Pages

Subscribe:

Rabu, 3 Julai 2013

* RAMADHAN KAREEM *

* Ahlan wa sahlan.
* Marhaban Ya Ramadhan.

* Imam Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanad nya dari sahabat Salman Al-Farisi radhiallahu anhu berkata bahawa :
* Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah berkhutbah pada akhir bulan Syaaban dan bersabda :
* Hai sekelian manusia ! Telah tiba kepada mu bulan yang besar dan berkat.
* Bulan yang mengandungi Lailatul Qadri yang lebih baik dari seribu bulan.
* Bulan yang di wajibkan oleh Allah kepada hamba NYA supaya berpuasa dengan bangun malam hanya sunnat.
* Maka barangsiapa yang mengerjakan yang sunnat dalam bulan Ramadhan maka sama seperti orang yang mengerjakan yang fardhu di lain bulan.
* Dan barangsiapa yang mengerjakan yang fardhu di bulan Ramadhan bagaikan mengerjakan 70 fardhu di lain-lain bulan.
* Ramadhan bulan sabar sedang sabar itu pahala nya Syurga.
* Ramadhan sebagai bulan bantuan dan pertolongan.
* Ramadhan bulan yang padanya di tambah rezeki orang-orang beriman.
* Barangsiapa yang memberi buka puasa kepada orang yang berpuasa mendapat pahala bagaikan memerdekakan budak (sahaya ) dan menjadi pengampunan bagi dosa-dosa nya.
* Sahabat bertanya : Ya Rasulullah ! Tidak semua orang mempunyai makanan untuk memberi buka kepada orang yang berpuasa.
* Jawab Baginda shallallahu alaihi wasallam : Allah memberi pahala itu bagi orang yang memberi buka puasa walau seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air.
* Dan barangsiapa yang menyenyangkan orang yang berpuasa maka di ampunkan dosa-dosa nya dan di beri minum dari telaga ku minuman yang menjadikan nya tidak haus sehingga masuk Syurga.
* Dan ia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala nya sedikit pun jua.
* Bulan Ramadhan adalah bulan yang permulaan nya rahmat. Pertengahan nya pengampunan dan akhir nya kebebasan ( dari Neraka ).
* Dan barangsiapa yang meringankan terhadap budak nya (buruh nya) maka ALLAH memerdekakan nya daripada api Neraka.
Kitab Tanbihul Ghafilin.

0 ulasan:

Catat Ulasan