Pages

Subscribe:

Selasa, 25 Februari 2014

HATI YANG INDAH DENGAN MAHABBAH.

HATI YANG INDAH DENGAN MAHABBAH

Salah satu cara menyuburkan hati yang MAHABBAH.
Adalah dengan sikap gemar BERSEDEQAH.
Imam Abul-Laits Assamarqandi menghuraikan SEPULUH keutamaan BERSEDEQAH :
Pertama : Mendapat keredhaa ALLAH kerana DIA suka kepada orang yang bersedeqah.
Kedua : Mengembirakan Malaikat di langit dan mereka mendoakan orang yang bersedeqah mendapat berkah.
Ketiga : Menambah pahala amalan setelah menjadi aruah.
Keempat : Menimbulkan rasa belas kasihan dan menambah mahabbah.
Kelima : Rezeki bertambah dan harta nya berkah.
Keenam : ALLAH melanjutkan usia orang yang gemar bersedeqah.
Ketujuh : Menjadikan Iblis dan Syaitan sakit hati dan gelisah.
Kelapan : ALLAH menjadikan orang yang bersedeqah di segani dan di hormati segenap Qariah.
Kesembilan : Mengembirakan jenazah yang berada di alam Barzah.
Kesepuluh : Memberi rasa gembira kepada orang yang bersedeqah dan menerima sedeqah. Tiadalah amalan yang lebih mulia selain dari mengembirakan hati saudara yang susah.

0 ulasan:

Catat Ulasan