Subscribe:

Ahad, 16 Februari 2014

YA ALLAH YA RAHMAN.


YA ALLAH YA RAHMAN

Ya ALLAH Ya RAHMAN.
Jadikanlah Al-Quran di dunia sebagai teman.
Dan pendamping yang mengembirakan di dalam kuburan.
Dan di hari Qiamat sebagai pemberi pertolongan.
Dan pemberi cahaya menyinari jambatan.
Dan menjadi pendamping dalam Syurga kenikmatan.
Dan menjadi pendinding dari Neraka keseksaan.
Bahkan kepada segala kebaikan sebagai petunjuk dan iman.
Dengan anugerah kelimpahan dan kedermawanan MU Wahai Ya ALLAH Ya RAHMAN.
Ya ALLAH Ya RAHMAN.
Kurniakanlah kepada kami kemanisan dari bilangan tiap-tiap HURUF dari Al-Quran.
Dan kurniakanlah kepada kami kemuliaan kalimat dan kebahagiaan dari tiap-tiap AYAT dari Al-Quran.
Dan kurniakanlah kepada kami keselamatan dan kesejahteraan dari tiap-tiap SURAH dari Al-Quran.
Dan kurniakanlah kepada kami balasan kebaikan bagi tiap-tiap JUZ dari Al-Quran.
Ya ALLAH Ya RAHMAN
Dengan keberkatan AL-Quran peliharalah kami sekelian.
Allahumma Aamiin Ya ALLAH Ya RAHMAN.

0 ulasan:

Catat Ulasan