Pages

Subscribe:

Jumaat, 23 November 2012

~* AMALAN HARI AASYUURA' ~*

♥ AMALAN-AMALAN SUNAT PADA HARI AASYUURAA'.

♥ Berpuasa pada 10 Muharram.
Sahabat penah bertanya kepada Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang faedah berpuasa pada Hari Aaasyuuraa' maka Baginda menjawab bahawa puasa hari Aasyuuraa' itu dapat mengkafarahkan dosa-dosa yang telah lalu.

♥ Menyapu kepala anak yatim dan menyantuni mereka.
( Diberi Allah kebaikan sebanyak
bilangan rambut di kepala mereka ).

♥ Bersedeqah kepada fakir miskin maka pahala nya seolah-olah tidak membakhil selama setahun.

♥ Meluaskan / melapangkan perbelanjaan rumah tangga.
( Semuga Allah memberikan kelapangan rezekinya dalam tahun itu )
Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang melapangkan biaya / belanja rumahtangga nya pada Hari Aasyuuraa' maka Allah akan melapangkan rezeki nya pada tahun itu.
( H.R. Imam Al-Baihaqi dan Abi Sa'id ).

♥ Mandi dengan niat mandi sunat Hari Aasyuuraa'.
( Semuga ia sehat dan selamat pada hari itu ).

♥ Bercelah mata pada Hari Aasyuuraa'.
( Mudah-mudahan tidak mendapat sakit mata pada tahun itu ).

♥ Sembahyang sunat 4 rakaat dengan 2 salam. Di baca pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
( Nescaya di ampuni ALLAH akan dosanya dan di bangunkan bagi nya Mimbar dari Nur di Syurga ).
Abu Bakar bin Muhammad Syatha Ad-Dimyati di dalam Kitab nya I'anatuth Thalibin menyatakan bahawa barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada Hari Aasyuuraa' maka nescaya akan di ampuni ALLAH akan segala dosa nya dalam jangka waktu 50 tahun.

♥ Pada Hari Aasyuura itu menurut pesan AsySyeikh Al-Ajhury di baca kalimah di bawah ini :


حسبي الله ونعم الوكيل ونعم المولى ونعم النصير
سبحان الله ملأ الميزان ومنتهى العلم ومبلغ الرضا وزنة العرش لا ملجاء ولا منجا من الله إلا إليه ,سبجان الله عدد الشفع والوتر وعدد كلماته التامات كلها , أسألك السلامة برحمتك يا ارحم الراحمين ,ولا حولا ولا قوة الا بالله العلى العظيم وهو حسبى الله ونعم الوكيل ونعم المولى ونعم النصير
Cukuplah kepada ALLAH kami berserah. IA adalah sebaik-baik tempat berserah. Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik penolong. ( di baca sebanyak 7 kali )
Maha Suci ALLAH sepenuh-penuh timbangan dan sebanyak-banyak ridha NYA dan seberat timbangan 'Arasy NYA. Tiada tempat berlindung dan berlepas diri melainkan hanya kepada NYA.
Maha Suci ALLAH sebanyak bilangan yang genap dan ganjil dan sebanyak bilangan Kalimah ALLAH yang sempurna. Daku memohon kepada MU Ya ALLAH keselamatan dan rahmat MU ya Tuhan yang Maha Penyayang. Tiada daya dan upaya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. DIA lah cukup bagi ku dan DIA lah sebaik-baik tempat berserah. DIA lah sebaik-baik Pemimpin dan sebaik-baik Penolong

0 ulasan:

Catat Ulasan