Pages

Subscribe:

Sabtu, 16 Mac 2013

~* MARI MENCINTAI ~*

♥ MARI MENCINTAI ♥

♥ Orang yang menyayangi kebaikan untuk kaum muslimin saudara nya.
♥ Adalah bersekutu ( bersama ) di dalam kebaikan mereka.
♥ Dan orang yang terluput dari kesanggupan mendaki ke taraf orang-orang yang utama di dalam agama.
♥ Tiadalah luput bagi mereka kesempatan mendapat pahala dengan mencintai mereka kerana ilmu nya.

♥ Seorang Arab Badwi bertanya kepada Baginda :
♥ Ya Rasulullah ! Seseorang mencintai suatu kaum nya ( di dalam agama ) sedangkan tingkat mereka tidak tercapai oleh nya.
♥ Maka jawab Baginda : Seseorang itu beserta orang yang di kasihi nya.
( H.R.Imam Bukhari Muslim dan Ibnu Majah ).

♥ Abu Musa berkata : Aku bertanya kepada Baginda :
♥ Ya Rasulullah ! Seseorang mencintai orang-orang yang taat solat nya sedangkan dia tidak begitu taat di dalam solat nya.
♥ Ia mencintai orang-orang yang taat berpuasa sedangkan dia tidak begitu taat dalam berpuasa.
♥ Maka Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Dia beserta orang-orang yang di cintai nya.
( H.R.Imam Bukhari Muslim dan Abu Musa ).

0 ulasan:

Catat Ulasan