Pages

Subscribe:

Rabu, 24 Julai 2013

EMPAT API DI DALAM KUBURAN.

EMPAT api di dalam kuburan.
Di padam dengan EMPAT amalan .

Di riwayatkan di dalam Kitab Jauhur Mauhub ( muka surat 55 ) bahawa apabila mayat di hantar ke kuburan maka akan datang kepada nya EMPAT API maka :
Api pertama akan di padamkan oleh SOLAT NYA.
Api kedua akan di padamkan oleh PUASA NYA.
Api ketiga akan di padamkan oleh SEDEQAH NYA.
Api keempat akan di padamkan oleh SABAR NYA.

Mati itu ibarat bahtera dengan gelombang yang di takuti manusia.
Namun setiap orang pasti mengalami nya.
Kesihatan seseorang tidak menjamin panjang umur nya.
Dan penyakit pun tidak ada kuasa memendekkan nya..
Setiap hari berita kematian mengejutkan kita..
Seperti burung-burung berterbangan yang entah akan hinggap pada siapa.
Perjalanan ke rumah akhirat semakin berdekatan.
Sempurnakanlah baki umur mu yang masih melekat di badan.
Bila rahmat engkau perolehi maka memang Ar-Rahim tempat pujian.
Dan laut Ilahi terhampar penuh kemurahan.
Hiburlah Ya Rabbi ! Tidur ku seorang diri dalam kuburan.
Rahmatilah tulang belulangku yang tersusun pada kerapuhan.

0 ulasan:

Catat Ulasan