Subscribe:

Sabtu, 18 Mei 2013

DAKU TAHU


DAKU TAHU

Daku tahu hidup ini sementara.
Tapi seolah-olah ku kan hidup selama-lama nya.

Daku tahu segala amalan bakal di sukat.
Tapi masih lalai mengingati akhirat.

Daku tahu Raqib dan Atid mencatat amalan.
Tapi dosa-dosa ku masih berterusan.

Daku tahu solat itu penting.
Tapi daku selalu menganggap enteng.

Daku tahu solat itu tiang agama.
Tapi daku selalu melewatkan nya.

Daku tahu ajalku akan datang bila-bila masa.
Tapi daku sia-siakan umur yang ada.

Daku tahu aurat itu aib diri.
Tapi masih tak pandai menjaga diri.

Daku tahu apa itu dosa pahala.
Tapi daku tidak mengindahkan nya.

Daku tahu ujian Allah ada hikmah nya.
Tapi daku selalu berputus asa dan mengeluh pada NYA.

Daku tahu diri ini hamba.
Tapi masih hanyut kelazatan dunia.

Daku tahu azab api Neraka.
Tapi masih tetap melakukan dosa.

Daku tahu nikmat nya Syurga.
Tapi tidak bersungguh hendak merebut nya.

Daku tahu banyak perkara.
Tapi daku buat tak peduli saja.

Wahai Tuhan ku..
Aku tak layak ke Syurga MU.
Tapi tak sanggup ke Neraka MU.
Ampunkan dosa-dosa ku.
Terimalah taubat ku.
Engkaulah yang Maha Pengampun Wahai Tuhan ku.

(^_^)V♥♥♥~*

0 ulasan:

Catat Ulasan