Pages

Subscribe:

Sabtu, 18 Oktober 2014

KENA MAKAN


KENA MAKAN

Makan jalan mengundang bahaya.
Jadilah kemalangan di jalan raya.

Makan rasuah haram wang nya.
Jangan diredah karam iman nya.

Makan hati memendam rasa.
Tertusuk duri jiwa merana.

Makan kenduri berpada-pada.
Terlebih makan semput jadi nya.

Makan hidang bersama keluarga.
Jangan di hina kurang lebih nya.

Makan ditanggung malas bekerja.
Orang kata : Menghabiskan boreh ja.

Makan kawan jangan di cuba.
Habis berantak hubungan saudara.

Makan jasmani mesti di jaga.
Jangan penyakit menjadi harta.

Makan rohani mesti di baja.
Barulah dapat ketenangan jiwa.

Makan itu harus sahaja.
Ikutlah sunnah makan Baginda.

Berpada-pada semua perkara.
Baru terasa syukur nikmat NYA

0 ulasan:

Catat Ulasan