Pages

Subscribe:

Rabu, 24 Disember 2014

DALAM DAKAPAN CINTA NYA.



Hamparkanlah HATI mu dalam dakapan CINTA NYA.
Larutkanlah SAYANG mu dalam samudra KASIH NYA.
Gerakkanlah BIBIR mu dalam curahan RAHMAT NYA.
Kerana..
Kita bukan APA-APA bila berada di dalam bentangan KUASA NYA.
Kita bukan SIAPA-SIAPA bila berada dalam lautan KURNIA NYA.
Kita akan terus mengecil LARUT dalam KEAGUNGAN NYA.
Kita akan terus hilang FANA dalam KEAGUNGAN NYA.
Kita akan terus lenyap MUNAJAT dalam IRADAH NYA.

Subhanallah. Subhanallah Ya Rahman.
Pasrahkan diri kepada Tuhan.
Tanda kepatuhan penuh penghambaan.
Di atas sejadah hening nya lisan.
Hati munajat penuh keinsafan.
Subhanallah. Subhanallah. Ya Rahman.
Bergema tasbih dalam kesunyian.
Tunduk bertafakur setiap penciptaan.
Bertasbih berdzikir dalam kegelapan.
Memuji Asma' MU penuh kesyukuran.
Subhanallah. Subhanallah. Ya Rahman.
Malam yang dingin penuh ketenangan.
Rembulan tersenyum penuh keindahan.
Kerlipan bintang tasbih pengagungan.
Subhanallah. Subhanallah. Penuh Pengharapan.

Selasa, 23 Disember 2014

TANDA-TANDA BINASA.


Imam Al-Hasan radhiallahu anhu telah berkata :
Orang yang banyak BICARA nya.
Akan banyak DUSTA nya.
Orang yang banyak HARTA nya.
Akan banyak DOSA nya.
Orang yang jahat PERANGAI nya.
Akan banyak MENYIKSA diri nya.

Imam Ibnul Qayyim telah berkata :
Di antara tanda-tanda BINASA nya manusia :
Tatkala bertambah ILMU nya.
Maka bertambah pula KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN nya.
Tatkala bertambah AMAL nya.
Maka bertambah pula UJUB dalam diri nya dan memandang HINA kepada manusia.
Tatkala bertambah UMUR nya.
Maka bertambah pula tamak HALOBA nya kepada Dunia.
Tatkala bertambah HARTA nya.
Maka bertambah pula sifat KIKIR dalam diri nya.
Tatkala bertambah KEDUDUKAN nya.
Maka bertambah pula KEMEGAHAN dan TAKBUR nya.

IMAN DAN KESELAMATAN.



SABAR berkaitan dengan IMAN.
Ibarat KEPALA dengan TUBUH BADAN.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Kebahagiaan ada SEPULUH perkara.
LIMA di Dunia dan LIMA di Akhirat sana.
LIMA perkara di Dunia :
Pertama : Kesejahteraan ilmu Pengetahuan.
Kedua : Ibadah penuh Ketenangan.
Ketiga : Rezeki yang halal dengan Keberkatan.
Keempat : Kesabaran menghadapi Ujian.
Kelima : Kesyukuran menerima Kenikmatan.

LIMA perkara di Akhirat sana :
Pertama : Malaikat pencabut nyawa datang dengan kasih sayang dan lembut kepada nya.
Kedua : Kedatangan Malaikat Munkar dan Nakir di kubur nya tidak menakutkan nya.
Ketiga : Ia aman ketika terjadi kegoncangan besar di dalam Dunia.
Keempat : Keburukan nya di mansuhkan dan segala amalan nya di terima.
Kelima : Ia melintas Shirat secepat kilat dan masuk Syurga dengan sejahtera.

ALLAH YANG PUNYA.



Sesungguhnya CANTIK dan KACAK.
ALLAH Kurniakan.
Sesungguhnya KAYA dan MISKIN.
ALLAH Ujikan.
Sesungguhnya KELUARGA dan KAWAN.
ALLAH Pinjamkan.
Sesungguhnya JODOH dan MAUT.
ALLAH Tentukan.

Siapa pun kita di dunia.
Sehebat mana pun kita pada pandangan manusia.
Sebesar mana pun kuasa yang kita ada.
Setinggi manapun pangkat dan darjat yang kita ada.
Semua itu tidak akan menjamin Syurga.
Kerana hanya iman dan taqwa yang menjadi pengukur nya.
Siapa kita di sisi PENCIPTA.

Apabila ALLAH sayangkan seseorang hamba.
Maka DIA akan memberikan IMAN kepada nya.
kerana iman itu lebih MAHAL dari segala isi dunia.
Apabila ALLAH sayang lagi kepada hamba Nya.
Maka DIA akan memberikan KEKUATAN untuk mengamalkan AGAMA nya.
Kerana dengan Agama hidup menjadi lebih SEMPURNA.
Apabila ALLAH sangat sayang kepada hamba Nya.
Maka DIA akan memberikan UJIAN kepada nya.
Kerana ALLAH rindu mendengar RINTIHAN nya.

Isnin, 22 Disember 2014

ORANG YANG SEDIKIT KEJUJURAN NYA.



 Orang yang sedikit KEJUJURAN nya.
Maka sedikitlah TEMAN-TEMAN nya.
Orang yang sedikit KEJUJURAN nya.
Maka sedikitlah KEPERCAYAAN orang kepada nya.
Orang yang sedikit KEJUJURAN NYA.
Maka sedikitlah KETENANGAN dalam hati nya.
Orang yang sedikit KEJUJURAN nya.
Maka sedikitlah KEBAHAGIAAN dalam hidup nya.
Orang yang sedikit KEJUJURAN nya.
Maka banyaklah KETAKUTAN menghantui nya.

KEJUJURAN tidak menjanjikan ramai KAWAN.
Tetapi ia menjanjikan KEPUASAN dan KEBENARAN.

Walapun BATU di tukar menjadi EMAS.
Hati manusia takkan KENYANG dan PUAS.
Yang SUSAH itu SABAR dan IKHLAS.
Yang INDAH itu HATI yang BELAS.

SINAR KEBAHAGIAAN.



ALLAH tidak pernah menjanjikan LANGIT selalu KEBIRUAN.
ALLAH tidak pernah menjanjikan JALAN tanpa HALANGAN.
ALLAH tidak pernah menjanjikan MATAHARI tanpa HUJAN.
ALLAH tidak pernah menjanjikan KESEDIHAN tanpa KEBAHAGIAAN.
ALLAH tidak pernah menjanjikan KEJAYAAN tanpa PERJUANGAN.
ALLAH tidak pernah menjanjikan KESABARAN tanpa PERTOLONGAN.
ALLAH tidak pernah menjanjikan HAMPARAN tanpa HALANGAN.
Tetapi..
ALLAH menjanjikan KEMUDAHAN di dalam KESULITAN.
ALLAH menjanjikan RAHMAT di dalam UJIAN.
ALLAH menjanjikan GANJARAN di dalam KESABARAN.
ALLAH menjanjikan KETEGUHAN di dalam PERJUANGAN.
ALLAH menjanjikan TAMBAHAN di dalam KESYUKURAN.
ALLAH menjanjikan KASIH SAYANG di dalam KEBAIKAN.
ALLAH menjanjikan PELANGI selepas HUJAN.

Dengan rintik hujan PENDERITAAN.
Barulah terang sinar KEBAHAGIAAN.

HIKMAH MUSIBAH.

Jika memandang bintang soraya.
Jangan merenung pada kerlip nya.
Pandanglah pada kegunaan nya.
Penentu arah petunjuk semesta.

Jika memandang laut bergelora.
Jangan merenung ombak ganas nya.
Pandanglah hikmah rahsia dalam nya.
Sumber rezeki yang ALLAH cipta.

Jika memandang indah nya bunga.
Jangan hanya menghidu harum nya.
Tafsir kelopak daun duri nya.
Untuk mengakui Kebesaran Yang Esa.

Jika memandang sakit menimpa.
Jangan mengeluh perit bisa nya.
Pandanglah juga pada nikmat nya.
Dalam bisanya ada pahala nya.

Jika memandang musibah menimpa.
Jangan di pandang rasa tersiksa.
Banyak sungguh hikmah dari nya.
Ia menghapus segala dosa.

Pandanglah dengan mata hati nya.
Bukan hanya mata kepala.
ALLAH kasih kepada hamba NYA.
Setiap kejadian ada hikmah nya.

TAMAN IMAN.


Orang yang di dalam DADA nya ada taman KEIMANAN.
Dan di dalam FIKIRAN nya ada kebun ilmu PENGETAHUAN.
Dan di dalam HATI nya ada pokok KESABARAN.
Maka dunia yang tidak KESAMPAIAN.
Tidak membuatnya berasa KESEDIHAN.

Suburkan IMAN.
Seindah SENYUMAN.
Kerana tidak ada KEMANISAN.
Tanpa ada KEPAHITAN.
Tidak ada KEKUATAN.
Tanpa ada DUGAAN.
Tidak ada KETABAHAN.
Tanpa ada RINTANGAN.
Tidak ada KEBAHAGIAAN.
Tanpa ada PENGORBANAN.
Dan tidak akan ada KESENANGAN.
Tanpa ada TANGISAN.
Insyaa Allah (^_^)v

DALAM MUSIBAH ADA HIKMAH.


KESUSAHAN yang berat dalam perkara AKHIRAT adalah RAHMAT.
Dengan kesusahan ini ALLAH mengampunkan dosa dan meninggikan DARJAT.
DUNIA bukan tempat bersenang-lenang dan BERISTIREHAT.
KESENANGAN yang sebenar-benar nya adalah di negeri AKHIRAT.
Seorang hamba tidak di beri pahala jika tidak menempuh dugaan yang BERAT.
Sesungguhnya jalan ke Syurga itu di pagari kepayahan yang HEBAT.
Dan jalan ke Neraka itu di hampari NAFSU SYAHWAT.

 Berjalanlah dengan penuh HARAPAN.
 Walaupun hidup ini tidak selalu MEMBAHAGIAKAN.
 Bersedeqahlah dengan satu SENYUMAN.
 Walaupun jiwa tidak lagi mampu BERTAHAN.
 Belajarlah MEMAAFKAN.
Walaupun hati mu sering DI LUKAKAN.
 Hiduplah dalam IMAN.
 Walaupun DUNIA banyak COBAAN.
 Berpeganglah kepada AR-RAHMAN.
Walaupun DIA tidak KELIHATAN.

Untuk mendapatkan KETENANGAN di dalam kehidupan.
Maka kita hendaklah BERTAHAN dengan segala KETENTUAN.
Untuk mendapatkan KETENANGAN di dalam kehidupan.
Maka kita hendaklah MENGHARGAI apa yang kita DAPATKAN.
Untuk mendapatkan KETENANGAN di dalam kehidupan
Kita hendaklah BERSABAR dengan segala UJIAN.

 INSYAA ALLAH (^_^)v.

RENUNG-RENUNGKAN.


 Jangan mencerca KEGELAPAN.
 Ambillah LILIN dan NYALAKAN.
 Jangan mencerca KESUSAHAN.
 Ambillah SABAR dan SARUNGKAN.
 Jangan mencerca KESEDIHAN.
 Ambillah SYUKUR dan KIBARKAN.
 Jangan mencerca KETENTUAN.
 Ambillah REDHA dan TELANKAN.

 Barangsiapa yang inginkan TEMAN.
 Maka cukuplah ALLAH menjadi TEMAN nya.
 Barangsiapa yang inginkan KEKAYAAN.
 Maka cukuplah QANAAH menyertai nya.
 Barangsiapa yang inginkan PEDOMAN.
 Maka cukuplah AL-QURAN di hati nya.
 Barangsiapa yang inginkan PERINGATAN.
 Maka cukuplah KEMATIAN menasihati nya.
 Barangsiapa yang inginkan HARTA SIMPANAN.
 Maka cukuplah KEBAIKAN mengiringi nya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan KEDUNIAAN.
 Maka cukuplah PENYESALAN menghantui nya. 

Ahad, 21 Disember 2014

JADIKAN HIDUP BIAR BERERTI.


Abuya Hamka telah berperi :
Hidup ini hanya sekali.
Jadikan hidup biar bererti.

Taman BUNGA hati BERLIAN.
Tumbuh KEINSAFAN dari KESALAHAN.
Tumbuh KEMAHUAN dari KEINGINAN.
Tumbuh KETENANGAN dari KEIKHLASAN.
Tumbuh KECINTAAN dari PERASAAN.
Tumbuh KEDENGKIAN dari KEMARAHAN.
Tumbuh KEMANISAN dari KEBAIKAN.
Tumbuh KEPANDAIAN dari KERAJINAN.
Tumbuh KEROSAKAN dari KEBODOHAN.
Tumbuh KEKUATAN dari KESATUAN.
Tumbuh KEBAKHILAN dari KETAMAKAN.
Tumbuh KEMANUSIAAN dari BELAS KASIHAN.
Tumbuh KESIHATAN dari KEBERSIHAN.
Tumbuh KASIH SAYANG dari PENGHARGAAN.
Tumbuh KECANTIKAN dari KESOPANAN.
Tumbuh KESAKITAN dari KEBENCIAN.
Tumbuh KEYAKINAN dari KEPERCAYAAN.
Tumbuh KEMAJUAN dari PERUBAHAN.

TIPU DAYA YANG MEROSAK BINASA.



Syeikh Yahya bin Mu'az radhiallahu anhu telah berkata :
ENAM tipudaya yang paling besar menimpa manusia.
Pertama : Terus menerus melakukan kemaksiatan dengan mengharapkan ampunan tanpa di iringi dengan penyesalan.
Kedua : Mendakwa hampir kepada Tuhan tanpa di sertai amalan kethaatan
Ketiga :Mengharap menuai  kenikmatan Syurga dengan menyebarkan benih kejahatan Neraka.
Keempat : Menginginkan tempat keselamatan dengan melakukan berbagai kemaksiatan.
Kelima : Mengharapkan pahala ganjaran tanpa melakukan sebarang amalan.
Keenam : Berangan-angan mendapat rahmat Tuhan dengan melakukan amalan-amalan yang melampaui batasan.

Imam Hasan al-Bashri selanjutnya telah berkata :
ENAM perkara merosak hati manusia :
Pertama : Sengaja berbuat kejahatan dengan harapan mendapat pengampunan.
Kedua : Menuntut ilmu pengetahuan tetapi tidak mahu mengamalkan.
Ketiga : Apabila berbuat amalan hati nya tiada keikhlasan.
Keempat : Mereka makan rezeki Tuhan tetapi tidak mahu melafazkan kesyukuran.
Kelima : Mereka tidak redha dengan segala ketentuan.
Keenam : Mereka menguburkan orang-orang yang menghadapi kematian tetapi mereka tidak mengambil pengajaran.

KASIH SAYANG ITU SUCI.



Hilang KEKUATAN kerana PERMUSUHAN.
Hilang KEWIBAWAAN kerana KELEMAHAN.
Hilang KEKUASAAN kerana KESOMBONGAN.
Hilang KENIKMATAN kerana KEBAKHILAN.
Kalahkan KEJAHATAN dengan KEMAAFAN.
Kalahkan KESOMBONGAN dengan KEJUJURAN.
Kalahkan KEBAKHILAN dengan KEMURAHAN.
Kalahkan PERMUSUHAN dengan KASIH SAYANG.

Kasih sayang itu titi.
Kasih sayang penghubung hati.
Kasih sayang pengikat diri.
Kasih sayang merimbun simpati.
Kasih sayang itu suci.
Sepenuh kasih ingin berbakti.
Saling sayang saling mengerti.
Terima semua sepenuh hati.
Tetapi..
Kasih manusia sering berganti.
Sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi.
Sayang Tuhan janji nya pasti.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda mengingatkan :
Dapat di rasai kemanisan iman.
Orang yang mengangkat ALLAH menjadi TEMAN.
H.R.Imam Muslim.

Ahad, 14 Disember 2014

JANGAN KALAH PANTANG MENYERAH




 Satu perkara yang membuatkan kita LUPA adalah MASA.
Satu perkara yang membuatkan kita BAHAGIA adalah CINTA
Satu perkara yang membuatkan kita DEWASA adalah PANCAROBA. Satu perkara yang membuatkan kita BERJAYA adalah USAHA.
Satu perkara yang membuatkan kita BINASA adalah PUTUS ASA.
Satu perkara yang membuatkan kita PERCAYA adalah SETIA.
Satu perkara yang membuatkan kita MURKA adalah DUSTA.
Satu perkara yang membuatkan kita WAJA adalah DOA.  INSYAA ALLAH (^_^)V♥♥♥~*

PANTUN KECIK-KECIK.





♥ Kecik-kecik makan gula.
Jangan besar sombong gila.

♥ Kecik-kecik kena rotan.
 
Jangan besar jadi Setan.

♥ Kecik-kecik baca Quran.
Jangan besar jadi Hamman.

♥ Kecik-kecik makan jambu.
Jangan besar makan syabu.

♥ Kecik-kecik pakai baju.
Jangan besar tayang bulu.

♥ Kecik-kecik i love you.
Jangan besar i hate you.

♥ Kecik-kecik cium Ibu.
Jangan besar benci lalu.

♥ Kecik-kecik sayang bapa.
Jangan besar kita lupa.

♥ Kecik-kecik lemah lembut.
Jangan besar kelam kabut.

♥ Kecik-kecik semua sayang.
Jangan besar hidup terbuang.

♥ Kecik-kecik jadi tua.
Biar besar jadi berguna. (^_^)V♥♥♥~*

Jumaat, 12 Disember 2014

DENGKI ITU RUGI

DENGKI ITU RUGI

Tanda-tanda orang yang DENGKI :
Dia merasa GEMBIRA bila kita BERDUKACITA.
Dan dia merasa DUKACITA bila kita GEMBIRA.
Dia merasa SOMBONG suka MENGHINA.
Dia MARAH jika orang MENGATASI NYA.
BERDENDAM dengan orang yang MENANDINGI NYA.
Dan merasa DENGKI apabila orang lain mendapat nikmat SEPERTI NYA.
Maknanya KEBAIKAN itu dari hati yang SUCI.
Dan KEJAHATAN itu dari HASAD DENGKI.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Dalam hati seorang yang BERIMAN.
Tidak ada KEDENGKIAN.
H.R. Imam Muslim,Imam Abu Daud,Imam Nasa'i dan Imam Syaibani.

AMAL itu di makan DENGKI sebagaimana DAUN KAYU di makan API.
Imam Malik bin Dinar radhiallahu anhu telah menasihati :
Agar anda termasuk kaum mukminin maka hendaklah mencegah TIGA KRITERIA dengan TIGA CARA :
Pertama : Cegahlah sikap SOMBONG dengan MERENDAH DIRI.
Kedua : Cegahlah sikap TAMAK dengan BERPUAS HATI.
Ketiga : Cegahlah sikap DENGKI dengan MENASIHATI DIRI.

Imam Abdul Mu'ti al-Salami telah memetik dari guru nya Imam Al-Badri radhiallahu anhu telah berkata :
Orang yang DENGKI di timpa LIMA bahaya.
Ia di CELA manusia.
Perasaan GELISAH menghantui nya.
Pintu taufik TERTUTUP rapat buat nya.
Bencana ABADI yang tiada membawa pahala.
ALLAH murka kepada nya.

Bukalah seluas-luas PENGLIHATAN.
Untuk melihat indahnya KECANTIKAN.
Bukalah seluas-luas AKAL FIKIRAN.
Untuk melihat hebat nya KEHIDUPAN.
Bukalah seluas-luas KECINTAAN.
Untuk melihat RAHMAT TUHAN.
Bukalah seluas-luas KEBENARAN.
Untuk menutup pintu KEDENGKIAN.

Rabu, 10 Disember 2014

SEBENAR-BENAR NYA


KEKUATAN sebenar kita adalah BERTAQWA.
KEBAHAGIAAN sebenar kita adalah KETENANGAN JIWA.
KELEMAHAN  sebenar kita adalah BERPUTUS ASA.
KECANTIKAN sebenar kita adalah BERBUDI BAHASA.
KETINGGIAN sebenar kita adalah BERAKHLAQ MULIA.
KEJAYAAN sebenar kita adalah terus BERUSAHA.
KEHINAAN sebenar kita adalah BERBUAT DOSA.
KEMULIAAN sebenar kita adalah TAAT pada NYA.
KEHEBATAN sebenar kita adalah TAHAJJUD mendidik JIWA.
KAROMAH sebenar kita adalah ISTIQAMAH mencari REDHA.
KEKURANGAN sebenar kita adalah merasa diri SEMPURNA.
MUSUH sebenar kita adalah DIRI KITA.

MACAM COMEL JER

Imam Ibnu Qayyim rahimahullahu Taala telah berkata berkata :
Secara zahir nya kubur itu memang tanah biasa.
Padahal di dalam nya terdapat penyeksaan dan siksa.
Di atas nya kelihatan tanah batuan yang terukir dan indah binaan nya.
Tetapi di dalam nya ada bermacam-macam bencana..
Mereka mendidih di dalam penyesalan nya.
Sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang di tanak nya.
Sedangkan angan-angan nya tidak lagi dapat di penuhi nya.

Imam Al-Hasan radhiallahu anhu selanjutnya berbicara :
Keturunan Adam menghembuskan nafas terakhirnya
Meninggalkan dunia dengan tiga penyesalan nya.
Pertama : Ia belum puas mengumpulkan harta nya.
Kedua : Ia belum mencapai apa yang di cita-citakan nya.
Ketiga : Ia belum mencukupkan perbekalan untuk berpindah ke dunia sana.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Dua orang pelahap yang tidak pernah kenyang pada diri nya.
Adalah penuntut ilmu dan penuntut dunia
H.R.Al-Bazaar.
Sebenarnya dunia ini telah memerangkap kita dengan perhiasan nya.
Ia memiliki kecekapan yang luarbiasa di dalam menipu dan memutar belit kenyataan nya.
Bila ia memberi sedikit kemanisan pada penggemar nya.
Pasti selepas itu ia akan memerangkap mereka dengan kepahitan nya.
Itulah dunia yang sangat pandai menipu dengan keindahan nya.
Apabila ia datang dengan kegembiraan nya.
Maka pasti kegembiraan itu di balas dengan kesusahan nya.
Barangsiapa yang memuji dunia kerana telah mendapat sedikit kegembiraan dari nya.
Maka pasti ia akan mencela pada suatu masa akan datang kerana mendapat banyak kesedihan nya.

Pandanglah ke langit tinggi
Kerana ALLAH tempat kita kembali.
Tunduklah menatap bumi.
Kerana di situ kita akan bersemadi.
Manafaatkan dunia ini.
Seumpama kita akan hidup seribu tahun lagi.
Kejarlah Akhirat menanti.
Seolah-olah kita akan mati esok hari.
Insyaa Allah.

PANDANGLAH LIHATLAH

Pandanglah ke langit kerana Allah tempat kita kembali.
Tunduklah ke tanah kerana di situ jasad kita akan bersemadi.
Kejarlah dunia.seumpama kita akan hidup 1000 tahun lagi
Kejarlah akhirat.seolah2 kita akan mati esok hari......

Rabu, 3 Disember 2014

SEBAIK-BAIK

SEBAIK-BAIK

Sebaik-baik AMAL adalah dengan NIAT.
Sebaik-baik HARTA adalah yang memberi MANAFAAT.
Sebaik-baik PAKAIAN adalah yang menutup AURAT.
Sebaik-baik ILMU adalah yang meninggikan DARJAT.
Sebaik-baik TEGURAN adalah yang memberi SEMANGAT.
Sebaik-baik PEMBERIAN adalah rasa HORMAT.
Sebaik-baik UCAPAN adalah yang menjadi OBAT.
Sebaik-baik RUMAH adalah yang terkandung RAHMAT.
Sebaik-baik TANGISAN adalah yang menjadikan kita KUAT.
Sebaik-baik SAHABAT adalah yang memberi NASEHAT.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya yang paling di sukai oleh ALLAH di antara hamba-hamba NYA.
Adalah mereka yang paling banyak memberi nasehat sesama mereka.
H.R.Imam Abdullah bin Ahmad

DI MANA ADA

Di mana ada AIR MINUMAN.
Di situ ada KEHIDUPAN.

Di mana ada KEMAHUAN.
Di situ ada JALAN.

Di mana ada KESUNGGUHAN.
Di situ ada KEJAYAAN.

Di mana ada KERISAUAN.
Di situ ada KETAKUTAN.

Di mana ada HARAPAN.
Di situ ada KEKUATAN.

Di mana ada IMPIAN.
Di situ ada CABARAN.

Di mana ada KEJUJURAN.
Di situ ada KEUNTUNGAN.

Di mana ada BURUK SANGKAAN.
Di situ ada KEBENCIAN.

Di mana ada PENYESALAN.
Di situ ada KEHAMBAAN.

Di mana ada KEMURAHAN.
Di situ ada KEINDAHAN.

Di mana ada KEMARAHAN.
Di situ ada PENYESALAN.

Di mana ada KESABARAN.
Di situ ada PERTOLONGAN.

Di mana ada KESULITAN.
Di situ ada KEMUDAHAN.

Di mana ada KEBAIKAN.
Di situ ada RAHMAT TUHAN.