Pages

Subscribe:

Isnin, 20 Ogos 2012


~* Zun-Nun Al-Misri bercerita bahwa pada suatu hari dia berjalan-jalan di tepi sungai Nil dan berjumpa seekor kala sedang berjalan terburu-buru. Lalu ia mengambil batu untuk membunuhnya tetapi kala itu berlari dengan lajunya dan terjun ke tepi sungai Nil. Ketika itu juga muncul seekor katak dan kala jengking itu pun naik ke punggung katak lalu di bawanya ke seberang. Zun Nun mengikuti gelagat kedua-dua binatang tersebut.
     Ternyata di sana ada seorang sedang tidur dalam keadaan mabuk dan mulutnya penuh dengan buih arak. Di dekatnya ada seekor ular berbisa dan siap untuk mematuk. Kala tersebut menyengat ular sehingga ular tidak jadi untuk mematuk si pemabuk yang sedang tidur. Sebentar kemudian orang mabuk yang sedang tidur terjaga dan sebaik saja mengetahui bahawa di dekatnya ada ular berbisa dia lari lintang pukang kerana takut.
    " Jangan takut, ular itu sudah tidak merbahaya lagi dan kamu telah selamat dari bahaya " teriak Zun-Nun. Lalu Zun Nun menerangkan apa yang telah terjadi dari awal sehingga akhir. Mendengar keterangan itu lelaki pemabuk itu sangat terharu. Dia menundukkan kepalanya kemudian mengadap ke langit dan berkata :   
   " Wahai Tuhan KU ! Begitu belas kasihan Engkau menjaga orang yang derhaka kepada MU.
Maka bagaimana lagi Engkau berbuat terhadap orang yang taat kepada MU ?
Demi Keagungan dan Kemuliaan MU, aku berjanji tidak akan bermaksiat lagi kepada MU selepas ini buat selama-lamanya."     
   Kemudian orang itu meninggalkan tempat tersebut sambil menangis kerana menyesali perbuatannya. Dia bermadah :   
    Wahai orang yang tidur sedang Tuhan menjaganya.  
     Dari setiap kejahatan yang melata dalam gelita.    
   Bagaimana mata dapat tidur lelap dari Raja.      
Sedang anugerah datang melimpah daripada NYA ~*.

0 ulasan:

Catat Ulasan