Subscribe:

Selasa, 24 Jun 2014

BULAN KEAJAIBAN

BULAN KEAJAIBAN

BULAN RAMADHAN adalah BULAN KEBERKATAN.
Bulan Ramadhan di sandarkan terus dengan nama ALLAH Ar-Rahman kerana banyaknya keberkatan yang di turunkan.
BULAN RAMADHAN adalah BULAN KENIKMATAN.
Di limpahkan segala hikmah dan kenikmatan kepada orang-orang yang beriman.
BULAN RAMADHAN adalah BULAN AL-QURAN.
Bersempena turun nya Al-Quran di bulan Ramadhan yang menjadi kitab dan panduan orang beriman hingga ke akhir zaman.
BULAN RAMADHAN adalah BULAN KELEPASAN.
Pada bulan ini ALLAH melepaskan hamba NYA dari segala macam azab dan seksaan.
BULAN RAMADHAN adalah BULAN KEMURAHAN.
Bulan kesempatan kepada orang beriman memberikan sumbangan kepada golongan fakir miskin yang memerlukan.
BULAN RAMADHAN adalah BULAN PERTOLONGAN.
Orang-orang yang budiman akan menggandakan kemurahan.
BULAN RAMADHAN adalah BULAN KESABARAN.
Melatih insan supaya bersabar dan tabah dengan ujian dan penderitaan yang ALLAH berikan.
BULAN RAMADHAN adalah BULAN KERAHMATAN.
Allah menurunkan kerahmatan dan keberkatan yang tidak terdapat pada lain-lain bulan.
BULAN RAMADHAN adalah BULAN KEGEMBIRAAN.
Bulan yang di berikan dua kegembiraan kepada umat yang melakukan amalan berpuasa ia itu kegembiraan berbuka dan kegembiraan menemui ALLAH di Hari Kemudian.
AHLAN WA SAHLAN MARHABAN YA RAMADHAN.

0 ulasan:

Catat Ulasan