Pages

Subscribe:

Ahad, 23 Jun 2013

* SEPULUH JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM *

* SEPULUH JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM *

* Syeikh Sufyan At-Tsauri rahimahullahu Ta'ala telah berkata :
* Sepuluh macam daripada kekejaman manusia :

* Pertama : Seorang yang berdoa untuk dirinya sahaja dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin sekelian nya.

* Kedua : Seorang yang pandai membaca Al-Quran dalam hidup nya tetapi tidak membaca seratus ayat mengisi hari nya.

* Ketiga : Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak solat dua rakaat di dalam nya ( sunat tahiyyatul Mesjid ).

* Keempat : Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur saudara nya.

* Kelima : Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak solat jemaah merebut keberkatan nya.

* Keenam : Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

* Ketujuh : Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya.

* Kelapan : Seorang yang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak mahu memenuhi nya.

* Kesembilan : Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan sehingga hidup nya menjadi sia-sia.

* Kesepuluh : Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar tetapi tidak menghiraukan saudara nya.

0 ulasan:

Catat Ulasan