Pages

Subscribe:

Selasa, 4 September 2012

~* Teman kita adalah amal kita.~*


~* Tangisan kecewa tidak sedikit pun memberi manafaat kepada orang yang telah meninggal dunia. ~*
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Apabila mati anak Adam maka putuslah segala amalnya
Melainkan tiga perkara :
1. Pertama : Sedeqah jariah.
2. Kedua : Ilmu yang bermanafaat.
3. Ketiga : Anak yang soleh yang akan mendoakan nya.
( H.R.Imam Muslim). ~*
Hendaklah orang yang di timpa musibah kematian itu menyedari bahawa tangisan nya itu tidak ada manafaat nya sedikit pun bagi orang yang telah meninggal dunia.
Akan tetapi apa yang bermanafaat bagi nya adalah amal nya.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ada tiga perkara mengikut orang yang meninggal dunia :
1. Pertama : Keluarga nya.
2. Kedua : Harta nya.
3. Ketiga : Amal nya.
Maka yang akan kembali pulang ada dua perkara ia itu keluarga nya dan harta nya.
Sedangkan yang tetap tinggal bersama nya adalah amal nya. ~*
( H.R. Imam Bukhari dan Muslim).

0 ulasan:

Catat Ulasan