Pages

Subscribe:

Jumaat, 5 Oktober 2012

~* KASIH SAYANG ~*

~* Imam Hassan Al-Banna berkata :
Apa yang datang dari hati akan sampai ke hati.
Lima senjata sakti menakhluk hati.
Kelima : Kasih sayang.
Imam Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya
dari Al-Hasaa
n berkata bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Tidak dapat masuk syurga melainkan orang yang berperasaan belas kasih sayang.
Sahabat berkata : Ya Rasulullah ! Kami semua berperasaan belas kasih sayang.
Bersabda Nabi s.a.w. : Bukan kasih sayang untuk peribadi melainkan mesti merasa sayang kepada umat manusia. Dan tidak dapat merahmati semua manusia kecuali Allah Taala sahaja.
Barangsiapa yang tidak belas sayang sesama manusia
Maka Allah tidak memberi rahmat kepada dia.
( Al-Hadith ) Kitab Tanbihul Ghafilin.
Melepaskan perkara yang menyakitkan adalah satu kenikmatan.
Mengingat-ingat segala kurniaan adalah tanda sebuah kesyukuran.
Melupakan kejahatan orang adalah kebaikan akhlaq penuh keutamaan.
Tidak akan ada kebahagiaan melainkan kita bebas dari kebencian yang membelenggukan.
Ketahuilah bahawa kemampuan menanggung cobaan..
Dapat menguburkan banyak kesedihan.
Kemampuan menanggung kesabaran..
Dapat melenyapkan banyak kesalahan.
Kemampuan bersikap dermawan..
Dapat menutupi banyak keaiban dan kecelaan.
Tenangkanlah hati anda dengar gemar melakukan kebaikan.
Tenangkanlah hati anda dengan bertaubat dari semua kesalahan.
Rangkulkanlah tangan anda ke leher insan yang memerlukan..
Anda akan merasa puas menghirup kebahagiaan. (^_^)V♥♥♥~*.

0 ulasan:

Catat Ulasan