Pages

Subscribe:

Sabtu, 22 Februari 2014

MENDAPAT KEHORMATAN DENGAN LIMA TUNTUTAN


MENDAPAT KEHORMATAN DENGAN LIMA TUNTUTAN

Imam Abul-Laits Assamarqandi telah berpesan :
Barangsiapa yang ingin mendapat kehormatan maka hendaklah menepati LIMA macam keadaan :
Pertama : Menahan diri dari maksiat.
Kerana firman Allah yang bermaksud :Dan menahan nafsu dari maksiat maka Syurga tempat nya.
Kedua : Rela dengan pemberian yang sederhana
Kerana tersebut dalam hadith yang makna nya : Harga Syurga itu adalah tidak rakus pada dunia.
Ketiga : Rajin pada tiap ketaatan dan semua amal kebaikan.
Kerana kemungkinan amal itu lah yang menyebabkan pengampunan dan masuk Syurga sebagaimana firman Allah yang maksud nya : Itu Syurga yang di wariskan kepada mu kerana amal perbuatan mu.
Keempat : Cinta pada orang yang soleh dan bergaul dengan mereka.
Kerana mengharapkan syafaat nya sebagaimana di dalam Hadith telah tertera :
Banyakkanlah berkawan kerana setiap kawan itu ada syafaat nya pada hari kemudian. (Hari kiamat ).
Kelima : Banyak berdoa minta khusnul khatimah dan masuk Syurga.
Ahli Hikmah telah berkata :
Condong kepada keduniaan setelah mengetahui pahala ganjaran adalah suatu tanda kebodohan.
Tidak bersungguh-sungguh berbuat amalan setelah mengetahui besar nya pahala ganjaran adalah suatu tanda kemalasan.
Syurga adalah tempat istirehat yang sebenar-benar nya dan hanya dapat di rasakan oleh orang yang tidak pernah rehat di dunia.
Syuga adalah tempat kepuasan yang sebenar-benar nya dan hanya dapat di rasakan oleh orang yang meninggalkan berlebih-lebihan di dalam dunia dan redha dengan hidup yang sederhana.

0 ulasan:

Catat Ulasan