Pages

Subscribe:

Rabu, 21 Mei 2014

KITA BERSAMA ORANG YANG KITA CINTA


KITA BERSAMA ORANG YANG KITA CINTA

Abu Musa radhiallahu anhu telah bertanya kepada Baginda :
Ya Rasulullah !
Seseorang mencintai orang -orang yang taat di dalam solatnya.
Sedangkan dia tidak begitu taat di dalam solat nya.
Seseorang mencintai orang-orang yang taat berpuasa.
Sedangkan dia tidak begitu taat di dalam puasanya.
Maka Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Dia bersama-sama orang yang dia cinta.
( H.R. Imam Bukhari , Imam Muslim dan Abu Musa r.a.)

Orang yang menyayangi kaum muslimin saudaranya.
Adalah bersekutu (bersama-sama ) di dalam kebaikan mereka.
Dan orang yang terluput dari kesanggupan mendaki ke taraf orang-orang yang utama di dalam agama.
Tidaklah luput bagi mereka kesempatan mendapat pahala dengan mencintai mereka kerana ilmu nya.
Seorang Arab Badwi bertanya kepada Baginda :
Seseorang mencintai satu kaum nya di dalam agama.
Sedangkan tingkat mereka tidak tercapai oleh nya.
Maka Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Seseorang itu beserta orang-orang yang dia cinta.
( H.R. Imam Bukhari , Imam Muslim dan Ibnu Majah r.a.

0 ulasan:

Catat Ulasan