Pages

Subscribe:

Sabtu, 22 Jun 2013

MALAM NISFU SYAABAN

* MALAM NISFU SYAABAN *

* Dari Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa :
* Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
* Telah datang kepada ku Malaikat Jibril pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata :
* Ya Muhammad ! Pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat di buka.Maka berdirilah dan kerjakan solat dan angkatlah kedua tangan mu ke langit.
* Baginda bersabda : Hai Jibril ! Apakah erti malam ini ?
* Jibril menjawab : Pada malam ini telah di buka 300 pintu rahmat. Maka Alllah mengampuni orang-orang yang tidak mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu pun melainkan :
* Para ahli sihir.
* Dukun.
* Orang yang suka bermusuhan.
* Peminum khamar.
* Orang yang berbuat zina.
* Pemakan riba.
* Orang yang derhaka kepada dua ayah bonda.
* Orang yang suka mengadu domba.
* Dan orang yang memutuskan tali persaudaraan.
* Maka sesungguhnya mereka itu tidak akan di ampuni sehingga mereka taubat dan tidak mengulangi.
* Maka pergilah Baginda shallallahu 'alaihi wasallam untuk mengerjakan solat serta menangis di dalam sujud nya seraya membaca :
* Ya Allah ! Sesungguhnya aku berlindung kepada MU dari seksa MU dan murka MU dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepada MU sebagaimana Engkau memuji kepada MU sendiri. Maka segala puji bagi MU sehingga Engkau Ridha.
( Al-Hadith hasan gharib )
Kitab Zubdathul Wa'izhin.

0 ulasan:

Catat Ulasan