Pages

Subscribe:

Selasa, 14 Ogos 2012

~* Tiga Perkara ~*


Sekali peristiwa Baginda Rasulullah s.a.w. duduk bersama-sama dengan para sahabatnya dan Beliau telah bersabda :Di antara dunia mu ada tiga perkara yang menyenangkan hati ku ia itu :1.  Wangi-wangian.2.  Wanita.3.  Solat (penyejuk mata ku)
.Kemudian Sayyidina Abu Bakar r.a. berkata : Betul Engkau Wahai Rasulullah.Daku menghargai tiga benda ia itu :1. Melihat wajah mu Ya Rasulullah.2. Membelanjakan harta kekayaan ku atas mu3. Dan putri ku menjadi isteri mu Ya Rasulullah.
Kemudian Sayyidina Umar bin Khatthab r.a.berkata :Betul engkau wahai Abu Bakar.Dan tiga perkara yang paling daku cintai adalah :1. Menegak kebenaran.2. Mencegah kemungkaran.3. Memakai pakaian yang bertampung.
Kemudian Sayyidina Uthman bin Affan r.a. berkata :Benar engkau wahai Umar.Di antara dunia ada tiga hal yang menyeronokkan daku ia itu :
1. Memberi makan orang yang lapar.2. Memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan3. Membaca Al-Quran.
Kemudian Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. berkata :Benar engkau wahai Uthman.Dan daku paling cinta tiga perkara ini ia itu :1. Melayani tetamu.2. Berpuasa pada hari yang panas terik dan 3. Memancung kepala para musuh dengan pedang ku.
Pada ketika itu Jibril a.s. pun muncul seraya berkata kepada Rasulullah s.a.w.:Allah SWT telah mengutuskan daku supaya memberitahukan pada anda apa yang daku cintai sekiranya daku ini seorang manusia.Sahut Rasulullah s.a.w. : Khabarkanlah kepada kami Ya Jibril.
Jibril a.s. berkata : Sekiranya daku serupa anda daku akan cinta tiga perkara :1. Memimpin orang yang sesat.2. Mengasihi mereka yang shalat dalam keadaan miskin dan papa.3. Membantu kerabat yang sengsara.
Lebih lanjut Jibril menyatakan : Tuhan pemilik Keagungan mencintai tiga perkara dari hamba-hamba NYA ia itu :1. Mengerahkan segala kekuatan untuk berbuat tha'at kepada Allah SWT.2. Menangis pada ketika bertaubat kerana berbuat maksiat.3. Sabar ketika miskin menahan lapar dan dahaga.( Hadith dari Munabihat oleh Syaikh Ibnu Hajar) ~*

0 ulasan:

Catat Ulasan