Pages

Subscribe:

Sabtu, 22 Jun 2013

SALAM NISFU SYAABAN


* Selamat menyambut Nisfu Syaaban *

* Tersebut di dalam Kitab IQNA' bahawa Malaikat Jibril bersungguh-sungguh menunaikan segala permintaan pada malam Nisfu Syaaban.
* Malaikat Jibril telah bertemu kepada Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata :
* Ya Muhammad ! Gembiralah kamu bahawa ALLAH telah mengampunkan umat mu yang tiada mempersekutukan NYA dengan sesuatu. Angkatlah kepala mu lalu Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun mengangkat kepala Baginda.
* Tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.
* Pada pintu langit yang pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang-orang yang RUKUK pada malam ini.
* Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan pada yang SUJUD pada malam ini.
* Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta DOA pada malam ini.
* Pada langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi yang BERDZIKIR pada malam ini.
* Pada langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan bagi yang MENANGIS takutkan ALLAH pada malam ini.
* Pada langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan AMAL KEBAJIKAN.
* Pada langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang MEMINTA.
* Pada langit yang kelapan Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang MEMINTA AMPUN.
* Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu bertanya : Hai Jibril ! Sampai bilakah terbuka nya semua pintu ini ? ( di terima doa ini )
* Jawab Jibril : Sehingga naik fajar subuh.
* Berkata Jibril lagi : Pada malam ini di merdekakan hamba NYA yang mukmin lelaki dan perempuan daripada api Neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab. ( Bani Kilab adalah di antara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing ).

0 ulasan:

Catat Ulasan