Pages

Subscribe:

Ahad, 10 November 2013

CINTA ITU ADALAH CINTA

CINTA ITU ADALAH CINTA

Cinta itu sentiasa ada.
Pada wajah ayah dan bonda.
Penat lelahnya mendidik kita.
Tidak terbalas sepanjang usia.

Cinta itu sentiasa indah.
Bila tujuannya kerana Allah.
Bila berlandaskan Al-quran dan Sunnah.
Bila matlamat utamanya Syurga yang barakah.

Cinta itu sentiasa suci.
Dalam hati sahabat sejati.
Mencari dan mengajak ke jalan Ilahi.
Agar hidup sentiasa di rahmati.

Cinta itu sentiasa berkesan.
Dengan kasih sayang dan belas ihsan.
Saling mengajak ke arah kebaikan.
Mengharap rahmat keredhaan Tuhan.

Cinta itu sentiasa bertakhta.
Kita akan menemui jalan nya.
Membersihkan segala noda dan dosa.
Mendidik jiwa seorang hamba.

Cinta itu adalah cinta.
Terpaut hati kerana DIA.
Cinta hakiki cinta rahsia.
Cinta hamba pada Khalik Nya.

Sekasih-kasih ALLAH kepada hamba Nya.
Sekasih-kasih hamba Nya kepada saudara nya.

0 ulasan:

Catat Ulasan