : Sesungguhnya Tuhan ku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang di kehendaki nya di antara hamba-hamba Nya dan menyempitkan rezeki bagi siapa yang di kehendaki nya. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka ALLAH akan menggantikan nya dan DIA lah pemberi rezeki yang sebaik-baik nya.

♥ MEMBIASAKAN IBADAH DENGAN BENAR.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Sesungguhnya ALLAH berfirman : Wahai anak Adam ! Sibukkanlah untuk beribadah kepada KU nescaya AKU akan penuhi dada mu dengan kekayaan dan AKU tutup ke atas mu kefakiran. Jika tidak kamu lakukan nescaya AKU penuhi kedua tangan mu dengan kesibukan dan dan tidak AKU tutup ke atas mu kefakiran.
( H.R.Imam Ahmad ).

♥ HIJRAH DI JALAN ALLAH ( FISABILILLAH ).
♥ Firman ALLAH Subhanahu wa Taala : Barangsiapa berhijrah di jalan ALLAH nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.
Barangsiapa yang keluar dari rumah nya dengan maksud berhijrah kepada ALLAH dan Rasul Nya kemudian kematian menimpa nya ( sebelum sampai ke tempat yang ingin di tuju nya ) maka sungguh telah tetap pahala nya di sisi ALLAH. Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Surah An-Nisa' ayat 100 ).

♥ TAWAKKAL KEPADA ALLAH.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Seandai nya kalian mahu bertawakkal kepada ALLAH dengan sebenar-benar nya maka pasti ALLAH akan memberikan rezeki kepada mu sebagaimana burung yang di beri rezeki. Pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.
( H.R.Imam Ahmad dan Tirmidzi ).

~* KETULUSAN ITU MEMBUAHKAN KEBAHAGIAAN ~*

♥ KETULUSAN ITU MEMBUAH KEBAHAGIAAN ♥

♥ Daku belajar erti KASIHAN.
♥ Dari orang-orang yang suka MENYAKITKAN.

♥ Daku belajar erti KETULUSAN.
♥ Dari orang-orang yang suka MEMPERALATKAN.

♥ Daku belajar erti KESABARAN.
♥ Dari orang-orang yang suka MEMPERBODOHKAN.

♥ Daku belajar erti KESETIAAN.
♥ Dari sebuah PENGKHIANATAN.

♥ Daku belajar erti BERTAHAN.
♥ Dari orang-orang yang suka MEMPERMAINKAN.

(^_^)v♥♥♥~*

~* JANGAN LARUT DALAM TANGISAN ~*

♥ JANGAN LARUT DALAM TANGISAN ♥

♥ Setelah kesulitan akan ada kebahagiaan.
♥ Setelah kefakiran akan ada kekayaan.
♥ Setelah kehausan akan ada kepuasan.
♥ Setelah perpisahan akan ada pertemuan.
♥ Setelah pertengkaran akan ada kerukunan.
♥ Setelah kerinduan akan ada kemesraan.
♥ Setelah kegelisahan akan ada ketenangan.
♥ Jadikan sabar dan solat sebagai teman.

♥ Sesungguhnya..
♥ Keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan prasangka buta.
♥ Sementara jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredhaan jiwa.
♥ Semoga Allah memberikan yang terbaik dalam hidup kita. InsyaAllah.

(^_^)V♥♥♥~*

~* JANGAN LARUT DALAM TANGISAN ~*

♥ JANGAN LARUT DALAM TANGISAN ♥

♥ Setelah kesulitan akan ada kebahagiaan.
♥ Setelah kefakiran akan ada kekayaan.
♥ Setelah kehausan akan ada kepuasan.
♥ Setelah perpisahan akan ada pertemuan.
♥ Setelah pertengkaran akan ada kerukunan.
♥ Setelah kerinduan akan ada kemesraan.
♥ Setelah kegelisahan akan ada ketenangan.
♥ Jadikan sabar dan solat sebagai teman.

♥ Sesungguhnya..
♥ Keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan prasangka buta.
♥ Sementara jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredhaan jiwa.
♥ Semoga Allah memberikan yang terbaik dalam hidup kita. InsyaAllah.

(^_^)V♥♥♥~*

Sabtu, 16 Februari 2013

TAKUT ISTERI DAYUS PADA LELAKI.

♥ TAKUT ISTERI DAYUS PADA LELAKI ♥

♥ Takut pada isteri sebenarnya ialah TAKUT untuk menegur isteri membuat maksiat. ♥ Itulah yang dimaksudkan TAKUT.

♥ Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus ia adalah seperti berikut :

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah 2/147 Lisan al-Arab 2/150).

♥ Imam Az-Zahabi berkata :

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

♥ Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya ( Al-Kabair 1/62 ).

♥ Imam Al-‘Aini pula berkata : CEMBURU lawannya DAYUS ( Umdatul Qari, 18/228 )

♥ Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

♥ Ertinya : CEMBURU ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahramnya. (Tuhfatul Ahwazi, 9/357).

♥ Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Adapun jika berlaku secara sulit maka suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ TIGA golongan yang telah ALLAH haramkan bagi nya Syurga :
♥ Pertama : Orang yang ketagih arak dan mengekali nya.
♥ Kedua : Derhaka kepada ibu bapa.
♥ Ketiga : Si Dayus yang membiarkan maksiat di lakukan oleh ahli keluarga nya.
( H.R.Imam Ahmad ).

UJIAN ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH.

♥ UJIAN ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH ♥

♥ LIMA kebaikan di sebalik ujian :
♥ Pertama : Memiliki hati yang tahan ujian kerana setiap kesulitan itu memberikan kekuatan.
♥ Kedua : Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dengan sebenar-benar penyesalan.
♥ Ketiga : Membebaskan diri dari sifat ujub dan kesombongan kerana ujian adalah sebaik-baik teguran bagi insan yang riak dalam berbuat amalan.
♥ Keempat : Ujian itu sebagai satu peringatan untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.
♥ Kelima :Kesulitan dan kesusahan dalam ujian adalah latihan dari ALLAH untuk kita memahami hakikat kesabaran.

♥ Ujian itu mengangkat kedudukan orang-orang yang berbuat kethaatan.
♥ Ujian itu menghapuskan kesalahan ( kafarah ) orang-orang yang berbuat kemaksiatan.
♥ Ujian itu menurunkan laknat Tuhan ke atas orang-orang yang berbuat kedzaliman.
♥ Ujian itu memberi peringatan orang-orang yang di dalam kelalaian.

AKHLAQ MULIA TERDAPAT DI DALAM SEPULUH PERKARA.

♥ Imam Ali Radhiallahu anhu telah berkata :
♥ Akhlak mulia terdapat pada SEPULUH perkara :

♥ Memiliki akal yang sempurna.
♥ Taat dalam menjalankan perintah Tuhan Nya.
♥ Memiliki Ilmu dalam diri nya.
♥ Memiliki sifat himi ( santun ) menghias akhlaq nya.
♥ Pemurah sifat nya.
♥ Memberi manfaat kepada manusia.
♥ Suka berbuat baik dalam hidup nya.
♥ Kesabaran menghiasi hati nya.
♥ Banyak bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas segala kurnia.
♥ Lemah lembut dalam tindak tanduknya.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam.

~* LAPAN PERHIASAN DI DALAM KEHIDUPAN ~*

♥ Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiallahu anhu telah berpesan :
♥ LAPAN perhiasan di dalam kehidupan :

♥ KECUKUPAN ( QANAAH ) adalah perhiasan bagi KEFAKIRAN.
♥ KESYUKURAN adalah perhiasan bagi KENIKMATAN.
♥ KESABARAN adalah perhiasan bagi UJIAN.
♥ KERENDAHAN ( TAWADHUK ) adalah perhiasan bagi KELUHURAN.
♥ KESOPANAN adalah perhiasan bagi ILMU PENGETAHUAN.
♥ TIDAK MENGUNGKIT AMALAN adalah perhiasan bagi KEBAIKAN.
♥ KEKUSYUKAN adalah perhiasan kepada SOLAT yang di dirikan.

~* IMAN SEMUT MELATA DAN IMAN MANUSIA ~*

♥ IMAN SEMUT MELATA ♥

♥ Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa. Apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut :

♥ Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu ?.

♥ Semut pun menjawab :
♥ Rezeki di tangan ALLAH. Aku percaya rezeki di tangan ALLAH. Aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku.

♥ Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya :
<Wahai semut berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?

♥ Jawab semut :
♥ Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan.

♥ Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan :
♥ Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu aku boleh tolong.
♥ Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas kemudian Nabi ambil gandum sebiji dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

♥ Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut :

♥ Kamu rupanya berbohong pada aku ! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan. Ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah.

♥ Jawab semut :
♥ Aku tidak berbohong. Aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa.

Itulah Iman Semut !

IMAN MANUSIA ??

♥ Di zaman Imam Suffian ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati mayat terpaksa ditanam oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

♥ Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nankir. Dia korek 1 kubur 2 kubur 3 kubur 10 kubur 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:

♥ Ya Imam ! Kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali 2 sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang ?.

♥ Jawab Imam Suffian :
♥ Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan.

♥ Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak biasanya iman dia akan beralih arah. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

♥ Kata Saidina Ali radhiallahu anhu :
♥ ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA KEKAYAAN.
♥ ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA KEBENDAAN.
♥ ILMU MENJADI HAKIM. HARTA DIHAKIMKAN.
♥ HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN
♥ DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIGUNAKAN.
♥ PEMBUKA KHAZANAH REZEKI :

♥ MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN BERTAUBAT.
♥ Firman ALLAH : Maka AKU katakan kepada mereka :
Mohonlah ampun kepada Tuhan MU. Sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun. Nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepada mu dan memperbanyakkan harta dan anak mu dan mengadakan untuk mu kebun-kebun dan mengadakan pula di dalam nya untuk mu sungai-sungai.
( Surah Nuh ayat 10-12 ).

♥ MENINGKATKAN KETAQWAAN.
♥ Firman ALLAH : Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan bagi nya jalan keluar dan memberi nya rezeki daripada arah yang tidak di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluan nya.
( Surah At-Thalaq ayat 2-3 ).

♥ MENGHUBUNGKAN TALI SILATURRAHIM.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Barangsiapa yang ingin di lapangkan rezeki nya dan di panjangkan umur nya maka hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim.
( H.R.Imam Bukhari dan Muslim ).

♥ MENUNAIKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Lakukan haji dan umrah kerana kedua nya akan menghapuskan kefakiran dan dosa sebagaimana api menghilangkan karat besi emas dan perak.
( H.R.Imam Ahmad ).

♥ MENAFKAH KAN HARTA.
♥ Firman ALLAH : Katakan : Sesungguhnya Tuhan ku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang di kehendaki nya di antara hamba-hamba Nya dan menyempitkan rezeki bagi siapa yang di kehendaki nya. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka ALLAH akan menggantikan nya dan DIA lah pemberi rezeki yang sebaik-baik nya.

♥ MEMBIASAKAN IBADAH DENGAN BENAR.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Sesungguhnya ALLAH berfirman : Wahai anak Adam ! Sibukkanlah untuk beribadah kepada KU nescaya AKU akan penuhi dada mu dengan kekayaan dan AKU tutup ke atas mu kefakiran. Jika tidak kamu lakukan nescaya AKU penuhi kedua tangan mu dengan kesibukan dan dan tidak AKU tutup ke atas mu kefakiran.
( H.R.Imam Ahmad ).

♥ HIJRAH DI JALAN ALLAH ( FISABILILLAH ).
♥ Firman ALLAH Subhanahu wa Taala : Barangsiapa berhijrah di jalan ALLAH nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.
Barangsiapa yang keluar dari rumah nya dengan maksud berhijrah kepada ALLAH dan Rasul Nya kemudian kematian menimpa nya ( sebelum sampai ke tempat yang ingin di tuju nya ) maka sungguh telah tetap pahala nya di sisi ALLAH. Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Surah An-Nisa' ayat 100 ).

♥ TAWAKKAL KEPADA ALLAH.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Seandai nya kalian mahu bertawakkal kepada ALLAH dengan sebenar-benar nya maka pasti ALLAH akan memberikan rezeki kepada mu sebagaimana burung yang di beri rezeki. Pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.
( H.R.Imam Ahmad dan Tirmidzi ).

Jumaat, 15 Februari 2013

~* ANUGERAH TERINDAH ~*

♥ RENUNGAN BERSAMA : ANUGERAH TERBAIK UNTUK ORANG YANG KITA CINTA ADALAH MEMBERIKAN CONTOH TAULADAN YANG BAIK KEPADA MEREKA.

♥ Ada sebuah kisah nyata yang diambil dari buku Qishasasu Muatsirat Lilfatayat karya Ahmad salim Badwilan.

♥ Ada seorang wanita yang baru saja dipersunting menjadi istri oleh seorang laki-laki. Lazimnya tradisi di Timur Tengah saat malam pertama si isteri menyiapkan hidangan pembuka bagi suami. Mereka berkumpul mesra di ruang makan.

♥ Tiba-tiba keduanya mendengar suara ketukan pintu. Sang suami menghentak dan berkata gusar : Siapa tamu yang datang mengganggu ?

♥ Berdirilah si isteri menuju pintu lalu bertanya dari balik pintu : Siapa tu ?
♥ Terdengar jawaban : Saya adalah pengemis yang meminta sedikit makanan.

♥ Si isteri kemudian menyampaikan kepada suaminya : Dia pengemis meminta sedikit makanan.
Marah si suami sembari berkata : Hanya gara-gara pengemis ini istirahat kita terganggu apalagi kita sedang menikmati malam pertama kita.

♥ Si suami bergegas keluar dan langsung menghantam pengemis itu secara bertubi-tubi. Sesat kemudian terdengar rintihan dan tangisan.
Si pengemis berlalu membawa rasa lapar dan luka yang memenuhi ruh jasad dan kehormatannya.

♥ Si suami kembali menemui istrinya di dalam kamar pengantin dengan hati yang penuh emosi karena gangguan yang terjadi barusan.
Sejurus kemudian si suami terkena sesuatu menyerupai penyakit kesurupan lalu dia merasa dunia menyempit dan menghimpitnya dengan kekerasan. Lalu dia berlari keluar rumah dengan menjerit meninggalkan istrinya yang ketakutan.

♥ 15 tahun berlalu...

♥ Sang isteri yang ditinggal suaminya ini mendapat pinangan lagi dari lelaki lain. Ia pun menerima dan mereka melangsungkan pernikahan.

♥ Pada malam pertama suami istri tersebut berkumpul didepan hidangan pembuka yang telah disajikan. Tiba-tiba keduanya mendengar suara ketukan pintu. Berkata suami kepada istrinya : Pergilah bukakan pintu.

♥ Si isteri menuju pintu dan bertanya : Siapa tu ?
Pengemis meminta sesuap nasi kata tamu tersebut.
Si isteri menemui suaminya yang langsung menanyakan siapa tamu. Si isteri berkata : Pengemis meminta sesuap nasi.

♥ Maka si suami berkata : Panggil dia kemari dan siapkan seluruh makanan ini diruang tamu lalu persilahkan dia makan sampai kenyang.
Si isteri bergegas menyiapkan hidangan membukakan pintu lalu mempersilahkan pengemis itu untuk makan.

♥ Si isteri kembali menemui suaminya dengan tangisan. Suaminya bertanya : Ada apa denganmu ? Kenapa kamu menangis ? Apa yang terjadi ? Apakah pengemis itu menghinamu ?
Si istri menjawab dengan linangan air mata yang memenuhi matanya : Tidak.

Dia mengganggumu ? tanya suaminya
Tidak jawabnya.
Dia menyakitimu ? tanya suaminya.
Tidak jawabnya.
Lalu kenapa engkau menangis ? tanya suaminya.

♥ Si isteri lantas berkata : Pengemis yang duduk di ruang tamumu dan menyantap hidanganmu adalah mantan suamiku lima belas tahun yang lalu. Pada malam penganti itu ada pengemis datang dan suamiku memukulinya dengan keras. Setelah itu mantan suamiku kembali menemuiku dengan dada yang sempit. Aku menyangkanya dia terkena jin atau kesurupan. Dia lari meninggalkan rumah tanpa ada kabar sampai malam ini. Ternyata dia menjadi pengemis.

♥ Si suami tiba-tiba menangis….
Istrinya bertanya : Apa yang membuatmu menangis ?
Tahukah kamu siapa pengemis yang dipukul oleh mantan suamimu dulu ?
Siapa dia ? tanya sang istri ingin tahu.
Sesungguhnya pengemis itu adalah aku suaminya memberitahu.

♥ Moral Cerita

♥ Kita tak pernah tahu apa yang terjadi esok hari di dalam kehidupan bahkan satu jam atau satu detik ke depan. Roda hidup terus memberi putaran.. Tatkala kita menjalani kehidupan maka apa yang kita taburkan maka itulah yang kita tuaikan . Beberapa kepercayaan menyebutnya sebagai karma sementara secara ilmiah inilah hukum pembalasan..

♥ Ketika kita berbuat kejahatan pada setiap insan maka Tuhan yang menciptakan keseimbangan di alam semesta ini menjalankan hukum aksi-reaksi tersebut pada diri yang di ciptakan.. Maka berbuatlah baik sekuat mungkin agar kita pun mendapat ganjaran setimpal dari setiap kebaikan.

♥ Di sisi lain bagi kaum perempuan. Alangkah indah menjaga kehormatan dan menjadi isteri dan ibu yang baik bagi keluarga yang di idamkan. wanita pada kisah nyata di atas tetap berpegang pada hukum agama yang ia amalkan untuk menjaga kehormatan dan kesetiaan pada suami dengan penuh ketaatan.

♥ Sementara para suami dan siapa pun lelaki yang kelak menjadi seorang imam maka adalah sebuah kehormatan bagi kaum pria menjadi kepala rumah tangga. Memberi teladan yang baik kepada isteri dan anak-anak adalah semulianya ketundukan kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Termasuk memberi contoh kemurahan kebaikan hati pada tetangga dan sesama manusia. Maka Insya Allah mendapat kebaikan yang sama.

SOAL JAWAB AGAMA

♥ SOAL JAWAB AGAMA ♥

♥ Amirul Mukminin Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu telah di tanya :

♥ Apakah yang lebih BERAT berbanding dengan langit ?
♥ Berbuat BOHONG atau DUSTA kepada manusia lebih BERAT daripada langit.

♥ Apakah yang lebih LUAS daripada bumi ?
♥ Perkara yang HAK ( BENAR ) lebih luas daripada bumi.

♥ Apakah yang lebih KAYA di banding dengan laut ?
♥ Hati yang QANA'AH lebih kaya daripada laut.

♥ Apakah yang lebih KERAS daripada batu ?
♥ Hati orang MUNAFIQ lebih keras daripada batu.

♥ Apakah yang lebih PANAS di banding dengan api ?
♥ Penguasa yang DZALIM lebih panas daripada api.

♥ Apakah yang lebih DINGIN daripada air Zamharir ?
♥ Hajat terhadap orang JAHAT itu lebih dingin daripada air Zamharir.

♥ Apakah yang lebih PAHIT di banding dengan racun ?
♥ SABAR adalah lebih pahit di banding dengan racun.
♥ Ada pendapat lain menyatakan bahawa perbuatan ADU DOMBA lebih pahit daripada racun.

KITAB AL- MUNABBIHAT SYEIKH IBNU HAJAR AL-ASQALANI.

SIAPA KAWAN KITA

♥ SIAPA KAWAN KITA ♥

♥ Abu Tayyib telah berkata :
♥ Barangsiapa yang duduk dengan LAPAN golongan manusia maka ALLAH menambah kepada nya LAPAN perkara :

♥ Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang KAYA maka ALLAH menambah kecintaan nya kepada dunia.

♥ Barangsiapa yang duduk bersama-sama orang PAPA maka ALLAH campakkan dalam hati nya rasa bersyukur dan redha pada bahagian nya yang telah di tentukan ALLAH kepada nya.

♥ Barangsiapa yang duduk bersama PENGUASA maka ALLAH menambah kekerasan hati nya dan sifat sombong kepada manusia.

♥ Barangsiapa yang duduk bersama para WANITA maka ALLAH menambah kebodohan nya dan nafsu syahwat kepada nya.

♥ Barangsiapa yang duduk bersama ANAK-ANAK saja maka dia bertambah gemar bermain dan bergurau senda.

♥ Barangsiapa yang duduk bersama-sama orang yang FASIQ ( BERDOSA ) maka dia akan bertambah berani berbuat dosa dan menangguhkan taubat buat diri nya.

♥ Barangsiapa yang duduk bersama-sama orang yang SOLEH maka dia bertambah cinta melakukan ketaatan dalam hidup nya.

♥ Barangsiapa yang duduk bersama para ULAMA maka akan bertambah ilmu dan amal nya.

KITAB AL-MUNABBIHAT SYEIKH IBNU HAJAR AL- ASQALANI.

~* LAUTAN KURNIA ~*

♥ LAUTAN KURNIA ♥

♥ Terlalu banyak nikmat yg kita rasa.
♥ Terlalu banyak nikmat yg kita terima.
♥ Namun..sangat malang nya.
♥ Ramai yang terleka dengan nikmat yang ada hingga menjadi derhaka.
♥ Ramai yang alpa dengan nikmat yang ada hingga menjadi manusia yang di murka.
♥ Segala nikmat-nikmat yang kita rasa.
♥ Segala nikmat-nikmat yang kita terima semuanya dari yang Esa
♥ Maka janganlah kita lupa untuk mensyukurinya.
♥ Agar kehidupan kita gembira di dunia dan bahagia di akhirat sana.

~* WASIAT NASEHAT ~*

♥ WASIAT NASEHAT ♥

♥ Hai Ali ! Sempurnakanlah akan WUDHUK.
♥ Sesungguhnya WUDHUK itu sebahagian daripada iman.
♥ Apabila engkau berwudhuk maka janganlah menggunakan air berlebih-lebihan.
♥ Dan bila selesai bersuci ( berwudhuk ) maka bacalah :
♥ INNAA ANZALNAAHU FII LAILATIL QADRI ( sampai akhir surah ).
♥ Artinya : Sesungguhnya Kami ( ALLAH ) telah menurunkan nya ( Al-Quran ) di malam Lailatul Qadar.
♥ Membaca nya SEPULUH kali sesudah membasuh dua tapak kaki.
♥ Maka ALLAH akan menghilangkan kesusahan mu.

KITAB WASIYATUL MUSHTHAFA.

~* JIKA HATI ITU ~*

♥ JIKA HATI ITU ♥

♥ Jika hati itu seputih awan.
♥ Biarkan ia bergerak dengan keikhlasan.
♥ Jika hati itu setenang lautan.
♥ Biarkan ia mengalir dengan kejujuran.
♥ Jika hati itu pelangi keindahan.
♥ Warnakan ia dengan kebahagiaan.
♥ Jika hati itu selembut rangbulan.
♥ Sinarilah ia dengan persahabatan.
♥ Jika hati itu penuh kesedihan.
♥ Sembuhkan ia dengan kemaafan.

(^_^)V♥♥♥~*

Khamis, 14 Februari 2013

~* SENYUM ITU PENAWAR HATI ~*


♥ Bila tiada kata untuk di ucapkan lagi.
♥ Maka senyuman ikhlas akan menjadi bulan dan matahari . (^_^)V♥♥♥~*

~* AKHLAQ MULIA TUNTUTAN AGAMA ~*


♥ AKHLAQ MULIA TUNTUTAN AGAMA ♥

♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ KEMULIAAN seseorang itu adalah pada AGAMA NYA.
♥ KEMANUSIAAN seseorang itu adalah pada AKAL NYA.
♥ Dan KEBANGSAWANAN seseorang itu adalah pada AKHLAQ NYA.
( H.R.Imam Abu Hurairah r.a. )

~* MAKANAN KEIMANAN ~*


♥ MAKANAN KEIMANAN ♥
♥ Makanan HATI adalah ILMU PENGETAHUAN.
♥ Makanan AKAL adalah MENGAMBIL PENGAJARAN.
♥ Makanan JIWA adalah MENGINGATI TUHAN.
♥ Makanan RAGA adalah KASIH SAYANG.
♥ Makanan EMOSI adalah KETAQWAAN.
♥ Makanan AKHLAQ adalah KEIMANAN.

♥ MARI MENJADI MUSLIMAH SEJATI . INSYAALLAH ♥

♥ Wahai Muslimah sejati..
♥ Kecantikan mu lebih anggun daripada mentari.
♥ Akhlaq mu lebih harum daripada kasturi.
♥ Kesucian mu lebih bersih daripada salji.
♥ Peribadi mu lebih lembut daripada bulan berseri.
♥ Sifat keibuan mu lebih segar daripada titisan hujan dinihari.
♥ Peliharalah kecantikan itu dengan KEIMANAN.
♥ Peliharalah keindahan itu dengan KESOPANAN.
♥ Peliharalah kesucian itu dengan KEHORMATAN.

~* JIKA ADA ~*

♥ JIKA ADA ♥

♥ Jika ada KENIKMATAN.
♥ Jangan lupa KESYUKURAN.
♥ Jika ada KEBAIKAN.
♥ Jangan lupa KEIKHLASAN.
♥ Jika ada KEKAYAAN.
♥ Jangan lupa KEMURAHAN.
♥ Jika ada KESALAHAN.
♥ Jangan lupa PENYESALAN.
♥ Jika ada KEGAGALAN.
♥ Jangan lupa PENGHARAPAN.
♥ Jika ada PERMOHONAN.
♥ Jangan lupa KEYAKINAN.
♥ Jika ada KEMARAHAN.
♥ Jangan lupa KESABARAN.
♥ Jika ada KESEDIHAN.
♥ Jangan lupa KETENANGAN.
♥ Jika ada KESULITAN.
♥ Jangan lupa MENADAH TANGAN.

(^_^)v♥♥♥~*

~* MASA DEPAN SURAM ~*


♥ MEROKOK ITU HARAM.
♥ MASA DEPAN SURAM.

♥ ROKOK..
♥ MEMPAPAKAN anda sekelian.
♥ ROKOK..
♥ MEMBAKAR kesihatan.
♥ ROKOK..
♥ MENGUNTUNGKAN penjual batu nesan.
♥ ROKOK..
♥ MELARISKAN kain kapan.

(^_^)V♥♥♥~*

~* JANGAN HARTA PUNCA BINASA ~*


♥ JANGAN HARTA PUNCA BINASA ♥

♥ Syeikh Yahya bin Mu'az berkata :
♥ Harta itu laksana kala jengking.
♥ Jika tidak pandai memelihara nya.
♥ Maka janganlah engkau menyimpan nya.
♥ Kerana jika terkena sengatan nya.
♥ Maka matilah engkau di sebabkan bisa racun nya.
♥ Ketika di tanya : Bagaimana memelihara nya ?
♥ Jawab Syeikh Yahya : Mengambil nya pada tempat yang halal sahaja dan membelanjakan pada tempat yang hak ( benar ) semata-mata.

♥ Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiallahu anhu berkara :
♥ Orang yang Bakhil atau kedekut yang melampau di dalam hidup nya akan di azab dengan TUJUH perkara :

♥ Pertama : Ketika mati nya hartanya akan di warisi oleh orang yang akan menghabiskan hartanya untuk perkara maksiat kepada Tuhan nya.
♥ Kedua : Allah membangkitkan penguasa zalim yang akan mengambil harta nya setelah menyiksa nya.
♥ Ketiga : Allah membangkitkan nafsu syahwat nya sehingga memusnahkan harta benda nya.
♥ Keempat : Muncul ilham pada diri nya untuk mendirikan bangunan di tempat yang akan di timpa bencana sehingga musnah dan habis harta benda nya.
♥ Kelima : Dia di timpa musibah yang dapat menghabiskan harta benda nya seperti banjir mengalami kecurian kebakaran dan sebagai nya.
♥ Keenam : Dia di timpa penyakit yang berbahaya sehingga habis harta nya untuk biaya rawatan dan perubatan nya.
♥ Ketujuh : Dia menyimpan atau menanam hartanya di suatu tempat rahsia kemudian terlupa tempat letak nya sehingga tidak dapat menemukan nya semula.

KITAB AL-MUNABBIHAT SYEIKH IBNU HAJAR AL-ASQALANI.

~* HATI ITU RAJA ~*

♥ HATI ITU RAJA ♥

♥ HATI adalah sumber ILHAM dan PERTIMBANGAN.
♥ HATI adalah sumber KECINTAAN dan KEBENCIAN.
♥ HATI adalah sumber KEIMANAN dan KEKUFURAN.
♥ HATI adalah sumber KEBIMBANGAN dan KETENANGAN.
♥ HATI adalah sumber KEMUSNAHAN dan KEBAHAGIAAN.

♥ Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata :
♥ Hati itu adalah Raja
♥ Dan anggota badan adalah bala tentera.
♥ Jika baik Raja.
♥ Maka baik lah bala tenteranya.
♥ Begitulah juga sebalik nya.

(^_^)V♥♥♥~*