Pages

Subscribe:

Rabu, 6 Februari 2013

~* MUTIARA KATA IMAM SYAFI'E ~*

♥ KATA-KATA MUTIARA IMAM SYAFI'E TENTANG KEHIDUPAN MANUSIA ♥.

♥ Pelajarilah ilmu feqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika kamu tidak melakukan nya maka kamu tiada kesempatan mempelajari nya ( sangat sibuk setelah menjadi ketua ).

♥ Menuntut ilmu lebih baik bagi kita dari solat sunat semata-mata.

♥ Barangsiapa yang benar dalam persaudaraan nya dengan sahabat nya maka di terima alasan nya. Di tutup kekurangan nya dan di ampun kehinaan nya.

♥ Barangsiapa yang hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu untuk keselamatan nya dan barangsiapa yang berkehendak kepada akhirat sana maka hendaklah dia mencari ilmu untuk kesejahteraan nya.

♥ Seseorang tidak akan berjaya di dalam menuntut ilmu dengan bersenang lenang sahaja melainkan dia menuntut dalam kemiskinan dan merasa kesusahan mendapatkan nya maka baru lah ia menghargai nya.

♥ Barangsiapa yang menuntut ilmu maka hendaklah ia mendalaminya. Tanpa kehalusan memahami nya ilmu itu akan hilang begitu sahaja.

♥ Kemiskinan orang berilmu adalah kemiskinan berbuat amalan sedangkan kemiskinan orang jahil adalah kemiskinan kesusahan.

♥ Insan yang paling tinggi darjat nya adalah orang yang tidak melihat kedudukan nya dan insan yang paling mulia adalah orang yang tidak melihat kemuliaan nya.

♥ Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan membawa kepada malu di hari kemudian.

♥ Orang yang sentiasa menjaga kehormatan sentiasa berada di dalam perjuangan.

0 ulasan:

Catat Ulasan