Pages

Subscribe:

Jumaat, 1 Februari 2013

~* MENGAPA DOA TIDAK DI TERIMA ~*


♥ MENGAPA DOA TIDAK DI TERIMA ?

♥ Seorang Hakiem telah di tanya : Mengapa kami berdoa tetapi tidak di terima ?
♥ Bukankah ALLAH telah berfirman di dalam kalam NYA : Ud'uuni astajib lakum ( berdoalah kamu nescaya AKU terima ).
♥ Hakiem itu berkata : Doa mu tidak di terima kerana kamu melakukan TUJUH perkara
♥ Maka di tanya : Apakah sebab-sebab nya ?
♥ Pertama : Kamu telah melakukan perbuatan yang memurkakan ALLAH tetapi kamu tidak bertaubat dan merasa bersalah.
♥ Kedua : Kamu berkata : Kami hamba ALLAH tetapi tidak berlaku taat dan patuh kepada majikan atas segala yang di perintah.
♥ Ketiga : Kamu membaca Al-Quran tetapi segala larangan dan perintah-perintah kamu ambil tak endah.
♥ Keempat : Kamu mengaku kami ummat Muhammad tetapi tidak melakukan sunnah nya yakni masih tetap makan yang haram yang di benci ALLAH.
♥ Kelima : Kamu telah mengaku bahawa dunia ini tidak berharga di sisi ALLAH walau sesayap nyamuk tetapi kamu merasa tenang tenteram kepada nya tiada berasa gundah.
♥ Keenam : Kamu berkata bahawa dunia ini akan hilang sudah nya tetapi kamu berbuat seolah-olah kamu seakan-akan kekal selama nya tanpa merasa bersalah.
♥ Ketujuh : Kamu mengaku bahawa akhirat itu lebih baik daripada dunia tetapi tidak bersungguh-sungguh dalam usaha amal akhirat malah tetap merasakan dunia itu lebih indah berbanding akhirah.

0 ulasan:

Catat Ulasan