Subscribe:

Khamis, 4 Julai 2013

~* AKHLAQ MULIA ~*

* AKHLAQ MULIA TUNTUTAN AGAMA *

* Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
* Antara jalan KEBAHAGIAAN manusia.
* Adalah mempunyai AKHLAQ yang MULIA.
( H.R. Imam Al-Baihaqi )

* Seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ia itu Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu telah meninggalkan pesan nya :
* Seseorang akan sampai ke makam yang tinggi di dalam Syurga kerana AKHLAQ nya
* Walaupun ibadah nya tidak seberapa.
* Dan ada orang yang akan berada paling bawah di dalam Neraka.
* Di sebabkan KEBURUKAN akhlaq nya walaupun banyak ibadah nya.

* Al-Hasan radhiallahu anhu berkata bahawa :
* Baginda Rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam bersabda :
* Para wali abdaal dari ummat ku tidak masuk Syurga kerana banyak solat atau puasa nya.
* Tetapi ALLAH kasihan kepada mereka kerana KEBERSIHAN dada mereka.
* Yakni tidak dengki dan iri hati malah murah hati dan kasih sayang kepada semua muslimin saudara nya.

0 ulasan:

Catat Ulasan