Pages

Subscribe:

Isnin, 3 September 2012

~* Mutiara Kata. ~*


Wahhab bin Munabbih berkata : Aku dapati pada sampul kitab At-Taurat dua puluh dua huruf ( kalimat) di mana orang-orang shalih kaum Bani Israil ( Yahudi) berkumpul lalu membaca dan mempelajarinya . Kalimat-kalimat itu adalah :
 1. Tiada gudang yang lebih bermanafaat daripada ilmu.
 2. Tiada harta yang paling untung daripada sifat tidak lekas marah ( hilm).
 3. Tiada perhitungan yang lebih rendah daripada marah.
 4. Tiada teman yang lebih menghiasi daripada amalan.
 5. Tiada kawan yang lebih memalukan daripada bodoh.
 6. Tiada kemuliaan yang lebih mulia daripada taqwa.
 7. Tiada kemurahan yang lebih sempurna daripada meninggalkan hawa nafsu.
 8. Tiada amal yang paling utama daripada fikir.
 9. Tiada kebaikan yang lebih tinggi daripada sabar.
10.Tiada kejahatan yang lebih keji daripada sombong.
11.Tiada ubat yang lebih lunak daripada kasih sayang.
12.Tiada penyakit yang lebih menyakitkan daripada lemah fikiran.
13.Tiada utusan yang lebih adil daripada kebenaran.
14.Tiada dalil yang lebih menasehatkan daripada benar.
15.Tiada kemiskinan yang lebih hina daripada rakus.
16.Tiada kekayaan yang lebih mencelakakan daripada mengumpulkan harta.
17.Tiada hidup yang lebih baik daripada sihat.
18.Tiada kehidupan yang paling tenteram dari menjaga diri.
19.Tiada ibadah yang lebih baik daripada khusyuk.
20.Tiada zuhud yang lebih berkebajikan daripada qanaah.
21.Tiada pengawal yang lebih memelihara daripada diam.
22.Tiada barang yang jauh ( ghaib) yang lebih dekat daripada mati.~*

0 ulasan:

Catat Ulasan