Pages

Subscribe:

Selasa, 23 Oktober 2012

~* Fadhilat Hari Arafah ~*

~* Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Pada 9 haribulan Dzulhijjah ( Hari Arafah ) umat Islam di sunatkan mengerjakan ibadah puasa melainkan mereka yang mengerjakan ibadah hajji.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :


Puasa pada hari Hari Arafah ini menghapuskan dosa dua tahun. Satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.
( H.R.Imam Muslim ).
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana maka kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah Al-Ansari bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari Arafah maka Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab jawab :
Dikaffarah (di ampun dosa) setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

( Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh Imam Muslim Imam At- Tarmizi Ibnu Khuzaimah dan Imam Baihaqi ).

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

( Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Imam Baihaqi ).

Daripada Imam Anas bin Malik r.a. telah berkata :
Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh ( 1- 10 dzulhijjah ) setiap hari (menyamai) seribu hari. Manakala Hari Arafah (menyamai) sepuluh ribu hari.
Telah berkata Imam Baihaqi iaitu pada kelebihan.

( Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti ).

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda. Berbahagialah hamba yang bertemu dengan Tuhan Nya dengan membawa hati yang sejahtera.

Tempat rujukan :
1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makkah Al-Mukarramah.

0 ulasan:

Catat Ulasan